Wednesday, October 5, 2011

Review : ALL YOUR LOVE ( Dato Siti nurhaliza)

saat pertama kali aku tahu siti nurhaliza nak buat album inggeris. dan album tu akan diterbitkan oleh anak tirinya sendiri.. aku skeptikal mengatakan album ni mesti tangkap muat. ye la sebab nak tolong anak tiri sendiri. lepas tu album ni diterbitkan dengan kerjasama dua producer dari australia yang aku sumpah tak kenal. lagi la aku sinikal perli album ni akan jd album biasa je. dua bulan lepas, aku di dengarkan single inggeris pertama dato ct, FALLING IN LOVE, masa konsert simplysiti di uitm shah alam. saat pertama dengar aku sedikit terkejut. sebab aku suke lagu tu. lagu tu agak jauh dari sangkaan aku jenis muzik yang bakal siti gune untuk album ni. dan setelah melalui bulan puase dan raya, pada minggu lepas, 26hb september, album yang diberi judul ALL YOUR LOVE ini telah pun secara rasminya dilancarkan. selain berada di store musik bermula 24 september, album ini juga boleh di beli melalui itunes dan amazon untuk pasaran antarabangsa. aku pergi ke pelancaran ALY yang dibuat di pusat membeli belah mewah starhill. dan aku ambil masa satu minggu untuk menggagahkan diri untuk menulis review ini memandangkan masa dengan aku memang tak pernah nak ngam. ok sebelum pergi jauh, jom kita teruskan dengan review aku ni...


KESELURUHAN
Secara keseluruhan, album ini aku konsepkan sebagai pop rnb. memang muzik yang diketengahkan sangat jauh dri siti nurhaliza yang kita kenal. siti memang pop makanan dia. tp untuk album ini, penerbit berjaya membangunkan sesuatu yang baru. apa yang aku boleh simpulkan, album ni punya kuat bau CELINE DION,  dan MICHAEL JACKSON. malah dlam mendengar deretan lagu dalam album ni, ia punya rasa yang sama bila aku mendengar lagu2 awal kemunculan britney spears, spice girls, dan kylie menogue. tp yang pasti siti sendiri menginpirasikan celine dion dalam perjalanan seni dia. dan album ni membuktikan siti tidak pandang remeh dengan usaha mahu membawa beliau ke peringkat antarabangsa walaupun setelah 15 tahun dia didalam industri. sebagai peminat siti, aku harap nama siti dapat dibawa keperingkat antarabangsa


COVER / LAY OUT
terus terang, aku rasa sangat kecewa dengan hasil lay out album siti yang ini. aku faham mungkin mahu diselaraskan dengan konsep album ni yang funky dan catchy. tapi penghasilannya boleh jadi lebih berkualiti. banyak contoh album artis international yang gune konsep yang sama tp hasilnya gempak. tp yang ini. serious... tak cantik.. cover luar boleh tahan lagi, gambar kat dalam lagi menghampakan. gmbar siti yang lebam dan seakan takde ligthing. susun atur yang mcm nak tak nak buat. even cover belakang cd pun terlalu simple. serious album ni kalau mahu dibawa ke peringkat global, reprint this album with new layout. 

2/5

ARRANGMENT / GUBAHAN
Terbaik. aku suke dengan idea hanya menggunakan dua penulis untuk album ni. 1, kesinambungan momentum muzik tu tak lari dari satu lagu ke lagu yang lain. walau lain genre walau tak sama tempo, tp style nye berterusan. walaupun ada yang kata kenapa tak gune lbh ramai penulis utk hasil yg lbh variasi, tp aku rasa kalau dua org ini mampu mencorak semua lagu dengan baik, tak payah nak penuh2 gune ramai sgt penulis. alnum ni diterbitkan oleh BRYAN BOURO dan CHRISTIAN ALEXANDER. tp kebanyakan lagu digubah oleh BRYAN. memang cemerlang. dr gubahan lagu ala2 disco, sehingga ke ala2 tango, lagu2 rnb sehingga ballad memang dijana dengan baik. penggunaan mcm2 jenis sound dan efek sememangnya memberi jiwa yang berbeza dalam setiap lagu. susah nak crik gubahan terbaik dalam album ni. tapi aku letakkan 3 lagu, STAND UP, TONIGHT, I'LL WAIT FOREVER sebagai lgu dengan gubahan paling cemerlang. kalau boleh di selit sedikit, sebenarnye suara siti merupakan antara instrumen yang bagi setiap lagu menjadi PENUH dan VARIASI.

4.5 / 5

VOKAL
SUPERB.. mcam yang pernah aku cakap sebelum ni, TRANSKRIPSI adalah antara persembahan album solo terbaik dri siti yang aku sangat puas hati. album2 selepas tu, hadiah daripada hati, lentera timur, tahajjud cinta, pada aku biasa aje. dan persembahan vokal siti mcm tak all out. sehinggalah dalam CTKD yg aku rasa siti mula menyengat. dan untul ALY aku simpulkan vokal siti sebagai cukup meyakinkan. aku akui kelantangan dan ketajaman vokal siti sudah kurang sejak berkahwin dan itu adlaah biasa bg penyanyi wanita. wbagaimanapun aku terpaksa akui siti masih lagi berada dalam level terbaiknya. Lontaran untuk ALY sangat meyakinkan. mungkin juga siti di guide oleh mereka yang arif dengan mainan suara untuk lagu2 sebegini. setiap lagu memang aku dapat rasakan passion dan intensity vokalnya. tidak mengatakan persembahan ini adalah sempurna kerana jelas ade beberapa tempat yang siti "tergelincir" tapi siti masih berada di atas senarai vokal terbaik wanita di malaysia dan asia ni. dengan DINAMIK yang jarang kita dengan dalam lagu2 inggeris, dengan lenggok nusantara dalam genre rnb, dengan character yg sebati dengan setiap style lagu, siti memang all out for this project. sampai aku terfikir "bila la suara dia ni nak rosak ek"..?

4.5 / 5

SEBUTAN / PRONUNCIATION
Inilah isu utama yang membelakangi semua kehebatan yg mungkin ada dalam album ni masa ura2 siti mahu merakamkan album inggeris.. ye lah.. budak perempuan yang duduk di daerah jengka, sekolah dan kehidupannya berlatarbelakangkan bahasa melayu. dan apabila siti nak buat album inggeris, mata2 yangs elama ni SAKIT MATA dengan siti lgi la lantang mengutuk... dan dengan terhasilnya album ni, nyata siti tak gentar.. ye aku akui sebutan siti dalam album ni tidak la SEDAP untk di dengar. tp konsep dia senang je.. spaa pun yag berbahasa inggeris, kalau DIFAHAMI itu sudah memadai.. hey celine dion punye slang awal2 dlu lagi teruk.. hey jackie chan punye inggeris smpai kesudah teruk... dan SITI PUNYE PRONUNCIATION lak?.. pada aku mmng betol.. sebutan dia ade sedikit TAK SUDAP... lagi2 kalau ade huruf "R" dan "L".. mmng melayu nye jelas.. tp pada aku asal ia difahami..... more than enuf.. tp still by time siti kene rajinkan lidah dia untuk sebutan2 bahasa omputih ni... lama2 nanti sedap la bunyik dia...

3 / 5

LAGU

ALL YOUR LOVE
pembukaan yang pada aku biasa2 aje. pengaruh MJ kuat dalam lgu ni.. ala2 disco sket. lagu ni tak la menusuk sgt. tp still tak buat aku tekan button skip. aku suke mood dia.. rasa nak menari jek.. aku suke part siti sebut " GIVE IT TO ME - GIVE IT TO ME". comey sungguh... eheheh... lgu ni simple jek.. mungkin sengaja diletakkan lgu yg tak BOOM sgt di permulaan ... ntah... graf nye simple. takde klimak sgt lgu ni. so dia lebih kepada simple n easy song.. boleh kasi goyang la itu bdan
3 /5

NOBODY ELSE
BEST..!! lagu ni yg pertama didengarkan beberapa bulan lalu.. mase tu aku agak kecewa.. "takkan lgu mcm ni buat 1st single". tp byk kali dengar lgu antara lagu paling best... lgu ni antara lagu yng punye mood ballad  RnB paling mat saleh.. mood lagu2 inggeris memang kuat dlm lgu ni.. lagu ni mengingatkan aku kepada lagu2 britney spears di awal2 kemunculan dia dlu. lgu ni simple.. menenangkan... beat dia memang syok nak follow..
4 / 5

TONIGHT
SUKE..!! mule nye  mood tarian bile masuk track no3 ni.. aku suke nak mati intro lagu ni.. ala2 spain sket.. ala2 syakira sket... bunyik percusiion mmng bg mood yg meriah untuk lgu... lgi sumpah memang patern CELINE DION... kalau dengar memang nak menari je rasanya. graf lagu ni simple jugak... verse, korus... klimak... simple.. tp melodi dia memang catchy
4 / 5

ALL OVER AGAIN
owhh.. lgu ni very the britney spears ataupun spice girl.... lgu ni pun bau matsaleh yg sgt kuat.. dia ade iras2 lgu sunshine yg siit penah nyanyi untuk tm dlu.. perasan tak... lgu ni aku anggap mcm lagu ALL YOUR LOVE td.. aku tak tertarik sgt.. hah lgu aku selalu tekan button skip.. ahahahaha... mungkin sb simple sgt kot.  sdangkan kita tau kemampuan siti more than this. lgu ni simple sgt untuk aura SITI tu...
2.5 / 5


I'LL WAIT FOREVER
lagu ni yg kedua di perdengarkan selepas fallin in love. aku suke lgu ni.. tp honestly aku rasa christian alexander ni tak best mana pun.. kalau dia takde pun takpe kot. even ganti je dengan zizan ke.. pun ok aku rasa... tp lgu ni melodi dia beyonce gak sket2 ade bunyik.. aku suke part siti. aku rasa siti berjaya overshadow mamat tu. lgu ni boleh jual kat luar ni....
4 / 5

FALLING IN LOVE
single pertama album ni. mule diperdengarkan dua bulan lepas. pada aku lagu ni memang sgt la seswai diletakkan sebagai single pertama. elemen spanyol yg ade dalam beat dia, ditambah dengan gesekan biola yg bwak mood arabic sket mmng bg jiwa aku meronta nak menari. graf lgu ni simple. verse and corus. vocal arrangement pun simple. takde nak adlip sgt. tp melody lagu ni yg simple tu yg buat dia mudah melekat. suke
4. 5 / 5

I CRY OUT
haha.. mostlu suke lagu ini an?... ok aku akui la gak.. dlm semua lagu.. lgu ni yang paling menangkap telinga aku untuk pertama kali dengar... hebat3... ehehhe.. lgu ni ala2 my all sket.. mood dia memnag sedih.. mcm unbreak myheart pun ye gak. lirik dia simple. melodi dia memang menarik. aku suke graf dia. memang cantik.. vrse 2nd korus, korus dan klimak. arrangement pun simple. taknak beratkan lgu ni sb melodi dia dah berat. aku suke suara siti dlm ni. walaupun masa korus tu siti bg NASAL sound bnyk sgt. lgu ni kalau putus cinta seyes leh nangis.. ahahah... tp aku pelik kenapa siti tak goreng sgt lagu ni.. sdangkan lgu lain dia goreng smpai hangus.. lgu ni vokal dia minima jeekkk.. puat rasa tak puas nak dengar
5 /5

FIGHT FOR LOVE
AKU SUKE LAGU NII...............!!! aku taktau kenapa.. tp ni antara muzik paling senang melekat dlam kepala aku... aku mmng rasa lgu ni adik beradik I'M ALIVE celine.. kan3.... lgu ni mood dia aku rasa bg aku ceria jek.... dgr lgu ni dlm kete aku dah tersenyum2 jek.. graf lagu ni cantik. verse sehingga corus dibina dengan baik. suara siti dalam lagu ni tiptop. aku suke je dengar dia hit all those note.. best.. aku nak siti perform lgu ni
5 /5 

STAND UP
well... what can i say about this... semua org dok menggilai lagu ni.. lagu ni super sweet... mula je dengan angin menderu tu buat mood aku rasa mcm nak g tingkap dan "renung masa depan".. lgu ni memang inspiring.. dengan lirik dia... dan graf lgu ni antara paling bagus pada aku.. mood rnb tu dibina perlahan dengan hanya iringan piano di hadapan. masuk verse kedua muzik mula penuh sehingga ke 2nd korus. vocal arrangement pun sgt gempak. antara persembahan vokal terbaik siti. lgu ni aku rasa ala2 stand up for love destinys child.. ada tak? cube korang dngar part minit ke 3.26 ke 3.30.. korang tak rasa ke bunyik tu sebijik celine dion?.. ahahah sukeeeeeeee
5 / 5

REMEMBER YOU
lagu terakhir sebagai penutup. mngkin sb ade kingston tu yg letak last. aku mmng suke lgu ni.. melody dia catchy giler.. antara lagu yg aku bukak dlu kalau bgun tdo.. terus rasa segar.... lgu ni dibina dengan baik. dr segi melodi, lirik dan juga suara siti dan rapping kingston. cume sekali lgi aku rasa kingston takde la best sgt.  dah la part dia sikit jek pun!.. siti alone dan cukup dah senanye. tp tula.. aku memang rasa dgn ade nye name dia, lgu ni boleh bawak nama siti ke international mainstream. sb vocal siti dalam ni pun cemerlang.. aku suke giler ayam part  " i dont wanna wake up tomorrow, if the memories feel with sorrow...".. suke ... kan3?
5 /5


KESIMPULAN
seyes ni review paling panjang pernah aku buat.. tu pun aku dah cut byk dah tu.. pitam mata korang nak baca. hahaha.. jd atas segala yg aku luahkan di atas, aku boleh simpulkan album ni sebagai hasil yg sgt baik. malah penghasilan album ni jauh dr tanggapan aku. aku kagum dengan usaha siti dan tak lupa anak tiri dia ADEP KHALID yg merupakan org penting dalam pembikinan projek ni. lagu yang menarik dan membawa satu lagi sisi lain dari SITI NURHALIZA, dengan persembahan vokal siti yang masih baik dan adakalanya kedengaran makin baik, dengan senarai lagu yang variasi. album ni aku rasa boleh pergi jauh. aku taknak promosi album ni terhenti di sini. plz SNP dan whats up entertainment, bawak album ni ke antarabangsa.. ( dengan lay out yg baru)...  selain lay out yg aku sgt tak puas hati.. album ni dtg dengan satu hasil yg boleh dibanggakan oleh siti.

KESELURUHAN
4.5 / 5



Now that you have worked with your step mum Siti, can you tell us some qualities you have discovered about her that you never knew before this ?

ADIB : She works very hard. She can sings for hours. Sometimes I can get tired but not her. I am amazed by her energy and her dedication."

LAGI REVIEW ALL YOUR LOVE

Tips Hilangkan Boring Dalam Lift

TIPS HILANGKAN BORING SEMASA DI DALAM LIFT .
1. Ketika anda hanya berdua dgn org yg tak dikenali, cuit bahunya..! kemudian b'pura2 melihat ke tempat lain..

2. buat muka m'gerang kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit
... "diam, semuanya diam..!"

3. bawa la kamera & ambil gambar semua org yg ade kat dlm lif tu..

4. pindahkn meja keje anda ke dlm lif.. jika ada yg masuk, tanyakn apakah mereka sudah membuat temujanji...

5. b'pura2 menjadi pramugari..! tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan spt. di dlm kapal terbang..

6. ketika pintu menutup, beri pengumumuan kpd. semua org..
" bertenang, jangan panik.. nanti pasti akan terbuka lagi..."

7. buka la beg tangan anda, sambil melihat ke dlm beg tangan, tanyalah
" eh, cipan...cukup tak udara kat situ..?"

8. diam & jgn bergerak sama sekali di sudut lif.. m'hadap dinding, jgn sesekali keluar..!

9. dengarkn suara kat dinding lif dgn stetoskop...kot2 boleh dgr suara kentut cipan ke....

10. buatla garis d lantai sekeliling anda m'ggunakn kapur..lalu beritahu
" ini adalah wilayah saya..JANGAN NAK MASUK YE..:p
MATI GELAK JEK LA AKU..!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...