baru sahaja selesai menonton avatar. filem separa animasi yang hangat diperkatakan. keadaan seperti membenarkan kenyataan itu, kerana hampir seminggu aku menunggu untuk mendapatkan slot menonton filem ini. pergi saja, penuh.. pergi saja penuh... slot yang aku dapat ni pun aku beli sehari sebelum.. jd kepada sesiapa yang ingin menonton filem ini, book awal2.....
Keseluruhan
secara keseluruhannya, aku memberi 4.5/ 5 bintang. tinggi kan.. ya itu adalah bayaran untuk kerja keras team produksi avatar ini dalam menghasilkan satu karya yang cukup teliti. kenapa aku berkata sedemikian. avatar ni filem yang diadun antara gambar sebenar dan gambar CGI. penghasilan manusia2 pelik berwarna biru itu pada penglihatanku, cukup sempurna. ya kelancarannya mungkin tidak sehebat gambaran sebenar, tp penciiptaan itu begitu mengujakan. paling terkesan di hati aku adalah ekspresi muka. bagaikan terasa saat heroin cerita ini yang merupakan watak CGI itu meluahkan emosi.. seperti manusia sebenaryang melakonkannya. ini antara aspek yang memberi aku tekanan untuk memberi penilaian yang tinggi kepada filem ini. perjalanan cerita yang pantas... tidak memberi ruang untuk penonton merasa bosan.. setiap babak diisi dengan satu konfllik yang seperti membuat hati menunggu2 saat klimak cerita ini tiba. gambaran indah latar tempat itu.. pengakhiran yang menenangkan.. semua diadun menjadi satu.. cerita ini dikhabarkan adalah filem termahal yang pernah dihasilkan.. dan pengarahnya, james camaroon juga sudah tentu akan diingati dengan filem ini selepas Titanic.
lakonan
aku memberi kdt yang tinggi kepada semua pelakon. pada aku semuanya memberikan lakonan yang cukup memuaskan. aku tidak menemukan watak2 yang mempunyai karakter hebat atau begitu menyerlah.. kerana hero cerita ini sendiri adalah mahkluk biru yang merupakan watak CGI itu. namun, semua pelakon, jack sully, dr grace, bos mereka tu, komander tu semua.. pada aku berjaya mengasingkan pandangan aku dengan perwatakan masing2. mereka pada aku berjaya mencipta aura karakter itu sendiri. melihat kepada watak makhluk biru itu pula, pada aku cukup cantik. seperti yang aku perkatakan di awal tadi... aku cukup kagum dengan ketelitian ekspresi muka karakter ini. sampai adakalanya aku tertanye ini cgi atau manusia sebenar yang disolek.. dan sampai ke saat ini aku masih tertanya. saat heroin tersenyum malu melihat hero melakukan sesuatu, saat kemarahan muncul, saat kerisauan terpancar.. ekspresi itu tidak sekdar satu hasil animasi 3d dan CGI.. tetapi aku melihat kejujuran rasa itu. memang dari pandangan aku, ia berjaya. aksi2 lagak ngeri, melompat dr dahan ke dahan.. semua nya seperti sangat indah
Sinematografi
5bintang.! it was so perfect.! i was amazed.. the shots just too perfect..!! sepanjang menonton... reaksi aku hanyalah.. "wow.. !".. "OMG..!".. .. sangat cemerlang.. ya.. gambaran ini juga pada perkiraan aku dicipta.. kerana dalam menggambarkan dunia di pendora... segalanya ditokok tambah dengan keindahan yang boleh dilihat di segenap tempat. pada aku pengarah berjaya dalam aspek ini. banyak shot2 yang aku sangat kagum. ditambah dengan pemandangan yang indah itu.. bunga2 bercahaya, lantai yang seperti alunan muzik sentiasa memberi alunan indah.. ranting dan juraian pokok yang melingkar indah bersama ribuan warna2 syurga... bukit bukau, hutan, gunung.. dataran terapung.. segalanya cukup sempurna... dan kelebihan ini tidak digunakan sekadar itu sahaja.. shot yang begitu teliti agakrpemain bersatu dengan latar tempat itu, juga dilihat direalisasikan dengan begitu baik. dari satu babak ke babak yang lain... pemain seperti menjadi perantara yang membwa aku masuk ke dalam dunia indah itu.. KAGUM..!
Grafik
Paling Menonjol.. Filem yang khabarnya diilhamkan pada tahun 2004 ini sememangnta berjaya mengikat aku dalam aspek ini.. aku klasifikasikan filem ini sama seperti narnia, tranformers, lOTR.. filem yang menggambarkan latar dengan bantuan CGI yang "mengada2". hehe.. maksud aku.. segala yang di paparkan dlam filem ini, sangat syurga.. terlalu indah.. dunia pendora ibarat syurga yang terpinggir.. keindahan dn keetenangan yang tiada tara.. hubungan manusia dan alam menjadi seperti tiada beza... sangat indah.. aku memeberi kdt yang tertinggi untuk mereka yang mengideakan gambaran ini, dan mereka yang merealisasikan ia ke hadapan kami.. sangat indah...
Tema dan persoalan
tema dan persoalan yang pada aku sangat jelas adalah mengenai penindasan. bagaimana manusia yang gilakan kebendaan dan memburu kekayaan, sanggup mencemar maruah sesuatu bangsa, dan mengambil apa yang tidak sepatutnya diambil. perampasan hak. pergaduhan antara kaum yang berbeza... sekadar terimbas.. filem ini jika dilihat secara kasarnya, tidak banyak ubahnya seperti filem Pocahontas.. org putih datang ke tanah baru.. menjajah.. dan akhirnya berlawan dengan penduduk tempatan, dan akhirnya kalah.. begitu juga dengan avatar.. tetapi.. sebenarnya, aku seperti terhidu satu persoalan lain dan juga msg yang berat yang sepertinya ingin ditonjolkan. mengapa kaum Na'vi itu digambarkan seolah2.. kaum red indian.. tidak mahu merungkai panjang, aku seperti melihat satu msg tentang pergolakan antara kaum kulit putih dan kaum kulit hitam di tanah amerika itu yang sedang digambarkan.. cukup dengan terselitnya golongan yang ego, tidak mahu mengalah, dan sanggup menindas kaum yang lemah.. dan juga dengan golongan yang sebenarnye mempunyai hak terhadap sesuatu itu, tetapi terpakse membiarkan hak mereka dicalar, kerana tiada ruang untuk bertindak. ataupun kurang nya kemampuan. apapun.. ia satu msg yang cantik melihat kepada apa yang dipaparkan dalam avatar ini. tentang cinta yang sangat suci .. tentang semangat mereka yang tidak punya kemampuan fizikal (cacat), tentang betapa indahnya jaringan komuniti yang baik berbanding kemewahan duni, tentang betapa alam begitu berharga untuk kita hapuskan.. dan tentang semangat setiakawan yang tidak ada nilainya.
Lain Lain
bagi aspek lain.. semuanya pada aku ckup rencah.. kostume.. bg kostume manusia2.. tidak ada masalah.. cukup sesuai.. kostum ketenteraan... bg gambaran makhluk biru itu pula.. aku juga suka... dengan hiasan2 di kepala yang cantik.. dengan rambut.. semuanya.. menjadi pada aku.. music juga bagus.. tapi dibandingkan dengan animasi astroboy.. aku rasa avatar seperti meminimakan aspek ini... aku tidak nampak kekuatan dr segi musik.. walaubagaimanapun, apa yang ada sudah cukup.. berjaya membawa emosi penceritaan itu kepada aku.. itu sudah cukup.. mungkin kalau diperhebatkan lagi.. aku akan bagi 5 bintang untuk filem ini... selain itu... plot cerita juga berjalan dengan konsisten... penceritaan yang jelas.. walaupun pada awalnya aku seperti konfius... plot yang relevan.. tidak seperti plot yang sengaja diadakan untuk memanjangkan cerita.. hurmm.. bahasa kaum Navi juga sgt menarik.. menarim sehingga aku seakan mahu mempelajarinya...
kesimpulan
filem ini sangat hebat. berdurasi 2 jam 40 minit. ia seperti tidak membenarkan mata ini terleka. dihidangkan dengan keindahan permandangan dunia pendora itu, dengan sentap dengan persoalan yang harus dinanti pengakhirnya.. ia seperti mengikat aku di kerusi untuk tidak bergerak. saat kemusnahan hometree.. aku seperti ingin menangis.. seakan ia adalah satu kehormatan tertinggi yang dirobek dengan senyuman sinis. aku keluar dr panggung dengan satu rasa puas... rasa yang menyelinap hampir ke sluruh ruang rasa aku. aku sehingga saat aku menulis ini, masih lagi mengimpikan untuk pergi ke pendora... untuk hidup disana.. haahah.. terlalu indah dunia itu... keindahan yang seperti menggambarkan ironicnya... dunia kita, yang semakin hilang nilai alam.. apabila besi konkrit sahaja yang menjadi santapan mata... satu pujian yang tinggi kepada team avatar... inilah yang dinamakan menonton filem yang berbaloi... jangan seperti filem2 itu.. yang digembar gembur.. tetapi hasilnya... mcm pemusnah seni...
Pautan Berkaitan/ review/ komen tentang avatar
- Yahoonews
- ReelMovieNews
- Babbleon5
- Treehugger
- Empiremovies
- monstersandcritics
- Joblo
- LaTimes
- CBCnews
- Hollywoodreporter