Tuesday, June 2, 2009

Inilah Makna Sahabat


Persahabatan memang sukar untuk ditafsir. walau mulut berbicara hingga tiada apa mampu di utara, walau ingatan dikerah sehabis boleh untuk menghargai setiap kenangan, walau masa cuba dilengahkan untuk menghayati keindahan, jawapan di akhirnya tetap sama. persahabatan itu sesuatu yang sukar untuk di telah. mungkin mudah untuk di ertikan, tp sukar untuk ditafsirkan. malah lebih sulit untuk di lestarikan. apa perlunya sahabat baik, apa relevannya mempunyai sahabat baik..? ia terlalu subjektif. lain orang lain perangai.. lain kasta lain kehendak. lain bangsa lain citarasa. mampukah sahabat baik menjadi seperti air yang takkan mungkin terpisah walau badai melanda?. mampukah tali persahabatan itu di pertahankan dr rapuh, sedangkan kita sbg hamba allah pun iman belum lagi kukuh.. sukar untuk di simpulkan. segalanya terletak di tangan mereka yang empunya ruang itu. ruang untuk berkongsi.. ruang untuk memahami.. dan ruang untuk mempercayai... andai terpatri indah elemen2 itu, pasti ruang itu akan menjadi lebih luas, seluas alam yang memberi kita seribu keselesaan....

"ckup sampai disini... tak usah kita kenal satu sama lain.."

adakah aku terlalu angkuh untuk begitu mudah memutuskan persahabatan?.. tidak...!! jauh sekali... aku dilahirkan dengan fitrah yang mengagungkan persahabatan... meski diri aku tak ckup sempurna sifatnya, jauh lagi kekurangan diri aku dr segi rohaniah dan moral, namun untuk meletakkan persahabatan di tapak kaki, yang bisa di tendang sesuka hati, itu bukan Fairuz Selamat. aku meletakkan persahabatan itu di singgahsana teratas untuk aku rasai nikmatnya mempunyai apa yang di panggil sahabat... aku sedar, bukan mudah untuk menjadi sahabat.. apa lagi untuk mendefinisikan hubungan itu sebagai kawan baik.. tp sebagai manusia yang saling berhubung, bukankah lebih indah jika kita mensederhanakan hubungan itu agar ia terbina secara sendiri, seiring dengan tuntukan hukum alam, dan hasilnya, pasti akan lbh indah. bukan dengan paksaan dan keghairahan. itu lah... terkadang mulut kita begitu lancar untuk mentafsirkan persahabatan atau kita mempunyai kawan baik. namun dalam begitu, aku tak mengerti kenapa masih ada memaksa ruang itu untuk menyatukan semua elemen itu tadi iaitu berkongsi, memahami dan mempercayai. kenapa perlu dipaksa... tak perlu.. semua elemen itu hanya perlu dijadikan ciri persahabtan, bukan sebagai unsur yang perlu dipaksa. kerana percayalah, dalam apa sekalipun, paksaan tidak akan mendatangkan hasil yang jujur. walaupun didirikan atas niat yang baik.. keikhlasan itu adalah kunci kepada segala kejayaan,


kita adalah anugerah dr allah dalam konteks yang sgt berbeza. walaupun darah menjalinkan kita sebagai saudara, percayalah, kita sudah ditentukan dalam cabang2 yang sungguh lain warnanya. punya kelebihan yang tertentu, dan sudah tentu punya kelemahan yang pasti. untuk menjadi sahabat, menyintai kelebihan dan menghormati kelemahan sahabat sangat penting. kita punya takdir tertentu, kita punya titik noktah kita sendiri... tak semua yang kita rasa perlu dirasa oleh sahabat. tak semua apa yang kita perlihatkan, dapat dibaca dengan mudah oleh sahabat. tak semua masalah kita, dapat dibaca dengan tepat oleh sahabat... dan tak semua tanggapan kita terhadap sahabat kita, benar... kerna ia sulit.. hanya diri sendiri yang mengenali diri sendiri. oleh itu untuk membrikan satu gambaran negatif terhadap sahabat hanya kerana bukti fizikal yang belum tau punca wujudnya... ia merupakan penghinaan terhadap persahabatan.. terkadang kita tidak tau betapa berat beban dipikul oleh sahabat... jadi dengan membuat spekulasi yang ragu, bukankah lebih menyakitkan....?

lantas apabila aku dengan mudah meluncurkan "ckup sampai disini... tak usah kita kenal satu sama lain..".. aku sebenarnya didesak oleh kesedihan. didesak oleh desakan.. ckup... tiada yang perlu di sambung... kerna ikatan itu sudah terlerai....

namun.. dalam melalui jalan sunyi ini, aku tersenyum... allah memberikan aku ramai kawan atau sahabat yang sgt indah.... ingin sekali aku butirkan disini antara mereka yang aku tafsirkan sebagai kawan baik aku... yang pertama Nina.. rakan sekelas aku semasa aku melangkah ke pusat kebudayaan untuk kali pertama. kenapa aku memanggilnya sahabat baik?.. kerna banyak yang kami lalui.. banyak yang manis.. dan sangat banyak yang duka.. kami pernah jauh, marah.. ketawa bersama.. banyak yang kami cipta bersama.. dan till now, shes still here.. dia yang setia menemankan aku kemana saja aku pergi. saat aku terbiar oleh pegawai yang hanya tahu makan gaji buta, dia juga yang ada disitu untuk membantu aku. dan sebagainya. kedua, Shahrizin... kami melalui jalan yang sgt sukar bersama. dia juga sahabat yang banyak mengorbankan kepentingan diri kerna aku. walau aku khianat, persahabtan ini tetap utuh atau pernah utuh... ketiga, fina.. kami menjadi rapat setelah kami dipulaukan oleh kerna kecemerlanagn akdemik kami. perlukah begitu...? lantas kami berjalan bersama. kamu melakukan banyak bnda bersama. deras peluh mengalir, deras air mata menitik.. kami laluinya bersama. till now, dia juga masih disni.. merancang untuk terus membina hubungan ini seutuh mungkin. yang ke empat.. suhal farianti suhaimi... 1stly.. sorry sbb tak letak su kat list ni.. sebenarnye.. memula org nak letak.. tp org terleka.. then org letak kat para bawah tu... su... su pun tau kan betapa pentingnye su dlm hidup org... kita bannyak wat bnda bongok2 tu.. ehehe.. su banyk susahkan diri su untuk org... kite gak pernah hadapi bnda2 yang menyulitkan bersama.. yup... u r one of my best frenz..!!!! yes u are.!!!! mereka beempat ini lah yang hanya aku ada dalam ruang sahabat baik aku. kebersamaan kami mendapat banyak respon negatif. kami mendapat banyak bayangan hitam yang seakan akan mahu kami terpisah.. namun alhamdulillah... sehingga saat ini.. kami masih lagi "satu"..

namun begitu... aku sgt bersyukur sbb ade kamu semua.. mungkin untuk aku lampirkan disini.. terlalu ramai.. nanti ada yang tertinggal.. takut terasa nanti... tp apa yang aku nak ckpkan.... aku sangat berrsyukur kerana mempunyai kalian dalam aku menempuh jalan ini sendiri.. aku mohon.. jangan di pandang ringan persahabatan ini... bukan mudah membina satu ruang sahabat.. bukan mudah menjalin ikatan persahabatan, tapi hanya sebaris ayat, ia mampu musnah begitu saja... jadi, usah di anggap persahabatan itu berada di dalam tangan kita, kerna kuasa persahabatan itu tak mampu kita bayangkan.. ia mampu mengubah manusia dan mampu mengubah dunia. hormati ia... dan ia akan hormati kita.



Realiti TV... Pendapat Anda?


bercakap mengenai program realiti tv di malaysia ni, umum mengetahui akademi fntasia antara program yang menjadi pendahulu kepada kemunculan bebrapa rancangan yang lain. yup... perkembangan ini dilihat sangat sihat. kerana selain mampu mencungkil bakat baru yang lbh dinamik dan berkualiti, ia juga memberi pulangan kepada stesyen tv berkenaan... malah suasana industri kita juga makin bertambah meriah dengan respon masyarakat kepada program2 seperti ini yang mana sememangnya menarik perhatian. dalam masa yang sama juga, nilai2 penghibur diterapkan kepada apa yang dipanggil bakal bintang ini... bukan setakat menyenayi... yup.. ia merupakan sudut yang sangat sihat..

namun, dalam kita melihat keindahan program realiti tv ini, sudah tentu ade di sana sini kenegatifan atau kesan yang tidak baik bukan.... sbg contoh, lambakan artis baru yang tak tau nak buat apa dalam industri. keengganan penonton untuk menonton konsert berbayar kerana saban minggu disogokkan dengan konsert percuma. dan juga lambakan artis yang terlalu ramai dalam industri.. yela... kalau satu musim sudah mengeluarkan lbh kurang 50 artis dlm beberapa rancangan , sedangkan industri musik malaysia ni hanya sebesar tapak tangan, mampukah ditampung semua artis ini, dan pastikan tidak ada satu pun yang tergelincir?.. sukar untuk dibuat telahan.. kerana melihat kepada situasi yang dialami oleh maestro record, jawapannya seakan2 tidak.

menyelusuri perjalanan masa, banyak program realiti muncul.. berbagai jenis.. berbagai konsep.. berbagai ragam.... bermula dengan akademi fantasia, kini kita ada mentor, one in a million, bintang rtm juga aku anggap realiti, so you think you can dance, dan yang terbaru anak wayang dan pilih kasih.. itu tak termasuk lagi yang bukan berkonsepkan nyanyian, tarian dan lakonan... banyak bukan...yup.. memang banyak... dan bagusla.. sekurangnya, untuk yang tak suka keluar rumah hujung2 minggu ni, ada gak rancangan yang boleh di tonton... tu pun kalau minat la seni2 ni..

menyentuh tentang peserta.. aku sampai sekarang masih lagi tertanya2, apakah kuota yang disediakan untuk mengisi tempat di dalam program2 ini... adakah kualiti bakat... atau hanya rupa?.. atau pakej... atau dilebihkan kepada rupa... sukar di agak.. kerna setiap kali muncul je sesi baru setiap program realiti tv, pasti akan ada mulut yang berkata "eh takkan beribu2 dtg ujibakat, mcm ni jek yang mereka dapat..." dr akademi fantasia, sehinggalah pilih kasih.. sama je... persoalan yang sama.... menyentuh tentang af.... persoalan ini saban sesi akan keluar... kekadang ada yang bagus suara tapi tak terpilih.. ada yang rupa ada terpilih.. ada gak yang rupa ala kadar, bakat tak seberapa, dapat.... rumit kan menjadi tenaga pelimih.. mcm yang terbaru ank wayang dan pilih kasih.. aku adalah antara orang yang pergi melihat sesi ujiabakat ini... melihat saja ya, menemankan kawan... dan agak terkejut melihat mereka2 yang dapat kerana yang aku jumpa di sesi ujibakat, jauh lgi hebat.... bagaimana ya..... pertama kali melihat sesi ujibakat yang dihadiri beribu org.. aku memang kagum, kiri kanan dilambakkan dengan org yang berbakat besar... namun di akhirnya... mereka yang "dirasakan" boleh "makan camera" yg terpilih... aku tak tau untuk meletakkan situasi ini di bahagian positif atau negatif... dalam kita mencanangkan, penonton malaysia sudah bijak memilih bakat dan kualiti, bagaimana kita hendak meletakkan bakat2 yang bagus ini di tempat sepatutnya jika kuota yang sudah sedia ada tidak memihak kepada mereka.. mungkin ada relevannya mengapa ini berlaku.. yela.. kita tidak berada di dalam produksi.. kita tidak boleh membuat andaian melulu... apakah sebenarnya tujuan realiti ini ya.. adakah dengan jujurnya mahu melahirkan bakat yang bagus, atau menaikkan rating stesyen berkenaan atau mendapatkan pulangan yang lumayan.. rasanya2 ketiga tiga ini menjadi elemen penting..

anak wayang... aku agak teruja melihat kepada perkembangan anak wayang ni.. ramai gak kawan aku terpilih.. cuma satu persoalan... kenapa astro tak buatkan satu drama atau telemovie yang khas untuk mereka ya.. kenapa dalam drama itu, mereka2 yang berbulan2 ini berada di dalam akademi hanya di letakkan sebgai watak pembantu.. jururawat, penggoda... mekanik... dan apa lagi ntah... tu je yang aku rasa kuciwa sket... tp tak dpt dinafikan yang terpilih untuk anak wayang ni semua hots2 sey.. memang nampak la nak melahirkan seorang "selebriti"... don't you think so?.. pilih kasih lak.. aku rasa lagi bagus pengisiannya.. kerana dengar kata mereka yang menang akan dapat watak penting dalam satu drama, dan selebihnya yang tak dpt akan diserap2 kan dalam mana2 produksi lakonan samada tv atau pentas teater.. bagus kan.. tp satu tentang anak wayang ni, aku rasa konsep nye agak aku tak suka la... aku selalu rasa hos rancangan ni terlalu kerap la muncul... kekadang biler tgok diorang berlatih dlm kelas, tak sampai berapa saat, keluar hos bg komen.. pastu kejap lg keluar lgi.. nanti keluar lagi.... mood penonton untuk mengikuti ciri2 realiti tv tu aku rasa mcm terganggu.. kekadang mcm menonton documantari lak aku rasa... apa kata sebagai contoh biarkan satu segmen latihan tu... bg kami rasa dan masuk dalam dunia ltihan diorang... ni tengah2 syok tetibe hos muncul.. dengan gaya2 ala2 sarimah tu.. agak menggangu.... pastu drama dan konflik yang ditampilkan dlm anak wayang tu.. memang la nampak sgt lakonan... nampak sgt tak real.. mcm dilakonkan semula... boleh ke merajuk n nangis2 tp kamera depan mata... ni yang buat dia tak bg impak kepada penonton sgt sbg reaaliti tv....

satu yang sangat ironi..!!!

korang perasan tak iklan tentang anak wayang kat astro.. yang budak lelaki ni nak beli tiket wayang tapi dah abis.. then dia meraung2 depan kaunter... "kenapa dunia ni kejaaaammm".. pastu ade dia nak pg interview keje, tp baju koyak2, dia wat cerita dia lawan pencuri la apa la.. perasan tak iklan ni..... sangat ironi kan apabila budak lelaki ini merupakan peserta PILIH KASIH..!! mamat yang menjadi pelakon iklan untuk program anak wayang tapi menjadi peserta pilih kasih... rancangan yang sedang didebatkan bersama, mempunyai konsep yang sama, stesyen yang berlainan.. ahahaha.. sgt ironi.....!! hahaaahhaaha...... adakah dia tak terpilih ke anak wayang... atau dia hanya pergi ujibakat pilih kasih?.. ahahaaha

jd kesimpulannya... program realiti tv adalah permainan.. its a game... segala yang berlaku adalah sukar nak diduga oleh penonton... banyak bnda2 yang tak dijangka akan berlaku... dan itu juga yang memberikan rencah kepada program seperti ini... mmm aku teruja untuk mengikuti kesudahan anak wayang dan pilih kasih ni... jadi guys, sama2 kita ikuti dan lihat sejauh mana prestasi peserta2 ini....


apa pula kata anda?
*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...