Tuesday, May 4, 2010

Mengintai corat-coret AIM17- Sitizoners Mengganggu?


berikut adalah corat coret yang aku copy bulat2 dr mymetro... huhuh senum je aku baca pasal banner siti tu.. hahahaahah iyakan jek la... tp terbayag gak.. kalau takde zoners.. sah2.. malam hambar aim tu terus tawar hebeh bak kata org johor.... hehehehehe... senyum aje... jom layan..!!


SS pun turut berada di Dewan Merdeka, menonton Anugerah Industri Muzik Ke-17 (AIM17), malam kelmarin. Banyak pula yang SS dengar dan lihat tatkala berada di celah penonton sepanjang majlis berlangsung dan ketika 'post party'.

  • Kata Mawi sebelum ini, dia tidak tersentuh atau 'ambik pot' apabila kena boo di Arena of Stars tetapi ketika muncul menyampaikan trofi bersama Diana Danielle di AIM17, dia sendiri yang membuka mulut mengakui dia berdebar takut kena boo lagi. Patutnya, Mawi buat selamba sudahlah. Mawi juga nampak berada dalam dunianya sendiri dan tidak serasi dengan Diana.
  • Ramai juga mempersoalkan kenapa Bunkface mendapat Anugerah Kembara. Ada berpendapat Zee Avi lebih layak. Mungkin juga anugerah itu diukur bersandarkan pencapaian artis Malaysia membawa muzik kita ke luar negara berbanding artis itu beraksi dengan menyanyikan lagu karya luar.
  • Ada pihak berpendapat tindakan peminat fanatik SitiZoners membawa sepanduk rentang yang tidak sesuai dengan prestij AIM di Dewan Merdeka. Maklum sajalah, majlis bertemakan Black Tie, tapi sepanduk yang biasa kita lihat dalam stadium atau karnival pula dibawa masuk. Bagaimana agaknya kalau kelab peminat artis lain juga membawa sepanduk masing-masing yang sebegitu pada malam itu? Tentu AIM akan nampak macam funfair bukan? SS tak pernah nampak pun Academy Awards atau Grammy Awards kelihatan seperti itu. Lainlah kalau sepanduk bling-bling atau daripada kain baldu, barulah ia nampak mahal macam juga Siti.
  • Memang susah nak puaskan hati semua orang. Ada yang cakap, mutu persembahan AIM semakin menurun dan 'show' malam itu agak Citrawarna dengan konsep Melayu, Cina dan India. Penonton mahukan sesuatu yang lebih kreatif dan 'ethnic fusion' daripada konsep yang agak lama.
  • Ramai juga artis yang muncul agak lewat seperti Yasmin Hani. SS lihat Yasmin terpaksa ke hulu dan ke hilir mencari tempat duduknya.

  • Penonton di rumah tidak dapat melihat telatah spontan Adibah Noor dan Afdlin Shauki ketika laluan iklan. Antaranya, Adibah mengeluh kelaparan sebab tidak sempat makan dan turut mengusik rambut penari latar Vince macam sarang lebah. Adibah dan Afdlin juga sempat menyebut nama-nama artis yang menghilang dari kerusi mereka kerana terpaksa ke tandas.
SEKIAN..!!

Kes Aminulrasyid Amzah.. KALAULAH



aku dapat ini dr blog daribawahbayu.blogspot..rasanya semua maklum berkenaan seorang remaja berumur 15tahun ditembak polis sehingga mati di shah alam.. aku sendiri kabur hendak meberi pandangan.. kerana penjelasan kedua2 pihak ada benarnye.. namun membaca penulisan ini, sgt bagus.. aku juga merasakan yang sama berkenaan kes allahyarham aminulrasyid ini... hendak menyalahkan polis semata2.. tak boleh.. nak mengatakan budak itu penjenayah.. tiada bukti... jd kita serahkan kepada yang berkenaan.. dan harapnya keputusn terbaik dapat diambil.. walaubagimanapun.. untuk muhasabah diri kita sendiri... segalanya harus kembali ke basic... KALAULAH....

  • Kalaulah ibu bapa remaja ini berhasil mengekang pergerakannya dan membuatkannya faham bahawa keluar rumah selepas jam 12 tengah malam adalah bahaya, kerana inilah waktunya sasaran polis berada dalam buruan ...
  • Kalaulah remaja ini menahan hasratnya untuk tidak keluar rumah lewat malam, tambah-tambah pada usia sepertinya, dia hanyalah seorang kanak-kanak yang tidak faham hukum alam ...
  • Kalaulah remaja ini dihalang memandu kereta kerana masih di bawah umur dan tidak mempunyai lesen. Pemandu tanpa lesen apatah lagi di bawah umur memang lekas hilang pertimbangan dan panik apabila berhadapan kecemasan di jalan raya ...
  • Kalaulah remaja ini tidak lari ketika dikejar polis (walaupun kita tahu dia panik dan dalam ketakutan apatah lagi telah dikejar pula sekumpulan penunggang motosikal sebelum itu) ...
  • Kalaulah polis tidak melepaskan tembakan (walaupun kita tahu mereka sedang menjalankan tugas kerana selalunya setelah beberapa das tembakan dilepaskan dan kereta masih tidak dihentikan maka kereta itu boleh disyaki sedang dipandu oleh penjenayah) ...
  • Kalaulah remaja itu tahu bahawa tindakannya melarikan diri ketika tembakan sudah dilepaskan boleh mengundang bahaya (dan akhirnya dia maut) ...
  • Kalaulah polis tahu bahawa dalam kereta itu hanyalah seorang kanak-kanak berusia 15 tahun (yang akhirnya mereka tembak lalu mati kerana menyangkakannya seorang penjenayah) ...

Kalaulah itu dan kalaulah ini ...


PAUTAN BERKENAAN ISU INI

LENNY ERWAN

Zulkifli Noordin

Mengapa polis tembak Aminulrasyid?

'My friend was dead before the car rammed into the tree'

Did we kill Aminulrasyid?


Pertandingan Suara Emas SITI



Guys...!!! terutamanya penggemar berat siti.. ni ha.. untuk kalian.!!! pertandingan nyanyian suara emas siti... eheheh pertandingan ni dianjurkan oleh radio rasmi CTFM.. dengan kerjasama group tip nyanyian di FB... pertandingan ni mudah... korang cume perlu rakamkan nyanyian korang.. tp ade beberapa kriteria yang aku rasa korang kene tau... eheheheh.. iaitu...
  1. Korang peminat siti dan tahu nyanyi lagu siti
  2. korang menghargai musik dan takkan merosakkannya
hehehe gurau aje tu.. tp ye la.. kalau korang taktau lagu siti.. mcm ne korang nak wat kan... heheheeh.. so guys.. this is great.. tak payah nak korang bermekap2 ... ber fashion2... cume rakam suara.. lagu siti... dan email kan ke alamat email yang diberi.. mudah kan.. then kalau menang dapat la hadiah.. heeheheheh..



apepun.. ade beberapa syarat yang perlu korang tahu.. ade gak senarai lagu yang akan diberikan.. tak leh main redah aje.... ehehehhe.. meh la.. kite havoc kan bnda ni secara berjemaah.. eheheh mcm best je kan.. ehehe apepun.. korang leh dptkan maklumat lanjut di sini.

jadi.. korang leh la.. berlatih sket2... alang2 masuk.. bg la yang hebat2... jangan anta penyertaan main2.. buat buang tenaga aje.. rakam betol2.. lirik hafal betol2... berlatih penafasan, penghayatan sket.. korang kene baca gak peraturan dia... sape juri kene tau.. eheheh ok la.. ni aku linkkan terus.. korang click kat bawah sini....


dan selagi ade masa ni.. korang leh la tolong promote bnda ni.. kalau ramai2 join mesti seronok kan.. leh wat kawan.. leh kongsi minat.. korang amik je photo ni.. korang leh wat side adv ke... ok.. selamat beraraoke..!!!!



Anugerah Style EH! 2010

Guys..!! Korang suke mengundi kan.!!!! mesti dah bosan undi AF je.. meh kite undi anugerah style EH! 2010..... JOM..!! jgn Lupa undi SITI ek.. MaacceeeHHHH


KUASA UNDI MILIK ANDA!!!

Malam gemilang pesona bintang meraikan gaya, ritma dan drama dalam nuansa gemerlap temasya penuh GLAMOR! Pilih calon yang anda rasakan ‘ada stail’, mesra, seksi, anggun atau berbakat dan setiap undian anda penting untuk mereka. PEMBACA yang berjaya meneka dengan TEPAT akan memenangi HADIAH MISTERI sumbangan SaSa. Dapatkan segera EH! edisi Mei dan Jun kerana anda adalah penentu kepada kemenangan mereka.

Pencalonan Anugerah Stail EH! 2010

UNDI DI SINI..!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...