lama gak aku tak update blog ni. uwaaaaaa..... malas la weyh.. dengan kebizian aku nak pindah rumah.. dengan tuntutan janji nak jumpe kawan2.. aduii... blog dah tertinggal kat belakang dah... btw semalam 15hb ogos.. aku g ngan kawan aku tengok cerite ni kat jusco bukit tinggi.. sampai awal.. aku main dlu street basket ball.. yeahh dapat 589.. record baru aku ni.. ahahaha.. ok berbalik kepada filem ni... yeahh. aku juge kire terlambat.. sbb dah masuk 2 minggu showing bru la aku nak review segala.. tp takpe la.. anggap jek la ni sebagai laporan harian aku ahahhaa.. tu la.. kawan aku tu.. dok ajak tgok wayang tp dia asyik bz jerk... ahahah lariiiiii...
ok.. cerita ini.. the last airbender ni aku rasa ramai yang dah tau dia adalah adaptasi dr siri kartun.. tak tau la korang follow ke tak.. tapi aku memang follow... sbb tu aku teruja nak tgok
well.. setakat ni review umum memang memberikan komen yang tidak begitu memberangsangkan... rata2nya mengatakan filem ini gagal... aku tak leh nak ckp sgt tentang ni.. sbb masalahnya aku follow siri cartoon citer ni.. jd jalan cerita dia memang dalam kepala aku.. jd aku tgok takde maslah la aku nak paham.. aku takde rasa kecelaruan penceritaan pun... tp bg sapa yang tak follow, memang byk komen yg ckp tak paham.. tunggang langgang plot..
bg aku best je.. kawan aku yang tak pernah tgok pun ckp best.. dia leh paham... ok la.. aku komen sepintas lalu ek.. dr segi lakonan.. aku rasa ini antara aspek yang lansung tak kuat dalam ni... aku rasa memang tak puas hati dengan lakonan setiap pelakon.. dari Aang, katara, sooka, smpai la sume puak api tu.. aku rasa yang btol2 aku puas hati hanyalah dev patel sebagai ZUKO dan Shaun sebagai IROH.. yg lain2... haduhhh hampeh la... watak sookha lak.. aku rasa ok.. tp watak itu sendiri tak begitu berkembang... entah la.. aku tak tau kenapa byk sgt pelakon kulit putih dlm. sbb kalau tgok siri, cerita ni asean sepatutnye pegang... lg2 kalau ikot idea asal.. watak zuko, jesse mccartney yang buat.. what the hell? What does Shyamalan have against east asians? tau tak cerita ni berkisarkan pada latar tempat mana?.. asia ok..!! jesse mccartney itu sgt la BUKAN asia.. tp kalau kite tgok balik movie tanpa relate kan dengan cartoon aku rasa takde maslah.. cume kemampuan pelakon untuk meyakinkan aku dengan lakonan memang takda sgt.. watak aang tu lg la.. aku rasa baik panggil budak kcik dalam karate kid tu.. dia lg better.. pastu raja puak api ngan general jahat tu.. pun sama.. aku rasa mcm takde pelakon lain ke yg boleh ganti?..... aaron aziz ke.. alex komang ke.. remy ishak ke.. paling tak pun fairuz selamat ke.. tp overall.. aku takde la masalah sgt smpai nak gaduh nga pengarah dia.. eheh aku dpt terima jalan cerita lgi.. ok la tu.. cume kalau diperbaiki.. mungkin cerita ni dpt review yg elok2..
pengarahan.. hah yang ni memang aku rasa masalah sket.. entah la.. aku rasa kelancaran pengarahan tu memang nampak lemah dr peralihan plot yg nampak longgar... plot tu cantik dah.. tp kesinambungan dia aku rasa tak ckup bersih.. pastu dr aspek lakonan pun nampak pengarahan dia sedikit lemah... watak tu seperti ada yang berdialog sendiri.. takde
rasa aku rasa.. pastu ade satu scene.. masa puak api nak serang puak air.. aku tak tau apa relevannya puak air tunggu smpai puak api naik atas serang segala baru nak bertindak.. masa kapal2 tu kat laut, kenapa tak gune je kuasa air yg dorang ada.. bukan mase awal2 tu digambarkan yang dorang berlatih bagai tengah laut segala la... yg tu memang pelik.. aku tak tau m night syamalan ni nak wat cm ne.. part tu memang super duper gagal pada aku.. pastu aku tak tau kenapa m night syamalan ni nak bentuk character pelakon lain dr yang asal.. aang dlm ni nampak sepanjang masa serious...pastu sifat iri hati sookha dan katara tak nampak.. katara menjadi terlalu baik... tu sume elemen2 yg bg nampak cerita ni kiud.. aku rasa character yg dibentuk menjadi terlalu serious.. berat nak bawa.. dah la keseriousan itu gagal dicerna oleh pelakon dengan baik.. lg la berat aku tgok.. aduiii
cgi dan efek.. aku rasa gempak.. aku mmang suke tgok setiap kali unsur2 tu keluar.. aku rasa part ni aku bg kdt tertinggi.. time air2 tu bergerak.. mmang terbaik dr ladang dan lautan dalam... api2 yang keluar dr tangan pun nampak tak palsu mcm pmpuan cocok botox... ok kot... yg tu aku puas hati.. aku try crik kepalsuan yg mungkin ade.. tp sofar major2 takde.. kalau minor yg tak berapa nak kesah sgt tu ade gak la.. jd yg ni cemerlang...
ok apa lagi.. hah ni komen aku sebagai seorang yg tgok kartun ni.. aku rasa perjalanan cerita ni untuk siri pertama filem berjaya.. entah la.. sbb aku tgok siri ni.. jd aku dah tau jalan cerita.. atleast tak la sekecewa aku tgok lagenda budak setan.. yg ntah ape2 tu... aku rasa avatar the last airbender ni.. untuk the next movie... book two: earth bending... kene tukar pelakon.. tu paling utama... kalau tak pun.. memang kene kerah dorang supaya tgok kartun ni.!! bukan simply amek skrip main tibai belakon je... ceett pandai je aku ckp kan hahaha.. tp ye la.. sbb kami semua follow kartun ni, jd kami dah masak dengan apa cerita ni.. bagaimana setiap karakter tu.. jd biler yang di tonjolkan lain.. pastu lain tu tak la bagus pun.. memang carik nahas la... pastu syamalan kene peka dengan cerita ni asalnya dr mana.. sepatutnye crik pelakon area2 tibet ke.. bukan pelakon kulit putih.. supaya latar masa dan latar zaman tu dapat penonton rasa.. pastu kalau tgok kartun.. sookha sentiasa bergaduh dengan katara sbb sookha tak leh terima katara adalah water bender terakhir bg puak air selatan.. sepanjang pengembaraan tu dia akan sentiasa nak try bending tu.. tp TAKDE.. pastu katara yg sebenarnye.. adalah sedikit sinis dengan aang sbb dia cemburu aang ambil masa sekejap untuk buat water bending.. sedangkan dia bertahun try tak dpt2... pun TAKDA.. pastu ang tu seorang budak yg periang.. bukan serious monyok sepanjang zaman... pun HADO.. bnda2 nampak simple.. tp bnda mcm ni la yg buat filem ni ringan sket... bru la kesinambungan dia dr plot ke plot tak rasa berat.. sbb kalau audien rasa berat aje.. smpai satu tahap dah penat nak memberatkan view itu.. rasa bosan akan timbul.. well.. cerita ini adalah cerita kanak2.. itu aspek penting.. apabila plot sahaja yang dititikberatkan, karaktor pelakon tak digarap dengan indah.. hanya mengejar segala perjalanan plot yang mcm melompat dr satu ke satu yg lain.. hilang seni tu... aku tunggu 2 tahun ok cerita ini!! DUA TAHUN.!!!!! jd aku tak nak la aspek2 sebegini diabaikan begitu sahaja... jalan cerita dan idea dan hebat.. tp biler difilemkan.. lakonan dan penagrahan harus sgt baik.. kalau tak jd la mcm ni...
kan3.. tapi.... walaupun review aku ni mcm teruk je bunyinye.. aku tetap suke.. mungkin rasa yang sama dengan lagenda budak setan.. sbb aku rasa jalan cerita itu sendiri dah lama memikat hati aku.. jd aku tak punye masalah nak terima kecacatan yg terlalu banyak tu.. tp still.. aku rasa untuk book 2.. sila perbaiki aspek lakonan dan penceritaan.. juga PENGARAHAN..! jgn tumpu pada cerita sahaja sampai charactor tu dibuat ala kadar je.. ahhaha
mcm paham je syamalan bebelan aku ni.. kan3...
PAUTAN LAIN :-
ps... Esok aku Nak TENGOK lagi.. 3d lak..!!