Saturday, September 26, 2009

Review Tahajjud Cinta




lambat sekali masa yang aku ambil untuk review album ini. kelewatan aku mendapatkannya juga menjadi punca. hampir seminggu aku cari di aera ampang. tak satu kedai pun ada.. sampaila 12hb sept baru ada. aku beli di ampang point, speedy video.. dengan persiapan raya, aku hampir terlupa dengan review ini. nah, ini dia review lengkap tentang tahajjud cinta, dari aku, Fairuz Selamat. peringatan, review ini berlandaskan minat aku dan juga kepada apa yang aku rasa logik untuk dipertikaikan.



Vokal


secara keseleluruhannya, aku bagi siti 4 bintang untuk vokal dia.. intepretasi vokal siti seperti yang ada di dalam tahajjud cinta ini bukan jenis yang aku suka dari siti, kerana aku suka siti denggan lontaran yang "powerhouse". untuk tahajjud cinta, siti simpan.. dan siti lbhkan dengan lenggok dan teknik apungan. tapi aku tak rasa ada apa-apa masalah. kerana apa, siti sesuaikan suara dia dengan jenis lagu dan konsep album ini sendiri. siti lebihkan kepada panjiwaan dan penghayatan kepada lenggok itu sendiri. kurang sesuai untuk lirik yang berkonsepkan ketuhanan, suara terjerit2 kan... tapi untuk album seterusnya.. aku harap sangat siti persembahkan seperti apa yang dia pernah ikat hati aku dalam album prasasti seni dan transkripsi. apa apa pun, aku memang terbuai sangat dengan alunan lenggok dan lontaran siti dalam kebanyakan track dalam tahajjud cinta ini. itu memang kelebihan siti.. mengikat pendengar dengan penjiwaannya.. dengarkan vibrato siti, dinamik, hembusan nafas dalam setiap artikulasi, penggunaan suara dada dan high register yang sangat baik. paling aku suka suara siti dalam lagu tahajjud cinta. kalau album ini akan dipertandingkan di aim. SNP boleh calonkan lagu tahajjud cinta dan juga ku percaya ada cinta untuk katagori vokal wanita terbaik.

Layout

cemerlang. pada aku siti memang sudah temui pada mereka yang tepat untuk menghasilkan cover album yang sangat cemerlang. produksi yang sama untuk lentera timur yang pada aku antara hasil terbaik yang pernah dihasilkan di malaysia. pada penglihatan pertama aku, pada aku cover album ini memang sangat cantik, dan apabila aku belek satu persatu muka surat dalam buku lirik ni, aku rasakan gambar untuk cover itu antara yang paling kurang menyerlah. kerna, dlaam buku lirik ni, semua gambarnya sangat bagus. pencahayaan, editing, ekpresi siti, setting tempat itu sendiri, shot kamera.. memang cemerlang. tapi hanya ada satu yang aku paling tak gemar. kenapa cover untuk cd terlalu simple. kalau diasingkan cd ni, dan kita lihatnyua sebagai satu item, tak ubah mcm cover vcd telemovie murah. hanya gambar awan yang di edit. aku rasa perlu ada sedikit penekanan terhadap cover cd ni. biar nampak lebh gempak. mungkin separuh muka gambar siti, atau mungkin gambar pokok yang menjadi trademark tahajjud cinta ni.

Gubahan/susunan

cemerlang.. pemilihan yang tepat dengan memilih fauzi marzuki sebagai penerbit utama dalam album ini. penggunaan instrumen yang pada aku sangat bertepatan. tak lebih, dan tak kurang. penggunaan beberapa intrumen seperti cello memang bg impak yang baik untuk sesetengah lagu. secara keseluruhan, aku rasa arrangement untuk tahajjud cinta ini boleh dikatakan cemerlang. bersahaja. cuma mungkin kalau ada yang aku nak pertikaikan, kenapa kebanyakan lagu di gubah menjadi sangat slow dan melankolik. kerana kita tau album ini bukan album nasyid, bukankah lebih baik kalau ada sesetengah track disuntik dengan elemen yang sedikit laju. mungkin pada drumnya. akan lbh menarik pada aku. ye lah album ketuhanan jga harus ada elemen yang memberangsangkan.. taknak la nanti keluar statement, lagu ketuhanan mcm lagu tidur je..



Asma Al Husna

melodi- Eirma Fatima
permulaan yang sangat baik untuk album ni. aku suka dengan gubahan untuk track ini. aku sangat suka dengan cello yang digunakan. bg elemen misteri untuk intronya. violin juga dimainkan dengan sangat baik. sesuai dengan mood lagu ni. lagu ni menarik. vokal siti juga cemerlang pada aku. dalam membawakan nama2 allah, siti pada aku cukup sederhana. itu yang terbaik. tak perlu nak melenggok2 sangat. melodi nya juga sangat bagus. pertama kali dengar di youtube, walaupun bukan versi penuh, aku dah asyik terbayangkan melodinya. cuma ada sedikit yang aku agak tertanya, kenapa sebutan siti untuk astaghfirullah bunyinya seperti astafirullah... astaGH nya seperti tak kedengaran.

Pintu Rindu
Lagu- Copyright
Lirik- Hairul Anuar Harun
terus terang, kali pertama mendengar track ni, aku kurang melekat. mungkin kerana track pertama tadi sudah dibuai dengan track perlahan.. tetapi makin hari mendengar, aku akui melodi lagu ni antara yang paling indah. melodi ini bukan ciptaan baru, ia melodi satu lagu selawat lama. yang agak popular di sekitar negeri2 selatan kita. cume diubah liriknya dengan lirik baru ciptaan hairul anuar harun. pada aku lirik ini sangat bagus. menceritakan tentang waktu kita menanti waktu untuk bertemu dengan NYA yang esa. suara siti juga cemerlang. ad-lip permulaan itu sahaja dah membuai hati aku. suara siti dalam lagu ni aku boleh sifatkan, merintih tetapi dalam masa yang sama penghasilannya sangat comel. ini yang membuat lagu ni istimewa. melodi yang sangat menarik.


Tahajjud Cinta
Lagu- Eirma Fatima
Lirik- Hairul Anuar Harun
melodi terbaik dalam album ini. lagu yang sangat indah. permulaannya saja sudah cukup bagus. intro yang sangat mengasyikkan. masuk saja suara siti, aku rasa sangat terbuai. sekali lagi hairul anuar harun menjalankan tugas dengan sangat baik. aku sangat suka dengan lirik lagu ini. menggambarkan betapa indahnya cinta ilahi itu. aku sangat terbuai dengan liriknya. kembali kepada melodi, aku rasa setiap aliran nota2 muzik dalam lagu ini di susun dengan begitu baik. persis lagu pop. cume di gubah supaya nampak lbh kepada konsep ketuhanan. sangat menarik. gubahan juga sgt bagus. gabungan viola dan violin sgt mengasyikkan. vokal siti antara yang paling cemerlang dalam lagu ini. setiap rangkap di isi dengan jiwa yang berbeza. aku dapat rasakan klimak dalm rangkap2 yang berbeza. penjiwaan siti dalam lagu ini memang mempunyai level2 yang berkahir dengan sgt sempurna. cuma yang aku rasa sedikit terkilan, graf lagu ini terlalu mendatar. aku rasa kalau sesetengah part dilajukan sedikit, drum juga stylenya diubah menjadi sedikit semangat, lagu ini akan jd sgt menarik. sbbnya aku rasa dah ok, tp dengar sekali imbas lagu ni terutamanya drum, temponya sgt slow. hanya di bahagian stroke sahaja lajunya, jadi keseluruhannya lagu grafnya mendatar. tapi apepun , lagu ini bermain di bibirku setiap hari..!

Batasku Asaku
Lagu- Siti Nurhaliza
Lirik- Attan Hardilas
sukar untuk aku menilai lagu ini, kerana lagu ini sudah terlalu biasa di pendengaranku sejak berbulan2 lalu. bagaimana mahu menilai di samping beberapa lagu baru... memang mengambil masa. lagu ini menarik. saat pertama kalu mendengarnya, aku rasakan melodinya biasa tetapi menarik, melodinya bermain dalam alur nota muzik yang variasi. dari major ke minor.. juga byk flat. itu yang buat lagu ini menarik. syabas kepada siti yang mewujudkan melodi ini dan tahniah kepada penggubah. mengenai lirik. sangat bermakna, yup. aku mengambil masa untuk memahami apa yang disampaikan. terlalu berkias dengan ayat yang biasa. apa yang aku paham, ia menceritakan tentang betapa besarnya kuasa ilahi. yang tidak akan terlawan dek kemampuan kita. hanya kepadaNYA kita mampu berharap. apabila kita diambang kesusahan didunia ni, hanya kepadaNYA tempat terbaik untuk kita mohon bantuan. setakat yang aku mengerti lah. vokal siti?.. aku rasa hebat. tidak terlalu bermain dengan lenggok, siti bermain dengan teknik apungan yang di digabungkan dengan lontaran high register. menarik. kedengaran tenang walaupun pada bahagian yang agak sukar


Ku Percaya Ada Cinta

Lagu- Audi Mok
Lirik- Habsah Hassan
Lagu baru pertama yang aku dengar untuk album ini. aku dengar di youtube. saat pertama mendengar track ini, aku sedikit pelik. aku rasakan lagu ini kacau bilau. dengan melodi yang sgt melankolik di bahagian intro, terus kepada part yang sedikit rancak, dan terus kepada bahagian yang seperti lagu patriotik ini. memang pelik.. dengar.. dan aku terus dengar.. dan setelah mendengar beberapa kali, aku simpulkan, lagu ini adalah hasil yang sangat kreatif dan tak salah untuk aku anggap sebagai lagu terbaik dalam tahajjud cinta. gabungan beberapa part yang berlainan ini menjadikan graf lagu ini sgt aktif. dr bahagian yang indah, kepada bahgian yang semangat dan terus kepada bahagian yang merintih. aku suka dengan gubahan nya juga. simple. dengarkan gubahan pada bahagian patriotik itu, seperti satu dentuman semangat .. simple.. dengan bunyi hanya beberapa instrumen, ia menjadi sgt klasik di pendengaranku. lirik, sgt indah. habsah hassan tidak pernah gagal dalam penglihatanku. ya ada yang kurang percaya dengan cinta ilahi ini. ataupun ada yang pandang sepi terhadap cinta abadi pencipta ini. setinggi mana kita pergi, lihatlah tanah yang dipijak dan langit yang membumbung bumi ini. percayalah, allah sentiasa cintakan kita, sehebat mana diuji kita, percayalah, cinta itu wujud. lirik yang sgt bagus. vokal siti juga cemerlang. mungkin lagu ini graf nya tidak terlalu besar, siti tiada masalah dalam penyampaiannya. emosi siti juga aku sgt suka. aku paling suka apabila siti menyebut "demi cinta".. aku rasa sesuatu di situ. cuma apabila di verse pertama apabila siti menyebut perkataan "cintalah yang memungkinkan segala"... perkataan "yang" itu seperti sedikit flat. tp di ulangan kedua juga begitu. mungkin memang kehendak penerbit aku rasa.

Ya Rasulullah

Lagu- Abu Bakar Mohd Yatim
lagu yang sgt mengasyikkan. lagu ini tidak asing pada aku. selawat ini seringkali aku nyanyikan untuk team nasyidku. tidak masalah dengan susuann muziknya. simple. seperti mini okestra.. pengunaan instrumen yang minimum. mungkin mahu menonjolkan vokal siti. namun mungkin akan lbh menarik kalau dittambah dengan gesekan violin yang lbh merintih. apepun aku rasa tidak ada masalah dengan susunan muziknya. sudah cukup bagus. mengenai lirik, lirik nya juga tidak ada yang perlu aku bicarakan. lirik ini memang sudah sedia ada. lirik yang indah memuji nabi terulung kita. vokal siti pula sgt cemerlang. layangan vokal siti cukup lembut.. ckup mengasyikkan. aku memang terbuai dengan lagu ini selain kerana melodinya, adalah kerana vokal siti sendiri. lenggok yang minimum tetapi diisi dengan penjiwaan yang mewah, ia seperti menangkap jiwa yang mendengar.

Ketika Cinta
Lagu- Opick
Lirik- Opick
sebenarnya, kalau lagu ini lagu baru dalam album tahajjud cinta ni, aku akan letakkan lagu ini sebagai lagu terbaik. lagu ini mempunyai melodi yang sgt indah. susunan nota notanya terlalu indah. pergerakan notanya bermain dalam satu alur yang sgt indah. dari satu verse ke satu verse ia seperti memanggil, memanggil dan memanggil au untuk terus mendengar. gubahan yang sgt cemerlang. dengarkan intronya.. simple tetapi cukup klasik.. masuk saja verse pertama. hanya iringan piano yang mendominasi.. cukup mengindahkan suara siti. seterusnya apabila sampai di bahagian korus dan ke akhirnya, muziknya semakin penuh dengan drum dan beberapa instrumen. lagu ini indah kerana grannya sgt variasi. dr alunan yang sungguh merdu, menjadi sedikit kalsik dengan lontaran soprano/ high register siti. lagu ini seperti lagu yang ckup sempurna bagi aku. puas mendengarnya. seperti mendengar berbagai2 teknik daripada siti. liriknya juga sgt indah. juga menceritakan tentang cinta ilahi. keindahan dan kehebatan yang akan kita rasa saat cinta ilahi itu memanggil.. suara siti?.. cukup baik. sejujurnya, lagu ini bukan lagu yang mudah, tp siti melaksanakan dengan baik. aku boleh menangis mendengar emosi siti setiap kali lirik "rindu, rindu rindu kalbu".. itulah siti. melontarkan emosi melalui suara. lagu yang sgt indah.

Selawat

Lagu- Copyright
Lirik- Copyright
juga track yang mengasyikkan. mungkin tak asing bg kita semua kerana selawat ini sudah sering kita dengar bukan. di kenduri, masjid, surau, selalu kita bacakan selawat ini. kali ini dihasilkan dalam hasil yang lebih merintih pada aku. susunan muziknya tidak banyak beza denga track ya Rasulullah tadi. simple. hanya iringan gendang(kalau tak silap aku), dengan string yang minimum. juga dengan sound keybord yang juga minimum. jd penumpuan pendengaranku lebih kepada vokal siti. mengenai suara siti, ya, melodi seperti ini memang makanan siti. siti melontarkan dengan sangat baik. penghayatan yang sangat menusuk. dengarkan suaranya pada minit ke 2.29.. sangat indah. tak salah kalau aku katakan ibarat bidadari suaranya. cuma yang aku kurang suka apabila terlalu banyak part suara latar. aku tak tau apa motifnya. mungkin kerana ini selawat jadi perlu dijaga pengucapaannya atau apa aku tidak tahu. tapi aku rasa terlalu banyak bahagian suara latar itu.



Keseluruhan

secara keseluruhannya, aku merasakan penghasilan album tahajjud cinta ini, bukan lah satu penghasilan yang hebat seperti Lentera Timur ataupun Transkripsi. tahajjud cinta lebih kepada hasil yang menyenangkan. siti pernah membuat kenyataan yang album ini bukan album nasyid, tetapi boleh dianggap projek pop terbaru beliau, dalam konsep yang lebih kepada ketuhanan. memegang kepada kata2 siti itu, aku seperti keliru mahu meletakkan album ini dimana. kerana pada sangkaan awal aku, siti akan menghasilkan album yang lagunya rata2 seperti lagu ketika cinta atau pun ku percaya ada cinta. maksudnya melodi yang lbh pop dengan lirk ketuhanan. tetapi album ini menampilkan 5 lagu dan 3 selawat. 2 drpada lagu sudah sedia ada iaitu ketika cinta dan batasku asaku. jadi aku merasakan album ini tak ckup "pop". meletakkan 8 lagu juga memang tidak aku setujui dr mula lagi. lebih2 lagi bagi "siti nurhaliza" yang kita tau betapa kuat sokongan peminat yang akan membeli albumnya. dengan harga yang sama rm29.90, aku memang merasakan seperti terkilan dengan hanya 8track. 3 dripadanya adalah selawat. dua dripada lagunya sudah aku ada berbulan dulu. selain itu aku juga merasakan album ini terlalu slow. kerana rata2 tracknya semua slow kecuali ketika cinta dan ku percaya ada cinta. kalau siti tambah lagi dua lagu, yang berkonsepkan seperti ketika cinta, album ini akan menjadi lebih puas didengar. aku pada awalnya merasakan siti akan menghasilkan lagu2 seperti kumpulan inteam, kerana muzik meraka lebih kepada pop dengan lirk ketuhanan. tp aku silap. tahajjud cinta lebh slow dr itu. apepun, aku puas hati dengan album ini. dengan alunan cemerlang siti dan penghayatannya, album ini boleh menjadi panduan yang baik melihat kepada setiap lirik yang disampaikan. cuma ia boleh menjadi lebih baik. tak salah kalau lagu ketuhanan seperti lagu ditaman teman tu.. lirik saja di tukar... kan?..


Friday, September 25, 2009


mud raya takde

busy dengan latihan

nak sambung buat phd hajat dalam hati

sampai ke hari ini proposalnya tak siap

perancangan untuk career pun dah bersusun

jadual masih lagi tak tetap

duit nak pakai banyak

jpa pun belum anta borang lapor diri lagi

kang nak kene keje ngan gov

adui....



Monday, September 21, 2009

Nak Bukak Pintu tak?




ishh.. ngah bz wat warm up ni.. ade knock! knock! knock.!!.. ade budak nak beraya.. nak bukak pintu tak.. penat la.... kui3


Thursday, September 17, 2009

Untuk Kamu Semua



aidilfitri kali ini...
aku jalani dalam lorong yang berbeza...
dengan senyum tawa yang tidak seindah biasa...
dimana kepahitan jelas tersa walau senyum terukir indah...

menjalani kehidupan bersama sama teman seperti kamu semua..
bukan sesuatu yang aku minta...
tp inilah pemberian yang tidak pernah terduga
memberi sejuta kenikmatan yang tiada tara...
pemberian bermakna untuk satu jangka masa yang tiada akhirnya

setiap saat yang kita lalui
ibarat menyemai kenangan sejarah
tidak kan terlupus jejaknya walau di landa badai amarah..
lantas ingatan untuk setiap dari kamu datang dr setiap arah
seperti tubuh yang memerlukan darah...
takkan terlupa, takkan terpisah..

untuk aidilfitri yang mulia...
seribu kemaafan aku pinta..
atas segala keterlanjuran dan kesilapan yang tersengaja
walau jauh mana aku berlari..
walau sesenyap mana diri ku pergi..
walau sejahat mana apa yang aku telah lakukan..
kemaafan dr kamu semua tetp menjadi nadi..
nadi untuk senyuman paling bererti...

sahabat semua..
walau zahir takkan mungkin dapat bertemu..
ingatan paling ikhlas telah aku semai untuk diri kamu..
selamat hari raya aidilfitri..
maaf zahir dan batin



Terima Kasih Kerna Persahabatan ini..


Wednesday, September 16, 2009

Shoping With S


mcm biasa pada setiap hari isnin.. aku dpt cuti dr lthn teater kan.. then last monday... 14hb sept 09.. aku duk2 umah jek.. bangun awal lg.. dlm kul 10.. then bosan.. taktau nak wat pe.. umah takde org.. abg aku keje... aku duk depan dinding.. dinding tengok aku, aku tegok dinding.. tetap takde pape yg berlaku.. jd ku pun memikirkan apakah nak keluar ek... decide2 punye la decide sampai ke petang.. then aku msg kawan aku nina nak kuar tak.. sbb si Esther jak aku kuar.. dan juga si khairee dan jga si shue.. lepas decide.. kami plan nak g sg wang.. tp aku tak dpt amik si nina.. sbb ku lalu bukit langat...



ini dia si Esther.. yg short hair ni.....



then aku gerak dr umah pun dlm kul 3 mcm tu... aku terus ke area klcc.. mau ku ambil ini anak, si Esther.. dia bru balik meeting dr dmai... then dia trun train klcc... aku melangok jap tunggu dia.. si shue lk gagal dihubungi.. sbb dia ke midvalley dlu mau beli bag... pastu esther dtg dlm kul 4 mcm tu... kami terus ke sg wang... nasib baik jem tak truk.. then g parking dan terus masuk dalam...

kami masuk jek.. terus kami meluru ke deretan kedai2 di sg wang tu.. tp sebenarnya.. mood nak membeli belah tu takde lg.. sbb lapar giler ok... jd kami cuci mata jek dlu.. hah btw.. ni bukn shoping raya pun.. memang kami shoping nak crik keperluan mana yang sudah tiada... jalan punya jalan.. aku mcm mals nak beli sgt.. tp si esther start dlu... dia beli satu baju cantik giler... then pg ke satu lg kedai.. dia beli 4 baju satu seluar... giler... menanah mata aku tgok.. aku ape lg terus la maluru crik apa yang leh dibeli...

hhaahah..

then jalan punye jalan.. banyak gak la kami shoping petang tu... ni antaranya....






sebenarnye pada ari itu.. aku hampir terlupa nak berbuke.. hhah.. oleh sbb aku ngan si esther ni asyik ckp bahasa sabah, seorang budak kedai kasud mase kami ngah plih2 kasud.. dia tanye.. kami ni melayu ke ape ek... then dia just nak gtau dah masuk waktu berbuke.. ahahah.. menjajau ko.. terus cepat2 bayar kasut kat kdai yg name dia tu summit.. haahha.. then trus crik kedai mkan.. crik punye carik.. akhrnya kami decide makan kat depan greenbox... ape ntah nama kedi tu... ni yg kami berdua makn..










aku lupe ape name makanan ni sume.. sbb memang pelik nama dia.. tp serius aku ckp.. memang sedap.. dan harganya murah ok.!! korang kene try... memang sedap... yg mcm sup tu sebenarnye curry tau.. green curry.. sedap giler... try arh,....

then lepas makan.. kami sambung shoping.. beli punye beli.. sampai kul 10.. kedai dah tutup... jd kami decide balik dlm kul 10 tu.. terus anta si esther... aku pun drive la pulang ke rumah.. sampai umah.. mcm biasa.. snap3.!! ni dia antara barang yang aku beli hari tu...


shorp pant... sedap giler ok cutting dia.... uhuhuhuh


ingat afgan ngan nuar kamarudin je suke kumpul shirt petak2 ni


ni lak singlet B.U.M untuk ltihan


yg ni memang aku suke... cntik kan guys... nike warne hijau lumut.. aku nampak terus aku beli ni.. suke giler aku warne diaaa

yg ni pun aku suke... ni B.U.M gak.. tp actually aku nak yg lining bawah dia tu warne gold.. tp tkde size... aku amik yg ni.. smart kan...


jd sekian sahaja laporan aku untuk kali ini.. haahahahah.. sebenarnya mcm tak ckup masa... ye la pose kan.. nanti lepas raya aku nak shoping sket lg.. ade beberapa kelengkapan yang aku rasa tak jumpe lg.. kene dapatkan.....

Tuesday, September 15, 2009

Rakaman Raya



pada 5 dan 9hb ogos yang lepas.. aku ada wat rakaman lagu raya dan shooting sekali untuk siaran rtm.. rakaman ini agak menarik, sbb aku di himpunkan bersama dj radio, dan juga pengacara tv rtm yang aku tak pernah berkerjasama sebelum ini.. dan perkabaran terbaru... aku dimaklumkan slot ini sudah pun mula di siarkan.. ia merupakan satu rakaman lagu raya beramai2... dan kabarnya, ia dijadikan sebagai siaran selingan dalam slot2 rancangan rtm.. lagu yang kami bawa ari tu adalah lagu raya rahimah rahim.. so guys.. korang leh la tgok, mana tau tertengok kan.. tv1 atau tv2, RTM.. nampak la aku pakai baju kuning ngan rambut pendek tu.. ahahah.. ni aku sertakan sekali video mase rakaman tu... ini sajalah program raya yang aku join... sebb lepas je rakaman ni.. aku dah bz dengan lthnan teater.. byk gak la program raya yang aku tolak... ye lah dah lthan ari2 sampai tengah malam.. macam mane nak join kan.. apapepun... enjoy guys...



Golongan Artis Jahat?

bukan mudah menjadi anak seni.. bukan mudah menjadi insan yang mahu hidup dalam arena ini.. bukan mudah mahu membuktikan pada masyarakat siapakah org seni ini.. selagi tak makan dek keji, tak terima mcm2 kejian, tak dipanggil dengan mcm2 nama timangan "mesra", mcm tak sah menjadi org seni. lantas, pandangan skeptikal masyarakat terhadap anak2 seni ini seperti membesar mengikut jalur itu. ye lah mcm biasa, anak seni dianggap tak baik, tidak sopan, liar, sosial dan sebagainya yang menjurus kepada itu. ya.. mungkin bukan semua yang beranggapan sebegitu tetapi mahu atau tidak, percayalah, ia lebih ke arah itu.



aku terpanggil untuk membuat entri ini selepas kekecohan cerita tentang gambar panas seorang penyanyi muda, aliff aziz. sedikitpun aku tidak mahu komen tentang tindakannya itu.. kerana ia bukan hak aku. namun itu lah dia dunia hiburan. setapak melangkah, akan dijejakinya tindakan kita walau sebesar zarah. dan cerita seperti inilah yang menjadi buah mulut masyarakat. bukan sahaja cerita tentang aliff aziz, ia nya sudah mula awal. dr dahulu lagi. cerita artis seksi sane sini, cerai sane sini, siti nurhaliza punya tudung, penceraian ustaz akhil hayy, penangkapan artis yang terlibat dlm kes dadah, kes rasuah dalam industri, kes promoter tak bayar duit show la.. mcm2... dr sekecilnya hingga yang besar.. cerita ini menjadi rencah dalam menjadikan dunia artis lebih menarik untuk di ikuti..



namun, begitukah kehidupan artis yang ingin kita gambarkan kepada masyarakat. inilah yang harus dilihat oleh masyarakat, satu pandangan yang lebih tulus menilai artis.

ingin sekali aku katakan, dunia artis bukan didiami oleh manusia liar sahaja.. tetapi juga di penuhi dengan mereka2 yang berhati mulia dan indah tingkah lakunya. cuma biasalah, apabila berlakunya yang burk2, itulah yang indah untuk di ceritakan. itulah.. jangankan dek kerana cerita seperti ini, habis, semua artis menjadi mangsa... pada aku artis atau org biasa sama sahaja.. cuma, hidup sebagai artis, ada teropong yang mengikuti tindakan kita.. jd yang jelik pasti akan di utamakan.. sama jugalah kalau teropong ini dihalakan kepada masyarakat.. hal yang sama juga yang akan dapat kita lihat.. malah, mungkin juga lebih buruk... apa yang berlaku dalam dunia artis ini hanyalah sedikit paparan dalam beerjuta2 kisah lain.. sama juga dalam rutin harian insan yang bukan bergelar artis. bukan membenarkan apa yang berlaku ini... tp penilaian itu harus lbh tulus dan jujur..


Review Popeyes




review kali ini berbeza kerana ia buka review tentang album atau filem atau show pentas.. tetapi tentang satu restoren fastfood terbaru, Popeyes. last two weeks, aku kuar ngan Biyan, Atie ngan Nina.. jd setelah puas memikirkan mana tmpat nak berbuka pose.. kami memilih untuk berbuka di tempat makan baru ini.. kepada yang nak g sini tp tak sure kat mane.. setakat yang aku tau la ni.. ni jek la cawangan yang ada.. di midvalley megamall. di lg floor.. berhadapan dengan McD... kedai dia mcm meriah2 mcm tu.. sebelah dominos... jd sbb masa aku pergi ari tu adalah hari kedua dia buka.. aku nak la wat sedikit review... harap2... lakulah tempat ni.. mcm apa yang aku lakukan kepada kfc ngan dominos (perasan ni.!!)

ok.. secara keseluruhannya.. dia lbh kurang mcm kfc gak.. set dia pun lbh kurang.. ade set 2 ketol ayam, 3 ketol ayam.. ade set shrimp... ade gak set burger.. lbh kurang kfc kan.. cuma kalau kfc ade roti, dia ade mcm brownies.. mcm biskut tp lbh lembut.. plihan air dia pun lbh kurang kfc gak.. ok terus kepada review ringkas aku ni..



Ayam

secara kasarnya, lbh kurang dengan spicy shicken kfc.. tp apa yang aku leh simpulkan.. ayam di popeyes ni lebih light.. kalau kfc dia mcm heavy sekt rasanya dan pembikinannya.. di popeyes ni rasa, rempah, minyak ke ape sume... dia mcm lbh light dan lebh "biasa" rasanya dr kfc.. minyak juga mcm kurang aku tgok.. ayam dia lbh kering sedikit dan rangup mcm biasa... jd siapa yang suke rasa yang lbh ringan, aku rasa pilihan ayyam kat popeyes ni menarik.. rasanya dia, mungkin berbeza sedikit dengan kfc.. tp masih boleh dikatakan sedap... cume aku rasa kalau tambah sedikit pedas.. mungkin lebih menarik...



Kentang Putar

untuk kentang putar ni lak.. ia lbh berat dr kfc nye.. kalau kfc nye kelihatannya cume kentang ngan sos nye je kan.. ni dia mcm menarik sket, sbb kentang dia tu mcm biasa, tetapi sos dia tu mcm sos kentang yang berinti.. dia mcm ade cebisan sayur ke hape tu.. dia mcm berempah sket rasanya... jd rasanya mcm heavy sket berbanding kfcnye



Sayur

hurmm.. aku tak suke sgt... kombinasi rasanya mcm tak begitu menarik.. entah kenapa aku rasa mcm tak sesuai jek ngan selera aku.. dan ini diakui oleh 3 lagi kawan aku.. tp tak tau la kalau ikut selera org lain, mungkin sedap... dia lbh kurang kfc.. tp dia lbh berempah rasanya... mayonise dia pun mcm lain sket rasanya.. mungkin aku selama ni mkn kfc nye jek.. jd mungkin amik masa nak terima selera baru ni.. nak kene g lagi ni..



Dekorasi

cemerlang... gabungan moden dan klasik inggeris.. aku rasa dekorasi dia berjaya.. aku suke gabungan warna merah dan oren/.. pastu ade kerusi yang berwarna kayu dan warna tanah.. memang bg impak yang mendamaikan... tampat duduk dia pun leh tahan ok la.. tak serabut mcm kfc kat mid tu... cuma aku rasa kalau wall photo tu dia bg gambar2 mcm gambar tampat asal popeys ni ke, gambar owner dia ke.. atau gambar lama2 ke.. mungkin lbh menarik... and mungkin satu idea menarik kalau letak mcm simpleh gmbrajah sejarah popeys ni.. n kenapa name dia popeys... kan3?



so itu dia serba ringkas.. korang leh la g cube.. mcm fairuz setakat ni selera masih lagi kuat bertapak di kfc.. kene g cube untuk beberapa kali lgi kat popeyes ni.. amna tau leh kurangkan keobsesan kat kfc kan... korang kene try... menarik sebanarnye.. depan mcd mid valley megamall ek...




Review Orphan



seperti yang aku maklumkan dalam entri sebelum ini.. aku ade tgok orphan kan.. jd mcm biasa aku suke wat review tentang movie yang aku tengok... so this is the review of orphan.... secara keseluruhannya aku bg 4/5 bintang untuk orphan.. kenape?.. sbb aku rasa aku dapat apa yang cuba disampaikan olrh filem thriller ni... sampai terpusing2 badan aku sbb punye la takut dengan scene2 suspen tu... kire dia berjaya la gak wat aku takut selepas filem the mirror dlu.... terus kepada review


Sinopsis

Mengisahkan sepasang suami isteri yang trauma selepas kematian anak ketiga mereka semasa di dalam kandungan lagi.. dua anak yang ada, salah seorangnya cacat. mereka yang sangat inginkan anak perempuan sungguh terkesan dengan kematian bayi yang di tunggu2 itu. jalan penyelesaian, mereka mencari anak angkat. semasa melawat ke rumah anak angkat itu, mereka sgt tertarik dengan Esther, budak 9 tahun yang sangat matang dalam bicara dan pergerakannya. setelah mengambil keputusan untuk mengambil esther sebagai anak angkat mereka, satu persatu kejadian pelik berlaku. si isteri puas mencari jawapan, namun segalanya tidak dapat dijelaskan kenapa esther berbuat begitu. suaminya juga tidak percaya dengan apa yang di hadapi oleh isterinya.. setelah segala musibah berlaku, akhirnya jawapan terbongkar, esther adalah seorang wanita berumur 33 tahun yang ttidak membesar dan mengalami sindrom mental yang kronik. tp sudah terlambat kerana si suami tidak dapat diselamatkan dr dibunuh oleh wanita kerdil ini.



Sinematografi

cemerlang. mengambil latar zaman moden dengan pemaparan musim sejuk. pada aku efek salji tu memang memberi satu impak yang menyeramkan lagi setiap peristiwa seram yang cuba ditampilkan. namun aspek ini tidak lah terlalu berbagai, kerana kebanyakan babak hanya berlaku di dalam bangunan. iaitu di dalam rumah... hanya bebrapa scene yang ditampilkan di bahagian luar rumah. walaubagaimanapun, warna kusam rumah itu, berjaya di tampilkan baik dalam jalan cerita orphan ini. beberapa shot juga pada aku sgt cemerlang.. aku suka apabila peralihan shot camera dr isteri kepada suami, berlatarkan wajah esther yang sedang tersenyum sinis.. permainan camera yang sgt baik pada perkiraan aku.



lakonan

sangat cemerlang.!!! aku memang rasa 5 watak yang ditampilkan.. suami, isteri, esther, dan dua anak tadi.. memang cukup berkesan.. si isteri membawakan karakter seorang wanita yang runsing, trauma, bermasalah, tp dalam masa yang sama sayangkan anak dan suaminya.. memang berjaya.. si suami pula, semasa dia lebh mempercayakan si esther dr si isteri, menag buat aku rasa nak tumbuk jek dia... lakonan dua kanak2 itu juga sgt cemerlang... dan semestinya, bg watak esther.. aku tertanya2 adakah watak itu memang dilakonkan oleh si kanak2.. kerana... penjiwaan untuk karakter itu bapa aku sangat baik...



lain2..
tak banyak aku nak komen tentang filem ini kerana filem realism begini, hanya ada beberapa aspek je yang aku rasa nak komen. lain2.. aku rasa penggunaan muzik yang berjaya... kerana dengan bantuan muzik tu lah yang wat kaki aku ternaik2... takde la seram sgt, tp muzik tu membantu dengan baik... kosttume, biase jek.. sbb zaman moden kan.. jd mcm apa yang kita tengok jek mcm ni... skrip lak.. pun pada aku ok.. tak banyak nak komen tapi dialog yang keluar dr mulut esther memang baik... kerana setiap ayat yang di bicarakan mesti beruunsurkan sinikal dan punya maksud tersirat.. permainan skrip yang baik pada aku.. menyeimbangkan perjalanan cerita yang normal... selain tu, teknik.. pada aku biasa aje.. tak banyak teknik yang digunakan mungkin kerana filem ini bukan filem fiksyen ke ape kan.. teknik lakonan juga biasa aja.. walaupun cemerlang.


Monday, September 14, 2009

Check It Out.!!!




Guys... ni lah dia apa yang aku maksudkan tentang kesibukan yang melanda.... cuci the musical... korang jangan gigih2 nak crik nama or gmbar aku dlm poster tu ek. ..takde la..... ahahahahah.. btw... korang sume yg free dlm tarikh di atas.. dtg la.. support us... ya?... sbb show ni gempak giler.. set yang canggih.. korang emsti suke nye... kami akan gunakan Istana Budaya semaksimum yang mungkin.. so its gonna be great.!! pls do come and support us.. korang tak rugi nye... and btw, within this week,

A reminder that the Hari Raya 20% discount will end on Sept 19th - so don't forget to get your tickets this week.

Axcess Tickets: 03 7711 5000
www.axcess.com.my


Sunday, September 13, 2009

Kenape Aku Busy?







ni la dia.. latihan demi latihan.. masa ni tengah latihan untuk pasrt nyanyi2... yang tengah dok ngajo tu steve.. hang tuah celup... aku?.. entah.. ade ke aku kat situ.. mcm takde jek.. ade ke ek???

Saturday, September 12, 2009

Thursday, September 10, 2009

Shoping raya...!!

Plan asal aku nak kuar 7hb.. sbb jadual asal, aku cuti dr latihan teater tu.. isnin.. which is, 7hb.. tp latihan di teruskan... dan cuti dianjkkan kepada keesokan harinya.. iaitu 8hb sep 09.. aku nk ajak gak beberapa org lain nak kuar.. tp seems sume bz.. aku ajk nina jek... tapi tkkan nak g shoping kat jalan TAR tu awal2 kan.. jd pagi tu plan nak g tgok muvie dlu.... tapi sebelum tu.. aku kene g kolej kediaman pertama dlu.. aku ade nak jum pe manager nasyid untuk dia perdengarkan lagu nasyid yang bakal kitorang bawaaknan untuk acara nasyid festival seni um nanti.. peringatan kepada kolej lain di um, lagu kolej kediaman pertama sgt sedap yee.. heeheheheh..

abis je meeting tu dlm kul 12.30 terus aku cabut g midvalley, kawan aku nina dah ade kat sane... dia dah sampai awal, dia dah book tiket.. kul 1.45pm... cerita ape?... Orphan... tp sbb aku sampai awal.. aku main bowling dlu.. haahah.. ok al.. lama tak amin.. jejak la 16lbh sket... gaahahahahah... abis je bowling, terus kami tg kfc... ehh silap2.... g tgok movie... then kami tgokla cerita Orphan.!!! (ada review berasingan nanti)



then lepas tgok movie.. abis dlm kul 4... terus ar kami g jalan Tar.. emmang aku nak shoping raya pun.. tp actually aku tak rasa nak beli bju raya sbb aku mcm tak cuti sgt kan.. 3 hari jek.. tp pk2 balik.. aku memang selalu pakai bju melyu pun.. g kelas pun aku pakai.. so beli jek la.. kalau bukn untuk raya pun untuk hari2 la...

sampai jek sana.. aku terus ar carik.. plan dlm kepala nak beli warne merah atau maroon.... memang dah nekad ni.. tp sampai2 jek.. aku lbh tertarik denganw arne biru firus.. ngan warne hijau.. tp takpe,.. aku gagahkan hati.. jalan lgi2 dan lagi...

pastu hari mcm nak hujan.. jd byk kedai dia mcm tutup separuh.. jd aku tak singgah la... jalan punya jalan, aku dah hampir putus asa... memang dah rasa mlas nak beli dah.. ahahah.. tp aku jalan jek lagi.. tgok2 kalau ade lgi kan.. dh pusing satu semua house gak.. tp takde yg berkenan.... sampai la aku jalan kat gerai2 dekat ngan mydin tu.. ade stu bju ni warne fav aku.. tp aku kiv dlu.. nak jalan lg.. tkot jumpe lg yg bst kan.. tp takde... then aku singgah satu kedai ni.. ade bju mcm yang aku suek td... tp dengan finishing yg lbh baik.. ade jalur emas sket kat bju dia... then aku pun belek2.. dh sarong kt badan,.. cun wehh.!!!!!!! dan aku pun beli... warne?.. drk brown.. ade jalur emas2 sket kat kain dia... ini dia... hehehee






my bju raya.!!!! yeahh.!!!


then lepas dh beli baju raya.. aku jumpe kawna ku, untuk buka same.. puas kami carik kedai makan.. tp mcm tak best.. last2.. kami decide nak g sogo.. leh gak tgok ape2 barang sbb tengah sale kan... aku memang nak tgok perfume... then smpai dlm kul 6.. kami window dlu.. aku servey perfume... macm nak bel.. tp tak lg.. sbb ade lg.. harge tak jauh beza pun.. tp murah gak la dr mid.... then kami g bahagian atas.. aku beli baju untuk latihan.. pastu dah 6.30... naikkan kat food court.. dah penuh semacam.. kami terus la crik meja kosong.. sbb memang ramai hell.. nasib ade seat... then g la order... mmmm.. mcm byk sebenrnye yg kami makan hari itu....,ahahah.. ini dia...


Cabonara pasta



Popia kering


Lasagna... sedap giler.!!!


Lamb Chop



makanan utama aku... nasik, sayur, sotong, ayam.... nyum3


Dan Air kami Bertiga... Dua Tembikai, satu oren... oren tu aku nyeee

jd itu saahaja laporn aku berkenaan bju raya dan shoping kali ini.. ade beberapa entri penting aku nak wat.. tp masa sgt la dengki ngan aku.. germ tol.. guys.. aku permisi dlu ya... jgn lupa komen.. hahaah tetibe ni.. ok chiou.!!


Ranking UM.!!!


ranking universiti di Asia terkini


UM 39

UKM 51

USM 69

UTM 82

UPM 90


Tahniah pasa semua.. keep up the good work... kita naikkan lagi ranking ni k....


Wednesday, September 9, 2009

Dah Beli Baju Raya.!!!!!



tp belum siapkan laporan lg.. wahh laporan ni... ahahahaahah mlm ni balik latihan fairuz edit.. then fairuz post ek.. eheheheheheeh....

PS: gmbar tu tkde kene mengena....

Tuesday, September 8, 2009

Insan Paling Mulia

cek2 email.. then bru perasan tentang ini. dr aainaa,... rasanya sgt menarik.. salasilah dan juga riwayat hidup nabi kesayangan kita.. untuk tatapan kalian.. hanya untuk pengetahuan dan ilmu...



BIODATA RASULULLAH SAW

  • Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
  • Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
  • Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
  • Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
  • Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
  • Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
  • Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
  • Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
  • Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

  • Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN
  • Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
  • Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
  • Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
  • Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
  • Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..
  • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
  • pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
  • · Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
  • Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN
  • Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
  • Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
  • Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
  • Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
  • Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
  • Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
  • Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
  • Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
  • Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu BakarAl-Siddiq.
  • Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
  • Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
  • § Khadijah Binti Khuwailid.
  • § Saudah Binti Zam'ah.
  • § Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
  • § Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
  • § Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
  • § Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
  • § Zainab Binti Jahsy.
  • § Maimunah Binti Harith.
  • § Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
  • § Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
  • 1. Qasim
  • 2. Abdullah
  • 3.. Ibrahim
  • 4. Zainab
  • 5. Ruqaiyah
  • 6. Ummi Kalthum
  • 7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
  • Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
  • Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
  • Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

  • 1. Al-Harith
  • 2. Muqawwam
  • 3. Zubair
  • 4. Hamzah ***
  • 5. Al-Abbas ***
  • 6. Abu Talib
  • 7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
  • 8. Abdul Ka ' bah
  • 9. Hijl
  • 10. Dhirar
  • 11. Umaimah
  • 12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
  • 13. Atiqah ##
  • 14. Arwa ##
  • 15. Umaimah
  • 16. Barrah
  • 17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.



Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )



اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم


Nabi Muhammad SAW - Manusia agong


KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.


Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:


- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.


Thursday, September 3, 2009

New Models Of Nokia

02 September 2009 – Nokia announced the launch of the new Nokia X6. Capable of playing up to 35 hours of music, the Nokia X6 is a powerful entertainment device, combining 32GB of on-board memory with a slick 3.2" finger touch interface.

The ultimate device for music lovers and social butterflies, the Nokia X6 has a 16:9 widescreen optimised for photos, videos and browsing. With direct access to Ovi Store, the Nokia X6 is a hive of activity that brings 20 friends and virtual communities, like Facebook, to your homescreen.


Jo Harlow, Vice President, Nokia, commented: "The Nokia X6 and Comes With Music is a powerful combination, enabling music fans to download all the music they could ever want - quickly, easily and for free. We're giving people convenient access to and ownership of a vast music library and an exciting new touchscreen device to play their music on."


To make the most of the entertainment experience, Nokia introduced the Nokia Mini Speaker MD-9, a pocket-size speaker for big sound, and the Nokia Bluetooth Stereo Headset BH-505, an ergonomic and lightweight neckband headset for great music and call audio quality also in noisy environments.


The Nokia X6 has an estimated retail price of 450 Euros before taxes and subsidies, and will ship during the fourth quarter of 2009.

Nokia X6 Photos

The new Nokia X3 is designed for music lovers and is the first Series 40 Ovi Store-enabled device. The Nokia X3 is a sleek and compact music device that comes with stereo speakers, built-in FM radio, and a 3.2 megapixel camera.


To make the most of the entertainment experience, Nokia introduced the Nokia Mini Speaker MD-9, a pocket-size speaker for big sound, and the Nokia Bluetooth Stereo Headset BH-505, an ergonomic and lightweight neckband headset for great music and call audio quality also in noisy environments.


The Nokia X3 retails for an estimated 115 Euros before taxes and subsidies.

Nokia X3 Photos


Cool.!!! Cannot wait.!!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...