Saturday, May 9, 2009

Guys.! Pendek atau Penjang


Get your own Poll!


Berakhir Kisah ku Disini




hari merupakan hari terakhir aku di kolej kediaman pertama, insyaallah.. yup.. 9hb mei 2009.. berakhir pengajian aku selma tiga tahun.. selama 6sem termasuk 2 sem aku dalam department musik, menjadikan 8 sem atau 4 tahun aku di universiti malaya.. merupakan kenangan terindah aku. aku mengukir satu demi satu sejarah di sini.. mencari seorang demi seorang sahabat dan teman.. dan sekarang meninggalkan semua itu... pernah terfikir, sudah cukupkan aku berjasa kepada diri ku disni, cukupkah aku berjasa kepada kolej kediman pertama ini, ckupkah jasa aku untuk universiti malaya ini... cukup teguhkah semangat persahabatan yang aku titipkan selama ini, ckup berfungsikah selama aku menjadi insan bernama kawan selama ini... terllau subjektif dan hanya mereka yang mampu menjawab. bagi diri aku, aku telah lakukan yang terbaik untuk kamu semua. aku yakin dengan itu..

selama 4 tahun kami semua bersama. apa saja yang kami belum lalui. menangis bersama... meraikan kemenangan bersama. merajuk bersama... malah berselisih faham. bergaduh... bermasam muka.. duduk sama2 mengumpat.. sama2 menyusahkan diri. study bersama... membina goal dan target bersama.. dan kini, saat ini, semua itu akan tinggal menjadi sejarah. sejarah yang cukup manis untuk dikenang. sejarah yang pasti membuat air mataku jatuh berlinangan walaupun bibir manis menguntum senyuman.. iya.. aku akan pergi.. kita akan pergi sahabat.. kaki kita semua akan melangkah menuju destinasi yang berbeza.. pulang ke pangkuan keluarga masing masing, dan kita akan berjauhan. dan kali ini bukan untuk seketika.. kerna mungkin tiada kesempatan lagi untuk kita bertemu.. namun, harapan itu ada. aku percaya tentang itu. aku percaya persahabatan bukan dibina untuk tempoh tertentu. persahabatan adalah perkara yang dibentuk dan takkan dapat dimusnahkan. andai kata ada harapan untuk kita semua, kita akan kembali ke tanda ini. untuk bersatu seperti dulu.. walau mungkin pada ketika itu, segalanya telah berbeza..

aku sebenarnya tewas... aku tewas menjaga air mataku ini dari jatuh berlinangan.. terlalu banyak keindahan yang datang ketika aku di sini.. 4 tahun di um ni, aku rasakan semua nya. semua yang takkan aku dapat di luar nanti... satu fasa kehidupan yang terlalu indah untuk aku gambarkan. apa aku boleh simpulkan, disinilah bermula kehidupan paling indah untuk aku.... selepas ini, kita kan berada di dalam satu lagi fasa berbeza.. ya kita kan tetap bersama ke akhirnya, tetapi aku pasti akan merindukan situasi ini. dimana aku berdiri sebagai seorang remaja, pelajar, kawan, sahabat.. selepas ini aku masih lgi kawan dan sahabat, tetapi arah dan fokus kita akan berbeza...

kawan-kawan semua... aku terlalu sayangkan kamu semua... usah dibicarakan lagi kepahitan dlm perjalanan yang kita lalui.. jangan diungkit betapa hati aku telah kamu musnahkan, jgn di kenang air mata aku yang deras mengalir kerana kamu, dan jangan sesekali mengingatkan aku tentang betapa aku telah menyakiti kamu semua.. kerna... semua itu sejarah yang paling manis pernah aku rasa... aku ingin mengenang yang kamu adalah sebahagian diriku.. sebahagian yang membentuk aku menjadi apa yang aku ada sekarang ini. kamu adalah tapak untuk aku berdiri tegap.. kerna kamu aku berjalan tenang, kerna kamu semua bebanku terasa ringan.. kerna kamu, aku menjadi insan yang lebih baik dr semalam..

aku tak mampu nak membiarkan kamu semua terpinggir dari sanubari ku. ya aku terlalu sayang kamu semua... sahabat, aku mohon beribu kemaafan untuk segala yang terucap, tertindak, dari diriku. sesungguhnya berdiri nya aku sebagai fairuz selamat, adalah sebagai insan yang terlalu banyak kekurangan. dan adakalanya dalam aku cuba menutup kekurangan itu., banyak hati yang aku lukakan tanpa aku sedar.. aku memohon seribu kemaafan sahabat... aku yakin.. aku tidak sengaja berbuat itu. kerana apa.. kerana kamu juga adalah diri aku.. setiap kali aku melukai kamu semua, setiap kali itu juga aku merobekkan luka di tubuhku sendiri. aku mohon ampun sejujur dan seikhlasnya...

iwe, aish, farul, nina, fazren, iswazir, elia, ain, alia, hatta, izwan, ejin, shima, syafik, hadi, yan, huda, yuyu, farah, diyana, nana, al amin, hazuan, ika, ein, afi, ate, farah, nani, nasrul, ron, syakirin, ita, sham, dayang, dilla, nisa, kak umi, ain sahil, ashrin, miza, shamsidar, haris, faryz, izat, amer, aidil, nabila, fina, adik, zihan, eddy, aini, mira, ila, shafri, casey, adi, addelle, yi jing, meiling, tiam tong, siew boon. sylvia, dina, esther, monica, jac, suziana, nana, alex, simon, all juniors, jemey, natrah, zana, farah, reen, che, izul, kak nani, puan rose, en sab, en fendi, kak ha, kak jaa, puan eleezaa, master sabri, apple, aly, syafizal, pat, mai, apip, fayad, kicap, kalong, zack, puan kasmah, master woo, puan ira, jun, ezi, hafiz, hafizudin, ainaa, farhana, faizul, atie, biyan, akie, roy, suriani, suhal, aiman, zaff, aqmaal, piek jin, michael, eta, zaim, jim, raihan, fahmin, mamak, cik mat, hazren, etty, jaja, zain, zaidi.. dan semua kenalan aku di UM atau semenjak aku di um.. maaf.. banyak lgi nama yang aku tertinggal...

aku sayang kamu semua... aku harap air mata aku ini terbalas dengan kenangan indah kita.. ckup lah kalau kamu mengingati insan seperti aku ini walau seketika.. itu sudah memadai.. semoga berjaya kepada kamu semua... ingat, aku takkan pernah melupakan kamu... aku akan mendoakan segala yang terbaik untuk kamu semua.

Andai air mata mampu menggantikan semua, aku rela menangis sehinga mata ini tidak berdaya lagi...

aku tinggalkan secebis lirik yang aku kira ckup indah.. hanya untuk kamu, sahabat...

Aku sekarang
Adalah bahagian dari masa laluku
Aku pernah pergi
Meninggalkan dirimu jauh
Melupakanmu

Tapi lihatlah, diriku rapuh
Tanpa dirimu tiada ertiku
Hebatnya engkau
Tak sedetik pun
Pernah kau meninggalkan diriku
Ku sedari...

Kerana dirimu
Ku mampu berdiri tegar
Walau seberat apa pun
Beban di hadapan ku kini

Kerana cintamu
Ku mampu berjalan tenang
Sesulit bagaimana pun jalan
Yang ku lalaui nanti

Pasti hanya dirimu
Kaulah segalanya
Ku jaga selalu
Satu cintamu...
selamat tinggl Pusat Kebudayaan, Kolej Kediaman Pertama, dan Universiti Malaya.. kita akan berjumpa lagi dalam arena yang berbeza.. selamat tinggal..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...