Kali pertama idea untuk membawa Nur Kasih ke layar perak disuarakan, saya antara yang paling bimbang… sebab bagi saya, sebagai drama, kisah Nur Kasih telah sempurna. Sesuatu yang indah selalunya lebih indah jika sekadar disimpan dalam memori untuk dikenang… berbanding cuba untuk diulang kembali. Tak tahulah… mungkin itu sekadar pendapat. Tetapi, lewat gambar-gambar dan khabar berita yang saya ikuti berkenaan projek yang menelan belanja RM2.5juta ini, satu bahagian dari hati saya mula melonjak untuk mengetahui hasilnya nanti.
Masih mengekalkan teraju utama versi drama; Remy Ishak (Adam), Tiz Zaqyah (Nur Amina) dan Fizz Fairuz (Aidil), kisah cinta, airmata, persaudaraan, pengorbanan yang berpaksikan Islam ini diperkuatkan lagi dengan penampilan Ayu Raudhah (Alya), Liza Abdullah (Mak Jah), Syafie Naswip/Mukhsin, adik Mia Sara/Amani Adamaya, serta dua pelakon baru; Munif dan Sara Ali. Menurut khabar, watak-watak yang menggerakkan Nur Kasih versi drama masih dikekalkan kecuali Ummie Nazira (Sarah) dan Sharifah Sofea (Katerina).
Kali ini, cerita bermula dengan mengambil latar masa 8 tahun selepas versi drama. Tempat yang dipilih untuk penggambaran adalah kawasan kampung yang sama seperti drama dulu, Jordan dan Australia. Versi filem akan bermula dengan satu tragedi kemalangan kereta api yang akan menjadi titik tolak perkembangan jalan cerita, pergolakan serta episod airmata. Dalam drama dulu, watak Adam dan Aidil digambarkan sebagai sangat suka naik kereta api… bayangkan kali ni kereta api pula yang menjadi mimpi ngeri bagi mereka. Khabir Bhatia, pelakon-pelakon dan seluruh team produksi nampaknya bersungguh-sungguh merahsiakan jalan cerita versi filem ini. Tujuannya tak lain, menambahkan keterujaan peminat. Saya pun kurang pasti apa yang berlaku seterusnya. Rasanya dalam kemalangan kereta api tu, watak Alya yang dipegang oleh Ayu Raudhah yang terkorban. Ada scene kubur dalam salah satu gambar. Dia meninggalkan dua anak yang masih kecil. Bayangkan kali ini kita akan dapat menyelami betapa dalamnya luka Aidil bila kehilangan orang yang tersayang dan luka itu akan terus membayangi dia sebab anak-anak dia dengan Alya sentiasa ada depan mata. Mesti ramai yang tak tahu, salah sorang anak Aidil; yang perempuan dilakonkan oleh Mia Sara! Ala… Amani yang sangat comel dalam Adamaya tu. Mesti ramai yang tak sabar tengok kepetahan adik Mia Sara kali ni. Dan… berita yang baru saya terima tadi, pelakon remaja hebat yang banyak menang award, Ahmad Syafie Naswip pun antara tunjang utama Nur Kasih TM. Wah… nampaknya banyak fan club yang akan datang pecahkan panggung kali ni! Hehe. Ye la… masing-masing ada beribu fan kat facebook. Tu belum kira lagi fan yang kat kampong yang tak tau guna facebook. Cuma untuk peranan Syafie ni masih samar-samar lagi. Ada yang kata die jadi anak Aidil masa besar yang nama Ilyas. Ada yang kata nama watak dia Jamal. Tapi karektor die memang liar la. Siap warna rambut dan pakai subang lagi. (Sila rujuk foto). Tapi entahlah… nampaknya kena tunggu dan lihat.
Tentang kisah Nur dan Adam, itu memang ala-ala surat kerajaan – URUSAN SERI PADUKA – private & confidential. Cuma ada gambar Nur pegang baby. Apa maksudnya ya? Pandai-pandailah buat telahan. Dengar-dengar, banyak juga babak kat overseas… kat Jordan dan Australia. Tgk scene Aidil pakai jubah kat kawasan rumput-rumput kat tanah Arab tu memang cun giler kerja kameranya. Tu yang buat ramai orang jatuh cinta pada Kabir sebenarnya. Cameraman dia tak malas. Lighting perfect. Effort diorang untuk buat setiap scene tu memang giler! Kadang-kadang kamera roll dari celah-celah pintu… dari tayar kereta… dari atas siling. That is art. Every part da macam video clip. Cuma lagi satu yang saya harapkan, kalau boleh kali ni, mintak-mintak la ada soundtract yang best. Lagu Nur Kasih – Yassin untuk versi drama sebelum memang cukup ‘masuk’ juga sebenarnya. Tapi… ye la… bak kata Kabir, this film will stand on its own. Maksudnya, orang yang tak tengok versi drama pun akan faham sekaligus turut berjuraian airmata menontonnya nanti. Harapan saya menggunung agar lagu-lagu touching ala-ala ‘Bila Cinta’ – OST Lagenda Budak Setan akan melatari babak-babak cinta suci Adam dan Nur berlatarbelakangkan banjaran-banjaran padang pasir di tanah Arab nanti. Wah… makin tak sabar rasanya. Tapi saya percaya yang produksi ini tak akan mengecewakan kita. Tengoklah pilihan-pilihan lagu untuk karya mereka sebelum ni; Perpisahan – Anuar Zain (Cinta), Cinta – Misha&Jac (Cinta), Sepi – Yuni Shara (Sepi), Aku Bukan Untukmu – VE (Sepi), Nur Kasih – Yassin (Nur Kasih – Drama). Mereka memang ada JIWA…
Sekarang, penggambaran pun telah tamat. Kiranya dah masuk peringkat pasca-produksi la. Katanya nak buat CGI jugak. Harap-harap tak der la CGI macam cicakman dulu. Buat rosak mood je. Tapi again… saya rasa rakyat Malaysia boleh harapkan Kabir Bhatia. Apa-apa pun, kita harus balik ke basic, kejayaan sesebuah naskah baik drama ataupun filem adalah bergantung kepada idea asal, cerita dan penceritaan. Itulah sebenarnya yang membawa kepada kejayaan Nur Kasih serta Kekasih Kuseru (Juga karya Kabir). Sesebuah karya itu harus berjaya menyampaikan mesej yang dekat dengan penonton dan juga mempersembahkannya dengan visual yang dekat dengan penonton… supaya penontot boleh ‘relate’ sekaligus merasai apa yang dirasai oleh semua pemeran-pemeran watak dalam sesebuah karya. Ulasan saya buat Mira Mustafa: Credit untuk dia. She is improving. Dari zaman Manjalara, Cinta, Kekasih Kuseru, Sepi dan Nur Kasih – Drama, Mira mencipta gaya penceritaan tersendiri. Nur Kasih – Drama bagi saya cukup indah dan ber’isi’. Saya difahamkan, menerusi naskah Nur Kasih TM kali ini, kita tidak akan melihat teknik atau gaya penceritaan yang sama seperti filem-filem sebelumnya. Kabir menjanjikan sesuatu yang berbeza. Bezanya apa? Tetap… ‘biarlah rahsia’ dan ‘no comment’.. hehe.
Buat Kabir Bhatia, Mira Mustafa dan seluruh warga produksi Nur Kasih The Movie, harapan sekurang-kurangnya 4.7 juta rakyat Malaysia (Rating yang menewaskan Buletin utama) untuk melihat keindahan karya anda begitu maha besar. Jangan hampakan kami… jangan sesekali… Masyarakat sudah lama menanti untuk menidakkan hakikat bahawa karya tempatan tidak berkualiti. Fahamkan Prof. Madya Razak Mohaideen, Ahmad Idham apatah lagi Azhari Mohd Zain… ‘primadono’ baru pentas filem tanah air… juga tokey ubat kurus yang banyak cakap dan da lame tak sikat rambut, Datuk Dr. Rozmey, kami tidak mengharapkan anda punya ijazah mahupun sarjana dalam bidang filem sebelum layak gebang seperti Mansor Puteh atau bertakhta di singgahsana terlalu lama hingga menjadi malas untuk ber’kreatif’ seperti Rashid Sibir… kami cuma mahu pihak yang punya kapasiti sebagai sutradara itu untuk sedikit rajin, berfikir dan belajar dari yang lebih arif tentang macam mana nak buat filem… kalau masih tak berjaya, lebih baik ucap selamat jalan macam Azizi Chunk Adnan (Sebenarnya penulis rasa dia ada bakat. Cuma produksi tempat dia bekerja selalunya tak boleh belah). Akhir kata, semoga Nur Kasih The Movie membawa kami larut dalam cinta sekali lagi. Tak sabar tunggu Mac depan! Seni Itu Indah… Seni Itu Bukan Dosa… Salam.
:: penat tak baca?... aku pun letih.. btw bukan penulisan aku ni.. kdt terbesar harus diberikan kepada SYAZWAN MUHAIMIN, budak engineering yang rasa seni adalah dunia sebenar dia... ::
yang ni watak utama nur kasih year 3 nanti