OMG..!!!! what the hell is this...!!! aku mcm nak giler bulan ni.... seriously, selama aku hidup hampir 24 tahun... bulan mac 2009 ni adalah bulan paling menganiaya bagi aku... korang tak dpt bayangkan betapa aku bznya... aku rasa if aku mampu bahagi kan tubuh aku, aku nak bahagikan tubuh aku kepada 3 bahagian..... ahahahahaah mungkin salah aku kerna tak sedia nak bz mcm ni... tp still aku rasa sangat sakit beerhadapan dengan semua situasi ni... korang nak tau apa jadual aku?
ok selain jadual kelas dan asgment yang berkaitan dengan study aku, aku jugge terlibat dengan final projek aku yang mana kami akan mempersembahkan persembahan teater yg kami sendiri uruskan from a to z... latihan berlansung pada tiap2 malam.... dalam masa yang sama aku terlibat dengan teater untuk kolej aku yang akan dipertandingkan dalam festival seni..... pada 19 atau 20 hb ni... selain itu, aku juga peserta nasyid dan juga jurulatih nasyid kolej pertama.. yang mana akan bertanding pada 26hb... seterusnya, aku adalah pengurus pasukan puisi dan merangkap jurulatih... yang akan bertanding pada 2 april.. aku tak dpt turut serta sebagai peserta sbb tarikh tu merupakan segalanya bagu aku apabila aku akan dinilai sebagai seorang pelajar yg mengambil seni persembahan.. bukan itu sahaja, aku juga wakil kolej untuk solo asli dan solo inggeris.... dan seterusnya aku adalah salah seorang peserta tarian asli yang akan dipertandingkan serentak dengan latihan teater aku di panggung taman budaya... tak termasuk lg tugasan kelas pemasaran yang mana aku terpaksa menjadi sekreteriat festival seni untuk melakukan kerja2 pemasaran dan promosi.. tak termasuk lg, tugasan kelas temuduga yang akan dibentangkan pada 4 april.... selain tu, aku kene uruskan berkenaan pertukaran pelajar yang melibatkan aku ke korea yang aku harus siapkan sebelum bulan 4.... seterusnya, aku juga sibuk dengan aktivi aku sebagai orang seni.. show, interview....
korang dapat tak bayangkan mcm mane aku nak bahagikan masa.. aku memang tak ckup masa.... jd dalam keadaan begini, aku nak sangt jumpe family aku... mak aku terutamanya.... tu je ubat untuk aku tenang... pluz. aku rindu sgt dengan anak sedara aku... seriously aku memang family man.... aku nak jumpe anak sedara aku sekarang gak.. diorang je mampu wat aku lupe tentang keletihan ni.. plz.. i need my family..!!!!!!