Tuesday, July 28, 2009

Laporan Tentang Yasmin yang Mendukacitakan.

aku terpanggil untuk membuat entri ini setelah aku membaca laporan Kosmo berkenaan Arwah Yasmin yang dikatakan khunsa. aku tidak akan memberi komen balas atau pandangan tentang kenyataan ini. Kerana ini bukan hal kita, ia adalah urusan Allah dan Arwah. Tapi ape yang aku nak katakan, bahawa aku cukup kecewa dengan laporan itu. Apa relevannya di ungkit perkara itu walhal Arwah sudah pun meninggalkan kita... Hal seperti ini mungkin digambarkan sebagai memberi gambaran sebenar tentang arwah dr sisi yang lain seperti yang diketahui oleh masyarakat.. Tp untuk apa?... kerana dr apa yang aku nampak, tak lain hanya mencipta aib tentang arwah...

Ya... mungkin ramai yang tau cerita sebenar, tp bukan lah semua golongan kan. Tetapi dengan laporan itu, yang mana dijadikan sebagai muka depan, dengan tag line "Yasmin mati sebagai wanita" bukankah seperti memberi gambaran yang jelas tentang sisi ini, kepada seluruh lapisan masyarakat, yang mana aku rasa tak semua perlu tahu tentang sisi ini. Ia merupakan satu hal yang berada luar dr kuasa kita. Allah telah tentukan bagaimana mahu dijadikan arwah.. Kita terima dia seperti adanya yang dia mahu.. Yang lainnya, biarlah Arwah dan orang2 tertentu yang tahu.. aku melihat perkara ini sebagai aib.. dan aku sangat kecewa dengan penghasilan laporan itu. cukuplah dengan laporan tentang keperibadian yang indah tentang arwah dan juga tentang pencapaian dan karya2 beliau.

tambah lagi, beliau punya keluarga yang ditinggalkan, punya suami yang disayangai.. jadi kemana arah laporan ini akan dianggap?... fikirkan... sepatutnya, kita memikirkan betapa ruginya industri kerana kehilangan seseorang yang tak mungkin ada gantinya itu... tp sekarang masyarakat gigih memikirkan tentang laporan yang satu itu... di mana rasa hormatnya kepada arwah dan keluarga.. fikirkan....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...