Tuesday, November 17, 2009

Review 2012




saat menulis entri ini, aku berada di Kuantan, Pahang.. aku membantu seorang kawanku untuk produksi dia mengharungi sesi penilaian untuk festival teater kebangsaan... pemilihan setiap negeri telah dilakukan dan sedang dilakukan untuk memilih 3 pasukan terbaik untuk bertanding dalam peringkat kebangsaan awal tahun depan... saat kawan aku yang mewakili KL turut sedang memberi yg terbaik, aku yang memegang watak Kurnia Putra dalam skrip DETIK ini pun sedang mencuba membri yang terbaik... ok, CUKUP..!!!

14 hb november lepas, bersama beberapa org dalam produksi , kitorang g Komplek Teruntum untuk menonton wayang.... citer ape?.. 2012.!!! pada jam 12.05 tengah malam.. ahhaha... sebenarnye aku malas nak intro panjang2 ni sbb aku pun guna laptop kawan ni... ye la.. merantau ke jauh2 ni.. malas nak mengangkut laptop bagak aku tu.. jd aku akan terus kepada review aku kepada filem ni ye...



secara keseluruhan aku bagi 4 bintang dr 5 bintang untuk filem ni. satu yang harus aku akui.. filem ini merupakan antara filem yang sangat di tunggu oleh semua org.. berbanding beberapa filem terdahulu seperti the day after tomorrow, armageddon yang juga menjurus dan digolongkan sebagai "filem kiamat"... filem ini lebih menjurus kepada persoalan itu.. saat kehancuran satu "objek" yang kita namakan "bumi". bg aku sendiri yang merupakan peminat sejarah.... terutamanya sejarah tamadun manusia ni, sudah tentu terkesan dengan "statement" yang "dicipta" oleh kaum mayan yang kiamat akan berlaku pada 2012. sebenarnya ia tidak dapat dipastikan, tetapi kalenda yang ditemui terhenti pada tahun 2012.. itu yang menimbulkan misteri..

bertitik tolak dr ini, aku dapat rasakan semua yang datang ke panggung ingin melihat sejauh mana kebenaran, kehancuran, kedahsyatan yang mungkin atau bakal berlaku pada tahun 2012 ini.. jd perasaan meluap2 nak tgok filem ni... harapan yang diletakkan sgt tinggi...

aku rasa filem ni menggambarkan kehancuran dunia dengan st baik... mungkin kite sendiri tak tau bagaimana kiamat itu sendiri kan... tp setakat yang digambarkan.. aku dpt rasakan, itu lah dia kiamat... tiada tempat untuk melarikan diri.. datang secara tiba2.... tidak memeberi masa lansung untuk kite bersedia andai kita leka... kehancuran demi kehancuran yang di paparkan sgt relevan... peralihan plak bumi, pemanasan kerak bumi.. semuanya masih lagi dalam logik akal yang boleh diterima sebagai satu kemungkinan yang mungkin berlaku.



sinematografi yang sgt cemerlang... ya ini satu penciptaan, bukan gambaran sebenar.. namun teknologi yang digunakan pada aku menghasilkan satu pandangan yang cukup baik... bg aku sendiri, aku merasakan ini antara filem yang paling rumit untuk dihasilkan. gambaran tanah merekah, tenggelam, bangunan runtuh, serpihan besi, kaca, kayu yang bersepai, gambaran ombak besar, dan yang lainnya, memang di hasilkan dengan sangat cemerlang.. cume mungkin ade gak la yang nampak sgt komputer nye.. mcm mase kereta2 mahal terhempas dr kapal terbang ke dataran salji tu... pastu mase rekahan tanah berlaku pun ade mcm keras sket.. tp overall... aku bg kredit yg besar kepada pengarah dan pengarah teknikal, dan editor dia.. memang terbaik...!!

dr aspek lakonan, aku rasa tiada masalah sgt.. dr penglihatan aku, lakonan mcm menjadi aspek kedua... mungkin kerana keterujaan untuk melihat kehancuran itu menutup pandangan mata ini untuk melihat lakonan para pelakon yang aku rasa cemerlang.. tp aku rasa cemerlang... paling aku suke.. komander yang beria2 nak kapal tu berjalan tu.. yang badan besar tu... ape ntah name dia, pelik sket.. aku rasa watak dia paling sukar... dan paling berjaya... antara menurut perintah atau tunduk kepada nilai kemanusiaan....

selain itu.. aku merasakan filem ini berjaya.. namun ade gak beberapa aspek yang aku rasa boleh di cantikkan lagi... salah satunya ialah, aku rasa dr intro awal dan juga saat kehancuran tiba.. aku rasa plot itu digarap dengan tidak berapa kemas.. aku lagi suka kalau pada awalnya, kerisauan tentang kiamat, ramalan tentang kehancuran bumi dan juga kerisauan di fokuskan lagi... jd apabila tba saat kehancuran tu tiba.. impaknya akan lbh terisi.. sbb aku rasa awal tu, terlalu difokuskan kepada komplot dlm kerajaan tu sangat.. tentang artifak2 yang nak di pindahkan tu... aku rasa mcm tak penting sgt.. aku lgi suka kalau KERISAUAN tentang bagaimana nak menghadapi saat bumi akan musnah dijadikan persoalan utama... sbb tu aku rsa masa kehancuran tu tiber.. aku ade sedikit perasaan mcm "eh tibe2 jek.. tak menusuk".. hehe

jd secara keseluruhannya.. aku rasakan olahan tu je yang sedikit menggangu aku.. itu pun sedikit je pun.. lain2 ok... tp aku mcm lgi suke the day after tomorrow.. sbb perjalanan cerita dan persoalan yang nak ditampilkan tersusun indah.... cerita ini aku rasa dihebatkan dengan kehancuran itu sahaja... yang lain ok2 je....

korang rasa mcm ne?

p/s: sian cikgu lida.. meroyan dia tak dpt ikut.!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...