Thursday, July 29, 2010

isu MLM.. BOLEH BACA DENGAN AKAL TAK?

hah kan aku dah meradang... korang bleh tak baca dengan emosi yg stabil . aku dah cakap AKU TAK AGAINTS mlm la dude.... hey kawan baik aku join lamp berger dlu.. aku SUPPORT.. beratus kali aku g office dia... nak suruh aku open plan pun aku dah hafal sume.. sampai dah bungkus pun syn tu... MY FAMILY join hai O... pun aku SUPPORT aje... adui... hah ni lagi... AKAK aku join ELKEN ke ape bnda tu.. pun aku SUPPORT JUGAK.. ni abg aku ari sabtu ni nak g jumpe seseorang untuk tau pasal ACK... aku siap ckp ngan dia kalau best bgtau aku...

ITU LUAHAN HATI AKU.. aku tak memburukkan.. hey.. aku tau bisnes ni ok.. tp aku tujukan to those yang buat dengan jalan salah... korang nak nafikan ke biler aku ckp, ade yang menipu untuk pinjam duit?.. ade yang menipu biler nak carik orang?.. aku bukan main ckp je walau aku tak join.. aku tak join mlm, tp aku follow sume camp la, ndo la, sharing event la..ape2 lgi la punye funtion, so aku nampak bnda ni gak mcm yang korang nampak.. aku tau mungkin korang lbh ARIF... tp serious aku bukan memnburukkan.. aku LANSUNG tak ckp mlm ni salah..!!! tp aku buat entri tu lepas dah terpampang depan paper... plus kat cimb bank mana ntah aku pg, siap ada poster HARAMKAN MLM... sbb ade student gune duit scholar nak join. last2 lingkup... study entah kemana... hutang menimbun.. kawan baik aku.. dlu sgt positif.... join mlm.. marah2 aku biler aku jentik sket isu ni.. now.. dia extend study 2 tahun... hutang dekat 100k... beban hidup makin tinggi.. aku hanya memberi sedikit luahan berdasarkan apa yang berlaku...

aku dah tulis jelas2 tu..
  • bnda ni tak bodoh.. cume orang yang bawak dengan cara salah..
  • bisness digalakkan dalam islam
jadi apa masalahnya nak marah2?... adui... ok now dengan rendah dirinya AKU MINTA MAAF... kepada sesiapa yang JOIN MLM.. aku mintak maaf... aku takde niat nak kutuk weyh.. korang baca betol2.. memang tersuratnya mcm memberi gambaran negative.. tp aku cume nak mengingatkan... kalau korang ade yang berjaya.. bagus la.. alhamdulillah la.. tp mcm ne dengan yang beribu yang rasa diri tertipu?.. tu tujuan aku... aku sendiri hilang byk kawan sbb mlm.... aku taknak bnda tu berlaku pada korang... aku tak kata MLM salah semuanya..!!!!!! duhhhh...

Bodoh ke Orang yang join MLM ni?


Polis menumpaskan satu sindiket skim cepat kaya berikutan penahanan 100 orang termasuk seorang wanita berusia 23 tahun, dipercayai dalang kumpulan itu. serbuan di empat restoran di Mentari Court, Bandar Sunway di sini, kira-kira jam 11 malam kelmarin, polis turut merampas 17 kereta mewah termasuk Mercedes Benz, Nissan Fair Lady, BMW dan Mazda yang dijadikan umpan untuk menarik orang ramai menyertai skim itu. sindiket itu menjadikan orang muda yang baru bekerja sebagai sasaran kerana golongan itu mempunyai keinginan tinggi terhadap kereta mewah.

Ada mangsa hanya mendapat kira-kira RM3,000 daripada RM41,000 pelaburan yang dibuat untuk bulan pertama, manakala bulan berikutnya mereka tidak mendapat sebarang pulangan.

"Disebabkan ingin cepat kaya, saya tidak menghiraukan nasihat keluarga dan rakan-rakan, malah saya menganggap mereka berdengki dengan saya. Tanpa berfikir panjang dan menyiasat latar belakang syarikat itu, saya terus melabur. Pada bulan pertama, saya mendapat RM3,000. Memang seronok mendapat imbuhan itu, tetapi kegembiraan itu tidak kekal apabila imbuhan yang dijanjikan tidak dimasukkan dalam akaun saya pada bulan berikutnya. Saya cuba menghubungi upline skim itu tetapi 1001 alasan diberikan dan selepas beberapa minggu, upline terbabit gagal dihubungi, katanya."

LAGI PAUTAN BERKAITAN

KOSMO
UTUSAN
Skim Cepat Kaya INTERNET- Edisi Siasat
MELAYU suke skim CEPAT KAYA
37 web skim CEPAT KAYA dipantau

***************************************************

apa pendapat korang ok?.. tentang sistem pencarian kewangan yang tidak perlu bekerja katanya ni... aku?.. so far aku tak pernah join lg .. di ulangi TAK PERNAH JOIN... but i used to knw what Lamp Burger is, What UPTREND is, what luxor, hai o, ape lg.. byk la.. dr jualan barang yang dijual secara NORMAL.. sehinggalan sume nak di jadikan multi level bisness... aku amik tau gak even aku tak join... so aku leh kata pengalaman aku dealing with this kind of people.. quite many... jd apa pendapat korang ek?.... bnda ni BODOH ke?.. bnda ni SALAH ke?..

well.. pada aku, aku tak suke bnda ni.. tp tula if aku ckp aku tak suke melabur pada bnda yang tiada jaminan.. nanti org2 yang join akan ckp "ni la orang melayu, takut nak amik cabaran.. belum cube dah cakap takut"... saiko kan.. kite yg kene balik.... hehehe.. berhadapan dengan orang2 yang join bisness mcm ni, memang byk karenah yg aku nampak.. dr yang cool aje... sampai la yang wat2 happy, berlakon ala2 orang kaya... wat2 gumbira and stabil, sume sbb nak prospek orang... aku taktau mcm ne penerimaan org yang join terhadap apa yang aku tulis ni... tp percayalah ni hanya luahan hati aku... i got nothing to againts this bisness.. percayalah... tapi aku rasa.. bisness ni membahayakan... satu, korang akan diajar untuk BERBOHONG untuk dapatkan duit.. mcm2 dorang akan ajar.. dr alasan nenek sakit la, pakcik meninggal la, syarikat ayah nak bankrup la... semata2 nak pinjam duit.. now, dorang aim pekerja kerajaan sbb senang wat loan.... smpai mcm tu sekali... 2nd, dorng ckp je mcm mudash je nak carik orang.. tp korang bayangkan.. boleh ke korang carik org untuk join.. then dah ada down, up, side line.. korang kene take care dorang kalau tak korang takde income.. now.. byk bisnes yang kata dorang bukan mlm.. bukan skim cepat kaya.. HADO... same jeeee

APA2 Bisnes YANG aktivitinya adalah lebh menjurus MEREKRUT ahli baru.. ADALAH SALAH.!!!

korang pk la bebaik... sbb once korang join. dengan pelaburan puluh2 ribu... ini bukan risiko yang sket2.. kitorang spend 7 8 ratus sebulan.. nampak kereta yang di bayar.. korang kalau tak sukses, bayar untuk hirup kentut jek la... jd pk la.. sbb masa dorang panggil korang tu ajak makan la, ajak g main boling la, sume nye indah.. satu team tu akan nampak SANGAT la bonding dan kamcengnye... suke giler kalau korang sign up... tp kalau korang taknak join.. terus mcm2 ayat negative.. org melayu yang ketinggalan la.. takut nak hadapi risiko untuk brjaya la.. smpai biler nak jdi kuli la.. smpai ckp, sekrang ni ramai pegawai kerajaan behenti keje sbb nak join bnda ni.. jd aku sendiri taknak judge bndaalah ni.. pada aku ini bisnes.. sekali korang join dengan jumlah pelaburan yang mcm tu, korang kene siap untuk hadapi segala kesusahannya, hutang bertimbun, hilang kawan, hilang saudara.. kene jd hati kering.. kene tau nak sakitkan hati orang je smpai dorang join.. korang kene hadapi bnda2 tu.. jgn sampai satu hari menyesal, takde gune dah.....

bg aku sendiri... biarlah tak kaya sekarang.. biarlah gaji aku tak jejak 4 ribu pun sebulan... aku happy.. hidup diberkati.. gaji halal.. tak payah nak propa sane sini semata nak crik org join.. lg pun kalau kekadang ada kesempitan kewangan tu, mengajar kite gak agar jd lbh sistematik mengurus kewangan kan... dr join bisnes, kaya pastu nak merendahkan orang lain nye kerja... bisnes ni satu yang digalakkan juga dalam islam... tp korang pk la panjang2 .. jgn pk duit je.. pk lbh dalam dr tu.. kalau nak join kaji betol2.. jgn terpedaya dengan logo2 bank la, logo2 akhbar dan kementerian yang dorang sekalikan tu.. kekadang bukan btol tu... jd.. saya dengan ini, bg pendapat saya, bnda ni tak bodoh.. tp org yg salah bawak tu menjadikan bisnes ni bodoh.. keapda yang join dan yang nak join.. pk bebaik....

kesimpulannya, bisnes is bisnes,... sapa nak join, sedia nak hadapi segala akibatnya

ps: aku ada pengalaman paling perit dengan kawan baik aku tentang mlm ni.. bnda ni totally merubah hidup dia dr ok kepada timbunan masalah.. alhamdulillah, dia dah sedar apa yang sepatutnye dia buat ...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...