Tuesday, October 25, 2011

Review : Album ANUAR ZAIN 2011

hahaha.. lapok kan? dah sebulan lebh baru nak buat review... ahahah... well.. aku mule2.. rasa nak buat review album siti je.. tp last week.. aku oustation ke kluang... dandan2 mlm sebelum bertolak tu lari g alamanda jap g beli cd bang nuar.. nak dgr sepanjang jalan.. ye la.. last album lelaki ini pun aku beli.. jd expectation aku untuk yang ini sgt tinggi.. lepas 4 5 tahun kan?... ok jom review!


KESELURUHAN

secara keseluruhan, aku rasa sedikit kecewa .. (sgt sedikit sebenarnya) sb aku harapkan hasil yg labih DRAMATIK mcm album lelaki ini. tp yang ni lebih relax. aku akui... aku amik masa yang sangat lama untuk suke hampir kebanyakan lagu dalam album ni. aku rasa dah lebh 15 kali aku repeat play bru aku start rasa suke... entah.. mungkin sb aku kenal anuar zaian sebagai penyanyi yang punya kemampuan untuk AKROBATIKkan suara dengan hebat. dengan himpunan lagu yang mempunyai graf2 yg sgt WOW... dan dengan apresiasi vokal yg sgt memukau.. tp dalam album ni.. bang nuar mcm nak relax sket.. tak la mengatakan yg lagu2 nya senang atau rendah atau tak mencabar.. tp apreseiasi vokal anuar zain kali ni lebih SELAMAT... lbh menjaga dan lebih terkawal... mungkin juga himpunan lagu yang dipilih memang melankolik. jd ia mempengaruhi persembahan vokalnya.


VOKAL

Masih lagi cemerlang. anuar zain dan ballad.. memang makanan dia.. dan dalam album ni semua lagu adalah lagu perlahan kecuali satu lagu yg agak jazzy.. lontaran AZ msh memukau... nota2 tinggi yang di lontar msih lg berbisa dan susah org nak ikot. cume aku akui.. penghayatan aku rasa kurang sket. dan keRAPIan patah lagu dan konsistensi level dinamik ada goyang sket... tp still.. aku masih nobatkan AZ sebagai antara vokal terbaik dlm malaysia.. nyanyian AZ msih kuat dengan identiti nya... cume mungkin bang nuar nak sedikit relax kali ni.. jika dibandingkan dgn album lelaki ini yg pada aku penampilan vokal terbaiknya... semua lagu allout.. dlm album kali ni... kebanyakan nyanyian bang nuar relax... dan dalam kesmua lagu. aku memilih CINTA HARUS MEMILIKI sebagai prsembahan vokal terbaik anuar untuk album kali ini. ckup rencah. apepun.. kita masih tak dpt menafikan.. AZ mampu membuai pendengar dengan kehebatan dinamik dan artikulasi kejelasan sebutannya.. dan sebenarnye kalau ade yang perasan.. penggunaan placement yang agak berbeza/baru dalam style nyanyian dpt dilihat jelas dalam persembahan AZ kali ni.. AZ mmng hebat dikenali sebagai chest voice singer.. tp dlm album ni.. AZ mula menggunakan mix voice.. which memberi warna baru dalam sound vokal AZ yg kite kenal... SYABAS BANG NUAR.!


LAY OUT

TERBAIK.! aku sgt suke dengan konsep yg khabarnye diilhamkan sepenuhnya oleh AZ sendiri. simple. tp punye penuh pengertian.... hitam putih... ckup melambangkan liku2 sepanjang perjalanan seni nya. siapa sangka.. figura yg  nmpak bersih dan muda di muka depan ini adalah seorang yang sudah berumur 40an?. satu gambaran yang sungguh klasik. aku berikan kdt tertinggi untuk penghasilan lay out untuk album kali ni.. dr cover depan. hingga dalam buku lirik.. simply the best! next album aku nak buat mcm ni la.. ( boleh kan nak berangan?)


ARRANGEMENT

CEMERLANG... ni la biler anuar zain mengambil masa yang lama untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti. menggunakan kebanyakan tenaga kuasa penggubah INDONESIA... mixing lak kat sydney.. memang menghasilkan satu SOUND yg sgt WOW.. memang hasil yg sgt baik. aku rasa gubahan paling cemerlang adalah dalam lagu AJARI AKU... aku suke dengan graf lgu ni yang memang membakar adrenalin aku. bermula dgn sgt sweet dan diteruskan dgn graf menaik dan terus BOOM... gesekan viola dan hentakan piano.. pehh.. aku suke! satu yanga ku akui apabila anuar zain menggunakan khidmat pencipta2 indo ni.. kualiti muzik dr segi pemilihan instrumen dan aura melodi lagu.. memang dibina dengan sangat baik.. dengarkan string pada NADI TERHENTI... drum dan violin dalam AJARI AKU.... raggae sound dalam SIMPATI CINTAMU.... juga pesembahan string yg sangat FULL dalam  TERINDAH.... memang... album ni kedengaran sgt EKSKLUSIF dan MAHAL...

LAGU-LAGU

mcm aku ckp tadi.. aku amik masa yg sgt lama untuk suke kebanyakan lgu dalam album ni.. kita ketepikan ku berjanji kerna cinta.. sb aku dah lama suke lgu tu.. since dia bukan lgu baru.. dlm 7 lgu yg lain.. hanya AJARI AKU yg aku suke masa kali pertama dengar. sb aku sukekan lagu yg faham energy pendengar mcm ni.. biler dgr lgu ni dia tak bg ruang utk aku merasa bosan.. setiap saat yang dihidangkan msti ade satu suntikan baru.. selain itu.. aku plih CINTA HARUS MEMILIKI.. aku rasa ramai yg suke lgu ni kan.?... aku pun suke lgu ni now... hari2 aku nyanyi.. CUMENYE... aku rasa lgu ni graf dia lambat sangat naik.. cube dengar.. dah minit ke 3 baru graf dia besar... jd terlalu meleret di hadapan tu... lepas tu biler dah naik .. dia stop jap.. untuk bg bridge tu... so mood yg baru nak naik .. turun balik..... apepun.. lagu ni memang best.. antara fav aku now selain ajari aku... lima lagi lagu... pada aku semua punya mood yang sama... dan style yg lbh kurang.... kenapa aku ckp aku suke album sebelum ini.. sb dalam album lelaki ini, semua lagu betol2 di gubah dengan kekuatan sendiri.. I'm the lucky one, lelaki ini, ketulusan hati, tinggalkan aku, kau bunga cintaku.. semua punya mood yg SENDIRI.. dan setiap lagu seperti berentap dengan lagu lain.. album ini pulak... momentum dia dr lgu pertama hngga ke track 8... sama... mood ballad aje.. kecuali lagu SIMPATI CINTAMU yg mana merupakan percubaan berani AZ dlm memnyanyikan lagu mcm ni... walaubagaimanapun, aku akui.. semua lagu dalma album ni like-able.... makin alma dengar.. payah aku nak skip... aku akan dgr satu2 lagu smpai abis.. kiranya makin lama makin sedap la di telinga aku...


KESIMPULAN

setelah tampil dengan sgt cemerlang untuk album lelaki ini, penghasilan album kali ini AZ cuba tampil dengan sesuati yang lebh relax dan jauh sedikit dr anuar zain yg kite kenal sebelum ni. penghasilan album yang lebh membuai dan tenang. secara keseluruhan, ia adalah hasil yang baik. mungkin betol, ia ambil masa sdkit nak suke.. tp still.. lgu2 nya bagus....  ramai bertanya kenapa SEDETIK LEBIH tak tersenarai.. aku rasa due to hal2 berkaitan hakcipta... kalau tak mngkin bg sedikit warna sb lagu tu mmng antara ost terbaik.... jd kseleruhuannya.. aku suke album ni.. aku tau AZ ni seorang yg begitu teliti... mcm mane pun hasil yanga kan keluar, aku pasti setiap drpada dia adalah dr kalangan material yng terbaik yg dipilih.. tahniah sekali lg kepada AZ, dan barisan tenaga produksi.

Vokal terbaik  :  Cinta Harus Memiliki
Lagu Terbaik  :  Ajari Aku
Gubahan Terbaik  :  Ajari Aku

Personal Fav :  Ajari Aku, Cinta Harus Memiliki, & Sempurnakan Aku.

3.5 / 5


Lain-Lain Review

Tuesday, October 18, 2011

Budak 2 Tahun Dilanggar dan DIBIARKAN...


Aku rasa umum dah tahu bnda ni.. cepat meluas melalui utube... bagus juga dia meluas.. at least suara dunia mampu untuk berikan sedikit keadilan kepada budak ni... (atau mungkin dah meninggal).. budak ni berada di pasar... budak perempuan yang yakin comel berumur 2 tahun... tak tau ape2.... di langgar oleh sebuah van... van tu berhenti. dan terus jalan.. kemungkinan besar van tu tak nampak.... yang paling sadis... lepas pelanggaran tu... ade org lalu lalang kat situ... BUAT TAK TAU dengan budak ni yang terbaring kesakitan di TENGAH TENGAH jalan.. dan datang lg sebuah kenderaan dan lenggar lagi sekali.. smpai la ade seorang insan yg aku yakin paling mulia hatinya dr semua org yg ade kat situ bawak jasad budak ni ke tepi.. dan menjerit mintak tolong tapi TAKDE SAPA hirau... owh gosh!!!!

korang masih rasa keadaan kat malaysia teruk?.. saksikan vid ni.. dan korang akan tau betapa bertuahnya kita hidup di malaysia... sdangat bertuah... kemanusiaan masih berada di kedudukan no1... oleh itu.. demi mengelakkan negara kita jadi mcm ni.. plz.. hormati nilai kemanusiaan yang ada.. dan jaga kestabilan keamanan negara kita... ya allah.. apa nak jadi dunia sekrang...

 

Untuk Lelaki Sahaja


haahhaha.... harga telur naik ke?
aahahaha

Wednesday, October 12, 2011

Nak Sangat Handsome kan?


kalau dah makan... belum masuk lunch time dah tiga kali makan.... lunch lagi.. balik kije lagi... supper tak dilupakan... ahahahh..... lg berangan nak badan mcm ni?.. ahahha... ok3.. fairuz!! WAKE UP..! ahah.. pehhhh aku nak badan mcm no 5 tu weyh.. berdasarkan ukur lilit diameter yg aku sendiri ukur.. aku rasa kedudukan aku kat no2 atau no3 kot... ahahaha,... kalau ia tak dilabelkan sebagai perasan la... wakakakkaaka... ahaha... well.. aku sgt la mementingkan keindahan badan yang dah tercipta tak ckup hot ni... jd mcm mane nak buat bdan mcm ni?... caranya senang je!!.. GYM.. and DISIPLIN..!!! ok3... takleh tangguh lagi... tepi3 sume!!

(Tengah push Up....)

Tuesday, October 11, 2011

Ahmad Jais Meninggal Dunia


 pagi ini aku dikejutkan dengan dua berita sedih. satunya pemergian suami kepada ex-bos aku. kerana masalah kanser limpa.. yang kedua, pemergian seniman terulung negara, seniman AHMAD JAIS. beliau meninggal dunia di Pusat Perubatan Darul Ehsan Shah Alam pada 9.19 pagi tadi. Mungkin aku bukan antara mereka yang lahir atau hidup pada zamannya. kegemilangan beliau merentasi nuansa muzik nusantara.. siapa yang boleh lupa lagu keramat BAHTERA MERDEKA?... keindahan ciptaan lagu DIAMBANG SORE?.. ataupun lagu SELAMAT HARI RAYA yang masih menjadi antara pilihan utama bila tiba hari raya walau usianya melebihi usia aku sendiri?... itulah seniman dahulu.... menyanyi dan bekarya keara kejujuran cinta terhadap bakat dan keindahan seni itu sendiri. perjalanan mereka orang-orang lama ni bukan semudah orang seni sekarang. pernah aku duduk semeja dengan ORANG ORANG LAMA dunia seni ini, dan teman2... bercerita tentang perjalanan seninya... beliau mengakui, penglibatan dlam dunia hiburan ini bukan dilakukan atas dasar duit semata2.. tetapi kerana cinta dan kejujuran. mereka sanggup berkorban wang ringgit demi memperjuangkan maruah seni itu sendiri...



Dan pada hari ini, perginya seorang seniman, sebutir lagi bintang, seorang lagi lagenda seni tanah air, AHMAD JAIS. aku pasti, pemergiannya akan diiringi doa dan peninggalannya juga akan terus dihayati walau untuk 30 tahun lagi. insyaallah.. moga roh beliau ditempat dikalangan mereka yang paling bertuah di sisiNYA.. insyaallah...

Lagi Berita Tentang Pemergian Ahmad Jais:

Monday, October 10, 2011

Tangga gaji BARU.. Budjet 2012....

berikot adalah tangga gaji di bawah sistem saraan baru perkhidmatan awam.. alhamdulillah.. takde la banyak mana kan.. tp lebih bersyukur dr lansung tuhan  tarik balik.... dapat gak 2rat lebih.. leh tmbah2 duit beli susu anak kan... beli lampin ke.... pergi (Redbox) ke.. wakakaka... ni hah.. tgok smpai kepitaman.. sila3.. sila hebohkan.. tp ni budjet 2012 ye.. jgn korang dok histeria kat bank hujung bulan ni yee....


moga malaysia akan terus diberi kekayaan dan kesejahteraan serta kestabilan dr segala segi.. sokongan rakyat kepada apa yg kerajaan jalankan amatlah perlu.. sb bila negara kita stabil.. negara kita maju.. org luar nampak.. org luar suke.. negara kita jd negara maju. pendapatan negara meningkat.. kadar inflasi kurang... hutang kerajaan kurang... insyaallah... taraf hidup kita semua rakyat jelata ni akan ditingkatkan.. insyaallah...

amin3!!!..

p/s: nak g holiday la!!!

Review : Al- Hijap

beberapa hari lepas aku dengan gigihnye pergi tgok cerita ni after aku tgok satu movie.. tiket cerite tu jam 1.30 pagi.. dengan harapan aku akan ketakutan tahap maksimum la... ok review  kali ni akan jd ringkas saja... sb aku takde mood nak tulis pepanjang... secara keseluruhannya, aku rasa al hijap adalah satu cerita yang punya tema yg sangat menarik. kisah tentang pembukaan hijap oleh seorang pemuda yg teringin sangat nak tengok hantu. konsep ni memang menarik.. tp sepanjang sejam lebih aku menonton, banyak sangat kelemahan yang aku rasa tak patut berlaku... aku pointkan ajek la ek? btw sebelum menilai.. aku nak ckp.. aku tak anti dengan filem melayu... aku tak sinikal dengan hasil warga org kita.. aku tak terpengaruh sgt dengan cerita org barat... ni pandangan ikhlas.... kalau salah... anggap je aku org yg baru nak belaja ek..

  • aku taktau masalah panggung atau apa.. tp kualiti audio memang mengecewakan. tak kira lagi dengan dubbing suara tu.. haiyooooo failed semaksimumnya.... pastu aku rasa sound effect dia sgt la fake.. bukak buku pun nak ade sound effect suara mengilai2 ke?.... tak realistik.. nmpak mcm sound effect dipilih randomly sahaja...
  • kualiti lakonan yang tak cemerlang.. lakonan piere mmng aku suke.. walaupun aku rasa terganggu dengan sebutan " S " dia... lakonan mak itam pun aku suke.. walaupun dia mcm watak profesor snake .. ahah.. tp lakonan fatihah or fatiya.. (tak sure nama dia).. memang kacau laa!!!..  sb cerita ni tak byk pelakon.. jd aku rasa kalau yg dpt watak tu fazura ke.. msti lbh hidup..... and dubbing suara fatiya tu memang failed!
  • skrip.... pun aku rasa tak cemerlang... Skrip Lemah.. byk yang aku rasa tak konti... contoh, masa nak jumpe mak si awek.. dok dalam telefon ckp " antie saya nak tau pasal hijap".. ok la makcik tu bebel sket ckp psal hijap.. pastu biler dah berjumpe.. leh makcik tu tanye lgi " hah apa yang Raf nak tanye makcik".?? ade ke macm ni punye soalan?
  • sinematografi.. ok... seswai dengan penceritaan.. tak gempak sgt.. tp aku rasa shot2 yg di gambarkan memang cntik.. aku suke masa raf dengan mak itam mule2 nak enter dunia hantu tu... lighting antara terang dengan gelap tu kat ladang sawit tu memang cun... 
  • penceritaan.. aku rasa di awal2 yg kononnye ada hantu kat jalan raya tu.. aku msih tak nmpak relevan nye scene tu untuk citer ni... kalau ade yg tak pls bgtau aku.. pastu.. ok production house ni nak buat filem.. bayar 50 RIBU untuk amik pelakon baru.... memang menunjukkan yg production house ni bukan calang2.... maksudnya yg mmng gah la.. tkaya tu 50k untuk pelakon baru....p bincang pasal payment n kontrak kat kedai kopi jek?... (ok la dlm film ni kedai tu cmm secret recipe..)... mmng tak msuk akal...
  • raf... pelakon yg katanya dah 3 tahun dlam industri.. tp msih lg buntu nak mati sb tak dpt nak crik feel TAKOT?.. terpaksa bukak hijap bgai?... aku rasa tang ni sgt la tak logik.. tak ckup kuat untuk dia bukak hijap.. boleh dicantikkan. contohnya raf ni si bukak nakal n dia tak pecaya hantu.. then biler dpat je skrip ni.. dia just rasa nak cube... bukan sebab nak dptkan feel takot... sb dia dah 3tahun belakon katanya.... takkan MASIH TAKTAU NAK CREATE FEEL TAKOT?.
  • paling tak boleh blah.. mak itam dpt hubungi raf sb mak itam ckp dia dah janji dengan arwah mak raf yang dia nak tolong raf biler raf perlukan pertolongan!.. plot ni SGT LONGGAR..!!!! mcm mane mak itam dpt no raf? ape relevan nye mak itam contact raf sb raf nak bukak hijap?.. kalau mak itam contact raf utk bnda yg lbh pnting bru la kita rasa logik janji antara mak itam dengan mak raf.. takkan mak itam janji nak tolong raf bukak hijap?. lagi logik kalau raf kononnya iklankan kat tenet ke sapa tau bukak hijap.. then mak itam contact sbb dia tau.. lg logik dr gune alasan,  mak ita pernah janji dengan mak raf yg dia nak tolong biler raf tgah memerlukan.. memang tak logik part ni..
  • ketakutan.. awal2 memang failed.. aku rasa tak takot lansung.. ok akui, aku memang penakot.. aku tgok jangan pandang belakang.. puas aku tutup mata dengan segala bnda.. yg ni kurang.. tp aku mengaku.. untuk scene dalam rumah raf.. memang tu BERJAYA... part hujan2.. dan part paling best.. masa awek dia kejut.. then dia ckp.. mcm mane awek dia leh msuk umah.. slamber je awek dia ckp    "sapa kata saya dah keluar dr rumah ni? "... sumpah.. part ni paling seram dalam sejarah!.. ketakutan di scene2 akhir tu memang berjaya.. smpaikan aku dah berapa malam bukak semua lampu dalam rumah aku..... padan muke ko!!!....
kesimpulannya... aku tak rasa yang skrip ni teruk.. sebab aku rasa aku suke dgn konsep bukak hijap ni.. mng satu tema yg boleh diketengahkan dengan baik.. tp ade scene2 and plot2 yang aku rasa dia last minit je buat... filem ni boleh di jadikan dengan cemerlang. nampak sgt mcm buat ala kadar atau budk baru yang buat..  tak kire lg dengan budak2 jakon yang tgok satu panggung dgn aku. dok terjerit ketawa2 bagai.. berbual.... perli2... siap cerita shooting lokasi ni dekat dgn rumah dia.. adoii... pg tgok astro first jek la!! btw.. aku harapkan cerita ni boleh jd lbh kemas.. sb AKU SERIUS SUKE TEMA NI!!

2/5
LAIN2 Review dan cerita tentang filem AL-Hijap
  1. Budiey.com
  2. Hanspunyeblog
  3. Broframestone
  4. Omar.my
  5. Anyzin

Friday, October 7, 2011

Pengorbanan Isteri...



ya allah!!! tolong hentikan nafsu ketawa aku ni!! adoiiii.. tolong!! tolong!!! sy tak tahan nak gelak walaupun tak baik gelakkan org... tp tlng!!!!!

Wednesday, October 5, 2011

Review : ALL YOUR LOVE ( Dato Siti nurhaliza)

saat pertama kali aku tahu siti nurhaliza nak buat album inggeris. dan album tu akan diterbitkan oleh anak tirinya sendiri.. aku skeptikal mengatakan album ni mesti tangkap muat. ye la sebab nak tolong anak tiri sendiri. lepas tu album ni diterbitkan dengan kerjasama dua producer dari australia yang aku sumpah tak kenal. lagi la aku sinikal perli album ni akan jd album biasa je. dua bulan lepas, aku di dengarkan single inggeris pertama dato ct, FALLING IN LOVE, masa konsert simplysiti di uitm shah alam. saat pertama dengar aku sedikit terkejut. sebab aku suke lagu tu. lagu tu agak jauh dari sangkaan aku jenis muzik yang bakal siti gune untuk album ni. dan setelah melalui bulan puase dan raya, pada minggu lepas, 26hb september, album yang diberi judul ALL YOUR LOVE ini telah pun secara rasminya dilancarkan. selain berada di store musik bermula 24 september, album ini juga boleh di beli melalui itunes dan amazon untuk pasaran antarabangsa. aku pergi ke pelancaran ALY yang dibuat di pusat membeli belah mewah starhill. dan aku ambil masa satu minggu untuk menggagahkan diri untuk menulis review ini memandangkan masa dengan aku memang tak pernah nak ngam. ok sebelum pergi jauh, jom kita teruskan dengan review aku ni...


KESELURUHAN
Secara keseluruhan, album ini aku konsepkan sebagai pop rnb. memang muzik yang diketengahkan sangat jauh dri siti nurhaliza yang kita kenal. siti memang pop makanan dia. tp untuk album ini, penerbit berjaya membangunkan sesuatu yang baru. apa yang aku boleh simpulkan, album ni punya kuat bau CELINE DION,  dan MICHAEL JACKSON. malah dlam mendengar deretan lagu dalam album ni, ia punya rasa yang sama bila aku mendengar lagu2 awal kemunculan britney spears, spice girls, dan kylie menogue. tp yang pasti siti sendiri menginpirasikan celine dion dalam perjalanan seni dia. dan album ni membuktikan siti tidak pandang remeh dengan usaha mahu membawa beliau ke peringkat antarabangsa walaupun setelah 15 tahun dia didalam industri. sebagai peminat siti, aku harap nama siti dapat dibawa keperingkat antarabangsa


COVER / LAY OUT
terus terang, aku rasa sangat kecewa dengan hasil lay out album siti yang ini. aku faham mungkin mahu diselaraskan dengan konsep album ni yang funky dan catchy. tapi penghasilannya boleh jadi lebih berkualiti. banyak contoh album artis international yang gune konsep yang sama tp hasilnya gempak. tp yang ini. serious... tak cantik.. cover luar boleh tahan lagi, gambar kat dalam lagi menghampakan. gmbar siti yang lebam dan seakan takde ligthing. susun atur yang mcm nak tak nak buat. even cover belakang cd pun terlalu simple. serious album ni kalau mahu dibawa ke peringkat global, reprint this album with new layout. 

2/5

ARRANGMENT / GUBAHAN
Terbaik. aku suke dengan idea hanya menggunakan dua penulis untuk album ni. 1, kesinambungan momentum muzik tu tak lari dari satu lagu ke lagu yang lain. walau lain genre walau tak sama tempo, tp style nye berterusan. walaupun ada yang kata kenapa tak gune lbh ramai penulis utk hasil yg lbh variasi, tp aku rasa kalau dua org ini mampu mencorak semua lagu dengan baik, tak payah nak penuh2 gune ramai sgt penulis. alnum ni diterbitkan oleh BRYAN BOURO dan CHRISTIAN ALEXANDER. tp kebanyakan lagu digubah oleh BRYAN. memang cemerlang. dr gubahan lagu ala2 disco, sehingga ke ala2 tango, lagu2 rnb sehingga ballad memang dijana dengan baik. penggunaan mcm2 jenis sound dan efek sememangnya memberi jiwa yang berbeza dalam setiap lagu. susah nak crik gubahan terbaik dalam album ni. tapi aku letakkan 3 lagu, STAND UP, TONIGHT, I'LL WAIT FOREVER sebagai lgu dengan gubahan paling cemerlang. kalau boleh di selit sedikit, sebenarnye suara siti merupakan antara instrumen yang bagi setiap lagu menjadi PENUH dan VARIASI.

4.5 / 5

VOKAL
SUPERB.. mcam yang pernah aku cakap sebelum ni, TRANSKRIPSI adalah antara persembahan album solo terbaik dri siti yang aku sangat puas hati. album2 selepas tu, hadiah daripada hati, lentera timur, tahajjud cinta, pada aku biasa aje. dan persembahan vokal siti mcm tak all out. sehinggalah dalam CTKD yg aku rasa siti mula menyengat. dan untul ALY aku simpulkan vokal siti sebagai cukup meyakinkan. aku akui kelantangan dan ketajaman vokal siti sudah kurang sejak berkahwin dan itu adlaah biasa bg penyanyi wanita. wbagaimanapun aku terpaksa akui siti masih lagi berada dalam level terbaiknya. Lontaran untuk ALY sangat meyakinkan. mungkin juga siti di guide oleh mereka yang arif dengan mainan suara untuk lagu2 sebegini. setiap lagu memang aku dapat rasakan passion dan intensity vokalnya. tidak mengatakan persembahan ini adalah sempurna kerana jelas ade beberapa tempat yang siti "tergelincir" tapi siti masih berada di atas senarai vokal terbaik wanita di malaysia dan asia ni. dengan DINAMIK yang jarang kita dengan dalam lagu2 inggeris, dengan lenggok nusantara dalam genre rnb, dengan character yg sebati dengan setiap style lagu, siti memang all out for this project. sampai aku terfikir "bila la suara dia ni nak rosak ek"..?

4.5 / 5

SEBUTAN / PRONUNCIATION
Inilah isu utama yang membelakangi semua kehebatan yg mungkin ada dalam album ni masa ura2 siti mahu merakamkan album inggeris.. ye lah.. budak perempuan yang duduk di daerah jengka, sekolah dan kehidupannya berlatarbelakangkan bahasa melayu. dan apabila siti nak buat album inggeris, mata2 yangs elama ni SAKIT MATA dengan siti lgi la lantang mengutuk... dan dengan terhasilnya album ni, nyata siti tak gentar.. ye aku akui sebutan siti dalam album ni tidak la SEDAP untk di dengar. tp konsep dia senang je.. spaa pun yag berbahasa inggeris, kalau DIFAHAMI itu sudah memadai.. hey celine dion punye slang awal2 dlu lagi teruk.. hey jackie chan punye inggeris smpai kesudah teruk... dan SITI PUNYE PRONUNCIATION lak?.. pada aku mmng betol.. sebutan dia ade sedikit TAK SUDAP... lagi2 kalau ade huruf "R" dan "L".. mmng melayu nye jelas.. tp pada aku asal ia difahami..... more than enuf.. tp still by time siti kene rajinkan lidah dia untuk sebutan2 bahasa omputih ni... lama2 nanti sedap la bunyik dia...

3 / 5

LAGU

ALL YOUR LOVE
pembukaan yang pada aku biasa2 aje. pengaruh MJ kuat dalam lgu ni.. ala2 disco sket. lagu ni tak la menusuk sgt. tp still tak buat aku tekan button skip. aku suke mood dia.. rasa nak menari jek.. aku suke part siti sebut " GIVE IT TO ME - GIVE IT TO ME". comey sungguh... eheheh... lgu ni simple jek.. mungkin sengaja diletakkan lgu yg tak BOOM sgt di permulaan ... ntah... graf nye simple. takde klimak sgt lgu ni. so dia lebih kepada simple n easy song.. boleh kasi goyang la itu bdan
3 /5

NOBODY ELSE
BEST..!! lagu ni yg pertama didengarkan beberapa bulan lalu.. mase tu aku agak kecewa.. "takkan lgu mcm ni buat 1st single". tp byk kali dengar lgu antara lagu paling best... lgu ni antara lagu yng punye mood ballad  RnB paling mat saleh.. mood lagu2 inggeris memang kuat dlm lgu ni.. lagu ni mengingatkan aku kepada lagu2 britney spears di awal2 kemunculan dia dlu. lgu ni simple.. menenangkan... beat dia memang syok nak follow..
4 / 5

TONIGHT
SUKE..!! mule nye  mood tarian bile masuk track no3 ni.. aku suke nak mati intro lagu ni.. ala2 spain sket.. ala2 syakira sket... bunyik percusiion mmng bg mood yg meriah untuk lgu... lgi sumpah memang patern CELINE DION... kalau dengar memang nak menari je rasanya. graf lagu ni simple jugak... verse, korus... klimak... simple.. tp melodi dia memang catchy
4 / 5

ALL OVER AGAIN
owhh.. lgu ni very the britney spears ataupun spice girl.... lgu ni pun bau matsaleh yg sgt kuat.. dia ade iras2 lgu sunshine yg siit penah nyanyi untuk tm dlu.. perasan tak... lgu ni aku anggap mcm lagu ALL YOUR LOVE td.. aku tak tertarik sgt.. hah lgu aku selalu tekan button skip.. ahahahaha... mungkin sb simple sgt kot.  sdangkan kita tau kemampuan siti more than this. lgu ni simple sgt untuk aura SITI tu...
2.5 / 5


I'LL WAIT FOREVER
lagu ni yg kedua di perdengarkan selepas fallin in love. aku suke lgu ni.. tp honestly aku rasa christian alexander ni tak best mana pun.. kalau dia takde pun takpe kot. even ganti je dengan zizan ke.. pun ok aku rasa... tp lgu ni melodi dia beyonce gak sket2 ade bunyik.. aku suke part siti. aku rasa siti berjaya overshadow mamat tu. lgu ni boleh jual kat luar ni....
4 / 5

FALLING IN LOVE
single pertama album ni. mule diperdengarkan dua bulan lepas. pada aku lagu ni memang sgt la seswai diletakkan sebagai single pertama. elemen spanyol yg ade dalam beat dia, ditambah dengan gesekan biola yg bwak mood arabic sket mmng bg jiwa aku meronta nak menari. graf lgu ni simple. verse and corus. vocal arrangement pun simple. takde nak adlip sgt. tp melody lagu ni yg simple tu yg buat dia mudah melekat. suke
4. 5 / 5

I CRY OUT
haha.. mostlu suke lagu ini an?... ok aku akui la gak.. dlm semua lagu.. lgu ni yang paling menangkap telinga aku untuk pertama kali dengar... hebat3... ehehhe.. lgu ni ala2 my all sket.. mood dia memnag sedih.. mcm unbreak myheart pun ye gak. lirik dia simple. melodi dia memang menarik. aku suke graf dia. memang cantik.. vrse 2nd korus, korus dan klimak. arrangement pun simple. taknak beratkan lgu ni sb melodi dia dah berat. aku suke suara siti dlm ni. walaupun masa korus tu siti bg NASAL sound bnyk sgt. lgu ni kalau putus cinta seyes leh nangis.. ahahah... tp aku pelik kenapa siti tak goreng sgt lagu ni.. sdangkan lgu lain dia goreng smpai hangus.. lgu ni vokal dia minima jeekkk.. puat rasa tak puas nak dengar
5 /5

FIGHT FOR LOVE
AKU SUKE LAGU NII...............!!! aku taktau kenapa.. tp ni antara muzik paling senang melekat dlam kepala aku... aku mmng rasa lgu ni adik beradik I'M ALIVE celine.. kan3.... lgu ni mood dia aku rasa bg aku ceria jek.... dgr lgu ni dlm kete aku dah tersenyum2 jek.. graf lagu ni cantik. verse sehingga corus dibina dengan baik. suara siti dalam lagu ni tiptop. aku suke je dengar dia hit all those note.. best.. aku nak siti perform lgu ni
5 /5 

STAND UP
well... what can i say about this... semua org dok menggilai lagu ni.. lagu ni super sweet... mula je dengan angin menderu tu buat mood aku rasa mcm nak g tingkap dan "renung masa depan".. lgu ni memang inspiring.. dengan lirik dia... dan graf lgu ni antara paling bagus pada aku.. mood rnb tu dibina perlahan dengan hanya iringan piano di hadapan. masuk verse kedua muzik mula penuh sehingga ke 2nd korus. vocal arrangement pun sgt gempak. antara persembahan vokal terbaik siti. lgu ni aku rasa ala2 stand up for love destinys child.. ada tak? cube korang dngar part minit ke 3.26 ke 3.30.. korang tak rasa ke bunyik tu sebijik celine dion?.. ahahah sukeeeeeeee
5 / 5

REMEMBER YOU
lagu terakhir sebagai penutup. mngkin sb ade kingston tu yg letak last. aku mmng suke lgu ni.. melody dia catchy giler.. antara lagu yg aku bukak dlu kalau bgun tdo.. terus rasa segar.... lgu ni dibina dengan baik. dr segi melodi, lirik dan juga suara siti dan rapping kingston. cume sekali lgi aku rasa kingston takde la best sgt.  dah la part dia sikit jek pun!.. siti alone dan cukup dah senanye. tp tula.. aku memang rasa dgn ade nye name dia, lgu ni boleh bawak nama siti ke international mainstream. sb vocal siti dalam ni pun cemerlang.. aku suke giler ayam part  " i dont wanna wake up tomorrow, if the memories feel with sorrow...".. suke ... kan3?
5 /5


KESIMPULAN
seyes ni review paling panjang pernah aku buat.. tu pun aku dah cut byk dah tu.. pitam mata korang nak baca. hahaha.. jd atas segala yg aku luahkan di atas, aku boleh simpulkan album ni sebagai hasil yg sgt baik. malah penghasilan album ni jauh dr tanggapan aku. aku kagum dengan usaha siti dan tak lupa anak tiri dia ADEP KHALID yg merupakan org penting dalam pembikinan projek ni. lagu yang menarik dan membawa satu lagi sisi lain dari SITI NURHALIZA, dengan persembahan vokal siti yang masih baik dan adakalanya kedengaran makin baik, dengan senarai lagu yang variasi. album ni aku rasa boleh pergi jauh. aku taknak promosi album ni terhenti di sini. plz SNP dan whats up entertainment, bawak album ni ke antarabangsa.. ( dengan lay out yg baru)...  selain lay out yg aku sgt tak puas hati.. album ni dtg dengan satu hasil yg boleh dibanggakan oleh siti.

KESELURUHAN
4.5 / 5



Now that you have worked with your step mum Siti, can you tell us some qualities you have discovered about her that you never knew before this ?

ADIB : She works very hard. She can sings for hours. Sometimes I can get tired but not her. I am amazed by her energy and her dedication."

LAGI REVIEW ALL YOUR LOVE

Tips Hilangkan Boring Dalam Lift

TIPS HILANGKAN BORING SEMASA DI DALAM LIFT .
1. Ketika anda hanya berdua dgn org yg tak dikenali, cuit bahunya..! kemudian b'pura2 melihat ke tempat lain..

2. buat muka m'gerang kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit
... "diam, semuanya diam..!"

3. bawa la kamera & ambil gambar semua org yg ade kat dlm lif tu..

4. pindahkn meja keje anda ke dlm lif.. jika ada yg masuk, tanyakn apakah mereka sudah membuat temujanji...

5. b'pura2 menjadi pramugari..! tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan spt. di dlm kapal terbang..

6. ketika pintu menutup, beri pengumumuan kpd. semua org..
" bertenang, jangan panik.. nanti pasti akan terbuka lagi..."

7. buka la beg tangan anda, sambil melihat ke dlm beg tangan, tanyalah
" eh, cipan...cukup tak udara kat situ..?"

8. diam & jgn bergerak sama sekali di sudut lif.. m'hadap dinding, jgn sesekali keluar..!

9. dengarkn suara kat dinding lif dgn stetoskop...kot2 boleh dgr suara kentut cipan ke....

10. buatla garis d lantai sekeliling anda m'ggunakn kapur..lalu beritahu
" ini adalah wilayah saya..JANGAN NAK MASUK YE..:p
MATI GELAK JEK LA AKU..!

Tuesday, October 4, 2011

Redbox tu Mahal ok!!


matilah aku mencurat si kotak merah padahal aku la muke yang menepek hari2 kat sana kan.... ahahaha. ye aku akui sebenarnye aktiviti nyanyian di dalam bilik yang bukan kaler merah ni memang dah menjadi kegilaan.. dr satu sudut byk gak yg baik.. sb byk yg mengatakan mat mat rempik pun dah suke karok.. jd atleast dr buat bnda tak berfaedah lain.. bek g karoke kan.. tak kire la kat redbox ke.. kat green box ke.. kat whiteboard ke hahaha... (mcm berfaedah sgt je karaoke tu)....

tp yang aku nak bangkitkan sekarang ni.. adalah mengenai redbox.. korang tau tak redbox tu mahal!!!!.. kalau korang g memalam.. memang sah2 40 hengget ke atas ok.... seorang! kalau ari minggu mau2 jejak 80 atau 70 hengget satu kepala... nak mati kan?.. padahal nyanyi suke2 je.. tp dah mcm nak bayar mas kahwin dah.. huuuu..... aku pun tak tau.. nak kata aku merungut mahal2.. dah bebakol dah aku nye rungutan.. tp still muke aku lag tertepek kat dinding2 redbox tu..!!

mcm bnda alah kat atas ni.. titbit ke ape nama dia.. satu piring kecil ni.. rm11 ok!.. dua mangkuk  ayun kecik ni RM22.!! korang tau tak kalau korang beli kat carefore ke giant ke bnda alah mcm ni dgn harga rm22 ni.. korang leh makan smpai perot korang mcm wanita mengandung 9 bulan!... tp kat redbox.. seciput je bg.. rm22!!!.. mana tak kaya..!!! kan3!! pastu makanan  ni bukan di mkan sgt pun.. selalu je tak tersentuh... tp kalau aku.. aku akan habis kan! aku taknak membazir!!! setiap titik butik bnda alah ni umpama setitik peluh petani ok..

pastu... lepas tiap kali je korang karoke.. dia mesti akan bg korang voucer kan?. voucer itu la ini la.. voucer karok, kuruskan badan, trim perut boyot.. segalanya.. percuma satu kepala... itu semua utk ape??.. utk bg korang dtg lagi lerr.... pndai kan strategi dia.. kita ni nanti mcm nak sgt g karok sb takot voucer tu abis tempoh.. semalam je aku buang dalam 30 voucer sb dah tamat tempoh.. huuu.. pandai dorang tarik hati pelanggan...

tapi takpe.. malau semarah mana aku dengan pembaziran ini.. aku takkan nafikan.. karaoke adalah terapi terbaik utk aku.. ahaha.. dan juga utk kamu .. kan3.... ahahah.. cume nye.. aku nak pesan kat korang (atau kat aku senanye)... jgn la kerap sgt.. bukan ape.... membazir.. ahaha.. lain la kat tmpat korang ade karoke jamban yg sehengget satu lagu tu.. ahahaahha.....

p:s/ ( otw nak g redbox )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...