Monday, November 23, 2009

Tranformasi Rambutku..

dalam cuci the musical... kami ade dalam 2 minggu show.. dan selaku manusia yang tergolong dalam golongan poyo , aku decide untuk tukar style rambut dalm setiap show... enjoy.!



24hb October 2009



24hb October 2009



25hb October 2009



27hb October 2009



28hb October 2009



30hb October 2009



31hb October 2009 (Petang)



31hb October 2009 (malam)



1hb November 2009



3hb November 2009



4hb November 2009



5hb November 2009



6hb November 2009



7hb November 2009 (petang)



7hb November 2009 (malam)

p/s: suke yang last sekali... mcm Jimmy Neutron kan3...!!


Sunday, November 22, 2009

Ruang YG Tak Mampu Aku Tinggalkan



saat menulis entri ni... aku masih dalam emosi yang tak menentu.. segala yang berlaku dalam masa dua minggu ni menjadikan hari2 aku yang akan mendatang ni mungkin digandingi dengan pelbagai persoalan.. persoalan yang aku tak tahu sampai bila akan terjawab...

ya.. aku pernah membuat satu kesilapan meninggalkan dan menolak ia pada satu ketika itu. aku dtg kembali bukan untuk menagih itu balik.. atau melakukan kerosakan seperti yang aku pernah lakukan satu waktu dlu.. aku dtg dengan niat baru yang lbh sederhana.. namun masih dalm intepretasi yang sama seperti dlu. mungkin fokus lebih berbeza dan batas batas yang membatasi lebih jelas dan waras...

aku buntu.. aku dilahirkan dengan banyak kelebihan... dan juga terlalu banyak kekurangan.. kekuranagn itu mungkin melebihi kelebihan yang tak seberapa itu... lantas apabila kelebihan itu dijadikan subjek utama untuk mengungkit kekurangan aku, aku buntu... puas aku menjelaskan, aku masih seperti dlu.. mengharapkan ikatan yang sama seperti dlu.. cume demi menjaga kekuatan ikatan itu untuk satu tempoh yang lama, aku biarkan ia berjalan di landasan yang tiada arah.. yup.. memang kesilapan aku.. membiarkan ia terus melunsur tanpa punya destinasi terakhir untuk didiami... memang silap aku.. tp kekerasan egoku untuk membuat keputusan ini hanyalah satu tindakan yang pada perkiraanku mampu memberi sinar bukan untuk aku dan ia sahaja tetapi juga untuk semua yang berada di sekeliling aku...

kenapa sukar untuk memaafkan dan sukar untuk memberi ruang untuk menerima aku dalam bentuk yang baru ini.. aku penat menjaga ini, walaupun zahirnya aku seperti mereka yang merosakkan.. yup.. bukan sukar untuk membinasakan.. tetapi untuk mempertahankan, aku rasa bnda ini terlalu berat untuk.... aku melakukan kesilapan.. ya betol.. tapi kesakitan aku untuk kembali ke tempat itu dengan luka kesilapan lama itu masih ada, bukan mudah.... sehari2 aku teruskan aja.. demi impian bersama... bukan aku sahaja...

seminggu dua ini sudah berlalu.. aku harapkan.. sinar yang aku impikan itu akan timbul juga.. kalau tak nampak sinar, jalan ke arah itu ada, pun sudah cukup.. aku bukan seseorang yang senang2 nak tinggalkan ruang yang pernah aku diami satu waktu dlu.. mungkin kedatangan aku kali ini tidak berada dalam bentuk yang sama seperti dlu.. tp ckup aku katakan, kedatangan aku ke ruang itu sudah ckup membuktikan aku tidak melupakan ruang itu....

PLEASE..!!

beri ruang untuk ini..!!


Saturday, November 21, 2009

Photos With No Story












Tuesday, November 17, 2009

Review 2012




saat menulis entri ini, aku berada di Kuantan, Pahang.. aku membantu seorang kawanku untuk produksi dia mengharungi sesi penilaian untuk festival teater kebangsaan... pemilihan setiap negeri telah dilakukan dan sedang dilakukan untuk memilih 3 pasukan terbaik untuk bertanding dalam peringkat kebangsaan awal tahun depan... saat kawan aku yang mewakili KL turut sedang memberi yg terbaik, aku yang memegang watak Kurnia Putra dalam skrip DETIK ini pun sedang mencuba membri yang terbaik... ok, CUKUP..!!!

14 hb november lepas, bersama beberapa org dalam produksi , kitorang g Komplek Teruntum untuk menonton wayang.... citer ape?.. 2012.!!! pada jam 12.05 tengah malam.. ahhaha... sebenarnye aku malas nak intro panjang2 ni sbb aku pun guna laptop kawan ni... ye la.. merantau ke jauh2 ni.. malas nak mengangkut laptop bagak aku tu.. jd aku akan terus kepada review aku kepada filem ni ye...



secara keseluruhan aku bagi 4 bintang dr 5 bintang untuk filem ni. satu yang harus aku akui.. filem ini merupakan antara filem yang sangat di tunggu oleh semua org.. berbanding beberapa filem terdahulu seperti the day after tomorrow, armageddon yang juga menjurus dan digolongkan sebagai "filem kiamat"... filem ini lebih menjurus kepada persoalan itu.. saat kehancuran satu "objek" yang kita namakan "bumi". bg aku sendiri yang merupakan peminat sejarah.... terutamanya sejarah tamadun manusia ni, sudah tentu terkesan dengan "statement" yang "dicipta" oleh kaum mayan yang kiamat akan berlaku pada 2012. sebenarnya ia tidak dapat dipastikan, tetapi kalenda yang ditemui terhenti pada tahun 2012.. itu yang menimbulkan misteri..

bertitik tolak dr ini, aku dapat rasakan semua yang datang ke panggung ingin melihat sejauh mana kebenaran, kehancuran, kedahsyatan yang mungkin atau bakal berlaku pada tahun 2012 ini.. jd perasaan meluap2 nak tgok filem ni... harapan yang diletakkan sgt tinggi...

aku rasa filem ni menggambarkan kehancuran dunia dengan st baik... mungkin kite sendiri tak tau bagaimana kiamat itu sendiri kan... tp setakat yang digambarkan.. aku dpt rasakan, itu lah dia kiamat... tiada tempat untuk melarikan diri.. datang secara tiba2.... tidak memeberi masa lansung untuk kite bersedia andai kita leka... kehancuran demi kehancuran yang di paparkan sgt relevan... peralihan plak bumi, pemanasan kerak bumi.. semuanya masih lagi dalam logik akal yang boleh diterima sebagai satu kemungkinan yang mungkin berlaku.



sinematografi yang sgt cemerlang... ya ini satu penciptaan, bukan gambaran sebenar.. namun teknologi yang digunakan pada aku menghasilkan satu pandangan yang cukup baik... bg aku sendiri, aku merasakan ini antara filem yang paling rumit untuk dihasilkan. gambaran tanah merekah, tenggelam, bangunan runtuh, serpihan besi, kaca, kayu yang bersepai, gambaran ombak besar, dan yang lainnya, memang di hasilkan dengan sangat cemerlang.. cume mungkin ade gak la yang nampak sgt komputer nye.. mcm mase kereta2 mahal terhempas dr kapal terbang ke dataran salji tu... pastu mase rekahan tanah berlaku pun ade mcm keras sket.. tp overall... aku bg kredit yg besar kepada pengarah dan pengarah teknikal, dan editor dia.. memang terbaik...!!

dr aspek lakonan, aku rasa tiada masalah sgt.. dr penglihatan aku, lakonan mcm menjadi aspek kedua... mungkin kerana keterujaan untuk melihat kehancuran itu menutup pandangan mata ini untuk melihat lakonan para pelakon yang aku rasa cemerlang.. tp aku rasa cemerlang... paling aku suke.. komander yang beria2 nak kapal tu berjalan tu.. yang badan besar tu... ape ntah name dia, pelik sket.. aku rasa watak dia paling sukar... dan paling berjaya... antara menurut perintah atau tunduk kepada nilai kemanusiaan....

selain itu.. aku merasakan filem ini berjaya.. namun ade gak beberapa aspek yang aku rasa boleh di cantikkan lagi... salah satunya ialah, aku rasa dr intro awal dan juga saat kehancuran tiba.. aku rasa plot itu digarap dengan tidak berapa kemas.. aku lagi suka kalau pada awalnya, kerisauan tentang kiamat, ramalan tentang kehancuran bumi dan juga kerisauan di fokuskan lagi... jd apabila tba saat kehancuran tu tiba.. impaknya akan lbh terisi.. sbb aku rasa awal tu, terlalu difokuskan kepada komplot dlm kerajaan tu sangat.. tentang artifak2 yang nak di pindahkan tu... aku rasa mcm tak penting sgt.. aku lgi suka kalau KERISAUAN tentang bagaimana nak menghadapi saat bumi akan musnah dijadikan persoalan utama... sbb tu aku rsa masa kehancuran tu tiber.. aku ade sedikit perasaan mcm "eh tibe2 jek.. tak menusuk".. hehe

jd secara keseluruhannya.. aku rasakan olahan tu je yang sedikit menggangu aku.. itu pun sedikit je pun.. lain2 ok... tp aku mcm lgi suke the day after tomorrow.. sbb perjalanan cerita dan persoalan yang nak ditampilkan tersusun indah.... cerita ini aku rasa dihebatkan dengan kehancuran itu sahaja... yang lain ok2 je....

korang rasa mcm ne?

p/s: sian cikgu lida.. meroyan dia tak dpt ikut.!!!



Wednesday, November 4, 2009

Me Sing Tahajjud Cinta



This is Not A Proper Record...

video

Enjoy.!!


Tuesday, November 3, 2009

Pls Hate Me.!!

PLEASE...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!








Wednesday, October 28, 2009

Review Cuci (mStar)

Awie, Hans Isaac, Afdlin Shauki dan AC Mizal mendukung watak utama dalam teater 'Cuci The Musical' - Foto THE STAR oleh AZHAR MAHFOF

MEMANG jauh bezanya teater Cuci The Musical jika dibandingkan dengan filem. Tahniah diucapkan kepada team produksinya terutama para pelakon yang berjaya ‘menghidupkan’ watak masing-masing terutama sekali Hans Isaac selaku eksekutik produser dari Tall Order Production selain mendukung watak utama di samping Awie, AC Mizal, Afdlin Shauki, Vanida Imran, Harith Iskander, dan Adibah Noor.

Setiap butir percakapan dan dialog yang diluahkan dalam teater muzikal dipentaskan sejak 23 Oktober hingga 8 November di Istana Budaya itu pasti mengundang hilai tawa kepada penonton dan tidak kurang juga mengajar nilai-nilai murni kekeluargaan dan mencapai impian.

Dan tema 'IMalaysia' turut diselitkan tanpa dibuat-buat. Bak kata AC Mizal yang menyebut ‘1Malaysia’ dalam salah satu babak teater itu, boleh disimpulkan tema itu didukung penuh melalui penyertaan pelakon, krew dan penonton yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

Penulis juga tertarik untuk menceritakan tentang latar set, props, permainan warna, muzik dan kreativiti lain yang mencerminkan teater ini mempunyai ‘kelas’ tersendiri.

Walaupun jalan ceritanya ada sedikit yang diubah daripada filem ‘Cuci’, namun graf ceritanya penuh warna-warni, suka dan duka serta turun naiknya sekata.

Pelbagai isu juga dikupas seperti rasuah, orang kaya menindas orang miskin, yang disampaikan amat menepati dunia realiti sekarang.

Teater ini juga tidak lari dari tema percintaan seperti Awie sebagai Jojo bercinta dengan Adibah (Fara) manakala Hans (Khai) bercinta dengan Vanida (CJ).

Tidak kurang yang terkesima sekejap dengan lawak-lawak penuh subteks seperti pisang Jojo, ‘nasib baik aku ada kes kalau tak dah lama aku belasah’ yang diungkapkan oleh Awie, wartawan yang tersilap memberi laporan berita.

Termasuk juga lawak antarabangsa yang dicetuskan dengan merujuk fizikal pelakon seperti botak dan gemuk serta sikap dalam watak yang dilakonkan iaitu lurus bendul, pengecut, gayat, manja, pemalu dan banyak lagi.

Bonus boleh menyanyi

Menjadi satu bonus apabila semua pelakon utama dalam muzikal ini boleh menyanyi dengan baik terutama yang bukan mempunyai latar belakang seorang penyanyi seperti Hans dan Vanida.

Penulis agak tertarik dengan pasangan ini yang mempunyai ‘chemistry’ ketika melakonkan babak bercinta melibatkan mereka berdua.

Walaupun Vanida kadangkala nampak begitu berhati-hati dengan pergerakannya kerana sudah bersuami, namun dia pandai mengatur langkahnya agar tidak sumbang dan kekok dengan Hans.

Pelakon wanita terbaik Festival Filem Malaysia menerusi filem ‘Red Kebaya’ ini juga kadangkala mampu mencetuskan lawaknya tersendiri dengan penyampaian dialog yang bersahaja.

Lontaran vokal dan pergerakan badan Vanida bagaikan irama dan lagu, bagi penulis lakonannya cukup segala-galanya dan menepati citarasa penonton.

Adibah juga tampil dengan karektornya tersendiri yang penuh berwarna-warni. Babak melibatkan Adibah dan Awie juga mencuit hati penonton. Tambahan pula kedua-duanya memang pandai menyanyi. Kiranya mereka berdua mampu menyandang gelaran penyanyi terbaiklah!

Afdlin juga tidak kurangnya, walaupun wataknya sebagai Fairil mampu membuatkan penonton benci dan marah terhadapnya tetapi di akhir cerita semua rasa bergabung menjadi satu malah disemai dengan perasaan kasihan dan sayang.

Watak AC Mizal juga agak agresif dan lebih ke arah negatif namun dalam pada itu, watak C’Tan yang dilakonkan olehnya itu membuatkan penonton tertawa apabila banyak dialog lucu termasuk cara menyebut namanya yang sesekali tersalah sebut ‘Setan’.

Hans pula mencetuskan lawak dengan karektor bendul, berterus-terang tetapi apabila berhadapan dengan CJ dia akan bertukar menjadi pemalu.

Harith juga sesekali membuatkan penonton rasa terhibur dengan lawak bersahajanya memandangkan beliau memang mempunyai ciri-ciri humor dan merupakan seorang ‘stand up comedian’.

Namun kadangkala dialog yang dilontarkan oleh Harith sebagai Wira agak sinis dan pedas.

Tiada kata secantik bahasa, penggunaan dialog yang mudah difahami dan tidak meleret membuatkan teater ini cukup segala-galanya.

Bukan sahaja sedap dipandang melalui mata, sedap didengar melalui telinga malah ia juga mampu menembusi hati penonton untuk mengambil segala pengajaran dan nilai murni yang diterapkan dalam teater ini.

Garapan yang indah, kreatif dan padat dalam 'Cuci The Musical’ adalah milik pengarahnya, Zahim Al Bakri selaku koreografer, penulis lirik, komposer, pemuzik dan para pelakon. Dengan Harith sebagai pembantunya yang setia. Syabas diucapkan. Teater ini langsung tidak menjemukan. Kalau ingin berhibur, ayuh ke Istana Budaya.....'Cuci The Musical' menanti anda!



Template by:
Free Blog Templates