Tuesday, September 15, 2009

Rakaman Raya



pada 5 dan 9hb ogos yang lepas.. aku ada wat rakaman lagu raya dan shooting sekali untuk siaran rtm.. rakaman ini agak menarik, sbb aku di himpunkan bersama dj radio, dan juga pengacara tv rtm yang aku tak pernah berkerjasama sebelum ini.. dan perkabaran terbaru... aku dimaklumkan slot ini sudah pun mula di siarkan.. ia merupakan satu rakaman lagu raya beramai2... dan kabarnya, ia dijadikan sebagai siaran selingan dalam slot2 rancangan rtm.. lagu yang kami bawa ari tu adalah lagu raya rahimah rahim.. so guys.. korang leh la tgok, mana tau tertengok kan.. tv1 atau tv2, RTM.. nampak la aku pakai baju kuning ngan rambut pendek tu.. ahahah.. ni aku sertakan sekali video mase rakaman tu... ini sajalah program raya yang aku join... sebb lepas je rakaman ni.. aku dah bz dengan lthnan teater.. byk gak la program raya yang aku tolak... ye lah dah lthan ari2 sampai tengah malam.. macam mane nak join kan.. apapepun... enjoy guys...



Golongan Artis Jahat?

bukan mudah menjadi anak seni.. bukan mudah menjadi insan yang mahu hidup dalam arena ini.. bukan mudah mahu membuktikan pada masyarakat siapakah org seni ini.. selagi tak makan dek keji, tak terima mcm2 kejian, tak dipanggil dengan mcm2 nama timangan "mesra", mcm tak sah menjadi org seni. lantas, pandangan skeptikal masyarakat terhadap anak2 seni ini seperti membesar mengikut jalur itu. ye lah mcm biasa, anak seni dianggap tak baik, tidak sopan, liar, sosial dan sebagainya yang menjurus kepada itu. ya.. mungkin bukan semua yang beranggapan sebegitu tetapi mahu atau tidak, percayalah, ia lebih ke arah itu.



aku terpanggil untuk membuat entri ini selepas kekecohan cerita tentang gambar panas seorang penyanyi muda, aliff aziz. sedikitpun aku tidak mahu komen tentang tindakannya itu.. kerana ia bukan hak aku. namun itu lah dia dunia hiburan. setapak melangkah, akan dijejakinya tindakan kita walau sebesar zarah. dan cerita seperti inilah yang menjadi buah mulut masyarakat. bukan sahaja cerita tentang aliff aziz, ia nya sudah mula awal. dr dahulu lagi. cerita artis seksi sane sini, cerai sane sini, siti nurhaliza punya tudung, penceraian ustaz akhil hayy, penangkapan artis yang terlibat dlm kes dadah, kes rasuah dalam industri, kes promoter tak bayar duit show la.. mcm2... dr sekecilnya hingga yang besar.. cerita ini menjadi rencah dalam menjadikan dunia artis lebih menarik untuk di ikuti..



namun, begitukah kehidupan artis yang ingin kita gambarkan kepada masyarakat. inilah yang harus dilihat oleh masyarakat, satu pandangan yang lebih tulus menilai artis.

ingin sekali aku katakan, dunia artis bukan didiami oleh manusia liar sahaja.. tetapi juga di penuhi dengan mereka2 yang berhati mulia dan indah tingkah lakunya. cuma biasalah, apabila berlakunya yang burk2, itulah yang indah untuk di ceritakan. itulah.. jangankan dek kerana cerita seperti ini, habis, semua artis menjadi mangsa... pada aku artis atau org biasa sama sahaja.. cuma, hidup sebagai artis, ada teropong yang mengikuti tindakan kita.. jd yang jelik pasti akan di utamakan.. sama jugalah kalau teropong ini dihalakan kepada masyarakat.. hal yang sama juga yang akan dapat kita lihat.. malah, mungkin juga lebih buruk... apa yang berlaku dalam dunia artis ini hanyalah sedikit paparan dalam beerjuta2 kisah lain.. sama juga dalam rutin harian insan yang bukan bergelar artis. bukan membenarkan apa yang berlaku ini... tp penilaian itu harus lbh tulus dan jujur..


Review Popeyes




review kali ini berbeza kerana ia buka review tentang album atau filem atau show pentas.. tetapi tentang satu restoren fastfood terbaru, Popeyes. last two weeks, aku kuar ngan Biyan, Atie ngan Nina.. jd setelah puas memikirkan mana tmpat nak berbuka pose.. kami memilih untuk berbuka di tempat makan baru ini.. kepada yang nak g sini tp tak sure kat mane.. setakat yang aku tau la ni.. ni jek la cawangan yang ada.. di midvalley megamall. di lg floor.. berhadapan dengan McD... kedai dia mcm meriah2 mcm tu.. sebelah dominos... jd sbb masa aku pergi ari tu adalah hari kedua dia buka.. aku nak la wat sedikit review... harap2... lakulah tempat ni.. mcm apa yang aku lakukan kepada kfc ngan dominos (perasan ni.!!)

ok.. secara keseluruhannya.. dia lbh kurang mcm kfc gak.. set dia pun lbh kurang.. ade set 2 ketol ayam, 3 ketol ayam.. ade set shrimp... ade gak set burger.. lbh kurang kfc kan.. cuma kalau kfc ade roti, dia ade mcm brownies.. mcm biskut tp lbh lembut.. plihan air dia pun lbh kurang kfc gak.. ok terus kepada review ringkas aku ni..



Ayam

secara kasarnya, lbh kurang dengan spicy shicken kfc.. tp apa yang aku leh simpulkan.. ayam di popeyes ni lebih light.. kalau kfc dia mcm heavy sekt rasanya dan pembikinannya.. di popeyes ni rasa, rempah, minyak ke ape sume... dia mcm lbh light dan lebh "biasa" rasanya dr kfc.. minyak juga mcm kurang aku tgok.. ayam dia lbh kering sedikit dan rangup mcm biasa... jd siapa yang suke rasa yang lbh ringan, aku rasa pilihan ayyam kat popeyes ni menarik.. rasanya dia, mungkin berbeza sedikit dengan kfc.. tp masih boleh dikatakan sedap... cume aku rasa kalau tambah sedikit pedas.. mungkin lebih menarik...



Kentang Putar

untuk kentang putar ni lak.. ia lbh berat dr kfc nye.. kalau kfc nye kelihatannya cume kentang ngan sos nye je kan.. ni dia mcm menarik sket, sbb kentang dia tu mcm biasa, tetapi sos dia tu mcm sos kentang yang berinti.. dia mcm ade cebisan sayur ke hape tu.. dia mcm berempah sket rasanya... jd rasanya mcm heavy sket berbanding kfcnye



Sayur

hurmm.. aku tak suke sgt... kombinasi rasanya mcm tak begitu menarik.. entah kenapa aku rasa mcm tak sesuai jek ngan selera aku.. dan ini diakui oleh 3 lagi kawan aku.. tp tak tau la kalau ikut selera org lain, mungkin sedap... dia lbh kurang kfc.. tp dia lbh berempah rasanya... mayonise dia pun mcm lain sket rasanya.. mungkin aku selama ni mkn kfc nye jek.. jd mungkin amik masa nak terima selera baru ni.. nak kene g lagi ni..



Dekorasi

cemerlang... gabungan moden dan klasik inggeris.. aku rasa dekorasi dia berjaya.. aku suke gabungan warna merah dan oren/.. pastu ade kerusi yang berwarna kayu dan warna tanah.. memang bg impak yang mendamaikan... tampat duduk dia pun leh tahan ok la.. tak serabut mcm kfc kat mid tu... cuma aku rasa kalau wall photo tu dia bg gambar2 mcm gambar tampat asal popeys ni ke, gambar owner dia ke.. atau gambar lama2 ke.. mungkin lbh menarik... and mungkin satu idea menarik kalau letak mcm simpleh gmbrajah sejarah popeys ni.. n kenapa name dia popeys... kan3?



so itu dia serba ringkas.. korang leh la g cube.. mcm fairuz setakat ni selera masih lagi kuat bertapak di kfc.. kene g cube untuk beberapa kali lgi kat popeyes ni.. amna tau leh kurangkan keobsesan kat kfc kan... korang kene try... menarik sebanarnye.. depan mcd mid valley megamall ek...




Review Orphan



seperti yang aku maklumkan dalam entri sebelum ini.. aku ade tgok orphan kan.. jd mcm biasa aku suke wat review tentang movie yang aku tengok... so this is the review of orphan.... secara keseluruhannya aku bg 4/5 bintang untuk orphan.. kenape?.. sbb aku rasa aku dapat apa yang cuba disampaikan olrh filem thriller ni... sampai terpusing2 badan aku sbb punye la takut dengan scene2 suspen tu... kire dia berjaya la gak wat aku takut selepas filem the mirror dlu.... terus kepada review


Sinopsis

Mengisahkan sepasang suami isteri yang trauma selepas kematian anak ketiga mereka semasa di dalam kandungan lagi.. dua anak yang ada, salah seorangnya cacat. mereka yang sangat inginkan anak perempuan sungguh terkesan dengan kematian bayi yang di tunggu2 itu. jalan penyelesaian, mereka mencari anak angkat. semasa melawat ke rumah anak angkat itu, mereka sgt tertarik dengan Esther, budak 9 tahun yang sangat matang dalam bicara dan pergerakannya. setelah mengambil keputusan untuk mengambil esther sebagai anak angkat mereka, satu persatu kejadian pelik berlaku. si isteri puas mencari jawapan, namun segalanya tidak dapat dijelaskan kenapa esther berbuat begitu. suaminya juga tidak percaya dengan apa yang di hadapi oleh isterinya.. setelah segala musibah berlaku, akhirnya jawapan terbongkar, esther adalah seorang wanita berumur 33 tahun yang ttidak membesar dan mengalami sindrom mental yang kronik. tp sudah terlambat kerana si suami tidak dapat diselamatkan dr dibunuh oleh wanita kerdil ini.



Sinematografi

cemerlang. mengambil latar zaman moden dengan pemaparan musim sejuk. pada aku efek salji tu memang memberi satu impak yang menyeramkan lagi setiap peristiwa seram yang cuba ditampilkan. namun aspek ini tidak lah terlalu berbagai, kerana kebanyakan babak hanya berlaku di dalam bangunan. iaitu di dalam rumah... hanya bebrapa scene yang ditampilkan di bahagian luar rumah. walaubagaimanapun, warna kusam rumah itu, berjaya di tampilkan baik dalam jalan cerita orphan ini. beberapa shot juga pada aku sgt cemerlang.. aku suka apabila peralihan shot camera dr isteri kepada suami, berlatarkan wajah esther yang sedang tersenyum sinis.. permainan camera yang sgt baik pada perkiraan aku.



lakonan

sangat cemerlang.!!! aku memang rasa 5 watak yang ditampilkan.. suami, isteri, esther, dan dua anak tadi.. memang cukup berkesan.. si isteri membawakan karakter seorang wanita yang runsing, trauma, bermasalah, tp dalam masa yang sama sayangkan anak dan suaminya.. memang berjaya.. si suami pula, semasa dia lebh mempercayakan si esther dr si isteri, menag buat aku rasa nak tumbuk jek dia... lakonan dua kanak2 itu juga sgt cemerlang... dan semestinya, bg watak esther.. aku tertanya2 adakah watak itu memang dilakonkan oleh si kanak2.. kerana... penjiwaan untuk karakter itu bapa aku sangat baik...



lain2..
tak banyak aku nak komen tentang filem ini kerana filem realism begini, hanya ada beberapa aspek je yang aku rasa nak komen. lain2.. aku rasa penggunaan muzik yang berjaya... kerana dengan bantuan muzik tu lah yang wat kaki aku ternaik2... takde la seram sgt, tp muzik tu membantu dengan baik... kosttume, biase jek.. sbb zaman moden kan.. jd mcm apa yang kita tengok jek mcm ni... skrip lak.. pun pada aku ok.. tak banyak nak komen tapi dialog yang keluar dr mulut esther memang baik... kerana setiap ayat yang di bicarakan mesti beruunsurkan sinikal dan punya maksud tersirat.. permainan skrip yang baik pada aku.. menyeimbangkan perjalanan cerita yang normal... selain tu, teknik.. pada aku biasa aje.. tak banyak teknik yang digunakan mungkin kerana filem ini bukan filem fiksyen ke ape kan.. teknik lakonan juga biasa aja.. walaupun cemerlang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...