Wednesday, May 6, 2009

Mari Belaja Vokal


since aku merupakan salah seorang yang menolong sedikit sebanyak tentang vokal di universiti malaya ni umumnya, dan kolej kediaman pertama khususnya, aku mula nak wat entri ni. aku rasa agak menarik untuk sesiapa yang nak tau serba sedikit tentang vokal dan seterusnya kalau mula nak belajar menyanyi dan segalanya. ini apa yang aku praktikkan, apa yang aku study sedikit demi sedikit melalui pembacaan dan penglihatan aku.. heheh..

ok apabila kita berkata tentang vokal, mesti secara umumnya akan terus ke "menyanyi" kan.. iya sebetolnya, apabila kita belajar tentang vokal dan suara, seterusnya pengajaran itu akan diuji dengan kebolehan menyanyi. tetapi harus diingat, bahawa belajar vokal dan suara, adalah tentang cara bagaimana mahu mengeluarkan suara dengan BETOL.. bukan SEDAP sahaja. berbeza ya.. jadi disini fairuz akan ajar sedikit tentang basic2 nya dahulu.. perlu juga fairuz ingatkan, belajar vokal bukan proses sebulan dua, atau setahun dua .. tapi makan bertahun2... mcm fairuz sendiri, fairuz tak pernah mengikuti mana mana kelas vokal.. sehingga satu masa dulu, fairuz sedar suara fairuz sgt teruk.. then bertahun fairuz cuba belajar sendiri.. melihat, mendengar, baca.. sampaila fairuz boleh menyanyi dengan SELAMAT.. sekarang pun fairuz masih lagi belum boleh menyanyi dengan HEBAT dan sebb tu fairuz sedang belajar belajar untuk menyanyi dengan hebat. ok secara generalnya, ada 4 katagori suara manusia... untuk perempuan. alto dan soprano.. manakala lelaki ada tenor dan bass.. ada juga yang lain, mcm mezzo contralto, barri tone.. tp yg 4 tu yang general....

baiklah... ini fairuz senaraikan beberapa teknik asas untuk menyanyi.... kalau nak tanya pape je pasal vokal dan nyanyian, silakan.. fairuz akan tolong ebaik mungkin... munkin tak sehebat mana, tapi apa yang fairuz tahu fairuz akan bagi pada anda... sharing is caring...


1- PRACTISING
apabila kamu mahu belajar menyanyi, mengeluarkan vokal... sentiasa berada di dalam posisi berdiri.. ingat tu.. kita tak mahu posisi badan menghalang pengeluaran tenaga dan udara.. apabila berdiri, elakkan dr kaki berada dalam garisan selari. asingkan ia. satu ke depan ke.. satu kebelakang ke.. berdiri seselesa mungkin. tangan diletakkan ke tepi. leher, kepala, bahu, semua harus berada dalam keadaan relax.. ini sangat penting ya..

2- VOCALIZING
INI SANGAT PENTING... banyak penyanyi dan org yang menyanyi tak sedar ye tentang bnda ni. iya, ramai org yang boleh menyanyi mcm tu jek tanpa vocalizing ke apa pun.. tp ingat, suara adalah datang nya dr muscle ya.. jd muscle kalau tidak dibentuk dan dijaga, ia kana kendur.. jd kepada mereka yang ingin menyanyi, selalukan buat vocalizing ni.. WAJIB..! banyak jenis vocalizing yang korang leh balaja.. contohnya, bubling, humming, hissing, sebutan silibal do re mi fa so la ti do.. senaman rahang, troat, dan juga pernafasan.. sentiasa buat ni. kalau anda mahu jadi penyanyi yang bagus, buat benda ni atleast 15 minit SETIAP HARI... mungkin tak nampak bezanya.. tapi bila anda amalkan, akan ade kebaikannya yang sgt KETARA..!!.. jgn malas.. kalau nak buat show, sebelum naik pentas tu.. amalkan buat vocalizing ni...

3- BREATHING
pernafasan. antara aspek penting dalam pelajaran tentang vocal dan nyanyi. penyanyi yang bagus adalah penyanyi yang boleh mengawal pernafasan dengan baik.. untuk aspek ini, kamu harus banyakkan bersenam. tingkatkan stamina. apabila kita bersenam, dan berjogging, ia membantu sistem pernafasan kita menjadi lebih lancar. sebab itu kenapa stamina itu sgt penting untuk menyanyi. seterusnya, anda kena fahamkan, dari mana udara keluar, dari mana anda bernafas.. ini semua penting untuk emmbantu mengeluarkan suara yang stabil

4-LEARNING A SONG
ini sangat penting untuk memberi intepretasi yg baik terhadap nyanyian kita. ingat, menyanyi adalah bercerita. jadi bukan senang untuk bercerita didalam nyanyian. jadi apabila anda mendapat apa apa lagu untuk dinyanyikan, STUDY..!!!... kalau tak dpt lagu tu, practise dulu. mulakan dengan fahamkan alur melodi dia dlu. dengan humming ikut.. smpai dah takde masalah.. then lepas tu.. fahamkan lirik.. bru lah anda boleh gabungkan dan nyanyi dia dengan baik.. ingat kita bukan perlu nangis untuk lgu sedih, dan senyum untuk lagu gembira... tp ckup, kalau kita paham lirik tu, pendengar takkan amik masa yang lama untuk dapat apa yang kita nyanyi..

5- VOCAL HEALTH
ini tentang bagaimana menjaga kesihatan suara. menjaga kesihatan kotak suara, rahang dan anak tekak.. actually, yg ni sgt subjektif.. tapi fairuz just bgtau jek la... ini antara yang memberi effect kepada suara kita, jadi jika anda boleh kurangkan, kurangkan guna bnda bnda ni.. antaranya aspirin, vitamin c, drugs, smoking, birth cntrol pills, blood pressure pills, anthistamines, decongestants... elakkan ya.. bukan untuk suara jek, tp kesihatan kita jugak.. untuk menjga suara, banyakkan minum air suam kosong, ia sgt membantu..

itu serba sedikit... nak lagi nanti aku akan bagi.. apa yang penting bila berkata tentang suara dan nyanyi, kita susah belajar by teori.. korang kene praktis.. dan kalau leh belaja dengan orang yang boleh tunjuk depan2... baru korang tau mcm ne.. ingat, belaja vokal bukan secara terus nya akan mengubah kamu menjadi penyanyi yang bagus.. sbb bakat ni gifted.. tp belaja vokal boleh mengajar kamu utnuk mengenal kelemahan kamu dan memaksimumkan kelebihan kamu.. itu apa yang apai wat sekarang.. memang susah kita nak dpt tenaga suara sebagus bob atau siti.. tp kita boleh meminimumkan kekurangan kita sekurang kurang nya. bila sampai satu tahap, anda sendiri tahu bagaimana untuk pukau pendengar tanpa perlu bersusah payah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...