Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu- Puan Maimunah



Saat mata ini berpeluang melihat dunia..
engkau adalah yang membukanya..
saat relung hati ini mampu menghela udara
kau yang menghembuskannya
saat hidung ini mampu menghidu alam
engkau taburkan dengan wangian
saat telinga ini teruja mendengar deruman
kau bisikkan dengan zikir pujian

saat kaki ini mampu berdiri
engkau adalah tongkatnya
saat tangan ini mampu menggapai
engkau adalah destinasinya
saat akal ini mampu berfikir
kau adalah tauladannya

disini aku berdiri sgalanya adlah kerna dia
terlahirnya aku adalah kerna pautan kasih sayang mereka berdua
tiada satu harta berharga mampu membeli hakikat itu
tidak ada cinta yang mampu melawan cinta itu
tiada kasih sayang yang mampu melalaikan aku tentang itu

25tahun aku berdiri kukuh
kadang tersungkur tidak terbangun
walaupun tanganmu jauh mahu membantu
namun suaramu disisi membakar dalam diam
menyuluh terang agar aku tidak hilang
memberi aku kekuatan agar tidak ketinggalan
menyulam kasih setia agar aku tidak kecewa
sntiasa memberi jalan agar aku melangkah tenang

setahun lagi dipanjang usia
dia masih ada setia menyemai yg terbaik
untuk setiap insan di sisi
lelah dan penat tidak mungkin terlahir
hanya yang terbaik untuk setiap yang hadir

ku mendoakan saat ini akan mati
terusan begini hingga keakhirnya

SELAMAT HARI IBU

kepada

PUAN MAIMUNAH BTE SARBINI

ps: Copyright Fairuzselamat.blogspot.com

7 comments:

Nur Aainaa Khairunnisa said...

selamat hari ibu untuk mak...=)

Zaqyah Razak said...

"... Suaramu disisi membakar dalam diam" Awwwuuu *sukasuka* sweetstuff

P/S: Copy habis muka mak ye :)

Fairuz Selamat said...

aaina...
macehhh
salamat hari ibu juak pada ibu kamu
waahh
swak ni

Fairuz Selamat said...

afzainizam
makasih
best writing tu
tq for viewing my blog u
nanti akan jalan2 ke sana gak

Fairuz Selamat said...

zaqyah
hehehe
suka ek
heehhee

actually ada stu part nak copy tapi tak dapat..
my mum punya mata
mata dia biru..
nakkkkkk!!!

Zaqyah Razak said...

tak boleh lah nak tengok mak lebih sikit kan. tak kan nak copy semua, nanti Mr.Selamat jealous pulak hehe

Fairuz Selamat said...

tp zaqyah.. ikut ayah pun best gak.. huwaaa..
sbb belah ayam sume kulit putih melepak..
dauk je dapat kulit manggis...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...