Wednesday, July 15, 2009

Ganu Vid..!!!





Ganu Sokmo.!!!!

Tanggal 9hb july yang lepas. bersamaan hari khamis... aku bersama sekumpulan team RTM, wisma radio berangkat ke Kuala Terengganu.. untuk satu program yang telah di rancangkan lama iaitu, Program Riuh Sakang.. aku bertolak dr rumah pada jam 6.45 pg dan tiba di Angkasapuri sekitar jam 7.30... then dalam kul 8 kami bertolak... dalam perjalanan tak banyak yang aku leh ceritakan... sbb aku memang seorang yang bencikan perjalanan jauh.. then solusi terbaik adalah TIDO.!!!.. eheheh ade lah berhenti makan.. tp yang aku pasti aku sedar2 dah nak sampai K.Terengganu.. eheheheheh....

Hari Pertama sampai.. tak banyak yang berlaku.. kami meneruskan dengan program ank angkat.. aku diberikan kepada Paksu Dan Maksu sebagai anak angkat... eheheh.. aku rasa teruja sbb ni kali pertama aku terlibat dengan program seumpama ni.. ehehhe.....

dan malam khamis tu bermulalah aktiviti pertama kami.... ehhehe

Malam tu takde pape sgt nak buat.. program dengan rtm semua akan berlansung esok.. jumaat.. jd malam khamis tu Paksu Ngan Maksu bercadang membawa kami ke sekitar bandar dan tempat2 menarik sekitar situ.. memang show wooo... ahhahah.. dah la Pak su ngan Maksu aku ni kire mcm org kuat gak area situ.. g mane2 sume org kenal jek.. aku lak malu.. ahahaha... malam tu kami dibawa ke Waterfront sbb ade event ape ntah... then kami dibawa ke satu pasar.. untuk membeli Durian..!!!!. ahahaha.. even dah pkul 12 malam ye hari tu.. ahahaha... jd balik je umah.. tanpa membuang masa.. durian menjadi santapanku.. buat managerku yang anti durian...PADAN MUKE...!!!!



Hari kedua,... bermula awal pagi.. dah ada game show sekitar pantai teluk ketapang... eh kalau silap nama tu betolkan k.. huhhu... dan apa algi.. aku yang aktif ni bantai ar... sampai letih nak mati badan aku.. ahahah antara game pg tu ialah... F1... pastu bawak org pakai kereta sorong tu.. ngan lari berantai tu.. ahahah.. memang fun.. lama aku tak main game2 mcm ni.. tp sayang artis yang ada pg tu cume aku, izati ngan yabang jek... artis lain aku tak tau ape citer.. kalau ade msti best...



















petang tu.. merupakan waktu untuk artis wat rehearsal..... aku pun standby la lepas solat jumaat tu.. sampai padang tu.. msih lg set up speaker sume tu... tehn rehearsal petang tu berjalan mcm biasa jek... pun agak kureng sbb hanya kami bertiga artis yang wat sound check.. even ramai artis sepatutnya..

heheeh.. malam tu.. berjalan lancar.. walau ade masalah sket tetibe ujan turun lebat laaaaaa.. ahaha.. tp sumenye berjalan lancar.. penonton masih setia... dan show mlm tu abis sekitar jam 12 malam.. ehehe.. artis yg ade malam tu.. fabulous cats, amylea, aku, flava, izati, yabang... gempak la gak.. tp yang pasti badan aku punya lah nak pengsan sbb pg tu bantai main game tu sampai nak pitam.. ahahaa.. padan muke aku la kan.. ahaahahahah. balik malam tu.. walaupun aku dah penat nak mati... Maksu masak byk giler.. ketam samballa.. sume la.. ape lg.. dah penat2 aku bantai la mcm org kelaparan tak makan sebulan.. eheheh.. aku rasa berat aku memang naik sejak duk ganu ni 3 hari.. ahahahah......


esoknya merupakan hari untuk aku pulang.. pg tu takde papep sgt.. cume majlis perpisahan jek.. agak sedih gak.. sbb Paksu ngan Maksu layan kami dengan sangat la baik... memang mcm umah sendiri aku rasa tau.. ehehe.. then kami bertolak dlm kul 8... tp tak terus balik.. kami singgah ke pulau kapas dulu.. then ade la yang mandi2... aku tak... walaupun hampir nak mandi..nehehe.... then selesai sume.. kami gerak dr ganu balik ke kl dlm kul 3... huhuhu.. sampai ke Angkasapuri dalam jam 12 malam.. aku yang dah seminggu tak balik umah.. terus drive ke johor.. dalam 3.30 pg sampai.. punye la penat.... dan sepanjang esoknya hari ahad.. aku tidor jek.. penat sgt kot...









apepun.. trip kali ni memang great.. byk yg aku dpt... dah la aku tak pernah rasa kemesraan yang sebegini dengan org2 rtm, dj sume tu.. jd program mcm ni memang good la.. ehehe tahniah kepada warga wiswa radio rtn ye.. dan terima kasih kepada semua yang terlibat kepada majlis ni.

Aku Sokong PPSMI



PPSMI..... Aku sebagai bekas seorang pelajar aku menyokong PPSMI ni... sebelum tu sekali lagi aku nak ingatkan.. mcm biasa.. ni pandangan aku.. berdasarkan ukuran logik akal aku.... jd kalau ada yang tak setuju... sila kemukakan hujah sopan dan berunsur perbincangan... ye aku tau mesti ramai yang tak setuju ngan aku.. sbb PPSMI ini bakal dihentikan menjelang 2012 pun sbb kononnya mendapat bantahan yang ramai dr rakyat...

kenapa?....

aku rasa satu kerugian yang sangat besar kepada ORANG MELAYU apabila PPSMI ini bakal dihentikan....

Kenapa?....

Kerna aku memang merasakan pelaksanaan PPSMI ini merupakan satu medium terbaik untuk membawa bukan bangsa saja, tapi agama, masyarakat dan nilai budaya kita ke satu lagi tahap di mata global... aku tak mengerti kenapa ada yang mengatakan PPSMI ini seperti menjatuhkan maruah bahasa melayu, menjadikan ruang perbezaan penduduk luar bandar dan penduduk bandar menjadi lebih besar, dan kite seperti menderhaka tehadap kedaulatan bahasa ibunda sendiri.....

Kenapa?....

satu kesilapan..... itu semua satu pendangan jangka pendek.. atau bg pihak2 tertentu, pandangan bg menyelamatkan diri dr terus menyusahkan diri membiasakan diri dengan pelaksanaan ini....

PPSMI ini, yang mana dicadangkan oleh mantan PM kite, Tun Dr Mahathir... sebenarnya didasarkan kepada satu pandangan jangka masa panjang yang mana ia akan memberi impak yang sangat positif kepada masyarakat kita secara menyeluruh.... usah diberikan alasan kita tak hormat bahasa melayu... paling tidak pun ada dalam 10 subjek dalam sistem pendidikan kita kan... atau pun lebih kurang 6 bagi sekolah rendah.. kalau hanya sains dan matematik yang di ajar dalam bahasa inggeris... sedangkan sekurang kurangnya 6 subjek lain di ajar dalam bahasa melayu, dan pertuturan harian masih menggunakan bahasa ibunda masing2, apa yang "kita mengkhianati bahasa ibunda kita sendiri?..."

betol kata Tun.... pelaksanaan sesuatu perkara, untuk melihat hasilnya bijak dan berkualiti, perlu usaha, sokongan, indikator yang jitu, dan juka pasti mengambil masa.... ini tidak.. baru sahaja di laksanakan, sudah gelabah tak tentu hala...

Kenapa?....

PPSMI ini sebenarnya.. bukan ditujukan kepada pelajar sahaja.. tidakkah mereka nampak.. PPSMI ini sebenarnya menuntut kerja keras segenap lapisan termasuk ibu bapa dan tenaga pengajar... ya.. sudah tentu pelajar harus melipatgandakan usaha untuk memahami sistem pengajaran baru ini... satu isu.. satu lagu isu apabila guru2 yang buat aduan sukar nak mengajar... jd senang cerita... bukan pelajar saja, guru juga harus belajar bahasa inggeris... jd di penghujungnya... bukankah pelaksanaan ini kalau diatur denagn bijak.. bukan sahaja melahirkan pelajar yang mampu memahami bahasa inggeris, tetapi juga melahirkan guru yang sebegitu juga.. sekaligus, kualifikasi untuk menjadi seorang guru dipertingkatkan, dan seterusnya menjadikan sistem perguruan kita dipenuhi dengan mereka2 yang berkualiti...

bahasa melayu?... tolonng la faham... semua akui bahasa melayu adalah bahasa rasmi kita.. bahasa kebangsaan... kedaulatan itu tidakkan tercalar sampai bila pun... kita sudah hidup dan membesar bertahun2 dengan bahasa melayu.... namun siapa yang dapat menafikan kepentingan bahsa inggeris..?... kalau kita ke mana2 negara dunia... adakah kita akan tanya "can you speak malay?.." pergi la China ke, Uganda ke, New Zeland ke... takkan?.. mcm mane pun bahasa inggeris menjadi keutamaan.. jd dimana kita melihat kepentingan ini dalam pembangunan anak bangsa.... dengan dasar pintu terbuka dan demokrasi negara.. sudah tentu kemasukan unsur luar tak kira dalam bentuk perniagaan, pelaburan, hiburan, atau apa sahaja menjadi lebih galak.. jd dimana kita melihat kepentingan bahasa inggeris ini....

bahasa melayu?....

bahasa melayu tetap berada di tahap tertinggi dalam negara.. sudah termaktub.. dan takkan terlerai begitu saja... tp kita sekarang dalam usaha membawa bangsa kita, negara kita ke satu aras yang lebih membanggakan.. jd pelaksanaan dasar ini sebenarnya... menuju ke arah itu... mungkin bukan dalam sepuluh tahun ini..... tp ia memang menuju ke situ....

jurang perbezaan antara pelajar bandar dan pelajar luar bandar?... yaa.. mungkin PPMSI menjadikan jurang itu semakin besar.. tp sebenarnya dalam satu jangka masa yang pndek sahaja... kalau tak percaya lihat la.. lama kelamaan, jurang ini akan menjadi semakin kecil dan kecil.. dan mungkin akan hilang terus.........

TETAPI....

jika PPMSI ini dibubarkan... ya.. mungkin jurang perbezaan itu tidak menjadi besar.. tp percayalah, ia juga tidak akan menjadi lebih kecil.. ia akan terus begitu.... kalau pun ada, mungkin dalam 50 tahun lgi....

fuhhhhh...!!!

penat seketika.. hehehe.. itu semua pandangan aku sahaja... lantaran aku juga bukan lah mampu berbahasa inggeris dengan sangat baik.... jd aku merasakan PPMSI satu langkah yang sgt bijak.... walaubagaimanapun, ia akan di bubarkan menjelang 2012... apa mampu kita utarakan?... rakyat diutamakan.... apepun.. aku sgt berharap, sistem pendidiakn kita akan menjadi lebih serius memikirkan jurang perbezaan antara dia tempat ini... mungkin idea menambah guru bahasa inggeris dan guru yang mampu berbahasa inggeris, satu langkah yang bijak... dan sedari sekolah rendah lagi.. kepentingan bahasa inggeris ini harus di terapkan kepada pelajar2 itu... bila dah menengah baru nak mula, rotan yang dah kera nak dilentur memanglah payah.. silap2, patah di tengah... kan?... jd selamat maju jaya kepada semua.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...