Saturday, February 28, 2009

Teater Tun Kudu yg mcm Buah Duku Masak Ranum

tengah berjalan2 dekat depan cc kat komplek perdana siswa tu (fakulti aku la)... tetibe nampak aini, kak falina duk kat kerusi depan cc tu ebrbincang apa ntah... sambil memegang skrip yg tak tebal sgt ketebalannya.... aku pun dengan yakinnya menjoinkan diri ke kumpulan itu, dengan niat bertanya kabar (poyo..!!).... tetibe..

aini : hah kak, fairuz jek la...

kak falina : ala boleh ke..

aini : ala boleh nye, fairuz baik hati

kak falina : hah, fairuz leh tak tolong berlakon untuk pesta budaya kolej 12th

fairuz : eh apa ni kak, eh kak saya bz sgt la kak.. skrip final pun tak hafal lg

kak falina : ala pendek jek... fairuz nye part tak susah pun

aini : ala fairuz bleh la... dah buntu carik org ni

fairuz : ala mcm ne ek.. tak byk ke part org

kak falina : ha a.. tak byk sket je.. tolong ek fairuz

fairuz : errrkkkk...

kak falina : thank fairuz...

fairuz : ok3.. saya tolong

then aku terus amik skrip... aku dpt watak sultan muszaffar syah @ tun karim..... balik kolej aku bukak la skrip tu.... SIKIT KEBENDA..!!!! part aku byk giler... mendominasi hampir keseluruhan skrip.. wakakakaakakak..... tp takpe la... its ok.. sbb kak falina ckp nak bayar.. ahahahaha. tetibe aku jd mata duitan..!!!!! ye la.. org ckp life is all about money... anda setuju? aku no komen jek..!! eheh

then berlansung la latihan yg sekali dua jek untuk show ni sbbnye aku bz ngan latihan final projek aku.. sah2 aku akan utamakan final projek aku.. diorang pun paham... jd latihan untuk tun kudu ni memang tak de la sgt.. mcm suam2 air teh suam jek mcm tu... blocking sume main hentam.. takde pengarah sume.. sbb nye kitorang bz... tp kitorang wat sehabis baik, sbb nak tolong kak falina..

seterusnya, show tu berlansung pada 18 fabruari yg lalu... ahahaha... disebabkan tak ckup latihan n aku sendiri bz mcm gajah jalan atas jambatan. setiap kali aku nak naik pentas, aku baca skrip dulu.. kire hafal skrip beberapa minit sebelum show.. giler kan... hahahha.. nasib baik sume team best.. yela.. kitorang sume wat sempoi2 jek...

dan akhirnya, sume ney ebrjalan lancar.. takde pape masalah.. yg kecik2 tu ade la.. tp ok jek.. yg penting show berjalan lancar.. eheheheh... thank kat kak falina ngan aini.. ni kat bawah ni aku letak beberapa gambar poyo mase show tu...


this is my wife, tun kudu... @ kak isma

ika sengal.....(reaksi itu disengajakan ye)

diva divana, lan... hahahaahah... bajet3..!!!!

ika lagi.. aku lak dengan muke yg lebih menggambarkan sifat seorang manusia.. ahah

right after the show finished... ni aini.. sm ari tu.. ahahahpenat3..!!

yg ni aku tak kenal sgt.. tp krew program tu gak la.... aku main hentam jek amik gambar... niat dlm hati nak post kat blog.. tu jek.. takde niat lain.. betol.!!! haha

hah..? ika lagi..!!!! yela3... time ni dengan wajah yg lebih melankolik... ye ka?

ni lak yg jd org kampung hahaah.. nashazila... ilham pujanggaku ? ahahahah

Tuesday, February 24, 2009

Don't Ask Me Why..!!!!!

can u see it..??? (click pict ni kalau nak tau..!!)

who is this.!!!!


plz don't ask me why..!!!!

Monday, February 23, 2009

Finalis Anugerah Bintang Popular

korang setuju ke dengan finalis ni.. atau rasa memang tak setuju? komen3.... then korang rasa sape menang anugerah bintang paling popular.. adakah mawi akan terus menyimpannya.. atau sudah masanya dia menyerahkan ke tangan yg selayaknya... atau adakah malam itu siti kan terus menggahkan namanya sebagai penyanyi wanita paling popular untuk tahun ke 12.... kalau tak silap... sama kite komen dan tunggu.... ni ramalan aku untuk anugerah bintang popular 2008/2009.. amacam? setuju?

1. Pengacara TV Lelaki Popular

1. AC Mizal
2. Ally Iskandar
3. Aznil Haji Nawawi
4. Faizal Ismail
5. Faizal Tahir


2. Pengacara TV Wanita Popular

1. Abby Fana
2. Cheryl Samad
3. Fara Fauzana
4. Juliana Evans
5. Nurul Alis

3. Penyampai Radio Lelaki Popular

1. AG
2. Aznil Nawawi
3. Faizal Ismail
4. Kieran
5. Khairil Rashid

4. Penyampai Radio Wanita Popular

1. Abby Fana
2. Fara Fauzana
3. Leeya
4. Linda Onn
5. nana

5. Artis Komedi Lelaki Popular

1. AC Mizal
2. Afdlin Shauki
3. Nabil
4. Saiful Apek
5. Zizan

6. Artis Komedi Wanita Popular

1. Amyza Adnan
2. Kenchana Dewi
3. Norkhiriah

4. Ruminah Sidek
5. Sheila Mambo

7. Artis Baru Lelaki Popular

1. Aiman
2. Fizzow Omar
3. Nabil
4. Nubhan
5. Riz

8. Artis Baru Wanita Popular

1. Ayu OIAM
2. Lisa Surihani
3. Sari Yanti
4. Scha
5. Stacy

9. Penyanyi/Artis Nasyid Popular

1. Aiman
2. Akhil Hayy
3. Hijjaz
4. Rabbani
5. Raihan

10. Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular

1. Estranged
2. Fabulous Cats
3. Hujan
4. M. Nasir & Malique
5. Meet Uncle Hussain

11. Penyanyi Lelaki Popular

1. Adam
2. Aizat
3. Amy Search
4. Mawi
5. Nubhan

12. Penyanyi Wanita Popular

1. Elyana
2. Jaclyn Victor
3. Mila
4. Siti Nurhaliza
5. Stacy

13. Pelakon Filem Lelaki Popular

1. Farid Kamil
2. Que Haidar
3. Rosyam Nor
4. Rusdi Ramli
5. Saiful Apek

14. Pelakon Filem Wanita Popular

1. Erra Fazira
2. Liyana Jasmay
3. Maya Karin
4. Sharifah Amani
5. Vanidah Imran

15. Pelakon TV Lelaki Popular

1. Aaron Aziz
2. Aqasha
3. Ashraf Muslim
4. Fahrin Ahmad
5. Rosyam Nor

16. Pelakon TV Wanita Popular

1. Abby Abadi
2. Diana Danielle
3. Dynas
4. Fasha Sandha
5. Rita Rudaini

Sunday, February 22, 2009

Antara Fairuz dan Kfc...


vs


entri yg dihasilkan dikala fikiran tidak berada di paksi yang sepatutnye... dengan kata lain yg lebih mudah dikenali..... tak betol..!!! hahaahah.. jd berbalik kepda topik kite, apa ye beza atau persamaan atau apa apa kebarangkalian antara fairuz dan kfc... bleh tak korang bgtau....

ni yg bermain di fikiran ku la
  • fairuz suker warne kuning, colonel kfc pun suke gak (yeke?)
  • fairuz suke makan ayam, kfc tak suke makan ayam sbb dia sembelih ayam
  • fairuz setiap minggu makan kfc, tp kfc tak pernah belanje fairuz
  • fairuz suke bowling, tp tokey kfc suke tak ek?
  • fairuz suke nyanyi.. tp ayam kfc tu terus senyap sbb tkut kene sembelih
  • fairuz minat siti, tp siti minat kfc tak?
  • fairuz suke tdo, tp ayam tdo mcm ne ek?
  • fairuz tak suke mandi, colonel kfc mcm tu gak ke?
  • fairuz suke makan banyak, tp byk lg ayam yg diorang masak kat kfc
  • fairuz kekadang brekpes kfc, tp maks selalu marah.. ayam3..!!
  • fairuz suke nokia, tp ayam mene tau pakai anset kan?
  • fairuz nak abis study dah, tp colonel tu amik spm tak?
dah...penat.!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, February 21, 2009

XFRESHER FREAKS BOWLING TOURNAMENT 2009



"saya x hot, saya cool..so what?"

Setelah kami berhempas pulas bermeeting2an dan beradjust2an,
akhirnyer kami dgn amat bangga sekali ingin mengumumkan
bahawa tarikh melihat anak bulan untuk bermain bowling aneh yang
segar jatuh pada :-


DATE : 5th April Fool 2009
VENUE : Times Square Kuala Lumpur
TIME : 11am
PERTEAM = 4 person
GAME = 3 game
*PAYMENT = RM150 perteam

PRIZE :

Gold Team : Hamper & Medal ( perplayer)
Silver Team : Hamper & Medal ( perplayer )
Bronze Team : Hamper & Medal ( perplayer )

Best Player Boy & Best Player Girl : Medal
Best Longkang Boy & Best Player Girl : Medal

Setiap penyertaan akan diberikan cenderamata rahsia !!!

Please feel free to contact
Wawan : 013-3980892 (myspace.com/wanwannabe)
Faizol : 012-2376852 (myspace.com/faizol00
Aurora : (myspace.com/zareena_aurora)

also visit
: www.myspace.com/xfresher
: www. myspace.com/freaksdotcom
: www. friendster.com/freaksdotcom
: facebook group : .F.R.E.A.K.S.
: facebook group : XFRESHER

Friday, February 20, 2009

Al-Fatihah untuk arwah En Taruddin





mungkin sudah terlambat.. hampir masuk hari ke6 ni.. tp takpe la.. setulus hati aku nak tulis entri ni, mcm tu la gak ikhalasnya aku simpati ngan dct ni... honestly, aku tau agak lambat sebenarnye... ahad malam baru aku tau... selalunye info2 pasal siti ni aku tau agak awal.. tp aku memang bz. takde mase nak pegang anset that day.. dah dekat kul10 malam baru tgok anset, ade 27msg... most of it bertanyakan tentang betolke ayah siti meninggal... t

hen ade beberapa msg dr kawan2 aku yg memang peminat berat siti mcm aku gtau yup, ayah siti menghembuskan nafas terakhir pada pagi ahad tu... aku mase masih terpaku.. smpai la aku balik je blik aku masuk stz.. tak tau nape air mata ni mengalir.... melihatkan kesugulan wajah siti.. aku turut terbuai.... kerana sejak aku mengikuti langkah siti 13tahun lalu, aku akui byk cerita tentang siti dan ayahnya. yang menunjukkan betapa ayah siti itu memberi impak yang besar kepada apa yang siti ada sekarang ni... dan ini semua membuat aku sebak, dan aku rasa simpati yang amat sgt kepada siti....

walaubagaimanapun, aku akui, segala yg berlaku adalah kehendak tuhan. itu yg terbaik kerna telah direncanakan begitu. ayah siti menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 11 pg... kerana komplikasi buah pinggang dan kencing manis... (if im not mistaken)... innalillah.....

sebagai peminat siti yang bertatih2 bersama, berlari bersama, ketawa bersama, aku menghulurkan seikhlasnya ucapan takziah ku kepada siti sekeluarga... itu saja yg termampu aku berikan.... aku doakan siti dapat menempuh saat sukar ni sebaiknya. aku yakin siti boleh. kerana siti yang aku kenal bukan wanita yang lemah. dia kuat dr apa yang kita nampak. sangat kuat... sekali lgi, aku ucapkan takziah kepada siti dan familynye. dan kepada yang lain, kite sedekahkan alfatihah kepada arwah..

alfatihah....

siti... seberat mana beban yang kamu pikul, seberat itu juga aku dibelakang menyokong mu dr jatuh

Thursday, February 19, 2009

CASTING INVITATION

Audition For World Championship Of Performing Arts

Road To Hollywood

Anda Berbakat? Ingin ke Hollywood?
Anda di jemput untuk menyertai audition / pemilihan para peserta ke World Championship Of Performing Arts, Hollywood 2009.

Umur : 16 tahun - 29 tahun.

Kategori : Vokal, Instrumentalis, Tarian, Model & Lakonan

** Artis / Pelakon yang tidak terikat dengan mana mana kontrak, dijemput untuk menyertai pemilihan ini.

Event InfoHost: Worldstars - Road To Hollywood

Type: Music/Arts - Audition

Network: Global

Date : Sunday, March 1, 2009 at 5:00pm

Location: Berjaya Time Square

Street: Jaln Bukit Bintang

Kuala Lumpur, Malaysia

Contact InfoPhone: 012355520

Email: myn_empire@yahoo.co


Keterangan lanjut, sila hubungi :

Myn,
Hphone: 012 3555 200 / 019 200 2028
(SMS Tidak Digalakkan)

atau ikuti link dibawah ini:
http://www.facebook.com/event.php?eid=50517567700&ref=mf


Terima kasih...

-adza irdawati-


p/s: copy dr atie

Wednesday, February 18, 2009

" the curious case of benjamin button "


hari tu.. ahad... aku lepas latihan yang memenatkan kat pusat kebudayaan tu, aku terus berlari g mid... heheeh.. dah janji ngan nina nak g ngok wayang.... citer benjamin button ni.... eheheh... dah lama dah janji nngan nina ni nak kuar... tp tak terkuar2.. ye la... aku bz mcm ayam goreng... mane nak kuarnye.... ok3... actually, aku tunggu citer benjamin button ni dr bulan 10 tahun lepas lg korang tau... sbb aku dah tgok trailer dia kat mane ntah... sbb kat us tayangan dia 25dec08.. jd aku menunggu ar... aku suke sbb citer ni paparkan satu masalah yg memang lari dr cerita yg biasa kite tgok..... ehehehe.. jd hari ahad lepas tu, aku ngan nina terus ar pergi membeli tiket untuk tgk citer ni walaupun ramai hell yg beratur tu... menakung aku tunggu situ..... takpe3... hari ahad kan... heeheh
ni la nina... yg sebelah tu iwe... takde kene mengena ngan entri ni

ok secara keseluruhannya, aku suke cerita benjamin button ni.... walaupun plotnye agak slow dan klimaks dia tak cukup mengujakan.. tp still aku suke.... sbbnye, aku ni suke tdo tgok wayang tau.. even batman pun aku tdo.. tp citer ni walaupun plot dia memang slow, tp aku tak tdo.... tp ade gak la berpuluh2 kali betolkan duduk.. ahaha... cerita ni best.. paparkan kisah seorang lelaki yg lahir dalam tumbesaran yg terbalik.... sangat unik.. korang kene tgok citer ni.... kire citer ni mcm diari... diari kepada benjamin button tu.. citer ni sgt best.... sgt menyentuh hati....

ni babak dimana mase memula, benjamin ni dilahirkan. mak dia mati. biler ayah dia tgok dpt ank mcm ni. dia tinggalkan kat rumah org.. kire dia buang anak la...

ni la pmpuan yg jaga benjamin. mase ni benjamin dah 7 tahun... tp dia mcm org 70 tahun kan....

hahahah. tgok.. org lain dr mude ke tua.. tp dia dr tua ke mude....

mase ni dia 10 tahun....

citer ni bermain dengan perasaan.. byk citer yg best mcm harry potter ke, batman ke, tp abis mcm tu jek.. kiter kuar panggung dengan perasaan yg puas hati ngan citer tu.. tp citer benjamin button ni tak.. b g aku la... aku kuar ngan satu perasaan sayu.... even pada awalnya aku rasa seronok giler org jadi tua, tp dia jadi mude...... tp sikit2 kite dapat selam betapa terseksanya nya dia....

di pertengahan umurnya, dia berkahwin.. segala nya berjalan lancar. tp semakin lama, dia mula risau .. apabila dapat anak jek, benjamin button ni tinggalkan rumah... beberapa tahun lepas tu, dia pulang ke rumah... bayangkan... dia jumpe isteri dia dan anak dia... tp dia ngan anak dia dah mcm adik beradik... sedih giler time tu...

part last sekali paling aku suke n sedih giler.... isteri dia yang dah tua, jage dia balik yang jd bayi balik... korang leh bayangkan, isteri mendukung suami yg jd seorang bayi yg uzur... fizikalnya bayi, tp rohnya org tua.. mase bayi tu tutup mata nak meninggal, aku sedih giler......

huhuhuh... so, aku boleh bg 4.5 bintang kepada filem ni.... aku suke ngan persoalan yg dipaparkan.... iaitu, kecantikan tak semestinya satu yg baik. dan takde keindahan yang berkekalan.. bersyukur la apa yang kite ade.... jangan mencari yang tak ada....



Monday, February 16, 2009

aku simpati dengan mas af..!!


huh... aku pun kompius seketika kenapa aku nak tulis entri pasal mas af ni... tp lepas aku terbaca cerita tentang dia, aku rasa simpati sgt... mungin aku tak rasa apa yang dia alami, tp aku dapat rasakan bagaimana keadaan yang dia tempuh dan bagaimana dengan keadaan diri dia nak menempuhi situasi tu...

dr cerita dia tak puas hati dengan pengurusan, pastu tak puas hati ngan pihak polis katanya, dan dia wat kacau di balai polis, dan akhirnya ke wat tu.. aku sedih giler.. aku rasa tak patut dia dapat beban tu sume.. di awalnya, aku rasa dia ada impian sama ngan org lain, artis lain, nak kumpul duit untuk keluarga dengan menceburi secara serius bidang seni ni... tp nampaknye, rezeki tak berpihak kkepadanya... ye la bertahun2 menunggu nak ada album, tp tak muncul2 gak.. memang ar stress kan.. dengan tanggungan dia lagi, iaitu anak dia... dah la kat kl takde sape2... aku simpati sgt... aku taknak komen panjang2 tentang hal ni... tp aku rasa banayk pihak yang memainkan peranan penting dalam menentukan situasi akan berpihak kepada jalan yg mane. positif atau negativ... dan byk pihak juga yg terlibat dalan menjadikan situasi ni berlaku, termasuk mas sindiri.. jd aku doakan yg terbaik... aku nak sgt enda ni selesai.. aku taknak tgok mas mcm tu.... dan pesanan kepada astro... untuk af yang akan datang.. pilihlah calon yang betol2 terbaik dan layak... taknak dikemudian hari timbul lg, artis mee segera, artis tak laku, artis tak bole jual....

peace..!!!!

interview di asyik fm..!!!!

tak tau apa related nye gmbar ni.. tp ok jek la....!! ahaha


hahahaah.. entri ni saje jek aku nak masukkan.. takde yg penting pun.. tp memang pengalaman yang agak membunuh la bagi aku.. dan aku takkan ulangi kesilapan ini.. ahahaah.. actually 14 hb tu, aku ade latihan untuk final projek aku.. sume selesai sekitar jam 5 petang.. sedangkan aku ade interview di asyik.fm jam 5 petang gak..!!! korang bayangkan macam mane.. mase tu memang dah kene sumpah seranah dah aku ngan abg aku.... ahahahah.. dah la aku g latihan pakai short... mane lah leh pakai short kat rtm tuh.. jd terpakse larik ke kolej, amik suar panjang terus masuk kete.. dlm kete aku salin... nasib baik rtm ngan um ni dekat jek..

setelah penat berkejar2.. aku mulakan sesi interview aku jam 5.15... ahahaha... memang aku rasa bersalah sgt.. selalunya aku akan tiba 15 awal di konti.. untuk prepare pape... ni sbb aku memang blank dah terkejar2, aku ckp pun mcm kene kejar hantu.. agagagaga.... laju giler beb.. ahaha.. tp yang bestnye tu, petang tu ramai giler yang kol.... sampai kan kawan dr cheras tu pun kol.. ahahahahhahhaah... apepun sumenye berjalan lancar.. aku dah lakukan sebaik mungkin... hahahaah

Tuesday, February 10, 2009

Handsome VS x Berape Handsome


yang ni tak ansem


yang ni agak ansem kan?

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler…
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…

Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat…
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…

Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…

Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…

Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
Perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…

Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….

Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?


apa kata anda.....???

p/s: copy entri ni dr blog sorang ni.. sooorryyyy....

Monday, February 9, 2009

Trip ke perlis yg "Hot Dlm Dingin..."


waaaa..... nak tulis entri yang ni memang bersemangat... dr perlis lg dah semangat nak tulis... bukan sebab ape, sbb bermacam kejadian yang sememangnye buat aku rasa berbaur2... sedih.. rindu.... kecewa..... gembira.... nak tau lanjut, jom selusuri entri ni.. sebelum tu aku bgtau sket, aku ke perlis sempena majlis ramah mesra MAKUM anjuran universiti malaysia perlis... aku kene nyanyi lah gamaknya ni... ok ready sume...aku nak certitakan pnjang lebar ni... waakakakak


5hb feb 09

pada pukul 10pg, aku bersama dengan pegawai aku dr universiti malaya ni memulakan perjalanan.. kami menaiki kereta. dan pegawai aku, en rasyid bwak anak isteri dia.. ok gak.. riuh sket suasana dengan3 org anak dia yg comel2 tu.... sepanjang perjalanan pergi takde masalah... ye lah mana nak ada masalh dah aku membute dr awal ke akhirnya... ahahahahah... ye la kan... duk sebelah pegwai.. aku ni dah la tak peramah mane.. so ckp yg penting3 jek la.. the rest of my time, tido jek.. sedor2 dah sampai dah.. ahahahah... agak melilau ar mencari tmpat yang nak ditujui ni... last2 jalan terbaik yg sepatutnya kami wat dr awal kami lakukan, iaitu mintak pegawai bertugas kat perlis tu tunjuk.. ahehhhheh... aku di tempatkan di rumah tamu. mule2 en rasyid nak tido hotel sbb dia bawak famly kan.. tp dah aky duk sorang kat umah tamu tu, dia pun duk sekali..ye la besor kot umah tu.... giler nak aku duk sorang2... aku ni dah la pe- - - - -..!!!! haahahaha

ok sampai je ke rumh tetamu tu... kami agak terpesona sbb dia memang rumah teres.... walaupun persekitaran tu agak tak best sbb sunyi sepi sesepi hatiku sekarang. wakakaa, tp kire agak selesa la nak di bandingkn ngan umah tamu um.. ahahahah.. ok ni dia ade beberapa gambaran secara terperinci berkenaan rumah tu.. ehheheeh. semangat ni aku amik gambar setiap barang kat umah tu.. ahahahahahh

bahagian depan umah ni

bilik aku... untuk hari pertama... hehehe.. kelas kan?

ni ruang makan.. simple tp cukup baik bg aku yg kuat melantak ni


master room... bilik aku untuk hari ke tiga.. eheheh.. suke cadar dia.!!!

ni belakang umah tu.. ada jalan besar.. then belakang tu padang padi yg baru di bakar


selesai..!!! 5hb tu, dalam kul 9 kot.. aku kuar ngan kawan aku balqis ngan che.. kitorang kenal by acara makum ngan fs.. then ni sesi jejak kasih la.. eheheh.. having so much fun with them.... maksih sbb amik aku ye korang..!!!!

sebelum ke hari kedua... ade lg satu perkara yg terjadi....!! korang jgn bantai gelak atau ape ye.!!! ahahahah.. takde la ape pun.. tp yang pasti malam pertama aku tdo kat umah tu.. aku tak leh tido..!!!!! aku tak tau la nape tp aku rasa seram sejuk jek..!!!! bilik tu besar.. ade 3 blik dlm umah tu n ade pegawai aku tdo blik lain.. tp still aku rasa takut giler... aku memang tdo tak padam lampu sbb aku tak suke gelap.. then aku tak dpt tdo gak.. dengan ketakutan yg maksimum.... aku terus capai anset, aku terus msg sume cntact yg aku ada... che unimap, malik, nina, fina, abg airiel... ramai lg.. yg msg ngan aku ialah che ngan malik.. ye la dah tengah pg bute tu.. aku dh ngantok tp tak dpt tido.. nak tdo je aku rasa seram.. smpai la ku tak bisa menahan lg dlm kul 4,30... bru aku tertido..!!!! seram...!!!!! aku memang penakut..!!!!! waaawawa


6hb feb 09

ari ni ari jumaat... agak melampau ye statement2 dalam segmen ini... ahahah.. sbb nye aku hanya bangun dr tidor pada pkul 3 petang..!! solat jumaat terlepas ye.. mungkin penat sgt kan dr kl ke perlis... pegawai aku takde, dia g meeting mkum dr pg sampi petang.. yg tinggal kat umah tu, isteri ngan anak2 dia.. oleh kerana keseganan, aku pun duk la menakung dlm blik tu sampai la aku kuar dalam kul 4 lbh untuk sound check.. hehehehe....

yang amik aku adalah kawan aku yg juga aku kenal dalam acara makum, iaitu balqis..!!! dia sgt baik sbb sudi amik aku. ulang alik untuk sound check... then dlm kul 4 mcm tu aku pun blah dr umah menuju ke hotel putra palace.. tp adooo.... baru nak setting2.. jd aku pun bersalam2 dan berkenal2 ngan warga unimap yg ada rehearsal gak petang tu.. ratanya2 aku pernah jumpe dalam acara makum sebelumni... termasuk sorang mamat poyo moyo... (azuan..!!!)...

then aku dengan balqis bincang2 pasal lagu.. hahah bincang la sgt kan.. heheeh.. kami plan nak duet lagu ceritera cinta... tp masalahnye cd petang tu pada pegawai unimap, en wan.. jd menakung lg tunggu diia... tp sebelum tu aku nyanyi dulu, test2 mic n stage, lagu mengenangmu.... eheheeh...

then sampai jek en wan, ape lg terus nyanyi lgu ceritera cinta.. dua2 semangat nak nyanyi sbb tak pernah bawak lgu ni, walaupun susah ok..!! kesian librant tak dpt nyanyi lgu ni.. tak tau dia dah ajak balqis sebelum ni..!!! sowwy..!!! hehehe.. pastu berjalan seperti biasa la.. nyanyi2..... bual2... sume la.. kire nak biasakan diri ngan persekitaran la.... heheheeeh..

then dlm kul 6petang kami balik.. sebelum balik aku mintak balqis anta g mane2 kedai.. then kami singgah 7e sbb nak beli makanan sket.. tak leh makan berat2 malam kang nak nyanyi.. eheheh..

hahh.. ni best.... mase kat 7e tu, aku nk carik air mineral.. yg biasa2 takde, akupun amik ar satu jenama ape ntah dua botol... harga dia rm1.60... then g la kaunter... sampai jek kaunter, terus org tu ckp, takpe ke amik air mahal2 ni... erkk? mahal ke 1.60... sekali tgok rupenya 7.60 ok..!!! untuk air mineral berbotol kecik... memang tak berbaloi ok.. dah air mineral ,bukan ade beza pun yang rage rm1 ngan rm7..!!!! bazir..!!!! tuhan tak suke..!!! terus aku tak jd beli.. ahahahah.. buat lawak tol.... last2 beli gule2 ngan roti jek.... pastu kami pergi kedai runcit biasa kat sebelah 7e tu beli air mineral... tu pun pekerja 7e tu yg gtau ade jual kat sebelah tu.. hahahaah

dah abis beli barang kami pun balik... balqis anta la aku kat umah tu.... then aku sampai jek terus la depan pintu mencari2 kunci... whaat..!!! kunci takde..!!! mcm ne ni.. terus kol balqis tanye ade tak nampak kunci ke ape... memang ade..!!! tertinggal dlm kete... jd dengan sukenya, aku telah menyusahkan balqis untuk pusing balik untuk anta kunci tu.. hahahaahah....

lepas tu, apa lgi, aku pun duk rehat2 jap kat bilik. ingatkan lirik mane2 yang aku tak yakin sgt... then siap2 mandi sume la.. ready nak g dalam kul 8 mcm tu... jd kami pun bergerakla ke tmpat show tu.. smpai jek sane tak ramai lg yang sampai.. aku malas nak duk kat table dinner sbb aku nak lepak ngan performer kat area stage... si balqis ni tak sampai2 gak.. dah 8.45 bru sampai kot... memang diva tol.. ehehehe... :-)

lepas tu berjalan la acara tu mcm di jadualkan.. takde masalah sgt... kalau ada pun pentas la takde lampu... boleh? ahahaha.. layankan aja....heheeh.. aku pun nyanyi dua lagu setengah.. menegnangmu ngan quando3.. dan duet ceritera cinta ngan balqis... eheheheh.. hah.. agak sedih sbb che tak dpt dtg.. aku dah ckp datang jek... tp dia taknak... ape la..!!!! boleh jek kot..!! tak dpt dia tgok duet kami live2..!!!

performance lain pun takde masalah... yang masalah di mata aku adalah si azuan ni.. giler ketat muka nak nyanyi.. sore dah sedap tp ketat..!!!.. pastu goyang badan mcm geli2 jek aku tgok.. wakakakaak... sian budak ni.. kene bahan jek ngan aku.. takpe la.... (taknak edit..!!!)

nak selitkan gmbar tp hah aku takde gmbr sgt sbb tak bwak kamera... ni jek yg dapat aku selitkan....


ni aku tengah rehearsal.. arggg keringnye aku..!!! tak suke..!!!



ngan balqis..!! ni la dia siti nurhaliza unimap..!!! angin kuat... rambut aku mcm lion king.!!!

ni waktu show malam tu, azuan, sham dan aku... hahaah... smpat lg amik gmbar

abis jek show,a ku ngan balqis ape lg, terus menuju ke meja dinner tanpa rasa sangsi dan syak lg... tanpa mempersoalkan sape lg yg belum mkan, kami terus membelasah makanan itu bertubi2... ahahah.. ye la kan.. berejam kami nyanyi org lain dok makan sedap2, jd kami inginkan hak kami..!!!! hahaahh.. then duk semeja ngan kami adalah seorang penyanyi cina aku lupa name dia.. ngan librant.. penyanyi unimap gak.. dak master tu... heheeh.. smpat la berbual... aku tak kire librant..!!! aku nak gak minus one terima kasih cinta tu..!!! nak..!!!!

hhhehe abis jek show malam tu. kami tak citer banyak... hah tp ade satu kejadian yang menarik utnuk ceritakan.. lepas jek aku abis show dan nak menuju ke meja makan.. aku dah disapa dengan baiknya oleh kak sal.. dekan kebudayaan unimap.. then u know what..!!! she kissed me..!!! ahahahah.. terkaku aku jap.. tp jgn pk bukan2. bukan kiss yg lbih2. mcm anak2 dia la mcm tu.. dia ckp well done... gud job.. mcm tu la.... sampai si balqis ckp, pelajar unimap sendiri dia tak cium... yeeeeee balqis jeles..!!! ahahahah

ok selesai sume mlm tu, kami balik awal gak ar.. sbb pagi esok dijadualkan kami akan ke prince university of songkla.. ahahaha.... jd berpisah seketika di malam itu...

malam tu.. sekali lg peristiwa malam semalam berlaku.. aku tetap tak dpt tido... tak tau nape... kalau aku pusing kiri, rasa ade benda kat belah kanan aku.. cmm tu gak sebaliknya. jd aku tdo dengan tegak memandang ke hadapn..!!! mlm ni ramai gak aku msg.. tp yang layan aku cume azuan jek...!!!! ok la.. kalau tak serious aku tak dpt tido siot.. waaaakkaaa... fairuz penakut..!!!!!!

hhaahah

7hb feb 09

pg tu.. bermula dengan semangat sket.. ehhehe.. maklum la nak g songkla..... aku bangun dlm kul 6.. sbb ade makhluk bengong kejot aku kul 6... then siap2.. n kemas barang sume.. sbb kami akan tinggalkan umah tu.. pegawai aku tak ikut dah.. dia terus balik kl... jd aku ikut rombongan pegawai makum la... terus je siap2, en wan dtg jemput aku... then kami terus pergi amik student lain.. dilla ngan balqis.....

semasa dah ambik dilla n dalam perjalanan nak amik balqis... ade peristiwa gak.. yg sgt mendukacitakan.... tetibe si dilla ckp, ""abg wan, dilla takde paspot, tertinggal kat umah..".. en wan ape lg, gelabah la dia... jd aku dengan ingin menenangkan hati pun amik la beg dan nak wat semakan terakhir yg aku memang bawak pasport.... tiba tiba....!!!! aku terbawak pasport singapore...!!!!!!! terus berderau darah aku and kami bertiga dlm kereta dah mcm org giler... padahal nak pg songkla dah ni.... patut la aku pelik nape pasport aku wane biru.. sbb selalu wane merah..!!! sengal nye aku..!!!!

tp kitorang cube tenangkan diri.. pergi amik balqis sume..... dan biler diberitahu jek, balqis terus tak suke sbb dia memang plan nak pg ngan kami sekali... jd lepas berbincang2, en wan cuba gak lg.. tanye kawan dia. tanye bapak dia.. kol imigresen sane sini... thanks en wan..!!!!!! dia try gak cube nak setlekan masalah kami ni... puas gak la tgok dia kol sane sini.. dan akhirnya kami diberitahu masalah selesai.. kai boleh pergi pakai border pass kecemasan ke mcm tu... dan disebabkan masalah ni kami kene gerak kul 2 petang bersama2 ngan nc unimap.. sbb trip pg dah gerak awal... kami pun lepak2 kat umah tamu balik.. ahaahhahah

dlm kul 1.30 mcm tu en wan kejutkan kami.... kami dah gather kat ruang tamu, dan en wan memberitahu kisah sedih bahawa kami tak dpt kelepasan dr nc untuk pergi.. ye la sbb dia kata bahaya biler dah pergi berpecah2 ni.. tol gak... aku pun sebenarnye dah tawar hati nak g sbb byk sgt halangan.... last2 yang pergi balqis sorang jek... dilla balik n aku stay umah tamu..... sedih giler ok.. sbb aku duk sorang2 kat umah tamu tu..!!!! puas aku pk sape aku nak kol mintak tolong belikan makanan ke ape ke...last2 aku cntact azuan..... jd disini aku nak berterima kasih yang teramat sgt sbb dia sudi bantu aku.. kalau tak aku memang tak tau nak ckp mcm ne.. dah la umah tamu tu kawasan tak de kedai.. sunyi.... memang kalau diia takde, mati aku dibuatnye.....

jd sepanjang petang sabtu aku lepak2 ngan azuan.. aku mintak tolong dia sbb aku nak beli tiket bus balik kl.... dia pun tolong belikan tiket bus pg isnin....

pastu aku dpt tau isnin aku ade latihan theatre pada kul 2 ptg.. aku pun terus bergegas mlm tu untuk tukar tiket... tp hampa.. akk tu tak bg tukar... jd burn duit aku rm43..!!!! dan serentak ngan itu aku pun nak beli la tiket baru petang ahad...... aku bg duit rm100.... sampai je umh aku perasan akak tu bg rm7 je baki.,. rm50 lg dah takde.!!! lg la stress aku.. mcm2 benda berlaku kot... aku memang hampa kecewa, stress.... aduii..!!!!! tp tak pe la.. aku tenangkan diri.. ye la aku kt hujung malaysia tu.. kalau aku giler kat sane, mau2 aku kene jual kat padang besar tu.. ahahahaah... jd pastu malam sabtu tu aku tido ngan segala masalah yg berlaku pada hari itu... dingin giler..!!!!

8hb feb 09

8 hb ni ttakde pape berlau pun.. aku bangun dlm kul 12... then aku kemas apa yang patut sbb aku nak berlepas balik ke kl kul 4... jd aku kemas umah tu sket... plh baju.. mcm tu jek la..... aku kecewa sebenarnye.. sbb awal aku dtg perlis ni sume berjalan ngan baik.... dpt jumpe che, dpt wat show ngan balqis.. kitorang jenjalan makan same2... tp biler tak dpt ikut trip tu, pastu aku balik kl, aku tak dpt jumpe balqis ngan che.. tu yang sedih tu.. aku balik sorang2 jek... tp sekali lagi aku berterima kasih pada en AZuan ye.. staff jebudayaan unimap.. sbb kalau dia takde dah sah2 aku menapak ke stesen bus tu.. ahahahah... ahahah

kesimpulan.. :-)

aku bersyukur sebenarnye sbb dapat pergi perlis ni.. satunye, sbb aku dpt jumpe balqis, che, azuan... sume la.. en waan... sume ni memang baik dan aku takkan lupe korang.. even di akhirnye tak berjalan dengan lancar.. aku puas hati sbb aku rasa sampai aku balik sekarang ni, hati aku masih lg kat perlis.. kenapa ye.. sape leh jawab? heehehehehe... teeettt.. no komen.... jd moral of the story... nak pergi mane2 wat double check... benda2 penting tgok tol2... ahahahaha... jd tak la melilau mcm org giler dibuatnye... hehehehe.. bawah ni aku ade insert gmbar yang tak berapa penting.. tp aku nak masukkan gak... eheheh enjoy this entri ya...




kasud show aku.. motif? ahahaha

barang2 aku.. hahahaha

selepas aku menghuni blik ni.. bakul sampah jadinya..!!!

candid ok..!!!!! giler jahat sape yg amik ni..!!!


p/s: thanx che sbb jumpe 1st time, tp ko layan aku bek giler.. hope to c u again very soon. tak smpat amik gmbar ngan ko.!!

p/s: balqis..!! rindu kamu.. kite mesti jumpe lg..!! thanks byk2..!! im glad to meet u.!! ceritera cinta... tiada bernada....

p/s: en wan..!! memang staff yg bagus..!! makasih.. ade show lg panggil ek

p/s: azuan..!!! a billion thanks to kau... sbb BYK SGT tolong aku..!!! u know rite?

p/s: aku nak dtg perlis lg, nak amik hati aku yg tertinggal..!!!

p/s: dua hari nak siapkan entri ini ya.!!!!!!

p/s: boy ade kol aku.. dia suh tulis dlm entri ni.. haahaah aku lupe dia kol biler... sabtu ek?

p/s lg : atie... makasih ye sbb akan belanje kfc.. heheeh

Thursday, February 5, 2009

mlm td PJ hilton, ari ni ke Unimap


haha.. ke bz an aku makin mencengkam jiwa sanubari... wakaakakak.. walaubagaimanapun, andai keikhlasan tu berganding dengan keseronokan, kepenatan itu pasti tidak terrasakan... waaa apa aku merepek ni.... hahahaah.. ok mlm td aku ade show kat pj hilton.. dinner pusat sukan universiti malaya... diorang panggil la si fairuz selamat ni untuk menyanyi.. ahahaah...

malam anugerah pusat sukan ini merupakan satu majlis yang mana memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada mereka2 yang memberi sumbangan cemerlang samada dalam sukan dan pelajaran.. jd byk la nama yang naik2 tu.. eheheh.. aku jek takde....

ye la dah mlm td aku menyanyi tu hape.. mlm td aku nyanyi satu lagu solo, iaitu mengenangmu by kerispatih, dan dua lagu duet. pantun budi ngan pandang pandang jeling jeling. aku berduet ngan kosmet aku yang aku panggil biduanita iaitu kak isma. atau ismaliza ishak. heeheheh walaupun mcm taik jek kitorang, tp show berjalan dengan lancarnya,...

lepas je kami nyanyi, terus larik ke meja kami, dan apa lagi, melantak mcm tak pernah jumpe makanan.... hahaahah.. chinese food... ahahah. sedap gak.. yg paling sedap yang last sekali.. kek aiskerim tu.. woooo.. rosak suaraku.. ahahahhaah....

mlm tu lepas abis show aku ngan team2 aku g bowling kat mid.. dlm kul 11.40.. sbb dah agak lewat kami sempat main 2 game jek.. aahaahaha...

then mlm td tdo... kul 3 mcm tu.. pg td bangun then kemas apa2 yang patut sbb pagi ni aku nak berlepas ke unimap perlis.... ade dinner lg.. ahahaahah makan..!!! dinner makum atau majlis kebudayaan universiti semalaysia... ahaha.. yeeehhhaaaaaa........ makan3... aku akan nyanyi 3 lagu mungkin.. aku plh pantun budi, mengenangmu dan quando quando quando.. eheheh.. buat pengetahuan umum yang mungkin nak tau, eheheh, mengenang mu tu lgu peberet aku tika ini,. hahahaahah.. aku rasa lgu tu di cipta untuk aku la.. ahahahahah...

ok...jd aku ni tengah seronok sb nak g unimap... heeheh. sbb nye.. sabtu ni kamu akan ke songkla thailand.. lawatan ke universiti kat sane... best3... tak pernah masuk thailand lg ni.. harap2 sume berjalan lancar....

jd semua... untuk kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat berhujung minggu....mungkin aku akan offline sepanjang 4 hari ni... tp jgn malas nak hub aku erk... bg msg ke ape.. then ill shoot u back....
ok thats all for now... c u then..... bubye...

p/s : atie... jgn malas2... g kemas umah apa yg patut.. heeeheh

p/s : biyan.... diet3..!!!!

p/s : nakulahanat..... makasih bg direction semalam.. ahahahh nanti aku banje sekerim malaysia


p/s : fina... diet3..!!!!

Tuesday, February 3, 2009

DTA...Debat Terbuka Acap.. eh silap ASTAR...


posto..! posto..! posto..!! hehehe ni entri terbaru aku... dan kali ini berkenaan debat terbuka astar.. atau singkatannya DTA..... untuk kamu2 yang tak tau ape itu dta.. dta ni adalah satu pertandingan debat terbuka antara itp semalaysia yang dianjurkan oleh kolej kediaman pertama.. ASTAR... kire mcm tradisi gak la... selama aku ade kat um ni ni kali pertama aku terlibat secara lansung dengan DTA.. walaupun sekadar sebagai RUNNER (diatas kertas tertulis sbg runner)...

so untuk sesi 2008/2009 punye penganjuran ni, bermula pada 28hb jan dan tamat secara rasmi pada 1hb feb... time cuti2 raya ciner ni kan... aku pun sehari jek balik umah.. sempat la pekena udang masak merah kakak aku.. then chiou balik um blik.. waaa rindu kat anak sedara... tak sempat jumpe..

so 28h tu bermula dengan sesi pendaftaran peserta yang datang dr segenap lapisan universiti di malaysia.. sumenye ade 40 penyertaan... sebagai runner aku ditugaskan untuk handle satu team.. aku dapat team UNIMAP.... heheeh.. so mlm tu kire sesi suai kenal ar... tp belum ape ape pun lg, dah ade berite x gembire sbb beg salah sorang peserta yang aku jaga ilang mase pendaftran.. waaaa.. dah la wat pengumuman takde sape pulangkan... kene la budak tu pinjam baju kawan2 dia.. ahhahaah

ok kite citer pasal dta lak... sepanjang dta ni takde pape yang di luar jangkaan berlaku la.. sumenya pada aku berjalan dengan lancar... sedikit2 masalah tu adat la... yang penting kalau kite dah stress mcm ne pun, sumenye kembali pada rumpun yang sma.... menginjak pada udara yang sma.. jd tak de masalah...

berkenaan dengan peserta lak.. aku rasa ok jek.. takde la yang demand tak tentu pasal ke ape.. ye la kolej kami ni kolej usang... jd nak menyediakan kelengkapan terbaik memang agak susah la.. walau mcm mane pun kami cube usaha memberi yg terbaik

haaa... tentang usul lak... secara keseluruhannye, aku puas hati ngan usul yang diutarakan.. tak nampak la mcm usul yang sah2 berat sebelah.. (yeka..!!) ehehhe.. paling aku suke ialah usul, gosip mengangkat artis... ahahahahah kalau aku yang berdebat tu, jage la pihak lawan.. aku laserkan.. haahahahah...

setelah berlalu semua pringkat, pentas final menyaksikan upm(b) bertarung dengan mmu... dengan usul hitler mampu bantu palestin... dan usul telah ditolak dan kemenangan telah berpihak kepada mmu... pendebat terbaik juge kepada pendebat mmu yang bernama agak mengujakan bg aku iaitu myer iyyenman...

tentang team aku lak, ok jek takde masalah.. aku try berkhidmat sebaik mungkin.. sakit perut, aku belikan ubat... gastrik, aku dapatkan pil.... haus, aku belikan air.. takde kamus, aku lari jap g pekan buku carik.... yang penting diorang puas hati.. eheheh walaupun setelah 6pusingan kami hanya berada di kedudukan 28.. kami puas hati kerana rata2 yang join adalah junior... ehheeh makasih wahidah, bedah, saiful, afham... semoga kite jumpe lg...

setelah abisnye debat ni, pada 1 hb adalah tarikh untuk peserta cekout.. eheheh... kitorang dah free la hak sket... tp rindu sebenarnye suasana waktu ade peserta luar ni.. meriah semacam jek.. byk kawan jumpe.... kat toilet memang saat paling meriah.. ahahaha... dengan berebut shower room nye.. ahahaa

walaupun aku bukan ajk dta.. aku dapat rasakan aku betol2 tolong.. sb ape, nak jage name kolej kan.... aku puas hati dengan penganjuran kali ni... harap masalah2 kecik tu tahun depan dapat diperbaiki... aku dah la sem akhir, puas hati gak la sbb sekurang kurang nye aku dapat join aktiviti kolej.. hahaahah

p/s- izat ngan ejin, pasukan aku ranking lebih tinggi dr ko ek.. amin punye team pun bawah aku.. eheheheheh.. yeehaaaa

p/s- sume yang bertegur ngan aku pertama kali dlm dta ni, jgn segan silu nak tegur aku.. aku ni payah sket nak tegur org.. wakakak

p/s lg- amin, jgn lupe lirik lg.. kalau tak ko disingkirkan dr ukhwah astar

p/s lg2- gambar akan di upload kemudian..heehhe

Monday, February 2, 2009

Badan Aku


hhahahah.... aku tak tau nape, tp td aku belek2 majalah, then terbaca satu artikel tentang jenis2 bentuk badan kita... ada tiga jenis semuanya.... iaitu Ectomorph, Mesomorph dan Endomorph. dan aku adalah dalam katagori Ectomorph.. iaitu kurus...

selalu kawan aku ckp, best la fairuz dpt badan mcm ko, makan pelahap mcm bela anak jin pun badan tak naik2.... tp personaly, aku memang tak berapa nak gemar jenis badan aku yang kering kontang ni... aku gemar jnis badan mesomorph.. satu sebabnya, selalu jek aku rasa kalau nak carik baju, susah nak dapat yang betol2 cantik terletak pada badan. kalau panjang dia ok, mesti lebar dia besar.. kalau lebar dia ok lak, mesti panjang dia pendek ke ape... susah3.... nasib baik la zaman sekarang ni ada butik2 yang cipta baju khas untuk aku (maksud aku untuk org2 kurus ar.. ehheeh)

aku suke kalau badan aku berisi sket... sbb banyak jek baju yang masuk aku rasa.. ehheeh.. tak suke la kurus2 ni... dah la nak naikkan otot sikit punye payah... bertahun aku rasa aku kene hadap kan muke aku kat gym tu.. tu pun aku rasa naik seinci dua jek...

huhh.. takpe2.... bebel banyak2 pun tiada berguna kan.. tol tak? hhuhuuhu.. ni kat bawah ni aku senaraikan beberapa description berkenaan jenis bentuk badan aku iaitu ectomorph... mungkin sama ngan korang nye bdan... kalau tak sama seratus% pun mungkin ade sket2.. kan? yang pasti aku tau aku ni katagori entomorph.... iaitu cekeding.... ehheheh

ECTOMORPH...

Anda yang berada dalam katagori ini biasanya bertubuh kurus, mempunyai berat badan yang ringan, sendi yang kecil, dan otot yang kurang berlemak.... selalunya ectomorph mempunyai aggota badan seperti tangan dan kaki yang kurus dan otot yang berserabut. bahagian bahu juga mempunyai kelebaran yang kecill

SIFAT TIPIKAL

- rangka badan dan struktur tukang yang kecil
- bahagian dada yang rata
- bahu yang kecil
- bertubuh kurus
- otot yang kecil
- sukar untuk menambahkan berat badan
- mempunyai kadar metabolisme yang tinggi

BENTUK SENAMAN

tumpukan kepada bahagian otot yang besar dengan menjalani latihan k ecergasan yang agak berat. perlu melakukan lebih banyak pergerakan dan memakan lebih banyak makanan berkalori yang menyihatkan. latihan kecergasan yang heavy atau berat digalakkan untuk semua bahagian otot dan perlu dilakukan secara kerap dan intensif. ini adalah untuk membentuk otot utama badan agar memberi impak tubuh lebih tebal dan berisi.

p/s 1 - kepada roommate aku aish ngan ejin, walaupun aku selalu panggil korang ngan panggilan yang kurang enak, sebenarnye aku akui badan aku yang sebenarnye kurus dan kering sampaikan korang panggil aku cekeding dan "walking playwood"

peace....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...