Tuesday, April 6, 2010

Projek Terbaru Aku



alhamdulillah.. perancangan ini sudah terlubuk lama.. tp baru kini mampu direalisasikan.. namun masih lgi di peringkat permulaan.. masih kabur perjalanannya... namun.. aku sgt optimis dengan kewujudan ini... aku sendiri sangat teruja mahu meibatkan diri dalam pelaksanaannya... harap kalian juga begitu ya... aku sgt mengharapkan sokongan dan dorongan yang tak berbelah bagi dalam usaha aku menghasilkan projek ini.. terima kasih kepada managerku.. kerana sentisa menyusun jadual dan perancangan terbaik... insyaallah.. ada rezeki tidak kemana.. segala tetapan sudah tersusun... pelaksanaanya akan dilakuka sehabis baik.. dan tawakkal kepada yang maha Esa... memohon agar segala penat akan terubat.. insyaallah..

Jadi kepada kalian... jangan lupa.. .. segala perkembangan akan aku kemas kini disiini....
Nantikan Kemunculan

VOICES

aku perlukan bantuan kalian untuk menyemarakkan lagi ia... buat permulaan... ni akaun untuk Voices... CLICK GAMBAR INI... then leh ar korang sebarkan....




CLICK GAMBAR INI




Kenapa Siti Lagi.!!



masih lgi dalam mood gembira kerana kemenangan siti.. ahahahaah.... entri ni memang saja aku tulis kerana dua sebab.. satu sb bosan membca kes kes berlambak ni. kedua.. kerana aku memang ckup gembire dengan kemenangan siti... arggg... biarkan mereka berkata.. apa salahnya aku minat siti waluapun dia berkahwin.. apa salahnya aku minat siti walaupun dia dah berkahwin dengan dato k... apa salahnya aku menyokong artis malaysia.. apa salahnya aku menyokong artis pop... biarkan saja... hahaa...

sedikit sejarah tentang penglibatan siti dalam anugerah bintang popular ni.. ingat lagi aku.. kali pertama siti menyertai acara ini.. masa itu ia digabungkan dengan anugerah skrin tak silap aku.. 1997.. siti memenangi 3 anugerah.. artis wanita popular.. penghibur tv popular, dan artis palig popular.. pada malam itu siti mengenakan persalinan berwarna pink.. dengan sarung tangan hitam.. menampakkan imej2.. klasikal inggeris... sgt comel...





dan 13 tahun kemudian.. siti melangkah cemerlang dengan busana multilayer yang sgt sgt menarik.. kombinasi warna brown dan biru... siti melihatkan aura paling glamour nya dengan begitu cemerlang... hasil rambut yang minima kerana bajunya sudah menjerit meminta perhatian.... kombinasi solekan yang ckup sempurna...






aku sendiri agak sedih kerana ini abp terakhirnya.. kerana aku sendiri mahu melihat beliau mengenggam anugerah artis wanita paling popular itu sehingga 15 kali.. 2 tahun saja lagi... aku harap siti akan terus menyertai abp tahun hadapan...



Lagi Pasal Kerja




alhamdulillah... segalanya sekarang sudah berjalan pada satu landasan yang agak stabil... penempatan sudah tetap.. kerja sudah mula nampak bayangnya... cuma yang mungkin belum sempurna, penerimaan diri, dan tahap kesesuaian emosi dengan situasi.. sekarang baru kurasa apa yang pernah dilalui oleh cik Zaffirah Zaini yang sgt "ceria" di Lahad Datu tu.. baru sekarang ku mengerti apa yang di rasanya beliau di awal2 penempatan nya di sana... hehehe



ya.. emosi tetap agenda utama dalam melayari segala bnda sehari2... jd aku masih lg mencuba untuk melihat segala ini dr sudut paling positif... yela... menukar haluan dr satu bidang ke satu bidang yang bezanya umpama putih dan hitam.. bukan boleh dilangsaikan dalam sehari dua... aku sendiri memberi 2 bulan kepada diri ini.. bagi aku betol2... menyelami isi situasi yang perlu aku berada sekarang.. insyaallah.. yang penting.. seperti pendirianku... hentikan merungut... terima dengan hati terbuka.. melihat segala kepayahan dr sudut positif.. insyaallah.. takda masalah...



team2 mate aku yang lain.. semua hampir sama.. ye la.. kami sendiri kebanyakannya baru sahaja selesai pengajian.. jd perlukan kekuatan mental dan fizikal untuk hidup segar di daerah baru ini... sbb itu juga.. aku sgt bersatu dengan kawan2 seangkatan aku yang lain.. kerana kami dalam situasi yang sama... curahan pendapat, luahan hati... penceritaan tentang dunia baru antara kami.. memang perlu.. supaya jika ada beban tertanggung.. terasa ringan sedikit kerana ada yang sanggup berkongsi... terima kasih semua..



jadi... helakan nafas baru.. buang segala yang terkumpul sayu... gantikan dengan satu semangat mahu membina satu masa depan yang terbaik.. insyaallah...

Ini Wajah Sebenar Nabi Isa?




Dengan menggunakan teknologi komputer 3-D yang terbaru, sekumpulan digital artist telah dapat mengetahui wajah Jesus ataupun Nabi Isa yang sebenar. Bentuk muka dan badan Jesus diambil daripada 'Shroud Of Turin' atau lebih dikenali sebagai kain kapan yang meliputi badan Jesus dalam makamnya.

Menurut Ray Downing, ketua projek ini, untuk mencipta semula wajah Jesus, kain kapan Jesus adalah objek yang penting dalam projek ini. Dengan bentuk wajah Jesus yang melekat di kain kapan, Downing boleh mendapatkan blueprint wajah sebenar Jesus dan membina wajah itu dalam bentuk 3-D. Tetapi ramai pakar mengatakan bahawa kain kapan itu adalah palsu.

Keputusan projek ini akan ditayangkan di The History Channel dalam minggu ini. Dokumentari itu bertajuk, The Real Face Of Jesus. Hmmm, kalau betul la ni wajah sebenar Nabi Isa, boleh kita percaya benda ni?









sumber ini aku perolehi dr belogbagus.blogspot.com.. kdt yang tinggi kerana aku copy and paste dr blog beliau... aku rasa ini info yg sgt menarik... lawat sini untuk info lanjut.. tentang kebenaran bnda ni lak.. wallhualam.... hanya allah yang tahu..

Ape Budak Ni Nak?

aku pun kire lambat tau... tetibe je dia famous kalah dato siti yg bru menang abp.. name dia menjadi sebutan di setiap blog... berjaya kan?.. aku rassa dia memang berjaya dalam konteks mencipta populariti sekelip mata.. kenapa?.. dia kutuk arwah din beramboi.... hurm.. aku pun tak tergamak nak tulis ayat tu.. korang baca la kat sini..



Click Sini

ape pun aku yakin dia punya alasan kukuh kenapa dia mampu melanggar tatasusila sebagai seorang manusia berbudi bahasa dengan mengutarakan ayat sebegitu... namun perlu diingat.. sejauh mana kite melihat... sekuat mana pendirian kita untuk menghalalkan kite berkata sedemikian... sensetiviti hidup bermasyarakat perlu ada... lgi2 yang diperkatakan adalah arwah... dimana perikemanusiaan budak bernama Rafiqin Darwisy ini.. jika beliau menyampah terhadap arwah sekalipun.. bukankah ini mengaibkan keluarga si mati?...

hurmm...... fikirlah.....

p/s: kdt kepada belogbagus.blogspot.com


Kemenangan Siti.. Kegilaan Aku



entri ini mungkin akan diertikan sebagai sgt pro siti... tp itu lansung tak memberi aku kesan untuk menulis.. saat aku menaip entri ini, sudah sehari siti dinobatkan artis paling popular di malaysia sepanjang 2009...

alhamdulillah... memang itu yang aku mahukan.. bercerita sedikit tentang malam anugerah itu.. aku tak berpeluang menyaksikannya atau mendengar secara live di hot fm.. kerana komitmen aku di taman budaya sebagai pengacara sebuah pementasan teater... hanya apabila dalam perjalanan balik... pengumuman bintang paling popular mahu diumumkan.. aku berdebar... semacam rasa yang membuak2.. tp taktau apa yang dirasa... ckup gmentar... dan saat raja azura mengatakan ada huruf L dlm nama itu.. aku menjerit.. dan hampir saja aku hilang kawalan pemanduan ku.. ahaha.. begiotu hebat penangan anak lipis ini.... aku rasa mata mula mahu bergenang... kenapa?

aku hidup bersama lagu2 beliau... sejak 1996... menyanyi bersma beliau... membesar bersama beliau... itu yang aku boleh katakan.. aku juga menyokong beliau dalam setiap apa yang dilakukan.. dengan rasional... melihat bagaimana dirinya dihimpit begitu banyak tohmahan.... menelan setiap kejian dalam setiap keputusannya... melihat air mata yang mengalir dalam setiap manis senyuman... merasakan kepayahan dalam setiap kemerduan hayunan suaranya... semua... jd dalam tempoh berbelas tahun ini.. ia bukan sesuatu yang mudah itu aku singkirkan... perasaan ingin melihat dia merangkul anugerah yang pernah digenggamnya sebanyak 6 kali ini...

lantas.. apabila ini dimaklumkan sebagai abp nya yang trakhir... aku mahu melihat dia naik ke atas pentas itu menerima anugerah tertinggi yang dundi oleh peminat seni tanah air ini... dan alhamdulillah.. semua nya tercapai...

kenapa aku begitu taksub?.. tidak.. aku tidak begitu taksub dengan ini.., aku cume salah seorang manusia yang begitu mengagumi bakat dan keperibadian beliau... dari penglihatan aku.. dlam perkembangan seni hiburan serantau.. atau asia.. dia adalah satu satunya artis yang berjaya melebarkan legasinya tanpa perlu usaha yang begitu kuat untuk ke arah itu.. maksud aku.... ya memang benar.. artis taiwan.. artis filipina... banyak yang merentas setiap benua untuk melakar kejayaan.. mengumpul bahtera sokongan... meluaskan empayar.. namun siti.. hanya di malaysia.. dinegara bertuah ini dicurahkan segala yang ada.. dengan penuh rasa kecintaan, kejujuran dan berpegang pada satu pendirian yang sgt sukar diganggu gugat..

setelah itu, segala perhatian dan populariti.. malah boleh aku katakan, kekuasaan memonopoli arus perdana.. bukan di carinya.. namun ia yang datang sendiri kepada biduanita lagenda ini... usahanya cuma sedikit... tidak seperti artis asia lain... harus merakam segala jenis bahasa dalam lagu... harus menyanyikan lagu penyanyi2 antarabnagsa untuk membuat diri dilihat.. dan sebagainya.. namun siti nurhaliza.. hanya usaha di permulaan sedikit ditambah dengan bakat dan personaliti... empayar yang luas itu seperti datang kepadanya... namanya mekar sehingga ke jepun.. menawan indonesia malaysia dan brunei... menggegar singapore... dikenali di filipina hingga ke beberapa negara eropah.. semua itu hanya dimulakan dengan satu langkah di malaysia... itu yang membuat aku kagum...

bayangkan.. jika siti memulakan langkah untuk menakluk industri global sedari awal.. aku rasa sudah lama namanya mekar dalam arus muzik dunia....

kini... pergerakannya seakan di kawal... harus menimbang tara kepentingan rumahtangga dan keluarga... namun impaknya masih terlalu jauh untuk dikejar artis lain... bukan menafikan kehebatan bintang lain.. atau terlalu memuja.. tetapi siapa mampu menafikan aura seorang wanita bernama siti nurhaliza bte taruddin....

kini sebuah legasi telah tercipta.. sebuah lagenda hidup telah ternama.. sebuah kisah terulung telah tertulis... satu sejarah yg utama dalam industri muzik malaysia telah terkesan... ia tak mungkin terpadam.. dan mungkin sangat sukar untuk ditutup oleh artis lain.... jd... ini sepatutnya menjadi satu panduan kepada seluruh penggiat seni yang mahu men jadikan bidang ini sebagai kerja... kesungguhan beliau harus diteladani...

aku?.. masih disini menanti setiap yang terbaik daripadanya.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...