Sunday, March 29, 2009

Fairuz Dalam Ukhwah Astar


seawal aku mendaftarkan diri ke universiti malaya pada tahun 2005, dan apabila kami diperkenalkan dengan pergerakan seni kolej kediaman pertama dan seterusnya kepada acara seni tahunan terbesar um, iaitu festival seni, aku merupakan ahli kepada pasukan nasyid kolej pertama.. pada penyertaan kali pertama, aku yang erupakan junior pada kala itu, hanya mampu diri kaku dan membuat apa yang diarahkan.. pada waktu itu abg muaz yang mengajar kami... kami juga diberitahu bahawa sebelum ini tidak ada sebarang pencapaian yang pernah kolej kami dapat... terus saja kami buat yg terbaik... alhamdulillah... kami dpaat tempat ke5... sangat bersyukur kerana berdasarkan apa yang kami buat, ntah apa2...!!


masuk tahun kedua, iwe, roommate aku, menjadi org penting yang membangunkan nasyid... kami berdua sepakat untuk meneraju nasyid tanpa perlu mengundang jurulatih luar... aku telah dilantik menjadi pengajar... seterusnya kami meneruskan misi mencari junior, melatih, dan memberi kata2 semangat.... alhamdulillah.. membuahkan hasil apabila kami mendapat juara untuk pertama kalinya....



masuk tahun ketiga... iwe masa tu dah kurang semangatnya pada nasyid kerana ade komitmen lain.. nasyid diteraju olh hazwan..... pada waktu ini, aku sedih kerana makin ramai senior tak join, tp dlm masa yg sama gembira kerana junior2 baru menunjukkan minat dan semangat yang tinggi.. aku teruskan menjadi jurulatih.. melatih vokal.. harmonizing, solidness... sume la... kami buat yg terbaik atas jalan dakwah dan juga ingin mendapat juara seterusnya menaikkan nama kolej pertama.. alhamdulillah sekali lg, apabila kami dinobatkan sebagai juara sekali lagi... pada waktu ini aku hanya mampu bersyukur tidak terhingga kerana tuhan membri rezeki melimpah kepada aku dan budak2 nasyid....


masuk tahun keempat pula iaitu tahun 2009.... aku sekali lagi dipujuk olh junior tahun lepas untuk mengajar.. pada mulanya, aku tolak kerana hanya aku seorang senior yg tinggal dan juga aku terlalu bz dengan projek akhir aku... tp setelah dipujuk aku terima... lansung latihan berjalan mcm biasa.. agak lama kerana festival seni kali ini dibuat pada bulan 3... team kali ini pada aku adalah yang paling mencabar kerana byk masalah yg kami hadapi termasuk ahli, lagu, pakaian.. dan kepala hangin.. hahaha.. kami bersabar aje.. sampai satu masa kami rasakan yang kami takde harapan nak menang.. yup.. itu yg kami rasakan.. seminggu sebelum bertanding, kami mulakan latihan intensif... dan berterusan sehinggalah sehari sebelum bertanding.. dan pada malam itu, byk masalah berlaku apabila kami berhadapan dengan masalah percanggahan idea... memang stress dan merisaukan.. kami tentukan cubaan suara yg hendak dibuat pada malam itu, sehari sebelum bertanding... tp kami yakin kan saja


esoknya, kami bertanding, kami buat yg terbaik.. mencurah hati kami kepada apa yang kami latihkan selama ini... terus... kami redha dengan pa yang kami dah buat.. setelah diumumkan keputusan.. kami sekali lagi memegang kejuaraan itu... kami gembira.. aku terduduh sedih.. aku sedih keran agembira... tiga tahun aku mengajar nasyid ukhwah astar ini, kami diberikan rezeki yang sgt baik oleh tuhan..... aku juga dinobatkan sebagai vokal terbaik untuk dua tahun berturut2.. alhamdulillah.... kini aku dah berada di bulan2 terakhir sebelum aku tamat pengajian... ukhwah astar adalah salah satu memori yg aku takkan lupa.. bermula dengan alia, iwe dan seterusnya kepada ejin dan bad, dan seterusnya kepada amin dan hazuan dan afi, dan seterusnya kepada shima dan hadi dan syafik.. dan semua ahli2 nasyid... aku merasakan memori ini benar2 yg terindah yang pernah aku rasakan......





ps: thanks iwe... kite yang wujudkan ukhwah astar..!!!
ps: thanks alia, kite yg paling setia dengan ukhwah astar
ps: thanks hazuan kerana berjuang untuk team kite
ps: thanks amin sbb sabar dengan kerenah aku
ps: thanks sume ahli nasyid ukhwah astar... teruskan kejuaraan kite pada tahun hadapan..!!!

Thursday, March 26, 2009

Penatnye jadik fairuz selamat...

kenapa la susah nak faham... ingat aku tipu ke mase aku ckp aku bz.... kenapa susah nak faham.. biler aku dtg latihan pakai baju cantik2, bukan aku pergi berjalan.. aku pergi tengok final projek classmate aku, aku WAJIB kene tengok sbb tu lah yg kami belajar selama tiga tahun.. walaupun bukan team kami, kmi kene tgok gak.. dan kekadang kami kene pergi jumpe pengarah panggung, pengarah lakoknan.. pengarah set.... ni final projek kami selama tiga tahun kami belajar.. nak main2 ke? bleh ke skip.....? cube aku mintak korang skip anta tesis korang.. bleh tak?

dan biler aku ckp aku ada latihan dekat fakulti dr pg sampai malam ingat aku memain ke... selama tiga tahun aku belajar, aku pun ade final projek.. kalau student lain sibuk buat tesis sampai tak ingat dunia, sama la macam kitorang.. malahan lagi bz ok..!!! dengan latihan hari2, dengan laporan projek yg lbh kurang tesis gak... dengan kelas lg.... kitorang kene kerah keringat... mlm siang sibuuk dengan latihan yg bukan memeningkan emosi jek... tp dengan fizikal dan otak sekali... plus dengan latihan festival seni lg... ingat aku tak tau stress...???

selama ni aku ade ke tinggalkan mereka tanpa sesuatu... sejarang2 aku pergi latihan pun, sampai sekarang dapat gak kan part2 diorang? jgn sesekali ckp aku BERLAGAK atau MENGUNGKIT, aku berkorban banyak giler untuk kolej dan diorang... pengarah, team mate , production manager dah puas menyumpah aku sbb aku berani amik risiko ni.. "kau nak gagal ke final projek kau nanti???" tp aku buat jugak aktiviti kolej walaupun komitmen aku mcm hape... tapi aku buat kan? yg diorang buat tu aku yg bg gak kan?...

sorry la, aku bukan buat2 penat... berada kat tempat aku baru korang tau apa yang aku rasa......

Monday, March 23, 2009

Kejuaraan Kan Ku Bunuh Cinta dan Semangat Gejolak

kelakarians..!!!!

tengah tunggu result..!!


segalanya selesai.. keputusan telah diketahui... ada yang melonjak kegembiraan.. ada yang terduduk kesedihan.. ada yang mengakui kekurangan masing, tak juga kurang ada yang umpama rumah siap pahat berbunyi....


bagi diri aku, tanpa menafikan kesedihan yang berbuku di hati ku, aku sangat gembira setelah meminjamkan kejuaraan kepada pihak lain, kami sekali merampas kejuaraan itu... alhamdulillah.. permulaan yang sangat baik untuk kolej pertama dan juga momentum yg baik kepada tenaga kerja kelab lakon astar..... skrip hasil nukilan Idham Hadi, Kan Ku Bunuh Cinta telah menjuarai acara drama pentas kali ini... bagaikan kemenangan hatrik apabila kami merupakan persembahan pertama untuk acara ini, dan seterusnya menjuarai acara ini.. alhamdulillah... selain kejuaraan utama, pelakon utama, akmal azam, mendapat pelakon lelaki terbaik, skrip ini juga menggondol anugerah skrip terbaik dan juga mendapat pengarah terbaik untuk Idham Hadi..... bagus.... even aku menjangka farini yang akan mendapat pelakon pembantu wanita terbaik... tp tak kisah la... rezeki itu tuhan yang tentukan... aku sebagai warga astar sangat berbangga dengan kemenangan ini.. tahniah ate, tahniah abg idham, tahniah team kan ku bunuh cinta.... apepun situasi yang aku gambarkan sekarang ni, aku nak korang tau yg aku sangat berbangga dapat join teater astar dan aku sangat suke dengan kemenangan korang.. sgt suke..!!!!

Gejolak????



" saya JAY... lulusan harvard, dalam bidang criminal justice.. saya masih bujang... tapi dah tak teruna lagi... saya di masukkan ke sini diatas tuduhan merogol. dan kesemuanya ada 27 kes... "


hurmmm very dispointed.. plus frusterated.... kenape? sbb kami tak dpt ape2... melainkan anugerah keseluruhan di tangga ke empat...... kami tak bersyukur? takkk... kami memang bersyukur dengan apa yang kami buat dengan apa yang kami dapat.... tp kekecewaan ini memang aku tak dpt singkirkan.. semalam tu aku terus terusan memikirkan apa yang aku dah buat dalam gejolak sampai begini.... 5 org pengarah kolej lain jumpe dan ckp, fairuz dalam kesemua show teater untuk feseni kali ni, kau punya yang paling entertaining.. ko punye yang paling berjaya ikat penonton.... diorang gak ckp, fairuz, kau buat yang terbaik, kemungkinan besar untuk pelakon terbaik... mmmmmmm by komen dlm fb aku pun, aku rasa korang tahu... tu la.. kami tertanye2 kalau almost 90% mengatakan kami lbh baik dr kolej itu, dr kolej ini, jd apa silapnya, dimana kurangnya sehinggakan kami tak berjaya... kami tak jangka no 1.. cume mungkin ke-3 sudah cukup baik..... walaubagaimanapun, jgn salah sangka,. aku tetap bersyukur dengan apa yang ada, dengan apa yang diberikan...



komen juri ade mengatakan ade team yang mcm buat sambil lewa.. adakah itu ditujukan kepada gejolak?... yup aku merasakan sebegitu kerana semua kolej buat yang gempak2 kecuali gejolak sahaja... bagaimana kami harus jawab kenyataan ini, sedangkan kami ibarat budak baru yang hanya mengikut ckp org besarnya sahaja... jd kami diamkan diri.. tiada komen..

tp takpe lah... ramai yg msg aku ckp, gejolak menang di mata penonton.. berbekas di hati penonton.. itu sudah cukup baik untuk kami.. lg pun apa lagi yang kami mahukan kan, astar sudah menjuarai feseni kali ini untuk acara teater..!!!! yeeehaaaaa.......

sekarang masa untuk memikirkan acara lain yg lebih patut aku pentingkan....

ps: gejolak sepatutnya dihargai....



keputusan acara drama pentas festival seni 09

Juara - kolej pertama A

Naib juara - kolej 12

tempatke-3 - kolej 5


Pelakon lelaki terbaik - kolej pertama A
pelakon wanita terbaik - kolej 5

pelakon pembantu lelaki - kolej 5

pelakon wanita pembantu - kolej 5

skrip terbaik - kolej pertama A

teknik terbaik - kolej 12



Saturday, March 21, 2009

Gejolak

alhamdulillah.... segala yang di rancang telah diperhabiskan.. dan syukur kepada tuhan kerana memberi kami kekuatan.... kerana memberi kami kemungkinan yang tak jelas, tp di akhirnya kami temui simpang yang terang dan bersuluh, walaupun belum kami temuii apa yang menanti kami di penghujungnya

semalam aku dan team gejolak betol2 nak betolkan mane yang salah.. memikirkan latihan kami yang SANGAT kurang, kami abis latihan jam 4 pg.. bayangkan.. aku ade kelas dr kul 12 tengahhari.. sambung latihan dr 8 malam sampai 4 pg..!! kami dah penat, tp kami taknak malukan nama kami depan penonton, jadi kami gagahkan diri wat blocking.. bayangkan buar blocking sehari sebelum bertanding.. sgt sukar dipercayai... then, pengarah kami, abg am suruh tidor gak sbb takut tak ckup rehat... kami naik blik, tidor dalam kul 5.. pg2 kene bangun sbb ade perjumpaan jpa jam 9 pg.. mengarut sbb takde pape pun....

then balik blik kepala pening sbb dah berminggu stay up wat keje, tido tak ckup.. baring2 atas katil, then g kelas kul 3... budak2 teater sume dah berkampung kat dtc.. aku ade byk hal tak leh dtg awal.. abis kelas solat mandi sume, aku sampai dtc kul 6.... masih lengang.. kolej 4 yang bertanding mlm tu juga, masih belum ade,.. mungkin kerana giliran ke3, jd mereka dtg lewat sedikit.

sampai2 mekap. aku mekap sendiri ye.. pastu g keluar beli kfc.. eheeh.. then mase 1st group perform kami warm up kat luar... aku brief serba sedikit apa yang perlu memandangkan aku je budak teater kat situ.. kami semua sgt lah takut mase tu...yela dengan masa yg tak ckup, kami mengharapkan kejaiban dtg mse tu... then lepas kumpulan pertama lepas, kami lak naik atas pentas untuk mempersembahkan gejolak...

melihat kepada persediaan kami, its like imposilble bg gejolak.. sbb latihan tak ckup... mase untuk kami adalah seminggu sebelum show.. aku tukar watak seminggu sebelum show.. ape tu? tu lah cabaran kami... kami usaha gak.. kami wat latihan sendiri.. cuba membantu antara satu sama lain... kami lari ke stesen bus untuk projek sore.. kami wat kat kerusi untuk watak.. kami angkat kerusi untuk bg fokus... walaupun gejolak 4 pelakon je- fairuz, farah, fahmin dan sarah... tp untuk kumpulkan dan buat latihan memang takde... sampaikan satu tahap kami rasa gejolak ni perlu ke dihantar... letihan tak mule2 lg.... sampai satu tahap kami rasa kami akan memalukan diri sendiri kalau hantar...

tp tu la kekuatan kami.... mungkin juga kelemahan kami.... tapi yang pasti gejolak kuat di hati kami dengan berdasarkan apa yang kami lalui.. takckup dramatik dan pahit untuk ditangisi, tetapi ckup untuk kami paham dengan mendalam apa maksudnya gejolak itu.

kami teruskan latihan.. sempat la run 3 4 kali sebelum show... kami teruskan juga.. malam terakhir tu la kami tekadkan hati.. kami akan buktikan kami bukan belasahan... kami bukan pasukan kedua... kami nak buktikan pada org luar, astar akan hantar dua team yang hebat..

dan kami lepaskan semua pada malam td..... segala berjalan lancar.. walaupun skrip agak tak stabil tapi nampaknya semua alert apabila kesilapan itu dijadikan bahan untuk hasilkan game yg lebih cantik..... aku, fahmin, farah, dan sarah.... semua bermain dengan bagus sehinggakan perjalanan cerita gejolak yang penuh liku ini aku rasa melunsur dengan smooth.... kami teruskan dr saat pertama kami bersuara sehinggakan saat terakhir....

turun dr pentas. kami blur.... kami mencari arah.. kami tertanye2 apa yang kami buat tadi.. kenapa ramaii org gelak.. kenapa tetibe org senyap.... jawapan dr mereka yang melihat ialah "lakonan korang sampai kepada kami, kami dapat rasa".. kami semua berderau darah.... hampir nak menangis kegembiraan...... keluar ke lobi dtc, ramai mengatakan kami buat yg terbaik...

alhamdulillah.. segalanya berjalan lancar.. ketidakpuashatian memang akan ada.. tp kami yakin itu yg trbaik kami buat.... sekarang segalanya berserah kepada tuhan....

kdt juga kepada tean kan ku bunuh cinta.. seriously korang buat jauh lbh baik dr latihan2 sebelum ni.....

team gejolak um dengan kym melaka


me in "what the fish" face

do i look like jack sparrow?


thanks aqmaal and azlan for supporting me? (supporting me?)


beberapa komen mereka tentang GEJOLAK..!!!!

Akmal Azam at 3:23pm March 19
gejOlak terbaik....u guys did a very gOod jOb....kOrg mmg best !!!

Malauazam Mohamad at 10:21pm March 19
Tahniah buat team gejolak 1st kolej. Rata-rata korang boleh berlakon. Boleh menjiwai watak. Kalau masa latihan lagi panjang, ada beberapa part yang boleh dimantapkan lagi. Banyakkan research lagi. Lebihkan bisens lakon.
Apapun..yeaahhh...gob job n good try. Syabas.

Nordiyanasari Omar at 12:03am March 20
Gejolak best...!

Shark Irin at 12:25am March 20
fairuz...
good job!!!
congrats 2 u:-)

Mizah Hanafi at 12:29am March 20
tahniah gejolakk!!!!!n sori jugak kalau sound xbest..
geram gile kat pak cik teknikal sbb die buat bising n borak2 kat ats...smpai xdgr ape yang korg ckp..huhuhu..part last tu..ramai yang complain..sori sgt22...rase bersalah..hurm....

tp yang penting korg did a god Job..korang dah buktikan yang korg dapat bt..menang ke x tu lain cite..sbb rmai yang puji ckp best..hehe...kkbc pon best!intro die pergh..gile cantik..rugi xamik gmbar...pape..Well done to all..krew2 jugak!:)

Akmal Afiqah Ab Razak at 1:16am March 20
congrats to all of u..even just crew tmbhn,dlm hati ade trase nk nangis dgn segala smngt yg dberikn..huhu...
to abg baz,adik2 'FE' mu,love u very much!

Mysara Makmor at 1:22am March 20
fairuzzz!!! OMG!!! smlm besh gler!!!
hopefully we will win!! n kkbc pn win gak!!!
alarw...pasni mesti windu trun latihan sme kn?? ;(

Farah Sharifuddin at 5:47am March 20
wah seriously fairuz im touched!!huhu nk nangis pn ada but we did a great job rite?diz going 2 b d sweetest memory

Zuhair Rosli at 8:06am March 20
gud job guys!

Amalina Adanan at 8:56am March 20
seriously u guys..
i have to say..
u guys did a very3x good job!!
mmg gejolak smpi to our heart last nyte..
each of u dpt bwk each character well..... Read More
i'm not d best person to comment bout theatre..
tp i ve to say gejolak best!!! hehe
hopefully teater 1st menang dis yr!! amin~!!

Muhammad Hafizzuddin at 7:42pm March 19
gejolak 4 me is very simple yet compact, jln cerita tak susah nak urai tapi pembawaan watak tuh sgt berkesan..aku lambat sampai n tgk kkbc sparuh jln..syg sungguh

Zulkarnain Jalauddin:berjaya...dua2 production baik, bgs, mantap and terbaik..gejolak wt aku xkering gusi..hahaha, even just 4 org je blakon..ko plak jadi jack sparow..=)

Sayda Dino Fairuz Selamat:fairuz
great performance!
great acting!
I jz love it!!!

Farah Sharifuddin :yup u did a great job!i felt it n u guys really nailed it..

Zulkarnain Jalauddin :sempoila wei ko blakon semalam...muka ko sejibik macam pelakon pirate caribbean, jack sparow..lawak, bersahaja mcm jack sparow...hahaha=)

Shasha Samin :hey, i purposely g dtc utk tgk teater coz of ur msg kat fb pepagi smlm. thnks. liked ur acting. sguh bersahaja. overall, it was awesome. sume delivered nicely :)

Siti Jamilah Aliman :first time tgk fairuz berlakon...n what i can say, mmg i suka that watak...actually sumer la. kita x lost lgsg...smooth je jalan citer n korg mmg menjiwai...sampai ada mmbr ni ckp, ish x sangka fairuz bleh bawak watak gitu, sinikal, perogol hahaha. pepehal korg all out la td...rasanya la kan haha

Al Amin Mohd Ali :ko punyer lakonan best...sumer org t'hibur...
ni bukan men2...
pd pendapat aku rasenya dpt la jd pelakon terbaik....
b'gantung pd ari2 berikutnye....

Yasmin Mohamad :abg fairuz u were teriffic up there~ kitorang duk kat depaaaaaaaannn sana then jerit2 ur name. u guys were awesome lar~ =) good luck tau~

Siti Jamilah Aliman :kudos to u fairuz...mmg hidup watak j..n by the way Gejolak team is awesome...sampai ke jiwa aku...hihi kudos tu fahmin gak...kagum ngan dia

Maamin KaKa :huhuhu..
lakonan bgus..
tp jgn jd cm dlm lakonan lak..
abis nnti rosak anak dara org..
huhuhu

thanks guys..!!!

ps: thanks to krew sume.. abg am... sm.. sume sekali... walaupun awalnya mcm tak yakin ngan gejolak.. but at the end, kite leh wat gak.. thanks sume...

ps: tq to izzah ngan aqmaal... for the pix.. copied from korang

ps: farah, fahmin, sarah.. we rock..!!!


Friday, March 13, 2009

Festival Seni UM 09

Festival Seni Universiti Malaya atau nama asalnya, Pertandingan Seni Pentas ini dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan Universiti Malaya sejak 1975 lagi. Ia merupakan acara kemuncak kegiatan kesenian dalam kampus UM dan menjadi salah satu acara tahunan yang sangat dikenali dan diminati oleh warga kampus terutamanya penghuni kolej-kolej kediaman.

Bidang kesenian atau persembahan pentas yang dibuka untuk pertandingan ialah, Boria, Drama Pentas, Dikir Barat, Koir, Nasyid, Pop Band, Muzik Akustik, Nyanyian Irama Malaysia, Nyanyian Asli, Nyanyian Inggeris, Kompang, Manifestasi Puisi, Tarian Tradisional Kebangsaan, Tarian Kreatif. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan Universiti Malaya.

Bermula dari tahun 1996, Pertandingan Seni Pentas telah diberi nama baru, iaitu, FESTIVAL SENI UNIVERSITI MALAYA (FESENI). Maka, seperti menjadi kebiasaan, FESENI, menjadi acara yang ditunggu-tunggu oleh penggiat dan aktivis seni kampus setiap sesi, untuk beradu keunggulan, keaslian dan kreativiti mereka dalam bidang kesenian. Secara tidak lansung juga memupuk semangat kesatuan melalui kesenian antara pelajar-pelajar universiti malaya.



Pada tahun ini, FESTIVAL SENI UNIVERSITI MALAYA yang juga akan dipanggil FESTIVAL SENI UNIVERSITI MALAYA 2009 (FESENI ‘09), akan memperlihatkan usahasama dari lebih ramai pihak. Pihak kolej-kolej kediaman akan terlibat secara lansung bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan juga Pusat Kebudayaan untuk menjayakan FESENI ’09.

Festival seni sekali lagi akan dianjurkan untuk sesi 08/09. Ia kan dianjurkan pada semester kedua dan terdapat 16 acara kesenian yang akan dipertandingkan. FESENI ’09 telah berjaya meningkatkan kualiti dan profesionalisme para mahasiswa UM dalam bidanh kesenian sekaligus meningkatkan martabat seni pada tempatnya.



Monday, March 9, 2009

Malam Penganugerahan Astar 09

masquerade couple? ahakz...


mmmmmm... majlis makan malam atau dinner kolej terakhir sebelum aku abis belaja dan mungkin meninggalkan um.... alhamdulillah.. segalanya berjalan lancar... seperti yg aku harapkan, dan ade yg datang melebihi apa yang aku sangkakan... terima kasih sume... btw, uuntuk tema kali ni, masquerade telah diplih.. tema yg sangat cool ok..!!! dengan topeng yg berbagai..!!!! ok lanjut ke cerita aku

pada 7hb tu.. aku awalnya di kejutkan dengan berita yg aku ade show... wo its like, aku tak dpt dtg dinner terakhir aku ni.... jd walaupun agak sedih dan kecewa, dah la bju dah beli... aku pun redha la.. ye la.. show tu dah deal ngan pihak lain, so nak tak nak kene jalan tanggungjawab la kan....
cute hunks... (penghuni D 208.!!)


tp puas pk, aku berkeras aku nak g gak dinner tu.. mcm ade aura yg kata aku kene dtg... jd aku kol manager aku. ckp ngan promoter show tu,letak aku sbg artis pertama.. dan alhamdulillah, diterima dengan baik... jd pada 7hb kul 8 mlm tu, mase yg lain sibuk bergambar di lobi hotel untuk dinner, aku g coliseum lama untuk majlis tu.. anjuran karyawan.. memang kire mcm weekly event la.. persembahan santai... aku nyanyi tiga lgu.. dlm 9.10 dah abis.. aku terus chiuao.....
Farah, Fahmin,Fairuz Sarah.. GEJOLAK team..!!!!!


ko rang nak tau, aku siap tukar baju dlm kereta ook.. berhenti je kat traffic light yg lama, aku tukar sume tu.. ahahahah.. sampai kan ade kete toleh menoleh ye... huh... aku tak kesah, yg penting aku nak g dinner.. smpai crown plaza hotel dlm 9.30.. aku tak terus naik, aku siap2 sulu kat parking tu.. panggil kawan aku mintak tolong pakaikan tux tu.... ahahaha.. giler leceh ar....

then aku pun terus la ke ballroom dia.. dan sunddenly, my room mate gve me satu paper kecil, bertulis fairuz, penerima anugerah tengku mahaleel.... OH MY GOD..!!!! dalam hati aku what the hell is this... tak sangla giler...!!! anugerah tertinggi untuk warga kolej pertama... aku selalu rasa tak berapa di pandang di kolej even aku dah buat berbagai, macam nak mati untuk kolej pertama ni... dan tetibe2 juga aku rasa mereka sebenarnye hargai apa sumbangan aku pada kolej... thanks guys..!!! really appreciate it... thanks hazuan.. puan ira.... dan semua yg membantu dah pernah berurusan dengan insan yg kerdil ni (tak kerdil sgt..!).


me in grey tuxedo?

dan sepanjang malam tu, aku hanya berfikir.. memikirkan layakkah aku memegang anugerah tu... sbb pada aku ia sgt tinggi.. aku tak terpk lansung untuk menerima anugerah tengku mahaleel ni.... tp apepun bersyukur kepada tuhan.....

Wednesday, March 4, 2009

I Need My Family..!!!!!




OMG..!!!! what the hell is this...!!! aku mcm nak giler bulan ni.... seriously, selama aku hidup hampir 24 tahun... bulan mac 2009 ni adalah bulan paling menganiaya bagi aku... korang tak dpt bayangkan betapa aku bznya... aku rasa if aku mampu bahagi kan tubuh aku, aku nak bahagikan tubuh aku kepada 3 bahagian..... ahahahahaah mungkin salah aku kerna tak sedia nak bz mcm ni... tp still aku rasa sangat sakit beerhadapan dengan semua situasi ni... korang nak tau apa jadual aku?


ok selain jadual kelas dan asgment yang berkaitan dengan study aku, aku jugge terlibat dengan final projek aku yang mana kami akan mempersembahkan persembahan teater yg kami sendiri uruskan from a to z... latihan berlansung pada tiap2 malam.... dalam masa yang sama aku terlibat dengan teater untuk kolej aku yang akan dipertandingkan dalam festival seni..... pada 19 atau 20 hb ni... selain itu, aku juga peserta nasyid dan juga jurulatih nasyid kolej pertama.. yang mana akan bertanding pada 26hb... seterusnya, aku adalah pengurus pasukan puisi dan merangkap jurulatih... yang akan bertanding pada 2 april.. aku tak dpt turut serta sebagai peserta sbb tarikh tu merupakan segalanya bagu aku apabila aku akan dinilai sebagai seorang pelajar yg mengambil seni persembahan.. bukan itu sahaja, aku juga wakil kolej untuk solo asli dan solo inggeris.... dan seterusnya aku adalah salah seorang peserta tarian asli yang akan dipertandingkan serentak dengan latihan teater aku di panggung taman budaya... tak termasuk lg tugasan kelas pemasaran yang mana aku terpaksa menjadi sekreteriat festival seni untuk melakukan kerja2 pemasaran dan promosi.. tak termasuk lg, tugasan kelas temuduga yang akan dibentangkan pada 4 april.... selain tu, aku kene uruskan berkenaan pertukaran pelajar yang melibatkan aku ke korea yang aku harus siapkan sebelum bulan 4.... seterusnya, aku juga sibuk dengan aktivi aku sebagai orang seni.. show, interview....


korang dapat tak bayangkan mcm mane aku nak bahagikan masa.. aku memang tak ckup masa.... jd dalam keadaan begini, aku nak sangt jumpe family aku... mak aku terutamanya.... tu je ubat untuk aku tenang... pluz. aku rindu sgt dengan anak sedara aku... seriously aku memang family man.... aku nak jumpe anak sedara aku sekarang gak.. diorang je mampu wat aku lupe tentang keletihan ni.. plz.. i need my family..!!!!!!

My mum..!!!! Puan Maimunah

Harith Hilmi

Ariff Adhza

Erdiena Syuhada

Erviena Syahira


OMG..!!! i miss them so badly..!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...