Friday, August 6, 2010

Kalau Saya Bukan Manusia


mungkin saya sebiji epal...
takpun saya sehelai kertas dengan penuh bait2 puisi sedih.
owh.. boleh jadi saya adalah tiang jambatan yang menangis menahan hentaman ombak setiap masa.....
atau.. mungkin saya adalah sebijik bola boling yang berharga rm500 sebijik
dan boleh juga saya diandaikan sebagai sebijik kuih apam yang lembut dan lazat

kalau saya bukan manusia...

mungkin saya sayur kobis yang selalu org masak sayur campur
mungkin gak saya kerang bakar yang sedap cicah sambal kicap..
tak mustahil gak charger laptop jenama acer tu adalah saya...
atau seekor burung yang bebas terbang...
ataupun saya adalah sayur togey yang dekat chicken rice shop tu

tapi.....................

semua tu takda perasaan,,
takde jiwa dan rasa..
mampu digubah menjadi lbh baik
tapi tak mampu mencipta yang baik
sentiasa mampu memberi tp tak mungkin menerima

jadi...............

jd aku pilih jd manusia..
walau mungkin disakiti sampai hati tak mampu berdiri
namun tetap mampu mencipta dunia yang mampu senyum beraja
walau jalan penuh liku dan masalah
masih mampu mengubah haluan mencipta arah sendiri
walau mungkin insan yang didamba tidak disisi
mungkin ada insan lain sentiasa mengabdi diri

yup....

jadi manusia adalah anugerah tertinggi....

(taknak jd epal.!!!!)

KEHILANGAN insan tercinta.. KHAS buat ROY AZRUL


sepertinya datang silih berganti perkara yang sama.. dimulakan dengan seorang budak um yang jatuh dr bangunan di um.. kemudian diikuti seorang kawan aku kehilangan bonda tercintanya.. sekarang seorang lagi kawan aku kehilangan ayahnya...

ROY.. aku kenal dia melalui DEBAT TERBUKA ASTAR secara tidak rapat.. dia wakil utm skudai dan aku runner urusetia... lepas tu.. bersambung di blog.. dan kami terus berhubungan.. dr dia tahun 1 ke 2 mcm tu.. sampai la ni dia bru abis study dah... aku bru je jumpe dia ahad lepas... 1hb ogos.. sbb dia datang kl ade interview PNB...

pg td.. aku dpt msg yang agak menyedihkan.. dia memaklumkan kepergian bapanya mengadap ilahi.. aku tak dpt nak gmbarkan betapa aku terkejut.. mcm tak sangka.. apepun.. aku mendoakan yang sama.. mendoakan yang paling baik untuk arwah.. semoga dia ditempatkan di kalanga mereka yang mulia disisi allah.. aku juga mendoakan semoga semua keperitan ni dapat kawan aku ni dan keluarga dia hadapi.. aku mendoakan yang terbaik untuk mereka...

akhir sekali... semoga ini meberi kita ruang yg lbh untuk melangkah dengan lbh positif... ROY... teruskan langkah cemerlang tu.. aku yakin, arwah ayah ko bangga dengan setiap pencapaian ko.. semoga dia tenang di sana.. insyaallah..

AL- FATIHAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...