seperti diketahui umum.. penyanyi no1 malaysia.. dato siti nurhaliza telah pun selangkah kehadapan dalam usahanya menjadi seorang usahawan wanita.. dengan melancarkan satu jenama baru kecantikan.. yang juga uasahasama beliau dengan dua lagi rakan kongsi... jenama yang menggunakan nama SimplySiti ini sudah mula dijual.. namun untuk permulaan ia hanya boleh didapati di 300 cawangan Watsons seluruh Malaysia.
usaha ini dilihat berani dan dipuji memandangkan fokus yuang diberikan beliau dalam mencipta satu lagi tapak kukuh dalam memahatkan namanya dalam beberapa arena. dilaporkan.. walaupun masih awaldipasaran. sambutan amat menggalakkkan.. mungkin kerana jenama siti nurhaliza itu sendiri yang begitu dekat dengan masyarakat.. mungkin juga kerana harga produk ini yang berpatutan dengan kualiti seakan produk antarabangsa..
apapun.. semoga berjaya dengan produk ini.. nampak kali ini siti kelihatan sungguh serius berbanding penghasilan beberapa produk keluarannya sebelum ini.. semoga SimplySiti akan menjadi satu lagi produk malaysia yang boleh dibanggakan di peringkat global satu masa nanti...
HM Rosezaitul Suriani Wati Maarof, 29, Begitu hebat dugaan wanita bernama Tasha ini. Baru kehilangan cahaya mata sulungnya, Puteri Rania yang ketika itu berusia dua bulan, kira-kira tiga tahun yang lalu, Tasha yang hanya bergelar suri rumah tangga diduga sekali lagi apabila kehilangan insan yang amat dekat dan akrab dengannya serta menjadi tempatnya bergantung.Terlalu singkat kemanisan yang dipinjamkan-Nya. Mereka hanya sempat berkongsi hidup selama lima tahun, kini tanggungjawab membesarkan dua puteri mereka Putri Nursafiyaa, 2 tahun dan Putri Nursumayya, 11 bulan, tergalas di bahu Tasha seorang.
Bagi Siti Nordiana, kehilangan Achik adalah satu kehilangan yang cukup besar. Berita kematian penyanyi itu amat-amat mengejutnya, baru saja setengah jam selepas dia menghantar penyanyi itu ke keretanya sebaik selesai menjayakan program Gah 1, tiba-tiba dia menerima panggilan berita kematian bukan saja teman duet, tetapi rakan akrabnya. “Pemergian Achik memang satu kehilangan yang amat besar kepada saya, hingga mengganggu emosi saya seharian semalam. Selepas Cari Ketenangan, kami mempunyai rancangan untuk merakamkan sebuah lagi lagu yang dihasilkan oleh Aidit Alfian, nampaknya rancangan kami tidak kesampaian. Nana tak tahulah selepas ini macam mana, sebab selama ini jika menjayakan persembahan kami sering berdua, tetapi selepas ini Nana akan bersendirian,” katanya.
Mula terbabit dalam bidang nyanyian pada 1999, Achik dan kumpulan Spin muncul dengan album Roda-Roda Rindu. Malah, Achik juga sering berduet dengan rakan sekampungnya dari Felda Sendayan iaitu penyanyi Siti Nordiana Mohd Alias atau Nana.
Selain itu, Allahyarham Achik turut mengembangkan karier seninya dalam bidang lakonan dengan membintangi beberapa telefilem serta filem seperti Diari Romeo. Malah Achik turut dicalonkan dalam kategori Bintang Harapan Lelaki pada Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-17.
tidak menyangka perbualan singkat dengan suaminya, kira-kira 30 minit sebelum kemalangan meragut nyawanya semalam, adalah kenangan terakhir antara mereka berdua.
Katanya, dalam perbualan itu, arwah menyuruhnya dan anak-anak bersiap-siap untuk dibawa keluar tetapi tidak dinyatakan lokasi dan tujuannya.
"Ini entri terakkhir mungkin untuk perkara ini.. aku disini mewakili kumpulan ANTZ.. seluruh tenaga kerja.. ahli.. manager.. keluarga kami... mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Achik dan juga keluarga isterinya. sesungguhnya Allah punya perancangan terbaik untuk kita semua.. semoga Roh beliau ditempatkan di Tempat paling indah di sisi Allah.. dan semoga diberikan kekuatan yang paling kuat untuk keluarga achik dan isteri untuk menghadapi dugaan ini.. insyaallah.. Allah akan memberi yang terbaik kepada kita semua.. sesungguhnya pemergian dan kehilangan yang besar ini... pasti akan dirindui... aku sendiri merasakan meriahnya Fantasia Music City itu adalah kerna adanya arwah.. namun semua sudah berlalu.. mendoakan yang terbaik sahaja.. insyaallah... amin.. Al fatihah"