Friday, March 13, 2009

Festival Seni UM 09

Festival Seni Universiti Malaya atau nama asalnya, Pertandingan Seni Pentas ini dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan Universiti Malaya sejak 1975 lagi. Ia merupakan acara kemuncak kegiatan kesenian dalam kampus UM dan menjadi salah satu acara tahunan yang sangat dikenali dan diminati oleh warga kampus terutamanya penghuni kolej-kolej kediaman.

Bidang kesenian atau persembahan pentas yang dibuka untuk pertandingan ialah, Boria, Drama Pentas, Dikir Barat, Koir, Nasyid, Pop Band, Muzik Akustik, Nyanyian Irama Malaysia, Nyanyian Asli, Nyanyian Inggeris, Kompang, Manifestasi Puisi, Tarian Tradisional Kebangsaan, Tarian Kreatif. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan Universiti Malaya.

Bermula dari tahun 1996, Pertandingan Seni Pentas telah diberi nama baru, iaitu, FESTIVAL SENI UNIVERSITI MALAYA (FESENI). Maka, seperti menjadi kebiasaan, FESENI, menjadi acara yang ditunggu-tunggu oleh penggiat dan aktivis seni kampus setiap sesi, untuk beradu keunggulan, keaslian dan kreativiti mereka dalam bidang kesenian. Secara tidak lansung juga memupuk semangat kesatuan melalui kesenian antara pelajar-pelajar universiti malaya.



Pada tahun ini, FESTIVAL SENI UNIVERSITI MALAYA yang juga akan dipanggil FESTIVAL SENI UNIVERSITI MALAYA 2009 (FESENI ‘09), akan memperlihatkan usahasama dari lebih ramai pihak. Pihak kolej-kolej kediaman akan terlibat secara lansung bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan juga Pusat Kebudayaan untuk menjayakan FESENI ’09.

Festival seni sekali lagi akan dianjurkan untuk sesi 08/09. Ia kan dianjurkan pada semester kedua dan terdapat 16 acara kesenian yang akan dipertandingkan. FESENI ’09 telah berjaya meningkatkan kualiti dan profesionalisme para mahasiswa UM dalam bidanh kesenian sekaligus meningkatkan martabat seni pada tempatnya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...