seminggu dua ni aku tak buat banyak keje pun... duk umah mcm biasa... cume ade aku berulang alik ke UM untuk uruskan beberapa perkara. tapi bukan itu yang aku nak coretkan disini.. seminggu dua ini juga aku ada menonton beberapa drama di astro yang mana memberi impak yang sgt besar kepada mental aku... satu berjudul suara dari kubur jika aku tak silap, dan satu lagi berjudul tanah kubur. kedua dua drama ini mengisahkan tentang tema keislaman.. tentang seteguh mana keimanan kita bila berhadapan dengan nafsu dunia. kedua dua nya memaparkan persoalan yang sama. iaitu apabila manusia telah kaya, kita selalunya akan lalai dan lupa tuntukan ilahi...
untuk suara dari kubur... mengisahkan sebuah family... hidup dalam kemewahan.. sehingga lupa norma2 sebagai manusia dan umat islam.. sehinggalah dosa menjadi normal buat mereka. dan apabila salah seorang anak mereka mati dibunuh kerna merogol wanita, perkara ini menghantui isterinya orang kaya ini apabila kerap mendengar suara dari kubur. dan roh anak mereka yang mati itu kerap datang mengganggu mereka sekeluarga. dengan desakan ini, mereka perlahan2 mempelajari agama dengan mendalam.. sehinggalah mereka sedar selama ini mereka hidup berlandaskan jalan syaitan.... sangat indah...
tanah kubur... juga memaparkan konsep yang sama. sepasang suami isteri.. sibuk mencari kewangan... di mata masyarakat mereka adalah jutawan pemurah kerna kerap menderma.. tp sebenarnya mereka menderma untuk mendapatkan pulangan yang berlipat ganda... malah mereka juga membeli title haji.. hanya untuk mendapatkan persepsi positif dr masyarakat.. di akhirnya.. si suami meninggal.. semua duit hilang, kawan entah kemana, anak yang dihantar belajar ke liar negara tidak lansung mengambil berat walaupun si ayah sudah meninggal.. desakan seperti ini lah yang mengajar si isteri untuk mendalami agama yang sudah di tinggalkan bertahun2....
sangat indah bukan... kekadang drama drama berunsurkan kerohanian seperti ini sememang nya bagus.. apatah lagi dengan persoalan yang dipaparkan benar2 berlaku di sekeliling kita... menyingkap tema dan mesej yang cuba disampaikan, seperti memberi satu kesedaran untuk aku... entah berapa banyak dosa yang aku dah buat.. entah berapa banyak slaah yang aku tak sedar.. entah berapa besar dosa aku pada mak ayah aku.... masyaallah....
lantas.. aku duduk termenung... benar.. segala keindahan didunia ni.. rupa paras yang menarik.. duit yang bertimbun2, pangkat yang tinggi melangit.. hanyalah pinjaman yang takkan kekal.... menyelusuri jalan yang diberikan tuhan kepada kita ni, isilah dengan izin dari- NYA... harta itu sebanyak mana kita carik, sebanyak itu juga lah kita akan rasa tak cukup... bersyukur dengan apa yang ada.. berusaha untuk mengubah kemampuan kita... namun DIA yang memberi janganlah kita lupakan....
insyallah...