Thursday, April 29, 2010

Tuhan Maha Adil

time nak membesar.. sebagai manusia yang belum ckup ilmu tentang dunia.. aku memang menjadi seorang yang ckup degil.. serba nak tau sume bnda.. nampak je satu2 hal.. dengar je satu2 isu.. sume bnda nak pertikai. nak persoalkan... kekadang samapai soalan berkenaan yang tak logik pun ditanya... agaknye memang sampai ke sekarang aku mcm tu......

then biler kehendak makin besar.. otak makin bijak memutar2 cerita.. kemampuan seakannya semakin terbatas.. mula la.. persoalan yang dulunya diajukan kepada mak ayah.. mula kita alihkan kepada yang maha esa... aku dlu selalu bertanya.. napa tuhan tak bagi itu kat aku... kenapa tak bg ini kat aku... kenapa dia dpt mcm tu.. kenapa mereka dapat yang aku nak tu... soalan yang takde jawapan khusus...

yela.. aku terpk.. kenapa aku tak putih mcm dafi.. kenapa aku tak kaya mcm anak dato itu dan ini.. kenapa aku tak punya peluang yang baik nak cipta nama sebagai penyanyi mcm aizat contohnya... kenapa aku tak tuff mcm jihan miskin.. kenapa aku takde awek mcm diana danielle.. kenapa qface tak kekal mcm search.. kenapa mata aku tak biru mcm brian westlife... kenapa beg skolah aku dlu tak jejak harga rm50...

kenapa?... tak de sebab... sebabnya tuhan tak pernah labelkan.. lelaki mcm bradpit tu lagi ansem dari lelaki mcm jamal abdillah.. tuhan tak pernah kata.. donald trum tu lagi kaya dari kris dayanti... tuhan gak tak pernah turunkan pernyataan merah lagi cantik drpada hijau taik kambing.... mcd lagi sedap dr kfc... kereta lagi bagus dr motor... takde .. sume takde tetapan tetap yang mana lbh atau tak.. sume tu sgt subjektif.. satu kumulatif yang dicipta oleh manusia.....

lantas.. sesaat sahaja mampu merubah semua persoalan itu.. sampai satu saat.. aku terfikir.. tuhan sebenarnay maha adil... dia menjadikan manusia itu.... cantik dan menawan.. ansem dan cun, kata manusia laij jugak.. kononnya punya kelebihan berbanding manusia lain.. tp diberatkan juga dengan beban yang tak terpikul susahnya.. dihujani manusia ini dengan timbunan harta dan kekayaan.. yang dr pandangan jiwa manusia lain adalah satu kesenangan yang nyata dan indah.. tp disulami dengan masalah dan dugaan yang besarnya tidak berupa... diberikan kekurangan kepada manusia itu.. kurang harta dan rupa.. namun dihulurkan dengan keindahan dr segi kerohanian dan kejiwaan... begitu juga sebaliknya,,, satu pemberian yang berbeza2... keindahan dan kepuasan yang amat jauh samanya.. tp punya realiti yang sama... takda yang senang aje sentiasa..

akhirnya.. aku senyum.... andai kekurangan ini kujadikan kekuatan untuk ku tempuh segala dugaan.. aku yakin.. tuhan menciptakan trek yang paling selesa untuk aku.. cuma... kesedaran iman dan positif diri harus seiring.. usaha harus diganding... jangankan sedar saja.. tp tiada beza dengan yang sebelumnya...

Tuesday, April 27, 2010

Apa Dah Jadi Dengan AF8?



aduiii.. aku lemah tol.. aku sejujurnya.. aku tak tengok pun af kali ni.. cume dua minggu lepas aku tengok.. semalam aku tgok lagu ulangan yang sabtu lepas ni.. serius.. aku rasa mcm tgok program ape benda ntah.. aku rasa perkara ni perlu diambil serius oleh pihak pengurusan dan penerbit.. ingat bnda2 mcm ni.. sememangnya akan ade effect kepada masyarakat yang ingin menonton..

akuu rasa pesembahan mcm hambar giler.. serius.. aku rasa ade pelajar yang mcm tak layak lansung nak jd pelajar af 8 ni... kenapa aku ckp mcm tu.. hey.. ni dah musim kelapan.. kalau musim 1 ke.. 2 ke.. bleh terima lgi.. jd takkan la nak persembahkan persembahan mcm tu.. aku sakit hati biler aku ingat balik... ramai kawan2 aku yang join.. suara jauh lg bagus dr suara penyanyi sedia ada... tp gagal... aku bajet yang dpt mungkin mcm idayu ke.. bob ke... last2 yang dpt mcm ni...

taktau sapa yang memeberi kata putus kepada pemilihan peserta.. mahu dipersalahkan juri masa ujibakat pun tak leh juga.. jd aku tujukan kepada PRNGURUSAN.... lupakan sekejap konsep nak buat duit.. crik muka komersial.. kene ade pakej... sbb aku rasa kalau bakat tu dah bagus.. org akan tgok gak.. mase af8 bru nak keluar dlu.. ajai ngan dejamos kot yang ckp.. kami akn betol2 melihat kepada kualiti vokal untuk memilih peserta kali ini.. tgok american idol.. setiap tahun berpuluh juta masuk...
peserta bagus2.. muka pecah rumah gak...

ni kalau pk komersial je.. last2 tengok mcm pesembahan budak sekolah bak kata paknil... lama2 akademi fantasia ni pun makin menyampah nak ditengok....... perkara ni kalau nak fikirkan memang ntah pape.. dengan musik pun dengar sgt murahan... norman.. jgn la nampak sgt musik sume programming.. tak syok... bg la elemen live sket... bru gempak konsert... apepun.. aku rasa maulana paling layak JUARA......

jap nak tanye korang.. dalam berpuluh2 ribu yang datang ujibakat.. ini ke yang terbaik kite ada kat msia ni ... atau ini yang astro rasa terbaik untuk dapat undi?.... sekian terimakasih


Monday, April 26, 2010

Perasaan ku Saat Ini

  1. kfc adalah hidangan terbaik
  2. nak tengok avatar kali ke 4
  3. nak botak licin kan kepala
  4. nak telan pil tido.. then bangun time hari dapat gaji
  5. bestnya kalau kat putrajaya ni ade salji
  6. my lappy is the best laptop ever
  7. apa salahnya lelaki bace maskulin..
  8. eh cokolat bukan sbb jerawat la
  9. nak amik maid suh basuh baju kat umah
  10. putrajaya harus ada LRT
  11. lagu hanya dia patutnya CT duet ngan aku bukan kris
  12. nak minum air sirap
  13. lamanya tak main bowling
  14. X6 atau n90 mini?
  15. bestnye kalau ade bilik karoke kat sini
  16. tido...................

Wednesday, April 21, 2010

AKE RELA DI JELAJAH OLEH BEN ASHAARI



Berjalan2 pada jam 9 malam.. pada 22 hb april 2010 ni... daku sempat menyinggah ke blog kawan pentas ku... FAIZUL..... then baca la yang dia jalan2 gak kat blog BUDAKHITAM.. tentang misi penjelajahan dan penjajahan Ben Ashaari terhadap blog2 baru yang sedang meningkat naik.. oleh kerana Fairuzselamat.blogspot.com masih dalam katagori negara membangun... dan ingin sekali berstatus negara maju.. aku pun sgt terpanggil untuk menepek entri ini disni... apepun.. ini sedikit tentang aku...

**************************************

Fairuz Selamat.. I'm 25.
Originated From Malaysia.Student and Performer.
Love Singing, Dancing, Acting.. Love Theatre and Fine Art... Unpredictable Person, Loving.. Easy To Be Friend With.. Happy Is my Passion.. Laugh Is My Food.. Smile Is My Soul.. my only reason creating blog.. is to share every single moment with my friend.. beside, this is a great way to make a new friend.. having blog is like having someone that u cant share with.. here is the place of my interpretation, confession, and what so on... so here is my unclassified space... Seni Itu Ilmu.. yup.. for me... arts is life... life is nothing without arts.. and as a performer.. and also student of performinf arts.. im proud to be here.. to prove to evrybody that art can give something to life..

**************************************


Kenapa Ben Ashaari Kene Jelajah Blog Aku....!!

  1. sah sah la aku nak jdkan fairuzselamat.blogspot.com sebagai blog yang mahadiminta dalam traffiic tenet ni mcm benashaari.com....
  2. aku rasakan niat beliau baik.. untuk membantu kanak2 riang yang mahu belajar berblog ini untuk berlari bersama beliau
  3. untuk memastikan blog aku mampu konsisten dalamsatu jangka masa yang lama,jd perlukan PENSYARAH mcm beliau...
  4. oleh kerana aku baru je sampai dlm arena blog ni.. jd perlukan Manager untuk mengenalkan laman ini dikalangan blogger senior...
  5. BenShaari kalau tengok gaya menulis.. bleh tulis 20entri sehari... so memang bergaya kot.. nak gak bergaya mcm tu...

1- Header BEN ASHAARI BLOG (SELESAI.!)
2- Berikan nama samaran anda dan nama blog anda ... Ceritakan latar belakang blog anda .. Lagi panjang lagi best (SELESAI.!!)
3- Dari mana anda tau mengenai Segmen ini (SELESAI.!!)

arhhh........ kesimpulannya Ben Ashaari.. Kamu DIARAHKAN menjelajah ke fairuzselamat.blogspot.com ini.. dan seterusnya memberi tip tip berguna supaya blog ini boleh menjadi lebih pemes dr Barak Obama ko contohnya...


Hanya Dia Tanpamu- Live Singing By Me

Aku Ketagih Chachos



Chachos were tortilla chip snacks produced by Keebler in the late 1980s/early 1990s. They were flour-based, as opposed to most common tortilla chips, which are corn-based (notably Tostitos). Chachos were available in three varieties: Cheesey Quesodillia, cinnamon Crispana, a particularly beloved flavor by chip enthusiasts and Restaurant Style Original.As of 2006, Chachos were no longer produced or available in stores. Similar to Chachos, Keebler produced a savory potato chip known as O'Boises. These are also no longer on the market.

Chachos is a registered trademark in Malaysia and Singapore for a food product made from "masa corn flour imported from USA". The product line was launched in 1997. The product line includes three flavors: Cheesy Cheese, BBQ Bonanza, and Spicy Curry.

itu dari wikipedia (click sini).....

aku?... aku memang ketagih bnda ni wei..... huhuhh.. kalau boleh aku nak makan ni setiap masa... dapat plak tartar sos ke... kalau leh,.. bangun pagi.. sebelum g mandi.. aku nak dapat sebungkus.... pastuu mase ontheway drive ke tempat kerja... aku bukak.. letak sebelah.. sambil dengar lagu2 kegemaran.. kita santap lgi chachos ini.... simpan sebungkus dlm beg,. dalam opis.. kita bantai lgi.. arhhh indahnya dunia... pastu hujung tahun.... g medical check up... kalori, kolestrol, glukosa.... membuak2 dalam badan.... huwaaaaaaa.... argg nak stop tulis.. nak g 7E.. nak g beli... !!!

Aktiviti Aku Kat Office..


Aktiviti Aku Di Office....



Yang Berfaedah......



Tuesday, April 20, 2010

Qface dalam Album Rock Leleh



hahaah.. aku rasa mcm nak gelak je wat entri ni. hahah. aina la pg td msg ckp dah beli.. ahahah.. actually penghasilan album ni memang aku tau dah.. sbb org fmc tu contact manager aku untuk dapatkan koleksi lagu2 qface.. eheheh.. tp tak sangka lak biler iklan keluar tv.. ahhahaah terpampang muka fairuz selamat time berhingus tu.. ahahahha... lawak2...

anyway.. kepada sesiapa yang suka lgu2 rock cintan.. lagu pop leleh.. leh dptkan album ni... berbaloi gak sbb ade 2 cd.. ade 20 lagu... aku sendiri nak beli.. eh silap.. nak amik free.. ehehe leh karoke lgu sendiri... ahahhaah.. amacam.. ada nak join?

Jom Karaoke!!!

Monday, April 19, 2010

SimplySiti.... Tertarik?



seperti diketahui umum.. penyanyi no1 malaysia.. dato siti nurhaliza telah pun selangkah kehadapan dalam usahanya menjadi seorang usahawan wanita.. dengan melancarkan satu jenama baru kecantikan.. yang juga uasahasama beliau dengan dua lagi rakan kongsi... jenama yang menggunakan nama SimplySiti ini sudah mula dijual.. namun untuk permulaan ia hanya boleh didapati di 300 cawangan Watsons seluruh Malaysia.

usaha ini dilihat berani dan dipuji memandangkan fokus yuang diberikan beliau dalam mencipta satu lagi tapak kukuh dalam memahatkan namanya dalam beberapa arena. dilaporkan.. walaupun masih awaldipasaran. sambutan amat menggalakkkan.. mungkin kerana jenama siti nurhaliza itu sendiri yang begitu dekat dengan masyarakat.. mungkin juga kerana harga produk ini yang berpatutan dengan kualiti seakan produk antarabangsa..

apapun.. semoga berjaya dengan produk ini.. nampak kali ini siti kelihatan sungguh serius berbanding penghasilan beberapa produk keluarannya sebelum ini.. semoga SimplySiti akan menjadi satu lagi produk malaysia yang boleh dibanggakan di peringkat global satu masa nanti...



Belasungkawa- Achik Spin (1982 - 2010)



Achik pergi ketika ligat promosi kerjaya seni

HM Rosezaitul Suriani Wati Maarof, 29, Begitu hebat dugaan wanita bernama Tasha ini. Baru kehilangan cahaya mata sulungnya, Puteri Rania yang ketika itu berusia dua bulan, kira-kira tiga tahun yang lalu, Tasha yang hanya bergelar suri rumah tangga diduga sekali lagi apabila kehilangan insan yang amat dekat dan akrab dengannya serta menjadi tempatnya bergantung.Terlalu singkat kemanisan yang dipinjamkan-Nya. Mereka hanya sempat berkongsi hidup selama lima tahun, kini tanggungjawab membesarkan dua puteri mereka Putri Nursafiyaa, 2 tahun dan Putri Nursumayya, 11 bulan, tergalas di bahu Tasha seorang.

Bagi Siti Nordiana, kehilangan Achik adalah satu kehilangan yang cukup besar. Berita kematian penyanyi itu amat-amat mengejutnya, baru saja setengah jam selepas dia menghantar penyanyi itu ke keretanya sebaik selesai menjayakan program Gah 1, tiba-tiba dia menerima panggilan berita kematian bukan saja teman duet, tetapi rakan akrabnya. “Pemergian Achik memang satu kehilangan yang amat besar kepada saya, hingga mengganggu emosi saya seharian semalam. Selepas Cari Ketenangan, kami mempunyai rancangan untuk merakamkan sebuah lagi lagu yang dihasilkan oleh Aidit Alfian, nampaknya rancangan kami tidak kesampaian. Nana tak tahulah selepas ini macam mana, sebab selama ini jika menjayakan persembahan kami sering berdua, tetapi selepas ini Nana akan bersendirian,” katanya.



Mencari Ketenangan Lagu Terakhir..

Mula terbabit dalam bidang nyanyian pada 1999, Achik dan kumpulan Spin muncul dengan album Roda-Roda Rindu. Malah, Achik juga sering berduet dengan rakan sekampungnya dari Felda Sendayan iaitu penyanyi Siti Nordiana Mohd Alias atau Nana.

Selain itu, Allahyarham Achik turut mengembangkan karier seninya dalam bidang lakonan dengan membintangi beberapa telefilem serta filem seperti Diari Romeo. Malah Achik turut dicalonkan dalam kategori Bintang Harapan Lelaki pada Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-17.

Berita Lanjut- Harian Metro

Perbualan singkat kenangan terakhir

tidak menyangka perbualan singkat dengan suaminya, kira-kira 30 minit sebelum kemalangan meragut nyawanya semalam, adalah kenangan terakhir antara mereka berdua.

Katanya, dalam perbualan itu, arwah menyuruhnya dan anak-anak bersiap-siap untuk dibawa keluar tetapi tidak dinyatakan lokasi dan tujuannya.

Berita Lanjut- Utusan


"Ini entri terakkhir mungkin untuk perkara ini.. aku disini mewakili kumpulan ANTZ.. seluruh tenaga kerja.. ahli.. manager.. keluarga kami... mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Achik dan juga keluarga isterinya. sesungguhnya Allah punya perancangan terbaik untuk kita semua.. semoga Roh beliau ditempatkan di Tempat paling indah di sisi Allah.. dan semoga diberikan kekuatan yang paling kuat untuk keluarga achik dan isteri untuk menghadapi dugaan ini.. insyaallah.. Allah akan memberi yang terbaik kepada kita semua.. sesungguhnya pemergian dan kehilangan yang besar ini... pasti akan dirindui... aku sendiri merasakan meriahnya Fantasia Music City itu adalah kerna adanya arwah.. namun semua sudah berlalu.. mendoakan yang terbaik sahaja.. insyaallah... amin.. Al fatihah"


Sunday, April 18, 2010

Lagi Video Achik Spin Kemalangan

video

guys.. untuk entri sebelum ini... aku hanya mendapatkan maklumat dr sumber berita internet.. juga kawan2.. jadi terdapat dua berita yang berbeza.. sama ada achik tercampak atau tidak... disni aku letakkan satu lagi video.. yang memaparkan org ramai sedang menolong seorang mangsa kejadian.. dan ia bukan arwah achik.. mangsa yang sedang diangkat adalah kawan kepada achik..... jadi.. aku tak dpt nak pastikan yang mana satu adalah yang benar..

guys.. sesungguhnya aku takde niat lain mengapa aku siarkan berita ,video dan gambar ini.. ramai juga yang tau.. aku dan arwah adalah seangkatan.. duduk satu syarrikat rakaman yang sama... biasa tour show sama2... malah aku kenal isterinya... keluarganya... penyiaran ini tak lain.. hanya ingin memaparkan apa yang berlaku... kerana aku juga mengharapkan.. penyiaran ini akan membuat mereka yang melihat, lebh dekat untuk menyedekahkan doa2 dan alfatihah untuk arwah beliau.. itu sahaja..

apepun.. segala yang terbaik... aku sedekahkan untuk arwan achik.. dan juga aku mendoakan segala yang terbaik dengan semangat yang kuat kepada isteri achik dan keluarganya.. aku sebagai rakan seangkatan dan duduk di satu syarikat rakaman yang sama.. bergurau bersama... memang terasa sedih... berkenaan dengan pengeluaran kompilasi album yang membabitkan qface dan juga spin.. aku baru sahaja ingin mengadakan sesi promosi bersama beliau dan yang lain.. namun ia tak diizinkan yang maha esa... takpelah.. semuanya sudah tertulis.. aku yakin.. Allah punya rancangan yang terbaik untuk semua ini.. kita sebagai kawan, peminat, pemerhati.. atau siapa sahaja.. hanya mendoakan yang terbaik untuk roh arwah.. dan berdoa semoga rohnya ditempatkan dikalanga orang2 beriman.. amin..

Al-Fatihah

Video Achik Spin Kemalangan

video

“Difahamkan kenderaan yang dipandunya itu dalam perjalanan balik ke Seremban bersama seorang rakan selepas menyertai sebuah rancangan di RTM, Kuala Lumpur,” Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan. Allahyarham dikatakan tercampak keluar dari kenderaan, yang kemudiannya terbakar dan meletup.... Mayat Achik dan rakannya yang cedera telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.

Sementara itu Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat dari Mantin, Hamizin Khaidir berkata, penyanyi berkenaan tercampak keluar dari MPV dan orang ramai cuba menyelamatkannya sebelum dia meninggal dunia.
Kejadian berlaku pukul 6.15 petang apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki penyanyi itu bersama seorang rakan lelaki yang belum dikenali dikatakan terbabas dan melanggar papan tanda.

“Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan yang dipandunya itu melanggar papan tanda selepas melepasi kawasan Rawat dan Rehat (R&R) dekat susur keluar ke Pajam



ini vid yang aku dapat... kesahihannya masih belum 100%.. tp aku rasa memang ini la situasinya.. melihatkan kepada berita dan logiknya.. memang teruk.. kebakaran itu sendiri sangat kuat untuk seorang manusia menafikannya...

astagfirullah... byk sgt kejadian dan kehilangan yang berlaku dalam industri kebelakangan ni... aku terkedu melihat semua kronologi ini.. ia sememangnya sesuatu yang sgt menginsafkan.. insyaallah.. marilah.. kite mendoakan mereka2 ini berada dalam golongan yang terbaik di sisiNYA...

amin..


Saturday, April 17, 2010

Achik Spin Meninggal



ini berita yang baru aku terima.. aku masih menantikan kesahihannya dengan my PR.. masih lg dibelenggu rasa tak percaya.. baru je wat entri tentang group2 kumpulan remaja... aku masih tak percaya..

SAH..!!

dilaporkan oleh my manager.. achik baru sahaja selesai rakaman rtm.. dan dalam perjalanan dia terbabas... mungkin disebabkan hujan.... kereta beliau dilaporkan terbakar..apepun kite sedekahkan segala yang terbaik untuk dia... al fatihah....
semoga roh beliau ditempatkan di tempat terbaik di sisi allah

Click Sini untuk Berita LAnjut



Ku Undur Cinta (Rehearsal)- Fairuz Selamat.wmv

Here Is... VOICES



setelah qface dan antz.. dan juga cubaan tampil solo menggunakan brand fairuz selamat, kini aku muncul dengan satu lagi projek. ia di panggil Voices. bagi mereka yang kabur tentang apa itu Voices, voices adalah satu kumpulan nyanyian lelaki. yup.. ia sebuah Band Boy... terdiri daripada 4 orang ahli termasuk aku, Voices tidak seperti kumpulan nyanyian yang lain seperti VE atau Innuendo kerana kami akan lebih mengfokuskan arah muzik kami kepada konsep kerohaian. iaitu lebih kepada lgu2 yag membawa mesej kerohanian.. namun begitu, kami tidak melabelkan kami sebagai kumpulan nasyid, skop muzik kami meluas.. dr pop hingga ke rnb.. rock juga mungkin... cuma mesej2nya adalah akan lebih tentang kerohanian dan keagamaan. konsep lain2 juga akan kami bawakan mengikut kesesuaian.. Diingatkan, kami bukan artis nasyis yaaaaa...

Buat masa ini, sedang mencari material untuk merakamkan single pertama kami.. kami sendiri sedang membuat pemilihan terbaik untuk single ini...diharapkan projek ini berjalan dengan lancar.. tiada satu aras lagi untuk ditetapkan dimana Voices ini hendak dibawa.. tapi insyaallah... ke aras terbaik. mengharapkan sokongan dari kalian ya... insyallah.. sebagai permulaan, segala tentang Voices akan di hebahkan melalui group rasmi di laman Facebook... rakaman suara untuk memperkenalkan Voices akan di upload tak lama lagi... tungguuuuuuuu....




Fairuz-Fina-Mira-Zehan-Jemey













....I'm Crying....



Friday, April 16, 2010

Promotion On Latest Blackberry..!! Grab it guys.!!


Come on down to the
KLCC Concourse Area from 13 – 19 April! Get the latest BlackBerry® models or choose from the wide array of other fabulous phones. Enjoy exclusive discounts when you sign up for a Celcom Exec postpaid plan! guys.. The Price is just out of mine.... Dont think too much... click at the photos below.. start calculate ur budjet of having one new phone... and Grab it..!!!! NOW!!!!

V
V
V



Click Here For The Promo....

V
V
V



Click Here For The List of Price and Phones


so .. what are you guys waiting for... Blackberry is the latest
trendy phone that u MUST have one or maybe two... me?.. thinking of N97 mini... heeheheh...



Thursday, April 15, 2010

new-boyz-q-face-dan-boboy

Guys.. mcm yang aku mention kan dlam entri sebelum ni... sapa yang baca.. leh ar wat antri yangg sama... ceritakan pengalaman anda membesar bersama ketiga2 group tu.. so far ini dia mereka yang dah wat entri tentang zaman hotz ni.. eheheh... korang wat.. then inform.. kite wat kronologi... itu..ok?

New Boyz, Q face, dan Boboy?

Perhatian..!!! pada sesiapa yang membaca entri ini... digalakkan untuk membuat entri dengan tajuk yang sama.. menceritakan pengalaman membesar bersama ketiga2 group ini... selepas publish.. linkkan ke blog saya ya.. pastu nak kompalkan... nak wat kronologi.. makasih..!!!


hahahaha.. entah la.. ini diinspirasikan dari pembacaan aku tenatng topic ini juga di blog Renex... terusan aku terkenang zaman itu.. memang aku akui.. ia merupakan salah satu masa terbaik dalam hidup aku.. antara yang membawa aku ke titik terhitam.. tetapi juga memberikan kilauan paling indah untuk dikenang... zaman ini.. kalau tak silap aku sekitar tahun 1999 hinnga 2002 merupakan zaman kemunculan kumpulan2 remaja... aku boleh katakan.. New Boyz merupakan antara yang paling awal.. setahun kemudian keluar plak Q Face.. (lalalal)... kemudian boboy... byk je lagi pada masa tu.. spin ade.. kristal pun ade.. pastuuu... ade lg beebrapa yang aku dah lupa dah.. tapi berdasarkan respon yang aku terima dlu.. memang tiga group remaja ini antara yang paling kerap dikaitkan... suara aku mcm suara tomok la.... boboy nak tumpaskan newboys la... peminat newboyz ugut bunuh ahli qface la.. mcm2.... akhbar pun pada masa tu selalu fokus kepada 3 kumpulan ini... eheheh..


New Boyz


kemunculan newboyz pada 1999 tak silap.. memang membawa angin baru dalam kegilaan muzik di peringkat remaja.. setelah exist .. mereka anatara yang mencetuskan fenomena baru itu kembali... dianggotai 5 ahli.. mereka ungul mencipta nama.. dan menghasilkan satu demi satu album.. walaupun ada pertukaran anggota.. nama newboyz ini sendiri pada aku sudah terpahat dalam sejarah muzik tempatan... aku sendiri dulu beli album dorang.. last aku beli wirama.... hahah.. lawak je kan.. tp tu la.. zaman ni.. sume anak2 gadis menggilai mereka.... kan3... ahhahahaah.. tak kesah la.. org ckp muzik leleh ke ape... muzik gak... sekarang tomok sudah dengan projek solonya.. dan semasa berbual dengannya di IB last Nov.. dia ckp.. newboyz masih ada.. dan sedang dalam proses mengeluarkan single.... bagus la.. teruskan dengan nama yang sudah 10tahun ini.... ape pun... peminat newboyz masih ramai.. teruskan menyokong...


Q-Face


qface.. eheheheh.. sape ek ni.. hahahaah... yg tengah tu mcm kenal aje.. hahaha. qface ini kumpulan yg diwujudkan pada 2000.. dianggotai oleh Azan, Qimie, Noh, Angah dan Fairuz. single mereka menjengah pasaran pada awal 2001.. kumpulan ini juga pantas dalam mencari populariti.. mungkin kerana fenomena yang telah dicetuskan newboyz.. dan kumpulan remaja pada masa itu masih belum banyak... qface pantas mendapat liputan dr akhbar yang sememangnya mahu mencari pesaing newboyz.. pada masa itu kebanyakan majalah menggelarkan qface adalah pesaing terdekat newboyz.. kelakar je bunyi.. ahahahah.. kumpulan ini pada satu ketika menerima lebih 200 pucuk surat sehari... setiap show2 utama ade je muke dorang ni... hahahah.. tapi perjalanan nya tak panjang.. hujung 2001.. fairuz menarik diri dr kumpulan ini... setelah itu qface muncul dengan album kedua dengan penyanyi baru.. khairul tak silap... dan selepas itu hilang begitu sahaja... qface sempat melakar kejayaan dengan dua lagu utamanya.. Izinkallah dan cinta tak sehaluan.. kepopularitian lagu izinkanlah diakui apabila tersenarai sebagai top5 lagu pop pilihan untuk anugerah era 2002..


Boboy


boboy... merupakan kumpulan yang muncul sejurus selepas qface... sekitar 2001. kumpulan ini juga mendapat liputan yang agak baik.. dan seringkali akhbar mengatakan vokal naqiu hampir sama dengan tomok.. kumpulan ini yang meledakkan nama mereka dengan single pertama, Epilog cinta... juga dilihat berjaya.. masa ni sume pun nak dengar lagu epilog cinta tu... fairuz sendiri pernah menyanyi bersama naqiu sebelum itu.. dalam pertandingan bintang asli negeri johor 2000.. naqiu merupakan sang juara.. dan fairuz merupakan sang naib juara... perjalanan booby juga tidak secerah mentari ... mereka selepas kemunculan album penuh pertama... terus senyap tanpa lagu baru.. walaupun liputan terhadap kumpulan ini masih ada.. terbaru.. naqiu juga menghasilkan album solo.. namun kini tiada perkembangan...


Sekian Terima kasih..!!!


Tuesday, April 13, 2010

VOICES GROUP



guys.. aku akan terangkan sedikit masa lagi tentang apa voices ni...... harap.. korang semua support ya.. really need it.. dlm masa yang paling dekat... aku akan terangkan.. apa projek VOICES ini.... tunggu yaa


Review "How To train Your Dragon"



Sinopsis

Mengisahkan seorang remaja lelaki yang lahir dalam satu kemuniti barbarian. pada zaman ini, adalah menjadi satu kemestian untuk setiap individu terutamanya lelaki untuk dibesarkan menjadi seorang kesatria.. iaitu penuh dengan sifat seorang pejuang, fizikal yang gagah, berani, dan mampu menjadi benteng dalam mempertahankan tempat tinggal/ penempatan. remaja lelaki ini, malangnya, dilahirkan dengan fizikal yang halus, kecil.. berbeza dengan lelaki lain dalam kemuniti itu yang rata ratanya besar dan tegap. terdesak untuk membuktikan dirinya juga mampu mempertahankan kampung dan mampu menjadi pejuang, beliau berusaha menangkatp naga yang merupakan ancaman terbesar kampung mereka..

dalam usaha remaja ini menangkap naga naga tadi, tanpa disangka dia telah berjaya menjerat seekor naga yang sangat ditakuti oleh penduduk kampung. beliau mencari dimana jatuhnya naga itu sehingga jauh kedalam hutan. setelah menemui naga itu.. dia yang masih mempunyai perasaan kasihan mengubati naga yang cedera itu.. bertitik tolak dr ini, bermacam rahsia yang dia perolehi termasuk mengapa naga naga asyik menyerang kampung mereka. pengembaraan pemuda ini dalam usahanya menjinakkan naga itu, sangat mencabar. sehingga mendatangkan konflik antara beliau dan ayahnya yang juga ketua kampung. hal ini kerana ayahnya menyangka beliau sanggup berkawan dengan naga yang merupakan musuh terbesar kampung.

saksikan kemudiannya bagaimana beliau membantu menyelamatkan kampung dan juga menyelamatkan naga itu...


Plot

penceritaan yang sangat menarik.... mungkin kerana aku seorang peminat animasi... tetapi cerita ini sememangnya digarap dengan plot yang tidak membosankan.. perjalan cerita pantas... tiada satu babak yang dibiarkan lama... setiap isu digambarkan dengan padat... penonton tidak punya ruang untuk merasa bosan.. setiap konflik yang berlaku disatukan di kemuncak cerita.. dan dileraikan dengan satu peleraian yang menggembirakan.

Tema Dan Persoalan

sangat menarik. persoalan yang sungguh baik. sealunya bila digambarkan dalam animasi... sememangnya satu2 persoalan itu mampu di paparkan dengan baik. sepeti cerita ini.. persoalan seperti penduduk kampung yang menganggap naga itu musuh, tanpa mengetahui mengapa naga itu sering menyerang mereka.. persoalan tentang haiwan juga punya perasaan belas kasihan. dan juga jangan sesekali kita memandang rendah org yang berbeza dari kebisaan.. dan akal sesungguhnya adalah senjata paling tajam jika mampu menggunakannya dengan baik.

Grafik / Gambar

sangat menarik.. jika sebelum ini aku menganggap UP dan avatar anatara 3d terbaik pernah aku tgok.. tapi aku rasa, dalam filem Hoe To Train Ur Dragon in, ada banyak babak yang sebenarnya jauh lebih baik dr avatar sendiri. penggunaan latar tempat yang sememang nya menarik.. di tambah dengan grafik yang sgt cemerlang.. amlah adakalanya naga itu kelihatan sangat dekat dengan penonton dek kerana kesempurnaan grafiknya..

Muzik

boleh dibanggakan... mungkin kerana cerita ini merupakan cerita ala2 komedi.. jadi tiada penggunaan audio yang gempak2.. cukup sekadar yang mampu membantu penonton lebih merasa babak yang sedang dimainkan.. seperti babak bertarung dengan naga.. audio terbang di udara... keganasan naga besar itu... ok sahaja



kesimpulan

satu lagi filem animasi yang akan masuk list aku.. selain Lion King, rattauille... filem ini akan jd malar segar.. aku sarankan korang pergi tgok sebelum habis showing die... memang tak rugi.. try 3d pun ok.. percayalah kataku....


Kenapa Kerja Kite Bosan?



1- sbb kite kerja di somewhere yang sgt lari dr minat kite

2- sbb kite tak pernah nak bg peluang diri kite belajar bnda baru

3- sbb kite tak pernah ada peluang untuk menyuarakan apa yang kita nak


4- sbb bakat dan skill yang kita ada tak pernah dipandang oleh pihak di atas


5- sbb persekitaran yang sangat tak membantu pemikiran kita untuk belajar

6- org sekeliling yang tak membantu dalam proses pembelajaran

7- terlalu banayk perkara yang perlu dipelajario walhal ia tak penting


8- tiada motivasi lansung di tempat kerja yang boleh membuat kita suka

9- masalah pihak atasan yang tak pernah memandang bumi untuk menapak


10- sbb dah sah2 kalau kite jenis pemals dan kuat mengulor aje...



Monday, April 12, 2010

Recently update

AF8

mlm sabtu lepas merupakan kali pertama aku menonton af sejak 2 3 tahun ni.. i mean... tengok secara fokus dan berhemah la.... hahaah.. sadis kan.. hurmm.. tp aku rasa kecewa la... sbb jangkaan aku tentang kehebatan peserta memang jauh... aku taktau samada berpuluh2 ribu yg dtg ujibakat, ini je ke yang ada.. atau kuota astro dlm pemilihan peserta.. sbb ye la.. aku rasa kalau dah berpuluh ribu dtg, takkan akde yang sehebat bob.. atau mungkin boleh menyaingi hafiz dan stacy... agak sedih sbb kilauan bintang dan penghibur memang aku tak nampak sgt... td bace paper.. alif keluar... huhuhu.. aku bru nak ckp yg dia ni bagus..... tup2 dah keluar dah... then, aku tak sabar nak tunggu sape nak jd juara af8 ni... penyambung legasi "kecemerlangan" juara2 akademi fantasia... apepun.. aku rasa perlu ade suntikan idea segera dalam konteks meningkatkan mutu dr segala segi dlm af8 ni... yela dah minggu ke 4 ek.. ke ke 5.. atak tau... jd dah nak separuh musim ni... bek dibaiki mane yang mampu.. so penghasilan juara yang berkualiti nanti mampu dicernakan... insyallah.. aku percaya kepada pengetua dan barisan tenaga pengajar...

Buang Bayi




$%*^*#)%&^$&$^&%*$)^%)*&^.. itu adalah makian aku kepada mereka2 yang tak punya hati dan perasaan ni.. heyy tolong la.. aku tau korang tersepit.. mungkin dalam menjaga maruah diri dan keluarga.. mungkin dalam mencari penyelesaian dari masalah kewangan .. atau ape saja.... TAPI.. tolong jangan diperlakukan bayi itu sebegitu... jgn dibuang jiwa kosong itu sebegitu.. kalau ko taknak pun.. bg la kat mane2 masjid ke... rumah kebajikan ke... tau tak betapa peritnye kulit diterik matahari.. betapa sakitnya badan ditutupi semut api.. kita yang dah besar dewasa ni pun tak tentu tahan.. ape lgi bayi berumur sehari dua tu.. aku taknak nasihat korang supaya berhenti wat keje terkutuk ke tu ape... rasa nya semua org dah tau, berzina tu salah.!!!! tp kalau dah wat gak.. mengandung.. jgn salurkan kesalahan korang pada bayi itu,!!!! bodoh punya manusia... percayalah... takkan selesa dan bahagia kehidupan ko.. kalau ko musnahkan jiwa dan jasad tak berdosa itu sebegitu... .. aku sgt bengang biler bukau paper ari2 ade je... ingat.. kite ni manusia.. bayi itu manusia... kalau korang dah taknak ingat ajaran agama... tolong la selitkan sedikit sifat kemanusiaan.... huhhhhh

Tuesday, April 6, 2010

Projek Terbaru Aku



alhamdulillah.. perancangan ini sudah terlubuk lama.. tp baru kini mampu direalisasikan.. namun masih lgi di peringkat permulaan.. masih kabur perjalanannya... namun.. aku sgt optimis dengan kewujudan ini... aku sendiri sangat teruja mahu meibatkan diri dalam pelaksanaannya... harap kalian juga begitu ya... aku sgt mengharapkan sokongan dan dorongan yang tak berbelah bagi dalam usaha aku menghasilkan projek ini.. terima kasih kepada managerku.. kerana sentisa menyusun jadual dan perancangan terbaik... insyaallah.. ada rezeki tidak kemana.. segala tetapan sudah tersusun... pelaksanaanya akan dilakuka sehabis baik.. dan tawakkal kepada yang maha Esa... memohon agar segala penat akan terubat.. insyaallah..

Jadi kepada kalian... jangan lupa.. .. segala perkembangan akan aku kemas kini disiini....
Nantikan Kemunculan

VOICES

aku perlukan bantuan kalian untuk menyemarakkan lagi ia... buat permulaan... ni akaun untuk Voices... CLICK GAMBAR INI... then leh ar korang sebarkan....




CLICK GAMBAR INI




Kenapa Siti Lagi.!!



masih lgi dalam mood gembira kerana kemenangan siti.. ahahahaah.... entri ni memang saja aku tulis kerana dua sebab.. satu sb bosan membca kes kes berlambak ni. kedua.. kerana aku memang ckup gembire dengan kemenangan siti... arggg... biarkan mereka berkata.. apa salahnya aku minat siti waluapun dia berkahwin.. apa salahnya aku minat siti walaupun dia dah berkahwin dengan dato k... apa salahnya aku menyokong artis malaysia.. apa salahnya aku menyokong artis pop... biarkan saja... hahaa...

sedikit sejarah tentang penglibatan siti dalam anugerah bintang popular ni.. ingat lagi aku.. kali pertama siti menyertai acara ini.. masa itu ia digabungkan dengan anugerah skrin tak silap aku.. 1997.. siti memenangi 3 anugerah.. artis wanita popular.. penghibur tv popular, dan artis palig popular.. pada malam itu siti mengenakan persalinan berwarna pink.. dengan sarung tangan hitam.. menampakkan imej2.. klasikal inggeris... sgt comel...





dan 13 tahun kemudian.. siti melangkah cemerlang dengan busana multilayer yang sgt sgt menarik.. kombinasi warna brown dan biru... siti melihatkan aura paling glamour nya dengan begitu cemerlang... hasil rambut yang minima kerana bajunya sudah menjerit meminta perhatian.... kombinasi solekan yang ckup sempurna...






aku sendiri agak sedih kerana ini abp terakhirnya.. kerana aku sendiri mahu melihat beliau mengenggam anugerah artis wanita paling popular itu sehingga 15 kali.. 2 tahun saja lagi... aku harap siti akan terus menyertai abp tahun hadapan...



Lagi Pasal Kerja




alhamdulillah... segalanya sekarang sudah berjalan pada satu landasan yang agak stabil... penempatan sudah tetap.. kerja sudah mula nampak bayangnya... cuma yang mungkin belum sempurna, penerimaan diri, dan tahap kesesuaian emosi dengan situasi.. sekarang baru kurasa apa yang pernah dilalui oleh cik Zaffirah Zaini yang sgt "ceria" di Lahad Datu tu.. baru sekarang ku mengerti apa yang di rasanya beliau di awal2 penempatan nya di sana... hehehe



ya.. emosi tetap agenda utama dalam melayari segala bnda sehari2... jd aku masih lg mencuba untuk melihat segala ini dr sudut paling positif... yela... menukar haluan dr satu bidang ke satu bidang yang bezanya umpama putih dan hitam.. bukan boleh dilangsaikan dalam sehari dua... aku sendiri memberi 2 bulan kepada diri ini.. bagi aku betol2... menyelami isi situasi yang perlu aku berada sekarang.. insyaallah.. yang penting.. seperti pendirianku... hentikan merungut... terima dengan hati terbuka.. melihat segala kepayahan dr sudut positif.. insyaallah.. takda masalah...



team2 mate aku yang lain.. semua hampir sama.. ye la.. kami sendiri kebanyakannya baru sahaja selesai pengajian.. jd perlukan kekuatan mental dan fizikal untuk hidup segar di daerah baru ini... sbb itu juga.. aku sgt bersatu dengan kawan2 seangkatan aku yang lain.. kerana kami dalam situasi yang sama... curahan pendapat, luahan hati... penceritaan tentang dunia baru antara kami.. memang perlu.. supaya jika ada beban tertanggung.. terasa ringan sedikit kerana ada yang sanggup berkongsi... terima kasih semua..



jadi... helakan nafas baru.. buang segala yang terkumpul sayu... gantikan dengan satu semangat mahu membina satu masa depan yang terbaik.. insyaallah...

Ini Wajah Sebenar Nabi Isa?




Dengan menggunakan teknologi komputer 3-D yang terbaru, sekumpulan digital artist telah dapat mengetahui wajah Jesus ataupun Nabi Isa yang sebenar. Bentuk muka dan badan Jesus diambil daripada 'Shroud Of Turin' atau lebih dikenali sebagai kain kapan yang meliputi badan Jesus dalam makamnya.

Menurut Ray Downing, ketua projek ini, untuk mencipta semula wajah Jesus, kain kapan Jesus adalah objek yang penting dalam projek ini. Dengan bentuk wajah Jesus yang melekat di kain kapan, Downing boleh mendapatkan blueprint wajah sebenar Jesus dan membina wajah itu dalam bentuk 3-D. Tetapi ramai pakar mengatakan bahawa kain kapan itu adalah palsu.

Keputusan projek ini akan ditayangkan di The History Channel dalam minggu ini. Dokumentari itu bertajuk, The Real Face Of Jesus. Hmmm, kalau betul la ni wajah sebenar Nabi Isa, boleh kita percaya benda ni?









sumber ini aku perolehi dr belogbagus.blogspot.com.. kdt yang tinggi kerana aku copy and paste dr blog beliau... aku rasa ini info yg sgt menarik... lawat sini untuk info lanjut.. tentang kebenaran bnda ni lak.. wallhualam.... hanya allah yang tahu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...