Thursday, August 6, 2009

My New Look - AGAIN..!!!!



yeahh... finally.... after trying so hard... !!! now here my new look.!!!!!

Wattchhhaaaa....!!!


Trip To Pokok Sena

Trip ke Kedah yang memenatkan. Itulah yang aku boleh simpulkan untuk trip terbaru aku ini. Pada awal aku diberitahu tentang show ini, aku sebenarnya kali pertama mendengar daerah atau kawasan ini, iaitu Pokok Sena. Dalam daerah Alor Setar. Aku tertanya, "Pokok Sena ni apa dia?, nama kawasan ke, nama rumah ke...." hahahaah.

1hb Ogos 2009

Then Pagi 1hb ogos, kami bertolak dr Johor menuju ke Kedah. Drive.!!! 8 jam ok.!!! Sampai dalam pkul 7 petang, termasuk sesat la... kalau nak tau, tempat kami membuat persembahan ni adalah Penjara Pokok Sena.!!! memang mengujakan apabila sampai...haha.. tp kepenatan itu yang diharapkan disambut dengan sesuatu yang menyenangkan, tidak kesampaian. Sampai sahaja, aku antara yang terawal. wakil RTM tiada disitu. Jadi kami berehat sebentar sementara menunggu mereka yang menguruskan. Jadi agak bosan gak la.. dalam 30 minit mcm tu mereka2 pun sampai.. terus kami ke dalam kawasan penjara pokok sena tu untuk makan malam.. keterujaan masih belum terasa di tahap maksimum mungkin kerana malam, jadi kami tak dpt melihat kawasan penjara itu sesempurnanya. tapi yang pasti untuk masuk bukan satu kebiasaa.!! ia adalah sesuatu yang aku harus katakan, sekali dalam seumur hidup.. kami harus menempuhi berbagai tahan untuk lepas ke kawasan dalamnya. berapa pintu besi harus di lepasi dahulu.. dan..........



Perrggggg.. memang mahsyukk.!! kami disajikan dengan makanan yang aku rasa mcm nak buat kenduri satu Malaysia.. kami dihidangkan dengan sajian berat, nasik goreng semua, lauk pauk2.. pastu berlonggok2 buah buahan... dr durian, rambutan, langsat... dan buah2 yg aku tak penah jumpe pun ade.. sampai la sebahagian daging kambing bakar untuk kami abiskan.. memang heaven la kirenya.. tp sayang kepenatan yang mendominasi emosiku kala itu seakan2 membiarkan segala juadah itu sekadar di pinggiran.. hanya merasa apa yang patut.. kerana pada mataku, hanya ada tilam dan bantal.!!!! (takde gmbar la mase dinner tu.. )

terus selesai sahaja acara makan itu, kami di bawa ke rumah tumpangan.. aku dapat rumah tumpangan penjara alor setar, di daerah town gak.. yg lain dapat di kawasan pokok sena.. agak jauh sket dr tempat show.. tp ok la...

2hb Ogos 2009

Esok 2hb.. seawal pagi aku kene ade di kawasan padang penjara pokok sena.. untuk melibatkan diri secara paksa dalam aktiviti sukaneka.. ahahah.. aku kepenatan kot.. tp takpe.. kalau dtg jauh2 untuk tido.. kat umah pun ok.. jd aku gagahkan diri untuk join gak.. eheheh aku wakil kumpulan kuning.. yeahh.. my fav colour.. eheh.. and, at the end, kumpulan aku juara.. tau tak ape hadiahnya.!! sebakul besar durian.!!!!! yang bestnye.. no4 dpt sebakul langsat.. no3 dapat seraga rambutan. ke2 dapat seraga cempedak.. dan kami juara dapat satu raga besar durian.. dan sekali lagi aku tak sentuh... yela petang n malam nak nyanyi.. jd kene jage makan.. ehehe.. then abis je, kami terus drive balik rumah.. tp seblum tu kami pusing2 kat town alor setaq ni.. heheh.. siap2 makan sume, lepak jap kat umah.. dan bersiap untuk show petang yang diberitahu last minit..





Show yg sgt bermakna buat aku. Kenape?.. kami dijadualkan membuat persembahan di hadapan ribuan banduan.!! satu rasa yang tak mampu aku luahkan.. berada dalam kalangan mereka yang pernah membunuh, merogol, mencuri dan sebagainya... satu perasaan sayu juga terpalit apabila, saat lagu2 yang membuai perasaan di mainkan, mereka menyanyi sekali.. dengan begitu gembira.. air mata aku sendiri hampir menitis.. melihat mereka yang terus terpisah dengan dunia luar, menerima kunjungan kami dengan sangat semangat. ya memang polis, warden atau apa saja berada disekeliling.. sakli kami melangkah dekat 10 org akan mengawal pergerakan kami... untuk mengelakkan apa apa yang tidak baik berlaku.. apa pun itu pengalaman antara ygg terindah dalam sepanjang 10 tahun aku melalui dunia pementasan ini.





seterusnya, selesai sahaja pementasan petang ni, aku terus melakukan spund check untuk show pada belah malam. Agak lewat soundcheck ni sbb ramai artis yg juga membuat soundcheck . aku buat simple sound check 3 lagu petang tu. Sebati, Ku undur Cinta ngan Balik kampung.. memang jd kebiasaan aku, aku tak gemar soundcheck berejam2.. skup la suku lagu atau dua rangkap.. itu yg terbaik.. yg penting, sound sume seimbang. mic sedap.. riverb ke ape sume tu yg lbh penting.. sebelum balik ke rumah, kite snap dlu.!!



slesai, pulang ke rumah untuk bersiap. malam ini akan diadakan show sempena raya yang bakal menjelma nanti.. jd aku akan berpakaian lengkap baju melayu dan sampin.. ahaha.. lawakkan.. dan malam tu segalanya berjalan lancar.. show bersama beberapa artis lain nampaknya berjalan dengan lancar... aku nyanyi dua lagu.. Ku undur Cinta ngan balik kampung.. alhamdulillah.. aku puas hati.. tp yg kurangnya, penonton jauh sgt jaraknya dengan pentas.. tp yg best.. dorang sgt sporting... aku yg jd artis pertama ni pun rasa semangat jek.. eheheheh





aku tidak mengambil masa yang lama.. sesudah aku membuat persembahan, selesaikan apa yang patut, lepak sekejap, dan terus meminta diri untuk beredar.. kerana kami harus terus balik ke johor... ada urusan pada keesokan isninnya... jd dalam pkul 11 mlm begitu, kami teruskan perjalanan, dan sampai ke johor sekitar jam 7 pgi.... kepenatan masih terasa saat aku mendayakan jari menulis entri ini... eheheh..



apepun, ini antara show yang aku rasa paling berbeza.. ya mungkin ade sedikit yang mengecewakan tentang pengurusan nya.. tp aku rasa sesuatu yang berbeza dalam pengisiannya....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...