Saturday, April 18, 2009

Review of Queens Of Langkasuka

1stly nak habaq awal2 yang ini review daripada Fairuz Selamat.. jd kalau ada sape2 yang tak puas hati, jgn ar bunuh diri ke apa ke ek... heheheh.. just pandangan aku dari satu sudut yang tahu untuk menilai.. aku BOLD kan.. dr fairuz selamat.. jd jgn terkesan sgt la yea..


ok.. hari rabu lepas... lepas sume hal mcm latihan untuk asas vokal n hal lain setle,aku dah deal ngan skandel aku.. waaa (kidding ok.!!), Yi jing untuk pergi muvie... ade 3 tempat 1utama, mid or cineleisure... kami pergi berlima.. Aku, Yijing, Fina, Bapak Indra ngan Rangga.. kitorang decide g kat cineleisure sbb tak pernah ngok muvie kat sana.. sampai2 terus plih citer.. ade org tu taknak tgok citer seram.. PENAKUT.!!!!.. haha aku memang nak tgok Queens of Langkasuka ni.. aku suke citer2 mcm ni.. then, kami plh citer ni sbb dia baru mula.. malas nak tunggu kalau amik citer lain...


ok tiba masa untuk memberi komen aku... secara overall nye, aku bagi 3 bintang dr 5 bintang untuk filem thailand ni.. hehhhe.. kenapa? adakah bintang itu terlalu banyak? atau mana mungkin filem sebegitu dpt 3 bintang jek.. hehehe.. ini penilaian insan bernama fairuz selamat la..!!

ok secara peribadinya, selepas je aku tengok citer ni.. dlm hati aku terdetik, kalau khabir baktiar yang direct atau pun spilberg yg direct.. aku akan bg 6 bintang dr 5 bintang... secara keseluruhannya, aku rasa kekurangan citer ini adalah directing nya... kenapa? adakah aku bercakap diatas landasan yang relevan?.. mari kite baca.. hehe

secara peribadi juga aku puji teknikal dan effect untuk cerita ni.. walaupun ade ura-ura mengatakan bahwa teknik sebegini, mcm CGI bukan kepakaran thailand, tapi pada aku mereka melakukan hasil yang sgt baik.. lihat saja bagaimana gambaran ikan paus tu.. gambaran segerombolan ikan dalam air.. ikan pari tu... memang cool siot... pastu dengan kapal byk2 tu.. mcm citer troy dah.. cuma kalau ada yang mencacatkan skit dlm aspek ni, masa ikan melompat banyak2 dr air tu ngan masa rakit lanun kene tembak meriam tu.. nampak sgt cartoon nye.. yang lain memang aku kagum.. mcm filem hollywood lak aku rasa. terkagum sekejap biler pk org asia leh gak setanding barat... yeeaah..!!!

kedua, aku sangat puji dengan detail yang mereka berikan untuk menggambarkan kerajaan melayu tu.. cuma aku sedikit keliru... kerajaan langkasuka ni mengikut sejarah kerajaan mana ek...? thailand ke? sbb kalau kite tgok, aku cube mencari dimana elemen thai dlm penggambaran situasi itu... itu je.. kembali kepada topik tadi, aku suke dengan detail yang diberikan. terutamanya kostum. aku rasa mereka berjaya memberi satu alam yang menggambarkan kerajaan melayu lama. dengan tongkolok, keris, sampin, baju melayu.. ya..mungkin nampak sedikit moden.. tetapi asasnya itu masih jelas.. cuma ade satu yang wat aku ketawa.. kan ade kalung@rantai yang pembesar pakai tu, itu bukan melayu ar.. itu india... hahaha... aku ada sebijik mcm tu.. yang tu aku rasa last minit tambah tu.. ahahaah... hah lagi satu yang aku nak pertikaikan, pemakaian ada yang kurang serious.. contoh mcm putera apa yang jahat tu, pakai baju melayu tapi tak sempurna. tak butang, tengkolok mcm tak rapi.. detail ini sgt perlu untuk menggambarkan kerajaan berkuasa kuno ye.. terutamanya melayu..


ketiga.. pengarahan.. aku memang agak kecewa...! garapan dan shot yang diberikan mencacatkan kehebatan cerita ni.. contohnya masa mula2 tu.. waktu dalam gua, masa Pari masih kecil berbual dengan tok gurunya dan seorang lelaki, ada shot-shot yang memang amatur.!! bleh ke shot dr bawah nampak 3 3 org.. tak cun giler.. sayang... sbb situasi dan latar dia dan cantiik dah.. pastu benda yang sama sampai abis cerita.. aku rasa pengarah ni bagus,, cuma mungkin tak arif dengan garapan cerita sebegini. banyak sgt la.. aku rasa shot yang tak perlu pun ada. sudut-sudut yang diambil tu amatur.. pastu pelakon.. aku rasa yang bagus hanya tiga watak. Pari, Lord Jarang ngan Putera Pahang... yang lain... adui.!! mcm tipikal drama thailand.... tak la teruk.. tp tak seiring dengan kehebatan teknologi yang ditampilkan.. contohnya watak org cina yang mase dia dpt tau adik dia gantung diri.. boleh jd dramatik.. tp dia mcm tengok ayam dia kene sembelih jek.. tak rasa... puteri ungu.. bleh jadi lebih gagah lg.. hah ni satu gak.. persilatan mereka memang mcm ape.. ahah. kelakar ar.. cuma si jarang yang bagus. mugkin dia memang pelakon filem aksi...


dan yg seterusnya dan mungkin terakhir, adalah garapan plot-plot.. aku rasa citer ni menarik.. tp pengkhususan nya tak dpt la.. contohnya, kalau mereka nak gambarkan bahawa lanun lanun tu nak rampas kerajaan yang ditadbir oleh tiga wanita.. yup.. kuatkan point tu.. dendam, perbalahan, perebutan... bru aliran cerita tu rasa.. ni aku rasa taktau mana fokus utama citer ni.. samada perebutan kuasa antara lanun dan langkasuka, atau tentang meriam yang sgt la ditik beratkan dlm skrip ni atau tentang Pari dan ilmu ajaibnya tu... 3 elemen ni dah cun, cuma tak disatukan dalam satu SEBAB.. kekadang biler emosi tentang satu latar tu dah cantik, tetibe ade recall scene yang mcm tak perlu keluar.. belum pape2 terus abis... potong emosi tol.. ehhehehe..

tu jek sebenarnya yang aku nak komen.. tp overall aku sgt suke citer ni.. suke apabila nama2 melayu, nama pahang, JOHOR.. dan yang lainnya disebut dlm citer ni.. memang research diorang bagus... cuma tu la.. bukan mudah nak wat filem.. lg2 yang bermain dengan ramai pelakon, mengenai sejarah, dan teknologi yang tinggi.. kekadang plan dan cun, tp dah siap sume baru perasan ada yang tertinggal.... aku bgi standing ovation untuk citer ni... kekurangan tu biasalah... untuk kebaikan.. still... this is a good muvie.. walaupun lama, aku tak tertido.. hehehe...


then lepas tu.. kami sume g makan kat IKEA... kepingin meatball dia.. sedap..!!! yeehaaa..!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...