CLICK SINI
Monday, May 31, 2010
Aku Tak Popular Weyh.!!!
CLICK SINI
IBu Pijak Bayi Kerana Marah
Latihan Ala Komando- Pelatih PTD Meninggal
Sunday, May 30, 2010
Cinta Sempurna- FS
Aku manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda aku dari mu
Kau berdiri teguh
Aku serba tiada
Aku kekurangan
Dan bila kau tiba
Aku hilang dari kewujudan
Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku tak mampu tuk menanggung
Cinta sempurna
Darimu...
FAIRUZ SELAMAT LIKES THIS..!!!!
Thursday, May 27, 2010
KAWAN tu Sukar Sangat ke?
Aku rakam lagu ni.. dalam titisan airmata... itu sahaja mampu aku katakan.. emosi dan makna lagu ini.. memang seperti apa yang aku rasakan.. enjoy...
Aku Giler Dengan Yang Ini Sekarang
lagu yang sangat indah dr Rossa.. aku memang kepingin mahu mendengarkan pop2 ballad seperti ini.. kebali ke zaman pop balada zaman 80an.. cume dengan luahan musik baru.. lgu pada aku sangat bermakna... emosi yg ckup baik dalam muzik dan tonasi rossa.... terfikir satu projek dengan lagu ini.. tunggu....
Lagu ni memang aku akui sgt catchy.. sgt menangkap di pendengaran aku.. rindu terhenti agak kurang mesra di cuping telinga ini.. namun lgu ini memang menjadi siulan aku... susunan simple... melodi simple.. senang nak sing along... vokal tomok minima.. tak sarat sgt.. ckup rencah... suke2... aku nak lgu mcm ni gak.. sapa cipta ni ek?
Cukup Indah
Peh.. yang ini memang aku minat abis.. masa lagu jangan nakal.. aku pandang sipi2 je.. tak masuk sgt.. tp dengar single ke2 ni. aku akui lgu mcm ni memang lagu taste aku.. simple.. tak payah nak letak muzi berat2.. vokal simple.. tak payah dok nak menjerit mcm panggil ambulan... dengar pun relax ajee... suke sgt yg ini.. nak lagu mcm ni gak... sape wat haa?? tau tak?
Wednesday, May 26, 2010
Me singing Kenang Daku Dalam Doamu
*
*
*
Tuesday, May 25, 2010
Hari Jadi Saya
berbalik kepada tarikh 23 hb lepas.. agak kurang sambutan awal.. kerana aku sendiri terlibat dengan satu majlis perkahwinan kawan kelasku... aku kene perform.. atas permintaan pengantin.. aku memepersembahkan.. mencintaimu dan dealova... alhamdulillah. aku rasa aku dapat buat dengan baik.... satu yang menarik.. kepergian aku ke majlis ini menemukan aku dengan ramai rakan sekelas yang aku dah lama tak jumpe... dan secara tak lansung.. dorang celebrate besday aku.. abis je majlis kawen.. kami beramai2 g karok dekat ss2... alhamdulillah.. lama seyh tak rasa fun2 mcm ni.. biler dorang wish nyanyi ramai2 kat bilik karok tu.. aku rasa mcm sayu giler... pasni biler agi ntah nak jumpe mcm tu.... tq sume.. tq nabila.. tq zehan, adik, apple, fina, jemey, eddy, wes, dina, and sanji... tq yaaaa.!!!!!
tu aje.. btw.. tq untuk semua ratusan msg yang aku terima.. di anset... dan juga d fb.. mkasih.. agak rugi.. sbb aku hanya teringat aku dpt kol free pada pkul 9 mlam.. jd sepanjang hari agak rugi ye.!! siot je ko maxis ye.. bukan nak bg msg bgtau. huh.!! tp sempat gak la aku kol beberapa org kawan malam tu....
and untuk semua hadiah yang aku dapat.. terima kasih ya.... aku hargai semuanya.. even yang bg ucapan pun.. dah ckup wat aku sayang korang.. yang masak2 spageti lg untuk aku.. yg nak belanje sume.. yang wat entri khas untuk FS... yg bg shirt G2000.. makasih ya.. dan yang paling utama.. heheeheheh.. terima kasih yang bg jam FOSSIL.. aku sgt menghargai..!!
guys.. doakan aku menjadi lbh baik dr yang telah lepas ni.. aku sedar betapa ramai hati yang telah aku lukakan.. betapa banyak hati yang telah aku bunuh.. aku minta maaf... aku lansung tkde niat.. aku cume manusia yang terlalu leka sehingga mudah melakukan salah.. aku minta maaf.. selamat ulang tahun kepada diri ku.... semoga tahun berikutnya.. aku akan terus menjadi seorang yang baik dan terus baik... terima kasih yang tak terhingga kepada mak ayahku.. adik beradik dan rakan terdekat... makasihhhhhh doakan aku guys....
Saturday, May 22, 2010
Terindah atau Tidak?
hari ini 22hb mei.. sehari suntuk aku terlibat dengan resepsi perkahwinan rakan kelasku.. nabila hizam... dia minta aku untuk mempersembahan 2 buah lagu.. insyaallah.. aku akan buat yg terbaik nabila... majlis akan berlansung sehingga lewat malam.. jd mungkin buat pertama kalinya aku akan dapat sambut harijadiku bersama kawan2...
(aku tak suka lahir bulan 5... sbb masi ni la semua cuti berlansung.. aku tak pernah dpt celebrate dengan member2... sume balik umah.. huh..!!)
jd tahun ni.. walaupun hati masih luka... duri belum tercabut... mungkin akan ada sedikit sinar.. insyaallah... aku ingin minta maaf pada semua hati yg pernah terluka disebabkan aku.. truly from my heart... im so sorry.... untuk hati yang melukakan aku.. (kalau ada la).. ok je.... aku tak pk pun... untuk mereka yang bersama aku selama ni.. lg la byk2 thank untuk korang.!! ehehehe...
moga yg terindah dpt aku rasa mlm ni.... =>
Thursday, May 20, 2010
Bila wonderpets Berguling2
pagi yee...
5.45 bangun.....
alarm berbunyi...
kul 6 terbangun lagi alarm memekak lgi..
last2....
datang office.. prepare untuk MC
Formal la pulak...
Berbaju batik segalanya
dr kul 8 sampai 12...
penat...
tulang belakang mcm dah kene tebas
tido tak cukup...
mata dah jd mata panda
badan dah mcm zombi
otak dah mcm otak2...
aduiiiii
aku mcm matpet da aku rasa....
buat2 keje...
tertido
siap aku rasa air liur meleleh2..
agaknya laahhh...
arggg.......
bad day....
(sape suruh karoke sampai 4 pg.!!)
Wednesday, May 19, 2010
Maaf, Aku Harus Berubah
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Bawah Lagi
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Sket Lagi
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Tuesday, May 18, 2010
Maksud Huruf Pertama Nama..
hahaha.. kalau ikotkan nama aku Mohd Fairuz Selamat... so aku nak try dua dua la... huruf M ngan huruf F.. kite kene tgok mana yang elok.. then bru la amik.. kan3.. eheheh.. ok terus kepada maksudnya... ni dia maksud bagi huruf M dan F..
suka kelembutan
jika dikongkong, mereka akan berontak
Senang dijadikan sahabat,kerana mereka tidak berkira
Kelemahannya,
boros keras kepala.
Punya pendirian yang teguh
tidak mudah goyah
keras kepala
Mereka juga sukar memaafkan
Tidak setia
amat berhati-hati bila berbelanja.
Monday, May 17, 2010
Sungai Dalam Laut- Subhanallah
sedang enak melayari internet menjengah isu2 menarik dunia terkini.. terjumpe blog seorang mamat ni... AG namanya kot.. korang leh click SINI untuk maklumat lanjut.. blog dia agak menarik... (walaupun poyo sket.. ahakz).. btw... story ni sgt menginsafkan.. betapa menggerunkan aku dan mengagumkan tentang keesaan dan kebesaran ALLAH...
“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi. ” (Q.S Al Furqan:53)
Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.
Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.
Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.
Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.
Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.
Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”
Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.
Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.
Pembinaan Berhala Terbesar Di Dunia (?)
Sunday, May 16, 2010
Me Singing Bukan Cinta Biasa- Afgan
4shared
Bukan Senang Jadi Cikgu..!!
ok.. aku ni bukan seorang yang suke dengan kerjaya sebagai seorang guru.. aku tak nafikan aku suke mengajar.... sbb tu kat um byk bnda seni aku nak ngajar.. tp biler di fokuskan lagi konteks mengajar tu.. mcm mengaja di sekolah... yup.. bukan sesuatu yang aku suke.. (tp aku nak.!!!).. entah ek.. mungkin tuntutan masa yg melampau kot... hehehehe... apepun.. pada aku kerjaya sbg seorang guru bukan satu kerja mudah... aku sendiri punya kakak yang merupakan seorang guru.. baru sahaja dinaikkan pangkat menjadi pengajar di matrikulasi pontian johor.. jd aku nampak mcm ne kerja sebagai seorang guru punye komitmen...
even kakak, RAFISAH SELAMAT, pun tak galakkan aku jadi cikgu.. uhuhuhu.. kenapa?.. tak tahu.. dia ckp kerjaya sebagai seorang guru sekarang sgt mencabar... sementelah jasa dan sumbangan seorang guru semakin kurang dipandang penting oleh masyarakat oleh kerana kemajuan teknologi yang seakan menyaingi tugas2 cikgu.... sbb tu akak aku ckp.. jd cikgu sekarang mencabar... tugas sebagai seorang pendidik semacam memerlukan satu tekanan seperti menjadi perdana menteri... entah la.. tp betol gak.. sekarang ni kalau aku g memane2 senang sgt nak jumpe budak2 yang tak sekolah.. yang behenti belaja awal2.. alasan.. sekarang mane2 pun boleh belaja.. internet ade... search aje.... boleh terima?...
sekarang ni... salah sket je pada guru.. kene cubit sket je pelajar.. abis.. kecoh satu negara... saman menyaman.. huuuu... sepertinye tugas seorang guru telah di perlekehkan.. aku tak nafikan.. ade gak segelintir guru yang tak melihat betapa pentingnye tugas mereka ni... ye la... main ngajar je.. tp tak bimbing.. tp masih ramai juga atau kebanyakan guru sedar bahawa mereka adalah satu fasa penting dalam menjenamakan semula belia2 negara satu masa nanti.. tp konteks ini tak dilihat oleh kebanyakan org.. kekadang aku rasa tak salah kalau setakat merotan atau menghukum sedikit pelajar.. sbb aku yakin.. takde sebb lain kecuali pelajar yang nakal dan cikgu juga mahukan pelajar yg dihukum itu menjadi seorang pelajar yang baik...
jd sempena hari guru ni.. aku mengharapkan satu anjakan paradigma dr segenap pihak untuk melestarikan bidang perguruan ini.. menjadi satu level terbaik dalam mencipta belia dan pemimpin negara yang berkualiti.. Pertama.. pihak perguruan guru kene cuba bangkit... jadi satu komuniti yang akan memberi ilmu terbaik kepada masyarakat... bangkit melawan segala tanggapan negatif yang di tanam tentang arena ini dan terus memberi satu input yang bole menjana kecemerlangan kepada negara dan kehidupan pelajar itu sendiri.. bg pihak masyarakat, satu kepercayaan yang tinggi pula harus diberikan... harus mereka percaya betapa penting nya guru2 ini untuk mengaja anak2 mereka.. lain sbenarnya penerimaan kalau anak dihantar ke sekolah pesendirian ke sume tu.. belaja di sekolah biasa lg memberi ruang belajar tentang hidup yg lebih baik.... ini semua bukan apa.. bg melahirkan insan yang berkualiti.. aku semakin sakit melihat saban hari2 ada sahaja berita yang menceritakan betapa ramai nye belia2 di malaysia yang tak dpt peluang pendidikan yang baik dan membesar sebagai orang yang mendatangkan masalah......
Sifat Bulan MEI... anda?
- Keras hati & degil.
- Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
- Pemikiran yang tajam.
- Mudah marah apabila tidak dikawal.
- Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
- Perasaan yang amat mendalam.
- Cantik dari segi mental & fizikal.
- Tidak perlu dimotivasikan.
- Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
- Mudah dipujuk.
- Bersikap sistematik (otak kiri).
- Suka berangan.
- Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
- Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
- Daya khayalan yang tinggi.
- Permikiran yang tajam.
- Pandai berdebat.
- Fizikal yang baik.
- Kelemahan sistem pernafasan.
- Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
- Tidak berapa suka duduk di rumah.
- Tidak boleh duduk diam.
- Tidak punya ramai anak.
- Rajin dan bersemangat tinggi.
- Agak boros.
Saturday, May 15, 2010
Aku Rindu Pesta Makan.!!
dulu masa kat um.. aku rasa aktiviti utama aku bukan belaja.. huhuh.. selain menyanyi.. aku rasa makan adalah agenda utama sehari2 aku.. ahahah.. sebelum buat ap2 makan dulu.. tengah wat keje behenti makan dulu.. abis keje makan lgi.. tiap2 malam.. merewang satu kl cari pot2 makan baru.. semua resipi nak cube.. dr yang sedap sampai la yang pelik2... tp halal la.. dr kedai makan kat six kolej je.. sampai la ke longkang.. maple ss14.. murni ss2... nailis.... steambot kat sunway... ape lg je yang tak try.. tomyam yang best giler kat kg baru tu... huhuhuhu... sampai kan kul 2 3 pagi dok melantak lagi...
aku memang rindu time2 itu.. eheheh.. sekarang ni dah bekerja... tak leh la tido lambat sangat.. pepagi dah nak kene bangun.. huhuh.. jd penyelesaian kepada rindu itu adalah hujung minggu.. tp tak bestnye.. hujung minggu ramai.. sesak.. memang menjadi rutin aku, aku tak suke makan tempat sesak... tak leh fokus kepada keindahan rasa makanan tu.. huhuhuh... tu yang payah tu.. dengan komitmen kawan2 yang dah berbeda lapangan tu.. huhhhh.. sedih...
jd kesimpulannya.. aku rindu dengan lambakan makanan di hadap ku.. sekarang ni.. makan sepinggan je.. makan meggi je.. huhuh.. dah lama tak duk ramai2 makan besat.!!! yamcha.!! yeeaahaaaa.. bestnye.. walaubagaimanapun.. pemakanan harus dijaga demi memastikan kesihatan tidak terganggu.. ahahahahah.. kolestrol tu jagaaaa!!!
Friday, May 14, 2010
Maruah Seorang Abg...!!!
sebenarnye.. aku pun mcm tu.. sesudah abis spm.. aku ambik stpm.. sesudah stpm.. aku sambung ke Um.. 4 tahun.. akhirnya aku tamat pengajian pada mei 2009.... dan kerja pertama yang aku buat setelah grad adalah terlibat dengan Cuci The Musical.. ahhaha.. bukan kerja tetap pun.. 3 bulan je.... berbalik kepada isu... eheheh aku memang rasa diri ini sebenarnye berguna atau tak.. yela.. cmm bro tu nye situasi.. aku sendiri yang gegeh nak sambung2 study ni.. sampai ke akhirnya aku grad, harta satu pun takda.. kecuali handset dan motor... kawan aku yang kuar spm je trus keje.. dah ada rumah.. dah ada kereta.. dah kawin ada anak pun... biler pegi mane2 pakai kereta ayah or abang.. memang malu.. memang rasa mcm menyesal belaja tinggi2.. kan2?..
mesti pernah kan.. lain la kalau datang dr keluarga yang kaya raya.. masuk u je.. famili belikan kereta..... kerja jauh dr rumah, femily sewakan rumah.. itu bonus la.. untuk aku yang aku leh katakan, aku usahakan sendiri semua kehendak aku.. memang terasa la.... heehheeh
tapi aku rasa, aku lalui fasa itu dengan menarik.. dari tamat belaja.. sampai sekarang.. aku akui ada masa aku tak wat ape2.. mengular.. then abiskan duit simpanan yang kononnya banyak tu.. ahhaah.. ke hulu kehilir takde terpk nak bekerjaya... bukn ape.. mungkin aku nak rasa bebas sedikit seblum memasuki alam bekerja... heheeh...
jd kepada yang senasib dengan aku dan bro di atas tu.. aku doakan semoga korang dpt kerja yg bagus.. ye la bukan mudah nak dapat kerja lepas tamat belaja ni.. aku ni pun nasib aje pun.. jd aku sgt2 mendoakn korang akan dpt ape yang setimpal dengan yang korang usahakan time2 belaja dulu...... amin...
Thursday, May 13, 2010
Tun Mahathir The Musical- Aku Layak?
1 may ari tu.. aku ngan ex clasmate aku.. jehan ngan adik sutun.. g ib.. untuk audition musical tun mahathir ni... tak la mengharap untuk dpt sgt.... sekadar mencuba.. sbb rasa kosong kepala otak kalau takat ngadap fail kat opis ni.. jd diri ku prgi la.. masa audition itu.. daku menyanyikan lagu tunggu sekejap.. ngan sri mersing.... dengan sedikit sesi dialog dan juga tarian.. sofar alhamdulillah.. it was great.. sbb ade kawan2 kan.. jd kami menggila je la kat sane..
semalam dapat kol.. dr ib.. td tak dpt angkat.. ade meeting.. pg td diorang kol.. memberitahu saya terpilih untuk 2nd audition.. this coming sunday, 16hb.... juga di istana budaya...
YAbedabebdooooooooooooo..!!!!
hheehe.. tentula aku suke.. actually memang la aku pun tak tau ae posisi yang bakal aku dapat.. and even, aku sendiri tak confirm dapat ke tak... svv ade audisi lagi kan.. tp aku suke if aku dapat masuk teater ini.. sbb aku suke musical.. aku suke menyanyi sambil menari dan berlakon.. aku suke teater biografi mcm ni.. huhuh..
so korang.. doakan aku ek.. aku risau gak kalau daat nanti penat.. dgn jadual kerja lgi.. tp aku rasa takde masalah.. boleh dirundingkan mcm ne,, even memang satu yang memenatkan.. aku kerja di putrajaya.. nak ke ib sane tu.. tp aku rasa... jiwa memerlukan sedikit makanan, baru dia akan memberikan rasa yang terbaik pada badan.. kan3....
Musical tribute to Tun Mahathir
sultanmuzaffar.blogspot.com
Tun Mahathir The Musical di Istana Budaya
mybloghub
Tun Mahathir The Musical di Istana Budaya
ticket2u
So Who Wanna Play Tun Mahathir?
Tuah Nabil di The 11th Pan Asia Music Festival 2010
heheeh btw, this year, nama nya dah bertukar... The 11th Pan Asia Music Festival 2010.. hah tu la nama dia.. diadakan di Beijing.. heheheeh dan nabil adalah wakil malaysia untuk pertandingan ini.. kali ini.. again.. kenapa bukan aku. uwaaaaaa.!!!!! hah.. apepun.. tahniah kepada nabil dan wakil2 dr malaysia... semoga tahun depan, masukkan acara ni dalam acara yang dinanti seluruh peminat seni.. ni taktau ape2 tetibe dah show dah.. korang leh baca laporan lanjut kat metamobile ni.....
Wednesday, May 12, 2010
photo with (no) story
gambar ni lansung tak menggambarkan perasaan aku saat ini.. fulamak.. hahahaah.. baru je balik meeting pecah kepala... balik kul 4.30.. tp dah terlajak sampai 5.30 ni.. aku malas nak gerak balik.. sbb jalan maha ayam punya jem.. lepak jap kat opis..... huhuhuhh... seronoknye hidup mcm ni kan... ade keje.. sebulan lebih aku tak byk keje sgt.. lani sekali dapat.. hamik kau fairuz selamat... hahahaah.. dengan kereta aku dah mcm bakul sampah (yg bersih)... bilik aku pun mcm sarang tikus (yg xda kuman).... rambut aku pun dah panjang dan serabai (yg ansem).. sbb takde mase nak trim... uwaaaaaa aku cintai hidup ini....
sekali lagi.. semua ayat diatas tidak menggambarkan perasaan aku.. aku sgt la blur.. kecewa... lesu... segalanya la.. taktau ape nak ckp.. yang penting aku tak ada dalam mud yang baik... bestnya kalau dapat g bowling.... takpun dapat lepak kat spa ke.. dpaat workout kat gym ke.. huhuh.. tp takde masa.. sume membataskan.. tp best gak... kesibukan ini sedikit sebanyak membuat aku lupa tentang kemurungan emosi aku ketika ini...
td balik dr meeting kat luar tu... hujan.. sambil tenog deretan kemah yang dipasang untuk jomheboh dan sambutan hari pekerja.. ada gak aku menyaksikan.. sorang budak pmpuan ni.. bawak moto.. dalam hujan.. pastu kereta depan dia brek mengejut.. dia langgar kereta tu.. sian aku tgok.. da la pmpuan.. sorang lak tu.. yg kereta tu india lak.. aku harap dia masih sihat walafiat ketika aku menulis warkah ini.. ceweaaaahhh...
huhhh.. apa lg yg terbuku dalam hati aku ek..?... hurmm.. aku pun taktau.. aku mcm buntu la.. kalau leh lari g venice ke malam ni.. bestnyeee.. dapat aku......
sapa nak bawak aku g venice?
Korang Kenal Gadis Ini?
Nama Dia Zaffirah Zaini.. Dia Sedang Mengajar Di Sebuah Sekolah di Lahad Datu Dalam Keterpaksaan... ahaakkzzz
kenal dia mcm ne?.. kami satu universiti.. last sem lepas.. dia amik satu kelas sama ngan saya.. eheheh.. asas vokal... hahah.. tetibe satu hari sebelum mula kelas... dia tanye...
"u ni fairuz selamat kan.. fairuzselamat..blogspot.com kan?
u ni peminat siti kan?"
hhaahah.. pastu kan.. dia gigih carik scre lagu melawan kesepian.. hahahah untuk persembahan akhir kelas tu.. eheheh nasib baik tak sama kelas... lain lecturer.. kalau tak.. dah ku post video dia nyanyi dalam kelas lagu getaran jiwa tu.. ahahahahaah
Mane Nak Beli Mood?
- Mood Ku lari.. samai ke sudah ni tak jumpe2.. korang tau tak mana nak dapat mood?.. mane kedai yang ada jual ke... or bleh dolot kat 4shared ke... korang tau tak..kalu tau bgtau Fairuz Selamat ye
- Hurmmm.. biler mood dah lari.. mestila fizikal diri pun tak begitu memberi kan.. segala yang diuji direspon dengan tindakan yang begitu pasif... tak begitu produktif seperti sebagaimana ia seharusnya berdiri
- hurmm.. bila fizikal sudah gundah.. apatah lagi fikiran sentiasa rasa nak marah.... jalan sesak... hampir2 sahaja disumpah seranah.. nasib baik dengar celoteh faizal dan farah... hati yang mendung terus menjadi cerah...
- emosi bukan mudah mahu ditenang.. kalau dah terjentik terus terus menjadi berang. lantas bnda yang kecik dilihat begitu terang.. silaunya sampai nak jalan pun tak tenang.. langkah tak menentu sentiasa terhuyung hayang... ibarat bayang yang tiada arah, sentiasa menanti cahaya terang
- Aku masih lagi Takde mood.....!! aku perlukan korang untuk chill me up.... bg la ape2 idea... selain mencuri cadburry black forest dikedai bawah... ade tak idea lain... hurmmm.. dengan badan yang rasa mcm nak demam..
- AKU MEMANG TAKDA MOOD..!!!!
ps; walaupun takde mood.. masih mampu menulis.. hahaha..
Tuesday, May 11, 2010
Aku Dah Join GB..!!!
apeapepun.. special tq kepada INNZ... sbb aku sebenarnye puas dok mencari mcm ne nak join GB ni.. tak pernah nak jumpe... nasib baik innz yang bgtau.. ehehehe.. makasih innz... eheheh akan ku kenangmu dalam berangan ku.. ehehehhe... ok la guys... sapa2 yang belum join.. g la join.. korang click kat geng blogger nya portal tu.. then kat belah atas, sebelah kanan dia.. ada lambang facebook... korang click kat situ.. dia register by connect ngan fb aje.. best.. biler bersatu dalam komuniti yang mempunyai minat yang sama.. banyak leh share... kan3... ok enjoy.!!!!
Monday, May 10, 2010
Biler nak Ada Anak Sendiri?
- Setiap kali aku tengok abg aku layan anak2 dia.. tengok akak aku ajar anak dia.. tengok mak ayah bawak anak2 pg shoping...
- argggggggg... meruntun jiwa la.. taktau la aku ni dah gatal sgt nak kawen ke ape..
- tp naluri sebagai seorang ayah tu emmang sgt kuat dalam diri ini.. namun tetap tidak menafikan..
- mungkin diriku belum bersedia mahu dipukul gelombang yang tak tau apa msibahnya..
- namun, kenginan itu sgt kuat...
*sighhh.......!!!*
Fairus Selamat Likes This
1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.
Sunday, May 9, 2010
Selamat Hari Ibu- Puan Maimunah
engkau adalah yang membukanya..
saat relung hati ini mampu menghela udara
kau yang menghembuskannya
saat hidung ini mampu menghidu alam
engkau taburkan dengan wangian
saat telinga ini teruja mendengar deruman
kau bisikkan dengan zikir pujian
saat kaki ini mampu berdiri
engkau adalah tongkatnya
saat tangan ini mampu menggapai
engkau adalah destinasinya
saat akal ini mampu berfikir
disini aku berdiri sgalanya adlah kerna dia
terlahirnya aku adalah kerna pautan kasih sayang mereka berdua
tiada satu harta berharga mampu membeli hakikat itu
tidak ada cinta yang mampu melawan cinta itu
tiada kasih sayang yang mampu melalaikan aku tentang itu
25tahun aku berdiri kukuh
kadang tersungkur tidak terbangun
walaupun tanganmu jauh mahu membantu
namun suaramu disisi membakar dalam diam
menyuluh terang agar aku tidak hilang
memberi aku kekuatan agar tidak ketinggalan
menyulam kasih setia agar aku tidak kecewa
sntiasa memberi jalan agar aku melangkah tenang
setahun lagi dipanjang usia
dia masih ada setia menyemai yg terbaik
untuk setiap insan di sisi
lelah dan penat tidak mungkin terlahir
hanya yang terbaik untuk setiap yang hadir
ku mendoakan saat ini akan mati
terusan begini hingga keakhirnya
SELAMAT HARI IBU
kepada
PUAN MAIMUNAH BTE SARBINI
ps: Copyright Fairuzselamat.blogspot.com