Sunday, January 25, 2009

Review Lentera Timur



hahaah... salam Lentera Timur ya.... ni apai nak bg komen apai untuk lentera timur heheeheh.... agak masa hampir seminggu sbb nak bg dia mesra telinga dulu.. then baru leh komen.. ehehehe ready sume..!!!!!

layout

wonderfull..!!! mase 1st tengok aku dah kagum.. aku terus terdetik yg siti tak pandang ringan dalam proses album ni.. bukan shot je cantik. editing n efect pun bagus. cume ade dua gmbar aku kurang gemar... 1, yg jd cover buku lirik tu. sbb aku rase editing dia tak bersih. 2, gmbar yg kedua. aku rasa kedudukan siti kurang cun. atau mungkin kedudukan selendang tu buat kepala dia tk cun. the rest, memang boom..!!! aku yakin akan menang cover album terbaik AIM..!!! aku yakin..!!!

tajuk album

sangat sesuai..!! satu sbb siti sendiri dalam pembikinan album menyifatkan album ni adalah satu wahana dia untuk memartabatkan muzik etnik. elemen dlm album ni bukan 'malaysia', tapi nusantara n global. jd penggunaan perkataan cahaya timur tu sgt sesuai.


suara siti

secara jujur, suara siti tak senyaring dulu. lepas kahwin memang ada efect. tp kelebihan siti sekarang, suara dia matang. sejak transkripsi, nyanyian siti lbh jiwa berbanding dulu. kalau dulu aku rasa sedap, tp sekarang sedap dan makan dalam. hayunan lenggok dan lontaran angin siti lebh berbagai. luahan jiwa yg jelas dalm setiap patah perkataan. peluang yg cerah untuk gelaran vocal terbaik wanita kali ke 10.


lagu

di kayangan kita
intro ghazal sbb ada gambus. sgt sedap. biler siti goreng sket depan tu memang sedap. tmbah gesekan gambus tu. lgu ni lebih kepada pembukaan yang relax untuk album ni. mengikut pemahaman aku, lirik dia tentang couple yg memasuki alam rumahtangga kan. lirik yg matang. suara siti pun matang. aku suke sbb tak byk lenggok sgt. lagu ni susah sbb graf dia mendaki dengan perlahan. pernafasan yg kuat dr siti. arrangment yg baik. lgu ni mendamaikan. tidak mengujakan tetapi mengasyikkan

bintang malam
ni irama rambong.. sgt catchy... best.. intro yg sgt indah.. masuk je verse, terus diwarnai dengan suara siti. best sbb ade perkataai ooi..!! kat verse tu. klasik. lagu ni kiud. kalau buat show lgu mcm ni masyuk.. arrangment pun best, violun tu best. suara siti biasa je sb lagu ni tak tertumpu pada kehebakan suara, tapi attitude. dengar mase siti ketwa kat ujung tu. dia bg jiwa kat lagu ni.

cinta ini
antara lagu fav aku. pada aku antara lagu terbaik. katon bagaskara. intro yg baik. perjalanan melodi yg indah. sgt bersatu dengan suara siti. lirik lagu ini aku rasa antara yg terbaik dlm album ni. simple. tak guna word yg klasik, tp subtext diia indah sgt. mencintai seadanya. suara siti juga antara yg terbaik dlm lagu ni.gubahan ug indah dengan iringan seruling. memang bunyik tu berhantu. aku suke beat dan tempo lagu ni.

ada masa mata
satu lagu irama rambong. simple lagu ni. juga bermain dengan attitude. verse yg cukup kiud. simple dengan iringan musik yg minima. suar siti bermain dengan attitude dan emosi kat sini. aku bayangkan siti nyanyi dengan pakai aksesori kuku yg panjang mcm org thailand pakai tu.. hhhu.. lagu ni kiud. gubahan yg simple jek. tak byk guna instrument.

bulan yang mesra
kebanyakan lagu dlm album ni adalah etnik yg diadun dengan elemen moden. lagu ni antara yg mengekalkan elemen tradisional yg kuat. menyeimbangkan kemodenan lagu lain dengan unsur klasik yg kuat. mengasyikkan. aku suke suara siti. lagu yg susah nak nyanyi. aku suka kalau dia banyakkan violin or high string dlm lagu ni. antara lagu yg aku dengar kalau nak relax.. sgt menenangkan. gubahan simple dengan iringan gendang yg menyusur sepanjang lagu.

seloka budi
taks angka adnan wat lgu mcm ni kan. hahaah.. quite good right? lirik lagu ni bagus.cacthy. lagu yang best kalau kite nak dengar happy2. suara siti pun bagus dlm lagu ni. lagu ni susah gak. tak sempat nak ambik nafas. lagu ni antara yg paling variety graf dia. buat show ni memang happening. gubahan pun bagus.

rasa antara kita
antara vokal terbaik siti lagi. mula je verse pertama, emosi siti terus sampai. lagu ni tak catchy sgt. tp emosi dia sgt menyenangkan. kalau kite hayati melodi dia, kita boleh tersenyum sendirian. korus dia biasa jek. susah gak sbb agak tinggi. tapi aku paling siti mase verse lagu ni. mase dia sebut "dari seorang kawan".. mcm kiud giler.. lirik dia simple, tp subtext dia bagus lgu ni.

senyum minang manis
meriah..!!! antara lagu paling urban dlm album ni. intro jek gempak semacam. lagu ni memang gabungan tradisional, etnik, moden dan fusion. lagu ni memang best. antara lagu aku bukak biler bangun tido. suara siti juga bagus dalm album ni. kontrol yg bagus. lgu ni susah. pastu part tengah yg ade ale ale ale tu best.. antara arrangment terbaik dlm album ni

joget menanti kasih
lagu fav aku.!!! heeheh.. satu sbb aku rasa suara siti sgt masuk nyanyi lagu tradisional mcm ni. yg penuh dengan unsur muzik tradisi kite mcm zapin dan joget. vokal terbaik siti dlm album ni. emosi baik, lntaran jelas. aku dengar aku terasa aku yg nyanyi. lirik lagu ni tipikal lagu tradisi lain. tp penggunaan perumpamaan yg baik. aku suke perkataan insyaallah yg digunakan tu. arrangment dia pun ok. aku suke akordian tu. aku nak lgu mcm ni menang ajl. lagu ni memang "melayu".

jelmakanlah ayumu
lagu kedua fav aku. heheeh.. aku agak kagum dengan pakngah. sbb selalunya aku boleh tau lgu tu pakngah buat. tp lagu ni ade berbeza sket. mule jek terus rancak. irama padang pasir dan spain yg kuat. tarian sufi. yup.. tu yg bg jiwa dlm lgu ni. suara siti cemerlang. juga terbaik dlm album niaku kurang dapat tangjat ape lirik ni sebenarnya. tp aku dapat rasakan lirik dia bagus. arrangment terbaik dlm album ni. penggunaan brass yg bagus. lagu ni boleh menang susunan muzik terbaik. lagu terbaik juga mungkin. graf yg perbagai dlm lagu ni. suke3..

di taman teman
lagu paling sedap didengar. eheh. lagu ni memang mesra telinga. irama padang pasir yg indah. intro dia masuk verse, dibuaikan dengan muzik dan suara siti yg sangat membuaikan. aku tutup mata aku tersenyum dengar verse dia. antara lagu yang paling perfect. maksud aku melodi dia mesra telinga, suara siti juga mesra dengan lagu ni. gubahan dia pun simple. ade satu part tu aku suke giler. lagu ni boleh hitz kebabom kat radio...
.
.
.
.

7 comments:

RiZaL HaShiM said...

aku menambah sket...

lentera timur = cahaya dari timur la kire tuh...ekeke...

yup...
nak dkt seminggu gak aku dgr baru mesra di pendengaran aku lagu2 dlm album nih...
first song yg aku rasa cpt menangkap lagu Ada Masa Mata...

lama2 sume lagu jd sedap...
sampai tak tau mana yg paling sedap...ekeke...

Siti pun ada kata kan...dia nak ketengahkan irama tradisional kontemporari...yg album tradisi dia yg lama2 tu sume irama tradisional berat...tu yg dia campur elemen2 moden dlm album terbaru dia nih...tak dgr sgt mcm betul2 tradisional...kan3...

apa kata ko Yus?hahaha...
mcm forum perdana lak aku ni berhujah....hahaha(",)

Fairuz Selamat said...

aku tak amik masa lama untuk minat album ni.. sbb hadiah daripada hati dulu lama gak baru aku minat.. album ni cepat....

yup.. etnik kontem.... so jgn la harap lgu2 mcm joget ke inang ke.. sbb siti nak ketengahkan budaya timur.. bukan budaya melayu... kene faham statement tu..

aku rasa dalam aspek pembikinan, album ini antara yg paling serious selpas transkripsi... tp transkripsi layout dia memang out.. aku cume suke cover jek.. plhan gmbar dlm buku lirik ntah pape....

so kesimpulan. lentera timur hebat..!!!

Cael said...
This comment has been removed by the author.
Jay said...

gerek, memang gerek... best sangat... :)

aniwae.. i pun ahli sitizone jugak

admin hdsn/khairee... :)

www.oh-its-khairee.co.nr

Fairuz Selamat said...

owwhh.. u admin sz ek...hhhehehe.. welcome...!! glad to c u here...

btw that is my comment yg jujur.. eheheh

hidup siti.!!

TE-ARE |MOND|™ said...

hi fairuz... i pun suka album lentera timur...semua lagu mmg menarik n my fav song composed by Adnan Abu Hasan... i setuju 100% dgn ur comment, skali je dgr album ni, mmg dah terpikat... anywy, good luck tuk ur career gak... :)

Fairuz Selamat said...

heheeh.. tol ti diamond.. actually dulu fav org lain.. lately, my fav is the songs composed by adnan, ngan satu lg senyum minang manis tu.. sbb mcm nak menari jek dengar.. hehehe.. thanks for commenting

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...