Monday, September 13, 2010
Kisar LEMBU dengan kejam!!!
KRONOLOGI: Kes bunuh, bakar Sosilawati dan tiga individu lain
- 7hb September 2010
Hasil aduan orang ramai, dua kereta BMW, dengan nombor pendaftaran WTL 11 dan AAJ 5, milik Sosilawati dan Ahmad Kamil telah ditemui. Kereta milik Sosilawati telah dilaporkan ditemui oleh jiran berhampiran Apartmen Angsana, Taman Subang Mewah, Subang Jaya. pembekal maklumat mengatakan kereta itu sudah beberapa hari terbiar di situ. Kereta Ahmad Kamil pula ditemui dihadapan Hotel Dorsett di SS12, Subang Jaya. Berhubung wang 4juta, keluarga Sosilawati menafikan mangsa membawa wang RM4 juta.
- 8hb September 2010
Berdasarkan jejak maklumat yang dikesan dan bantuan orang ramai yang memberi maklumat, polis melaporkan Sosilawati dan tiga individu lain masih lagi berada dalam negara. Ini berdasarkan laporan yang Sosilawati telah mengunjungi kedai Fazz Enterprise Kerepek House di Kampung Sungai Lang, Banting pada jam 4 petang, 30 Ogos lalu.
siasatan juga mendapati Noorhisham telah menghubungi isterinya untuk memaklumkan beliau tidak pulang selama tiga hari melalui telefon pada malam 30 Ogos.
- 9hb September 2010
OLeh kerana siasatan semakin menemui jalan buntu. tiada tanda tentang dimana mangsa2, Media melaporkan Sosilawati kemungkinan besar disembunyikan di lokasi rahsia oleh kumpulan tertentu kerana perselisihan perniagaan dan kewangan.
- 10hb September 2010
Polis berjaya mendapat maklumat beberapa orang suspek yang dipercayai terlibat dengan kehilangan jutawan ini. hal ini berdasarkan jam tangan yang dipakai suspek sama dengan jam tangan salah seorang mangsa. seterusnya, dilaporkan Kehilangan Sosilawati dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar Datuk. Polis menahan lima suspek berhubung kehilangan empat mangsa itu.
- 11hb September 2010
dengan berbekalkan maklumat dr suspek, polis telah menemui lokasi empat mangsa itu dibunuh dan mayat mereka dibakar di ladang di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Banting. Polis menahan ahli perniagaan bergelar Datuk dan adiknya. Polis mengesahkan Sosilawati, Ahmad Kamil, Noorhisham dan Kamaruddin dipukul sampai mati, mayat mereka dibakar di Ladang Gadong, sebelum abunya dibuang ke dalam sungai. Polis menahan seorang remaja berusia 19 tahun. namun pihak plis masih menunggu laporan lengkap forensik.
LAGI BERITA DAN LINK BERKENAAN