Sunday, April 4, 2010

Kursus Induksi Khas PTD sesi 2 (29Mac-2Apr 2010)



masih tiada mood nak bercerita tentang kursus ini... tp gagahkan juga tenaga dan emosi untuk menekan butang2 di laptop ini... kursus yang berlansung di intan kemaman terengganu selama 5 hari ini pada aku cukup best...

ye arr.. hari pertama aku dah ada masalah sbb kasud aku tak ckup itam.. ehehe tp best je.. aktiviti yg kuarkan peluh ni memang aku suke.. starjump la.. push up.. sit up.. memang aku suke.. cume mase jungle tracking tu tak ckup mencabar.. tp tu pun dah basah baju berpeluh.. eheheh

semuanya berjalan lancar.. dr isnin sampai la kamis malam dimana kami kene uruskan satu persembahan untuk urussetia., aku sendiri menyanyi 2 lagu pada malam itu.. alhamdulillah.. walau ada sedikit masalah tenikal.. t sume berjalan lancar,.. eheheh..

now.. setelah balik ke kl.. ak merindui semua rutin2 itu.. aku nak push up ngan sit up tu,. kalau kat rumah takde maknanya nak wat sendiri.. huhuhuh.. waa.. rindu nak hangup ramai2 ngan sume member2 tu.. rindu nak panggil kawan aku tu bob.. rindu nak kene gegar pg2 nak bangun.. ehehehe...

tp takpe.. persediaan untuk kursus yang akan dtg yang lbh mencabar,,, eheheh gmbar akan aku selitkan kemudian nanti.. buat pengetahuan sume.. aku dah itam,..!! ahahah



Pemergian Din Beramboi



saat aku menulis ini, sudah dua hari beliau meninggalkan kita... alfatihah untuk beliau....

aku masih lg terkejut... mengakui aku bukan peminat berat beliau.. tapi sejak aku bekerja... celoteh dan lawaknya bersama aznil memenag menjadi peneman setia aku saat aku memandu ke tempat kerja... dan aku juga akui.. aku boleh eksiden kerana lawak2 beliau.. hahahah... ckup dekat dan melekat apa yang di utarakan di awal pagi itu dengan pendengaran aku...

ketika aku sibuk berkursus... pagi2... aku mendengar di malaysia hari ini, tentang pemergian beliau.. sgt mengejutkan.. aku sendiri tidak mengetahui beliau sakit... pemergian ini sepeti satu hentakan.. aku memang merindui kata-kata beliau di awal pagi... satu kehilangan besar....

pada perkiraan aku, din beramboi baru sahaja mahu mencipta kembali brandnya... setahun dua ini.. sejak beliau menjadi ahli keluarga era... dan mula menceburkan diri dalam byk rancangan lawak di astro... beliau seakan berjaya membuat comeback... aku sendiri menonton rancngan spontan kerana beliau...

namun.. beliau sudah pergi mengadap ilahi... satu kerugian dan kehilangan besar kepada industi dan stesen radio era sendiri... namun.. pasti ada hikmahnya.. tuhan mahu menempatkan beliau di tampat terbaik di sisi NYA.. insyaallah.. amin..... kita yang masih bernafas ini, amrilah sedekahkan alfatihah kepada allahyarham abg din beramboi.. semoga rohnya ditempat kan di kalangan mereka yang beriman., amin...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...