Tuesday, June 23, 2009

Jadi Peminat yg Rasional Plz.!!!


peminat yang rasional?.. apa benda tu?... kebelakangan ini, aku sering terpk mengenai perkara ni... actually dah lama dah aku sematkan dalam diri aku untuk menjadi peminat yang rasional... tp ari tu aku dan kawan aku, eddy, borak2 pasal siti nurhaliza.. sehinggalah kepada fesyen siti.. aku dengan jujurnya memberitahu, ade beberapa baju yang siti pakai lepas dia kawin memang aku tak suke... kami berbincang sehinggalah kepada baju apa yang siti bakal pakai untuk konsert dia ni.. dr pakaian mase juara lagu dulu, baju kawin.. topik kami berkisarkan tentang baju.. hehe.. di akhir perbualan, dengan berseloroh dia berkata



"jarang aku jumpe peminat siti mcm kau ni... yang aku jumpe asyik2 nak bela siti jek...."


dan sejak tu aku sering terpkkan perkara ini.. kenapa?.. kerana aku selalu merasakan hanya peminat yang rasional yang dapat membantu sesorang artis itu maju.... dan aku yakin.. peminat siti yang lain juga berfikir begitu...

sbb tu.. apabila aku memberi komen positif tentang sesuatu perkara mengenai siti, selalunya aku akan kemukakan hujah yang logik... yela.. aku minat siti dah lebih 10 tahun... aku nampak mana silapnya siti, mana hebatnya siti.. mcm mane dia berubah.. jd aku rasa adalah sangat positif apabila kita meminati seseorang artis itu dengan rasional.. ye la.. tak lain, untuk kebaikan artis tu jugak kan...

aku tak paham ramai peminat di luar sana yang aku jumpe.. mengagungkan artis mereka sampai tutup semua kelemahan artis tu... jangan begitu.... tak baik untuk anda, tak baik gak untuk artis terbabit... cintailah artis anda serasionalnya.. anda akan dapat rasakan betapa indahnya mengagumi seseorang individu itu.... dan secara tak lansung membentuk anda menjadi seorang individu yang tau bezakan mana yang bagus mana yang tak dlm menjadikan seseorang itu idola.. jgn mengagungkan artis itu, sehinggakan, yang jelik dikata cantik, yang sumbang dikata sedap, yang kaku dikata hebat.... bukankah memberi impak negatif kepada artis itu...

kan?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...