Wednesday, January 28, 2009

Boikot KFC ( Kentucky Fairuz Chicken)?

hahahah.. topic yang sangat menarik sekali.... ye la kan setelah beribu nyawa tak berdosa dibunuh mcm tu jek, zalim ar aku kalau aku terus menyokong kepada penyumbangan apa2 bentuk sokongan kepada pihak israel ni.. and lately, kite satu malaysia dah canangkan kempen memboikot barangan israel. dengan niat untuk meng blok ape2 bentuk sumbangan kepada pihak tu.. antaranya ialah memboikot kfc, mcd, starbuck.... and bla bla bla ahhaah...


aku boleh je boiket kebanyakan barangan israel tu.. tp mane leh boikot kfc...!!!!!... tak bleh... mane mampu... mampu ke aku menahan diri aku dr memakan kentucky fairuz chicken.... huhuh.. tp sebenarnye aku try gak tak makan ari tu dua minggu... wooooo gelap duniaku wooo... then td aku terbaca satu artikel kat fs... yang membahagiakan..!!!!..... jd silalah baca artikel ini


Tujuan email ni adalah untuk memberi penjelasan mengenai boikot KFC. banyak orang dah tanya pada saya mengenai KFC.dan ada juga yang sms kata "baik ko berenti keja ngan KFC.ko dok bunuh orang palestin"... .dah banyak sms yang saya dapat...daripada kawan2 sekolah, universiti dan segenap lapisan masyarakat.

Untuk pengetuahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M) Bhd. Kulim ini pula adalah anak syarikat Johor Corporation. siapa yang tidak tahu sila cari mengenai johor corporation. oleh itu, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik malaysia. tiada sebarang keuntungan yang diberikan kepada US mahupun Israel. KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysia hanya membayar yuran penggunaan nama sahaja.

akan tetapi, setelah KFC menjadi anak syarikat Johor Corporation, pengerusinya sedang berusaha untuk membeli KFC di US. ini adalah usaha yang sangat murni. Tan Sri Ali Hashim adalah pengerusinya yang memang mempunyai idea bisnes yang bernas. selain itu juga, dibawah KFC Holdings (M) Bhd terdapat anak syarikat iaitu :

Pizza Hut
Kedai Ayamas
RasaMas Restaurant
Ayamas Food Corporation Sdn Bhd
Region Food Industries (Sos life)
bakery ( untuk garlic bread & roti2 di KFC)

tenaga kerja untuk semua syarikat ini adalah majoriti melayu islam.oleh itu, bayangkan lah jika masyarakat memboikot KFC apa akan terjadi kepada orang islam malaysia?oleh itu fikir2 kan lah apa yang saya katakan ini. diharap dapat memberi penjelasan kepada sahabat2 dan sesiapa sahaja.sama- sama kita membangunkan ekonomi orang islam.inilah dinamakan Jihad Bisnes.
sekian.

Muhamad Ammar Abdullah
Halal Audit Executive
KFC Holdings (M) Bhd

so untuk korang yang nak memboikot2 ni, kene kaji dulu kot.. bukan ape.. nanti kalau kite main boikot je sebarang, yang kene efect is tokey n pekerja gak. dah la majoriti pekerja contohnye mcm kfc, adalah org melayu.. kan?.. di ingatkan di sini yea... usaha memboikot untuk memberi kesan kepada israel adalah usaha yang murni... aku sokong.. tapi if usaha yang dibuat takde kesan malah memberi impak negative kepada orang2 kite, tak gune gak kan.... heheehe peace..

hentikan pergolakan di bumi anbia.!!!!

p/s: Kak, Kfc Dinner Plate satu... Ayam sume thigh, air no ice....!!!!

(thanks anonymous)

Lyric Pilihan Hati

hehehe.. aku ni memang suke kan lirik... aku suke bnda2 yang bermain dengan bahasa ni.. sbb pada aku bahasa is the best way how to project ur emotion... "project".. bermaksud luahan hati dalam satu situasi yang dipaksa... yela... kekadang kite perlukan satu situasi yang memaksa baru kite dapat luahkan sesuatu dengan lebih dramatik.. tul tak... btw ni beberapa lirik yang aku rasa sangat bagus.....

Let Me Fall
Josh Groban

Let me fall
Let me climb
There's a moment when fear
And dreams must collide

Someone I am
Is waiting for courage
The one I want
The one I will become
Will catch me

So let me fall
If I must fall
I won't heed your warnings
I won't hear them

Let me fall
If I fall
Though the phoenix may
Or may not rise

I will dance so freely
Holding on to no one
You can hold me only
If you too will fall
Away from all these
Useless fears and chains

Someone I am
Is waiting for my courage
The one I want
The one I will become
Will catch me

So let me fall
If I must fall
I won't heed your warning
I won't hear

Let me fall
If I fall
There's no reason
To miss this one chance
This perfect moment
Just let me fall

cantik kan lirik ni.. aku suke giler.. aku rasa salah satu lirik lagu omputih yang bermain dengan perasaan.. lirik yg sungguh dalam... mencari kesempurnaan dalam menghadapi kecelaan... biarkan aku jatuh, kerana di situ akan muncul segala kebenaran samada positif atau negative

Di Batas Masa
Siti Nurhaliza

Setiba kita di batas masa
Nobat nafiri tiada bernada
Sehelai daun kering berayunan layu
Menanti saat di bawa bayu

Langit mendung hujan pun gerimis
Sayup terdengar sendu dan tangis
Bertitian bisikan kalimah nan suci
Berdoa mudahkan perjalanan
Terakhir ini

( korus )
Berat mata memandang
Berat lagi tanggungan
Bebanan perasaan
Kendati pun sejarah
Dosa pahala pastikan di kira

Bagai terasa keresahan di jiwamu
Bagai terdengar suara meruntum kalbu
Tiada walau sesaga di bawa pergi
Tak berharga puja dan puji

Kala jantungmu bagai laut bergelombang
Lemah cengkaman jejarimu di genggaman
Betapa sukar untuk kita menerima
Tiba detik pasti terpisah
Di batas masa


bukan kerana aku peminat siti, tapi lirik ni memang bagus... pertama kali aku dengar lirik ni, aku dah terpukau.. bagaimana penceritaannya berkenaan peralihan alam dr nyata ke alam lagi satu... mengikut fahaman aku, its about, org yang nazak nak meninggal dunia... cantik kan... syabas habsah hassan

Tuesday, January 27, 2009

Beli Tingkap

hahaahahah.. kalau dalam bahasa omputihnye, window shoping... haahhaahah... ni la keje aku... ngan syarafina bte abdullah.. aka fina.. ye la kitorang ni memang regular customer kat bowling mid tu... then sebelum kitorang atau selepas kitorang main guli besar tu, kitorang akan window la shoping ni sedahsyat yang mampu... bukan nak beli sgt pun.. kalau betol niat nak beli baru beli...

hahaahha.. jd ni ade beberapa (due jek) yang aku nak letak kat sini.. time kitorang window.. heheheheeheh


ha yang fina pakai ni kat nichi.... aku yang plh tu... cun kan.. fina beli yang ni.. sbb dia nampak kurs kalau pakai.. plus nice colour rite? ehehehhehehehe...


yang ni aku lupe kat ner... tp yang pasti aku tak beli... tp memang plan nak beli.. hahaahah.. amacam, cun tak combination short ngan kot.. ahahahah.. smart kan... mcm smart tax.. ahahahahaha

Takziah to Atie..



im so sorry ya atie, coz im not here to accompany you... what ever it is, u now rite, im still here even not in front of you...

guys, for ur info, atie kehilangan bapanya semalam... so lets do pray for atie dan arwah ayahnya... atie, kite semua tau kan, allah sayangkan ayah atie lebih. dan dia taknak lagi ayah atie derita.. jadi org nak atie b strong ya... i wanna see the same spirit as yesterday... we all are here for u babe.... dan kitorang semua akan doakan semoga ayah atie ditempatkan di tempat paling indah di sisiNYA.

buat atie sekeluarga, takziah..

al-fatihah...

Sunday, January 25, 2009

Petang yang senang bersama Atie & Yan

eyes on me

semalam dok la berborak ngan atie...... sampai one time terkeluar dr mulut ku ini "atie esok jom kuar, busan ar takde bnda nak wat...".. ahahaha.. ye la.. ni tengah cuti2 raya cine ni, sume dah tak sabar2 nak chiou ke kampung halaman masing2... jd kat blog dan blok aku ni dah mcm umah antu dah.. tinggallah aku bertemankan kesunyian.. then aku ajak ar atie kuar.. sbb dia dah lama ajak kuar, tp bz ar aku.. then td free aku pun kuar ar..... aku ckp ngan dia ajak ar sape2 bagi meriahkan suasana... then dia pun gigih mengiklankan sesi hongout kitorang kat facebook... tapi takde la yg nak g sgt pun.. ala kitorang pun bukan wat gathering yang meletop2 pun.. setakat kuar jalan2 makan2 jek...


then td pg aku bangun dlm kul 10.30, nur ashrin bte suhaimi atau ain... telah meng buzz aku.. dia mintak tolong anta g hentian duta.. sbb dia nak balik kampug... then ape lg, aku cecepat la g mandi.. (sbb dah lama tak mandi.. wakakakak).. then dalam kul 11.15 kitorang merempit la ke hentian pudu.... aku bukan tau sgt jalan ke sana... then mase nak balik ade ain bg peta, tp aku redah je, sampai la gak.. ehhehehe..


then terus siap2 aku terus drive ke mid lak..... aku bosan nak mati duk bilik ni.... kalau sebulan mcm ni, sebulan la aku tak mandi, tak makan tak wat pape... then sampai je mid terus kol atie, then ada sorang kawan dia nak join, name dia yan.. then kitorang jalan2 la sekejap... then taktau nak wat ape, kitorang decide tgok movie jek la... tgok bed time stories... ehehehhe.. not bad... best gak...



lepas abis je tgok movie, kitorang g melantak la ape lagi... puas td carik kedai makan, tapi takde yg bukak selain kfc. (oadahal memaang dah plan sebulan nak makan kfc ari tu,.. haha).. then kitorang pilih la kfc, aku tak kesah pun sbb kfc memang makanan ruji aku... heheheeh. makan la aku snake plate jek.. sbb aku tak lapar sgt td.. selalunye aku makan dinner... eheheheh...


lepas tu sesi bergambar.. ahahahha.. maklum lah aku td control je malu.. padahal kalau ngan member2 aku, tak sah kalau tak amik gambar beratus2 keping sekali keluar k.. ahahahah.. jd yg banyak pegang kamera tu atie ngan yan jek.. aku still in the photo ok.. ahahahaahah... jd keluarlah segala macam bentuk pose dan gaya.. tak kisah la.. yg penting tak mengganggu ketenteraman awam... (kalau ade yg terganggu sila maafin kami ya)


dekat kul 6 mcm tu, yan dah mintak diri nakbalik dah.. aku pun tak leh lewat sgt sbb ade hal nak wat... dah la malamnye kang aku nak berangkat balik ke umah.. kat johor tu.. jd dalam kul 6 mcm tu kami mengucapkan selamat tinggal kepada masing masing.. eheheheeh.... tak byk bnda yg kitorang wat sbb tak plan sgt pun nak keluar ni. tibe2 jek.. but still having so much fun with u 2 guys.. ehehehe counting for our next gathering.. pasni kite plan wat gempak2 sket ek.. lawan bowling ke, karaoke ke... ehehheeeh

ni la kami bertiga yang kuar ari tu.. (thanks uncle sbb amik gmbar kami)


where is to go?

back of me..

diorang candid...!!

Review Lentera Timur



hahaah... salam Lentera Timur ya.... ni apai nak bg komen apai untuk lentera timur heheeheh.... agak masa hampir seminggu sbb nak bg dia mesra telinga dulu.. then baru leh komen.. ehehehe ready sume..!!!!!

layout

wonderfull..!!! mase 1st tengok aku dah kagum.. aku terus terdetik yg siti tak pandang ringan dalam proses album ni.. bukan shot je cantik. editing n efect pun bagus. cume ade dua gmbar aku kurang gemar... 1, yg jd cover buku lirik tu. sbb aku rase editing dia tak bersih. 2, gmbar yg kedua. aku rasa kedudukan siti kurang cun. atau mungkin kedudukan selendang tu buat kepala dia tk cun. the rest, memang boom..!!! aku yakin akan menang cover album terbaik AIM..!!! aku yakin..!!!

tajuk album

sangat sesuai..!! satu sbb siti sendiri dalam pembikinan album menyifatkan album ni adalah satu wahana dia untuk memartabatkan muzik etnik. elemen dlm album ni bukan 'malaysia', tapi nusantara n global. jd penggunaan perkataan cahaya timur tu sgt sesuai.


suara siti

secara jujur, suara siti tak senyaring dulu. lepas kahwin memang ada efect. tp kelebihan siti sekarang, suara dia matang. sejak transkripsi, nyanyian siti lbh jiwa berbanding dulu. kalau dulu aku rasa sedap, tp sekarang sedap dan makan dalam. hayunan lenggok dan lontaran angin siti lebh berbagai. luahan jiwa yg jelas dalm setiap patah perkataan. peluang yg cerah untuk gelaran vocal terbaik wanita kali ke 10.


lagu

di kayangan kita
intro ghazal sbb ada gambus. sgt sedap. biler siti goreng sket depan tu memang sedap. tmbah gesekan gambus tu. lgu ni lebih kepada pembukaan yang relax untuk album ni. mengikut pemahaman aku, lirik dia tentang couple yg memasuki alam rumahtangga kan. lirik yg matang. suara siti pun matang. aku suke sbb tak byk lenggok sgt. lagu ni susah sbb graf dia mendaki dengan perlahan. pernafasan yg kuat dr siti. arrangment yg baik. lgu ni mendamaikan. tidak mengujakan tetapi mengasyikkan

bintang malam
ni irama rambong.. sgt catchy... best.. intro yg sgt indah.. masuk je verse, terus diwarnai dengan suara siti. best sbb ade perkataai ooi..!! kat verse tu. klasik. lagu ni kiud. kalau buat show lgu mcm ni masyuk.. arrangment pun best, violun tu best. suara siti biasa je sb lagu ni tak tertumpu pada kehebakan suara, tapi attitude. dengar mase siti ketwa kat ujung tu. dia bg jiwa kat lagu ni.

cinta ini
antara lagu fav aku. pada aku antara lagu terbaik. katon bagaskara. intro yg baik. perjalanan melodi yg indah. sgt bersatu dengan suara siti. lirik lagu ini aku rasa antara yg terbaik dlm album ni. simple. tak guna word yg klasik, tp subtext diia indah sgt. mencintai seadanya. suara siti juga antara yg terbaik dlm lagu ni.gubahan ug indah dengan iringan seruling. memang bunyik tu berhantu. aku suke beat dan tempo lagu ni.

ada masa mata
satu lagu irama rambong. simple lagu ni. juga bermain dengan attitude. verse yg cukup kiud. simple dengan iringan musik yg minima. suar siti bermain dengan attitude dan emosi kat sini. aku bayangkan siti nyanyi dengan pakai aksesori kuku yg panjang mcm org thailand pakai tu.. hhhu.. lagu ni kiud. gubahan yg simple jek. tak byk guna instrument.

bulan yang mesra
kebanyakan lagu dlm album ni adalah etnik yg diadun dengan elemen moden. lagu ni antara yg mengekalkan elemen tradisional yg kuat. menyeimbangkan kemodenan lagu lain dengan unsur klasik yg kuat. mengasyikkan. aku suke suara siti. lagu yg susah nak nyanyi. aku suka kalau dia banyakkan violin or high string dlm lagu ni. antara lagu yg aku dengar kalau nak relax.. sgt menenangkan. gubahan simple dengan iringan gendang yg menyusur sepanjang lagu.

seloka budi
taks angka adnan wat lgu mcm ni kan. hahaah.. quite good right? lirik lagu ni bagus.cacthy. lagu yang best kalau kite nak dengar happy2. suara siti pun bagus dlm lagu ni. lagu ni susah gak. tak sempat nak ambik nafas. lagu ni antara yg paling variety graf dia. buat show ni memang happening. gubahan pun bagus.

rasa antara kita
antara vokal terbaik siti lagi. mula je verse pertama, emosi siti terus sampai. lagu ni tak catchy sgt. tp emosi dia sgt menyenangkan. kalau kite hayati melodi dia, kita boleh tersenyum sendirian. korus dia biasa jek. susah gak sbb agak tinggi. tapi aku paling siti mase verse lagu ni. mase dia sebut "dari seorang kawan".. mcm kiud giler.. lirik dia simple, tp subtext dia bagus lgu ni.

senyum minang manis
meriah..!!! antara lagu paling urban dlm album ni. intro jek gempak semacam. lagu ni memang gabungan tradisional, etnik, moden dan fusion. lagu ni memang best. antara lagu aku bukak biler bangun tido. suara siti juga bagus dalm album ni. kontrol yg bagus. lgu ni susah. pastu part tengah yg ade ale ale ale tu best.. antara arrangment terbaik dlm album ni

joget menanti kasih
lagu fav aku.!!! heeheh.. satu sbb aku rasa suara siti sgt masuk nyanyi lagu tradisional mcm ni. yg penuh dengan unsur muzik tradisi kite mcm zapin dan joget. vokal terbaik siti dlm album ni. emosi baik, lntaran jelas. aku dengar aku terasa aku yg nyanyi. lirik lagu ni tipikal lagu tradisi lain. tp penggunaan perumpamaan yg baik. aku suke perkataan insyaallah yg digunakan tu. arrangment dia pun ok. aku suke akordian tu. aku nak lgu mcm ni menang ajl. lagu ni memang "melayu".

jelmakanlah ayumu
lagu kedua fav aku. heheeh.. aku agak kagum dengan pakngah. sbb selalunya aku boleh tau lgu tu pakngah buat. tp lagu ni ade berbeza sket. mule jek terus rancak. irama padang pasir dan spain yg kuat. tarian sufi. yup.. tu yg bg jiwa dlm lgu ni. suara siti cemerlang. juga terbaik dlm album niaku kurang dapat tangjat ape lirik ni sebenarnya. tp aku dapat rasakan lirik dia bagus. arrangment terbaik dlm album ni. penggunaan brass yg bagus. lagu ni boleh menang susunan muzik terbaik. lagu terbaik juga mungkin. graf yg perbagai dlm lagu ni. suke3..

di taman teman
lagu paling sedap didengar. eheh. lagu ni memang mesra telinga. irama padang pasir yg indah. intro dia masuk verse, dibuaikan dengan muzik dan suara siti yg sangat membuaikan. aku tutup mata aku tersenyum dengar verse dia. antara lagu yang paling perfect. maksud aku melodi dia mesra telinga, suara siti juga mesra dengan lagu ni. gubahan dia pun simple. ade satu part tu aku suke giler. lagu ni boleh hitz kebabom kat radio...
.
.
.
.

Permulaan 2009 yang mengasyikkan


"No Exit"

Syaron Syarafina aka Fina aka Putih aka Faridah


ni lak kitorang nye production manager, Mira Giler.. haha

hahaahah.. this is our final project for our studies.. which is persembahan teater yang kami sendiri kene manage n sediakan semua keperluan. dr skrip, carik pengarah, lokasi persembahan, tarikh persembahan, pelakon,. sinografer, budjet, sume la... dr a to z.. kire ni tugasan akhir kami setelah 3 tahun belajar dlm bidang teater ni la... btw untuk group aku, ade 5 org... aku, mira, fina, ila ngan safri... aku, ila ngan fina akan jadi pelakon. safri tu sinografer dan mira sebagai production manager... setakat ni kami semua tiada masalah dengan proses... cume latihan jek yg masih tak tentu... sbb kami dah out of jadual ni.. sepatutnya latihan dan kene intensif.. tp baru dua tiga kali.. ye la sbb masing2 bz.. tapi takpe.. kami akan usaha yg terbaik.... 2009 ni memang membzkan.. semuanya sbb teater ini.. btw kami akan mempersembahkan sebuah naskah yang tak ramai berani nak bawak iaitu, No Exit... akan aku bgtau sume biler nak dipertontonkan nanti


Lentera Timur


aku gembira gile lately... ntah tak tau nape.. banyak gak yang best2 berlaku/terjadi kat aku... penghujung 2008, aku disuapkan dengan Lentera Timur, album terbau Siti Nurhaliza. maybe its not a big deal, tp pada aku, aku memang ceria dengan kehadiran buah tangan terbaru idola aku ni.. hari2 aku aku isi dengan hayunan vokal siti yang tak lapuk dek makan masa... ketepikan semua kenegatifan yang dilempar, sebagai peminat merangkap pendengar, if aku suke, its more than enuff rite? hahahaah....


Anugerah Seni Makum 2009


masuk jek 2009, aku dijemput untuk ke anugerah seni MAKUM08 di JB. aku dicalonkan mewakili um untuk katagori individu terbaik. agak terkilan kerana setelah aku sampai disana , yang aku dpt tahu, um anta aku sahaja sebagai wakil. so byk2 award mlm tu di sapu oleh u lain, upm terutamanya. tp syukur alhamdulillah, aku berjaya menerima anugerah bonang emas Lelaki. anugerah tertinggi untuk individu yang bergiat aktif dengan seni makum dan dalam masa yang sama cemerlang dari segi akademik. sekurang kurang nya naik sedikit nama um.. walaupun satu anugerah jek...

lepas tu,


Festival Seni

yeah seperti biasa untuk setiap kali kedatangan tahun baru, universiti malaya akan disambut dengan kemeriahan festival kesenian yang menjadi tradisi kami iaitu festival seni.. sepatutnya seperti biasa festival seni akan diadakan pada naik sem atau awal bulan satu la senang ckp, tp dek kerana pengurusan yang (**), ia ditunda ke tarikh yang membawa masalah kepada ramai manusia.. iaitu bulan 3.. mana nak final projek, mana nak study, asgment lgi, kelas.. hah hadap jek la tu sume.. yg penting jgn di sesal.. buat sehabis baik.... tp yg best, ni la festival seni yang aku bz nak mati. mana nak join teater, mana nak ajar nasyid, kene paksa masuk tarian sbb takde penari lelaki, mane nak handle manifestasi puisi yang tak start2 lagi, mana nak carik lagu untuk solo inggeris... tp perancangan awal nampaknye trganggu. aku akn tengah bz ngan solo projek aku, jd mcm nyanhyian aku akan tarik diri la.. waaaa... kang banyak kang yang bunuh diri sbb tak puas hati kalau aku masuk... org um ni bukan leh caya sgt.. huuhuhu... then aku pun rasa berbesar hati sbb penyelia kolej aku ni selalu refer kat aku kalau ada pape... aku bukan ape. dah final sem ni ank gak rasa diri ini diperlukan.. bukan sebagai tangkap muat biler dah takde org lain.. kan3?... ehheeh... so walaupun jadual aku berkecamuk dengan berbagai rintangan, semangat festival seni tetap aku angkat... jadual aku disebabkan feseni bulan 3 ni memang mcm appe.. setiap malam aku ade dua ke 3 latihan.. kekadang dalm satu mase aku kene berlari ke 3 tempat... yela.. seni itu ilmu..


Bowling Sukmum09


ni lagi satu hobbi aku..... aku ni memang la kaki bowling.. sume pun tau... kalau ade si fina gebu tu.. sah2 kitorang akan utamakan bowling baru kelas... ahahahaha.. tu pun kalau kelas tu takde pape la... eheheh.. study 1st ma.... ahahahah sesi ni aku jd manager atau pengurus untuk pasukan bowling lelaki kolej kediaman pertama... satu penghargaan dalam keterpaksaan.... yela.. bile diminta untuk jadi pengurus sume taknak, lalu aku terima... dengan hati senang... setakat ni semuanya berjalan dengan lancar.. segala pemilihan pemain sudah selesai. walaupun terdapat beberapa perselisihan (kasf.. aku mintak maaf..!!!).. tp so far su me ok.. ye la aku tak pandai nak mengurus2 ni.. jd aku wat la sehabis baik.. so setakat ni aku letakkan diri aku sebagai peserta team... kitorang akan bertanding pada 9 dan 10 feb...heheheh.. di cineleisure damansara... aku sangat teruje sbb memang menjadi makanan aku bowling2 ni.. walaupun aku tak power mana.. ahahaha.. yg penting semangat setiakawan tu kan.. eheheheheh.... btw thanks to zaim..!!!!!

Dean's list award

alhamdulillah... sekali lagi aku bersama rakan2 lain, dianugerahkan anugerah dekan.... yela.. dah penat2 usaha nak dpt kan best result kalau department tak bg pape memang tak patut la kan.. walaupun hanya sekeping sjil, pada aku dah ckup untuk membuktikan betapa aku dihargai.... pada 21 jan 09, diadakan penyampaian anugerah dekan sesi 07/08 sem 2 dan sesi 08/09 sem 1... jd ramai gak la yg dapat.. petang tu sume ade 40 org penerima... including me... alhamdulillah sekali lg.. terima kasih pensyarah pensyarah ku...


The Untold

ni lagi satu tanggungjawab aku sejak akhir sem lepas dibawa ke awal sem ni.. aku terima tawaran kawan aku Aliya Natasya, untuk menjadi pengarah untuk muzikal mina drama untuk diorang punye dinner tahunan.. aku memula tolak sbb dgan kebzan aku yang lain, aku takut tak dpt nak handle.. tp sket2 lama siap gak.. aku rasa puas hati sbb byk yg aku wat... direct, edit musik sume... dan sokongan dr budak2 farmasi pun bagus. actors.. gud job.... alia, thanks ek sbb percaya kat bakat org yang tak seberapa ni... hahaahahah.. takpe... at least beri aku peluang untuk belajar menjadi pengarah kan....

Friday, January 23, 2009

Fairuz Selamat 09

album single aku

2009 merupakan tahun bermakna buat hidup aku secra peribadi dan juga secara generalnya... aku lalui banyk halangan untuk aku terus menempatkan diri aku di dalam kelompok org2 seni di malaysia ni...

kini aku muncul sekali lagi dengan percubaan terbaru.. aku akan tampil sebagai artis solo.. harapan awal aku, aku akan dapat kekalkan nama aku sebaris penyanyi solo kite yang sedia ada, seperti jamal, anuar zain, hazami, dan angkatan baru seperti imran ajmain, dafi, aizat dan faizal tahir.

diatas merupakan album single aku. ada 4 lagu dalam tu. dan aku dah mula mengedarkan di stesen2 radio untuk diperdengarkan kepada umum.. single2 dalam album ni adalah ku undur cinta, palsu, alahai sayang dan cinta tak sehaluan. aku berharap sangat usaha dan bakat aku kali ni dapat diterima baik dikalangan pendengar muzik di malaysia khususnya..



miss those moments

Antz- fairuz, ejan, nazri & azri

Antz... kumpulan kedua fairuz iaitu selepas qface... bersama dengan tiga lagi remaja lelaki ini kami mencuba untuk meneroka gelanggang ini. tanpa pengetahuan yang mendalam, kami muncul dengan album pertama berjudul, PINTAS... hahaha.. kelakar lak biler kenang balik.. masa tu tak pandai nak bergaya sumelah.. dengan taktau mcm ne nak ckp ngan wartwan ngan peminat sume.. hahahaahah. tp dibantu pengurus kami, Abg Ramli, dengan bantuan syarikat rakaman kami FMC, kami jalan je... redah jek... ehehehehe...

yela kan.. masa tu kami punyelah semangat nak buat show sume.. nak jumpe masyarakat dengan buah tangan usaha kami sendiri... alhamdulillah la sbb album pertama ni sambutannya agak membanggakan.. lagu2 kami pun walaupun tak meletop kebaabbbooommmm.. tp kerap gak dimainkan kat radio... yg penting fairuz puas sbb fairuz rasa sedih lepas keluar dr qface... jd dengan antz ni fairuz sekali lagi cuba bangkit..

2005, kami muncul ngan album kedua... tp disebabkan kebzan masing2, album ni tak mendapat sambutan menggalakkan seperti album pertama.. lantas setelah kontrak tanat dalam tahun 2008... kami decide tak nak sambung.. sbb masing2 dah ade hala tuju masing2... tp kami tak berpecah pun.. still sampai sekarang hangout same2... jamming...

2009...
sesuatu yang baru buat fairuz...

1st Posting in 2009

hahaaaha... actually account ni dah lama wat dah.. dah bertahun.. tp honestly, im not so into this kind of thing... i mean, blog2 ni.. tp its interesting rite? so cube ar gak nak membuat blog ni.. tengah bertatih2 ni.. banyak tgok blog org lain (wan ngan atie) hahahaahah... yela kata org2 mude, belajar dr yang pakar (pakar ke..!!). hahaha.. btw this is my 1st post.. so theres nothing much to say... just wanna wish all of you, welcome to my new world... this blog will be my official blog lor... for those yg nak cntact dengan fairuz... im still learning how to make this blog interesting... jd pada sape2 yang telah meneroka alam blog ni ngan penuh bergaya, tunjuk ajar anda sangatlah diperlukan...

heheeheheh

btw, selamat tahun baru, selamat tahun baru cina, selamat berazam baru... fairuz juga sejujurnya ada banayk azam baru di 2009 ni.. banayk perancangan... setakat ni jadual fairuz dah penuh sampai april... tak masuk dengan study punye hal... dalam 2009 ni byk aktiviti fairuz yang merangkumi seni, study, career... jd doakan fairuz kuat semangat ek...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...