Saturday, September 4, 2010

ALHAMDULILLAH

tetibe pagi ini sedikit kesedaran betol2 menampar sedar aku dr terus leka.... aku sendiri bingung nak letakkan perasaan ini di mana... tp aku ckup suke.. dan aku boleh katakan ia sebenarnye sesuatu yang perlu dtg lbh awal... saat aku teliti dengan laptop ku, tetibe lagu intrumental YISEI keluar... terus fikiran ini kelamkabut mencari sesuatu paksi untuk difikirkan... dan teruslah sampai ke rasa ini.... ia sebenarnya satu perasaan yang membuat aku berfikir betapa aku harus bersyukur dengan apa yang telah dikuniakan kepada aku oleh yang maha esa... setiap satu peristiwa dr zaman sekolah, universiti dan sekarang aku berada di alam pekerjaan, allah berikan aku yg terbaik.. yang mana aku rasa dicemburui oleh ramai org... dr keputusan yang baik dalam study, dikurniakan kerja yang elok2 juga... dengan rezeki yang tak pernah putus.... aku bersyukur, alhamdulillah.... walaupun aku sedar allah sebenarnya mahu menguji aku dengan cara yang mcm ni..... aku bersyukur... aku sedar ALLAH sayangkan aku.. dan dalam menyelusuri hari2 aku... kerap kali aku merungut.. pasal kerja... pasal karier, pasal itu dan ini, sedangkan aku sebenarfnye sudah ckup bertuah nak dibandingkan dengan yang lain.. yup walaupun sebenarnye aku bukan terlalu bertuah.. kerja aku bukanlah yang terbaik dan termewah.. study aku bukan la yang berada di tangga teratas.. kereta aku bukan la yang paling hotz dikalangan kereta2 member aku, tp.. apa yang diberikan ini sudah ckup membuatkan aku selesa dengan kehidupan sehari2...ALHAMDULILLAH

BLOG LIST ben ashaari



hah.. aku memang bleh kata ari2 masuk blog bro ben ni.. hot kot.. korang tgok follower dia ade berapa.. almost 3000 ok!! mampu?.. ahahha.. dah lama dah aku tgok dia bukak blog list ni.. untuk sape2 nak listkan blog kat blog list dia tu... then aku nak try la... mana tau ade rezeki.. kan3...

well.. sedikit penerangan tentang blog aku.. blog fairuzselamat ni aku buat dah lama actually.... tahun 2007.... mase tu aku mcm rasa nak berblog.. time tu blog tak jd wahana sepemes sekarang.. sume mencemuh je blog.. huhuhu.. tp sebenarnye aku wat sehari je.. lepas tu aku terus melupakan blog aku tu.... ehehehe.. dan sebenarnya pada tahun 2009 bru aku kembali.. ahahahaha... 2009 permulaan aku menjadi blogger agak tegar... dan bermula dr itu, aku boleh katakan blog memang menjadi slaah satu agenda penting dlm aktiviti berinternet aku sehari2..

secara rambang nya.. ahah rambang sgt... blog ni aku tak spesifikasikan kepada aspek2 tertentu.. ia lbh bersifat diari kepada diri aku.. apa yang aku suke.. apa yang aku tertarik.. apa yang ebrlaku di sekeliling aku... dan menjawab kepada semua ini, seni berada di tangga teratas sebagai unsur penting dalam kebanyakan entri2 aku.... sbb aku dibesarkan dengan pengaruh seni... belajar lak seni... jd aku byk postkan tentang aktiviti kesenian.... dr musik, teater hinggakan tarian dan bermacam lg jenis seni...

tu la secara ringkas nye blog fairuzselamat ni..... jd aku harap ini sudah mencukupi untul bro ben melistkan aku didalam list yg panas itu...

sebelum berpisah... aku nak gak mengambil peluang secara tak rasmi untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya kepada mereka2 yang sudi menyinggah di fairuzselamat.blogspot.com ni.. takde kuih raya aku nak sajikan.. cume ucapan terima kasih dan longgokan kasih syang dari aku.. selamat yaaa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...