Sunday, March 29, 2009

Fairuz Dalam Ukhwah Astar


seawal aku mendaftarkan diri ke universiti malaya pada tahun 2005, dan apabila kami diperkenalkan dengan pergerakan seni kolej kediaman pertama dan seterusnya kepada acara seni tahunan terbesar um, iaitu festival seni, aku merupakan ahli kepada pasukan nasyid kolej pertama.. pada penyertaan kali pertama, aku yang erupakan junior pada kala itu, hanya mampu diri kaku dan membuat apa yang diarahkan.. pada waktu itu abg muaz yang mengajar kami... kami juga diberitahu bahawa sebelum ini tidak ada sebarang pencapaian yang pernah kolej kami dapat... terus saja kami buat yg terbaik... alhamdulillah... kami dpaat tempat ke5... sangat bersyukur kerana berdasarkan apa yang kami buat, ntah apa2...!!


masuk tahun kedua, iwe, roommate aku, menjadi org penting yang membangunkan nasyid... kami berdua sepakat untuk meneraju nasyid tanpa perlu mengundang jurulatih luar... aku telah dilantik menjadi pengajar... seterusnya kami meneruskan misi mencari junior, melatih, dan memberi kata2 semangat.... alhamdulillah.. membuahkan hasil apabila kami mendapat juara untuk pertama kalinya....



masuk tahun ketiga... iwe masa tu dah kurang semangatnya pada nasyid kerana ade komitmen lain.. nasyid diteraju olh hazwan..... pada waktu ini, aku sedih kerana makin ramai senior tak join, tp dlm masa yg sama gembira kerana junior2 baru menunjukkan minat dan semangat yang tinggi.. aku teruskan menjadi jurulatih.. melatih vokal.. harmonizing, solidness... sume la... kami buat yg terbaik atas jalan dakwah dan juga ingin mendapat juara seterusnya menaikkan nama kolej pertama.. alhamdulillah sekali lg, apabila kami dinobatkan sebagai juara sekali lagi... pada waktu ini aku hanya mampu bersyukur tidak terhingga kerana tuhan membri rezeki melimpah kepada aku dan budak2 nasyid....


masuk tahun keempat pula iaitu tahun 2009.... aku sekali lagi dipujuk olh junior tahun lepas untuk mengajar.. pada mulanya, aku tolak kerana hanya aku seorang senior yg tinggal dan juga aku terlalu bz dengan projek akhir aku... tp setelah dipujuk aku terima... lansung latihan berjalan mcm biasa.. agak lama kerana festival seni kali ini dibuat pada bulan 3... team kali ini pada aku adalah yang paling mencabar kerana byk masalah yg kami hadapi termasuk ahli, lagu, pakaian.. dan kepala hangin.. hahaha.. kami bersabar aje.. sampai satu masa kami rasakan yang kami takde harapan nak menang.. yup.. itu yg kami rasakan.. seminggu sebelum bertanding, kami mulakan latihan intensif... dan berterusan sehinggalah sehari sebelum bertanding.. dan pada malam itu, byk masalah berlaku apabila kami berhadapan dengan masalah percanggahan idea... memang stress dan merisaukan.. kami tentukan cubaan suara yg hendak dibuat pada malam itu, sehari sebelum bertanding... tp kami yakin kan saja


esoknya, kami bertanding, kami buat yg terbaik.. mencurah hati kami kepada apa yang kami latihkan selama ini... terus... kami redha dengan pa yang kami dah buat.. setelah diumumkan keputusan.. kami sekali lagi memegang kejuaraan itu... kami gembira.. aku terduduh sedih.. aku sedih keran agembira... tiga tahun aku mengajar nasyid ukhwah astar ini, kami diberikan rezeki yang sgt baik oleh tuhan..... aku juga dinobatkan sebagai vokal terbaik untuk dua tahun berturut2.. alhamdulillah.... kini aku dah berada di bulan2 terakhir sebelum aku tamat pengajian... ukhwah astar adalah salah satu memori yg aku takkan lupa.. bermula dengan alia, iwe dan seterusnya kepada ejin dan bad, dan seterusnya kepada amin dan hazuan dan afi, dan seterusnya kepada shima dan hadi dan syafik.. dan semua ahli2 nasyid... aku merasakan memori ini benar2 yg terindah yang pernah aku rasakan......





ps: thanks iwe... kite yang wujudkan ukhwah astar..!!!
ps: thanks alia, kite yg paling setia dengan ukhwah astar
ps: thanks hazuan kerana berjuang untuk team kite
ps: thanks amin sbb sabar dengan kerenah aku
ps: thanks sume ahli nasyid ukhwah astar... teruskan kejuaraan kite pada tahun hadapan..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...