Tuesday, April 13, 2010

Review "How To train Your Dragon"



Sinopsis

Mengisahkan seorang remaja lelaki yang lahir dalam satu kemuniti barbarian. pada zaman ini, adalah menjadi satu kemestian untuk setiap individu terutamanya lelaki untuk dibesarkan menjadi seorang kesatria.. iaitu penuh dengan sifat seorang pejuang, fizikal yang gagah, berani, dan mampu menjadi benteng dalam mempertahankan tempat tinggal/ penempatan. remaja lelaki ini, malangnya, dilahirkan dengan fizikal yang halus, kecil.. berbeza dengan lelaki lain dalam kemuniti itu yang rata ratanya besar dan tegap. terdesak untuk membuktikan dirinya juga mampu mempertahankan kampung dan mampu menjadi pejuang, beliau berusaha menangkatp naga yang merupakan ancaman terbesar kampung mereka..

dalam usaha remaja ini menangkap naga naga tadi, tanpa disangka dia telah berjaya menjerat seekor naga yang sangat ditakuti oleh penduduk kampung. beliau mencari dimana jatuhnya naga itu sehingga jauh kedalam hutan. setelah menemui naga itu.. dia yang masih mempunyai perasaan kasihan mengubati naga yang cedera itu.. bertitik tolak dr ini, bermacam rahsia yang dia perolehi termasuk mengapa naga naga asyik menyerang kampung mereka. pengembaraan pemuda ini dalam usahanya menjinakkan naga itu, sangat mencabar. sehingga mendatangkan konflik antara beliau dan ayahnya yang juga ketua kampung. hal ini kerana ayahnya menyangka beliau sanggup berkawan dengan naga yang merupakan musuh terbesar kampung.

saksikan kemudiannya bagaimana beliau membantu menyelamatkan kampung dan juga menyelamatkan naga itu...


Plot

penceritaan yang sangat menarik.... mungkin kerana aku seorang peminat animasi... tetapi cerita ini sememangnya digarap dengan plot yang tidak membosankan.. perjalan cerita pantas... tiada satu babak yang dibiarkan lama... setiap isu digambarkan dengan padat... penonton tidak punya ruang untuk merasa bosan.. setiap konflik yang berlaku disatukan di kemuncak cerita.. dan dileraikan dengan satu peleraian yang menggembirakan.

Tema Dan Persoalan

sangat menarik. persoalan yang sungguh baik. sealunya bila digambarkan dalam animasi... sememangnya satu2 persoalan itu mampu di paparkan dengan baik. sepeti cerita ini.. persoalan seperti penduduk kampung yang menganggap naga itu musuh, tanpa mengetahui mengapa naga itu sering menyerang mereka.. persoalan tentang haiwan juga punya perasaan belas kasihan. dan juga jangan sesekali kita memandang rendah org yang berbeza dari kebisaan.. dan akal sesungguhnya adalah senjata paling tajam jika mampu menggunakannya dengan baik.

Grafik / Gambar

sangat menarik.. jika sebelum ini aku menganggap UP dan avatar anatara 3d terbaik pernah aku tgok.. tapi aku rasa, dalam filem Hoe To Train Ur Dragon in, ada banyak babak yang sebenarnya jauh lebih baik dr avatar sendiri. penggunaan latar tempat yang sememang nya menarik.. di tambah dengan grafik yang sgt cemerlang.. amlah adakalanya naga itu kelihatan sangat dekat dengan penonton dek kerana kesempurnaan grafiknya..

Muzik

boleh dibanggakan... mungkin kerana cerita ini merupakan cerita ala2 komedi.. jadi tiada penggunaan audio yang gempak2.. cukup sekadar yang mampu membantu penonton lebih merasa babak yang sedang dimainkan.. seperti babak bertarung dengan naga.. audio terbang di udara... keganasan naga besar itu... ok sahaja



kesimpulan

satu lagi filem animasi yang akan masuk list aku.. selain Lion King, rattauille... filem ini akan jd malar segar.. aku sarankan korang pergi tgok sebelum habis showing die... memang tak rugi.. try 3d pun ok.. percayalah kataku....


2 comments:

skid soil said...

blanjelah nk tgok.

Lazyf... said...

HTTYD mmg best giler!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...