sebenarnye , aku akui kenapa aku buat entri ini adalah kerana aku nak kepada sesiapa yang penuh dengan pertanyaan aku ni ke fairuz qface tu, terjawab.. aku harap la.. mereka yang nak tau leh terus refer kat sini aje.. aku penat gak weyh nak jawab satu persatu.. ehehhe,.., ampun ya sumee,,, ibu2 bapak2.. semua yang ada di sini.. ampun ya... heheeh ok kite mulakan.. yup.. fairuz selamat yang sedang menulis ini.. yang sedang anda tatapi penulisannya, blog nye.. atau mungkin fb nya.. adalah FAIRUZ SELAMAT yang dlu menyanyi untuk kumpukan qface itu... dia lah mohd fairuz bin selamat... fuhh... rasa ringan beban di dada.. ahahahah... jd kalau pasni tanye, eh awak ni fairuz qface ek.. aku terus bg link kat sini.. leh gak naikkan traffic kan2... mestu nuff suke.. eheheheh...
sedikit sejarah... kumpulan qface ditubuhkan pada tahun 2000.. masa tu aku berada di tingkatan 3 dengan kiud miudnye hehehe.... selepas aku menaibjuarakan diri aku di pertandingan asli negeri johor, yang mana juara adalah naqiu dr kumpulan boboy... aku disuntung dengan gunting oleh encik supawi... CEO music media.. lantas dengan adanya line up yang manager aku tu dah carik sendiri.. maka terbentuklan kumpulan QFACE.. aku memang awalnya tak mengenali setiap seorang drpada line up tu... hanya berkenalan selepas terbentuk nama itu.. disitulah kami... bermula.. mencorak harapan.. dan keinginan.. juga keghairahan.. aku FAIRUZ SELAMAT sebagai vokalis.. arwah ANGAH sebagai gitar utama, NOH sebagai gitar kedua, AZAN sebagai bassist dan QIMIE sebagai pemain drum.. JANGAN DITANYA kenapa namanya qface.. kerana yang itu penjelasan mutlak hanya ditangan manager kami.. tp aku leh simpulkan.. que=berator... dan cute... berpaksi dr dua kata ini.. ehehe aku kiud?... memang tak la.. ahahah
kami muncul dalam industri di awal 2001.. dengan single pertama IZINKANLAH... dan diikuti cinta tak sehaluan.. dua lgu ini memang memberi satu salam perkenalan yang cemerlang dalam industri.. dikala wabak newboys sedang ranum saat itu, nama kami cube mencelah .. alhamdulillah.. nama kami naik dengan agak pantas... persaingan dengan kumpulan lain rancak dibicarakan.. sehari sampai 2 3 ratus surat,.. beratus sms sehari... show yang melimpah ruah setiap minggu.. alhamdulillah.. kami sempat merasakan itu.. lagu izinkanlah juga melayari zaman yang agak cemerlang.. tersenarai di dalam top5 lagu pop pilihan anugerah era 2002... muke kami saban minggu terselit di majalah hiburan... haahah MANGGA... haha
namun.. sedang nama seakan kukuh.. rezeki aku untuk kekal seakan tak bercahaya.. aku mengambil keputusan untuk menarik diri sekitar lewat 2001... tak sampai setahun... kenapa?.. biarlah ia menjadi rahsia... yang pasti tiada pergaduhan lansung antara aku dengan lainnya.... dan selepas pengunduran aku, qface teruskan perjuangan dengan penghasilan albukm kedua... yang menampilkan penyanyi baru.. lupe lak aku nama dia... dan selepas itu nama qface itu sendiri ibarat terus tenggelam.. tanpa bayangnya lagi....
aku?.. selepas keluar dr qface.. aku teruskan pembelajaran... dr sekolah menengah.. ke form 6.. dan teruskan ke universiti malaya.. dan aku baru sahaja grade pada ogos 2009.. dan tahun 2010 ini adalah tahun aku menjengah ke alam pekerjaan.. setakt itu sahaja perkembangan aku.. tentang yang lainnya.. akan aku luahkan dalam entri yang berikotnya.. tentang antz.. dan tentang FAIRUZ SELAMAT..
itulah serba sedikit tentang qface,. ye aku amat rindu zaman itu.. itulah pintu permulaan aku ke dunia seni ni.. aku bersyukur ada kenangan itu walau hanya sementara... mungkin ramai yang tany apa jadi dengan yang lain.. sila jgn kecewa.. kerana aku tiada jawapan.. aku sudah lost contact dengan mereka sejak 9 tahun lalu.. cume aku yakin mereka sedang selesa dengan bidang masing2... insyaallah... jd.. iu serba sedikit tentang qface dan mereka.. aku harap yang bertanya itu akan puas hati dengnn entri ini.. ehehehe
AKU RINDU QFACE..!!!