dia lah antara rakan pentas paling lama aku kenal .. paling byk kali bertempur di atas pentas dtc UM... sbb tu la aku paling sayang dia sebagai kawan FESENI ku.. dia baik. dia jujur.. dia sgt ikhlas berkawan dengan aku... tak pernah sakitkan hati aku.. sentiasa positif... tamat aku belaja, sedikit menjauhkan... namun dia tak pernah lupa.. bila setiap kali berhubung walau dalam msg, dia sgt senang untuk dibuat bicara, walaupun aku tau, hati dia penuh dengan keresahan dan kerunsingan...
pagi ini.. 3 hb ogos 2010.. teman aku ini kehilangan bonda tercintanya... aku follow perkembangan bondanya melalui laman blog... aku tau ibunya sakit.. sudah agak lama.. dan aku tak putus2 mendoakan yg terbaik... hari ini allah sudah mentakdirkan ini... aku mendapat msg drpadanya sekitar jam 5 pg mungkin... memberitahu yang bondanya sudah tiada dan dia dalam perjalanan balik ke kemaman.....
faizul... pejul... aku tau allah ada perancangan terbaik untuk arwah dan juga untuk kau seisi keluarga... aku tau.. kehilangan insan yang melahirkan kita bukan satu yang mudah untuk diterima.. tp aku yakin.. faizul yang aku kenal sudah lali dengan kepayahan dan kesusahan.. namun dia tetap senyum dan gagah berdiri.. aku yakin kali ini juga begitu.. aku nak kau tabah... dan terus sabar.... KAMI SEMUA, terutama AKU, ada kat sini kalau kau perlukan kami... insyaallah.. kami akan beri yg paling mampu...
faizul.. aku dengan rasa paling dalam nak ucapkan takziah untuk kau.. aku dengan doa paling dalam mendoakan yang terbaik untuk arwah.. semoga tempat org2 beriman dan paling mulia disisiNYA akan menjadi tempat bersemadi dengan aman roh bondamu.. amin.. AL-FATIHAH...