Tuesday, October 25, 2011

Review : Album ANUAR ZAIN 2011

hahaha.. lapok kan? dah sebulan lebh baru nak buat review... ahahah... well.. aku mule2.. rasa nak buat review album siti je.. tp last week.. aku oustation ke kluang... dandan2 mlm sebelum bertolak tu lari g alamanda jap g beli cd bang nuar.. nak dgr sepanjang jalan.. ye la.. last album lelaki ini pun aku beli.. jd expectation aku untuk yang ini sgt tinggi.. lepas 4 5 tahun kan?... ok jom review!


KESELURUHAN

secara keseluruhan, aku rasa sedikit kecewa .. (sgt sedikit sebenarnya) sb aku harapkan hasil yg labih DRAMATIK mcm album lelaki ini. tp yang ni lebih relax. aku akui... aku amik masa yang sangat lama untuk suke hampir kebanyakan lagu dalam album ni. aku rasa dah lebh 15 kali aku repeat play bru aku start rasa suke... entah.. mungkin sb aku kenal anuar zaian sebagai penyanyi yang punya kemampuan untuk AKROBATIKkan suara dengan hebat. dengan himpunan lagu yang mempunyai graf2 yg sgt WOW... dan dengan apresiasi vokal yg sgt memukau.. tp dalam album ni.. bang nuar mcm nak relax sket.. tak la mengatakan yg lagu2 nya senang atau rendah atau tak mencabar.. tp apreseiasi vokal anuar zain kali ni lebih SELAMAT... lbh menjaga dan lebih terkawal... mungkin juga himpunan lagu yang dipilih memang melankolik. jd ia mempengaruhi persembahan vokalnya.


VOKAL

Masih lagi cemerlang. anuar zain dan ballad.. memang makanan dia.. dan dalam album ni semua lagu adalah lagu perlahan kecuali satu lagu yg agak jazzy.. lontaran AZ msh memukau... nota2 tinggi yang di lontar msih lg berbisa dan susah org nak ikot. cume aku akui.. penghayatan aku rasa kurang sket. dan keRAPIan patah lagu dan konsistensi level dinamik ada goyang sket... tp still.. aku masih nobatkan AZ sebagai antara vokal terbaik dlm malaysia.. nyanyian AZ msih kuat dengan identiti nya... cume mungkin bang nuar nak sedikit relax kali ni.. jika dibandingkan dgn album lelaki ini yg pada aku penampilan vokal terbaiknya... semua lagu allout.. dlm album kali ni... kebanyakan nyanyian bang nuar relax... dan dalam kesmua lagu. aku memilih CINTA HARUS MEMILIKI sebagai prsembahan vokal terbaik anuar untuk album kali ini. ckup rencah. apepun.. kita masih tak dpt menafikan.. AZ mampu membuai pendengar dengan kehebatan dinamik dan artikulasi kejelasan sebutannya.. dan sebenarnye kalau ade yang perasan.. penggunaan placement yang agak berbeza/baru dalam style nyanyian dpt dilihat jelas dalam persembahan AZ kali ni.. AZ mmng hebat dikenali sebagai chest voice singer.. tp dlm album ni.. AZ mula menggunakan mix voice.. which memberi warna baru dalam sound vokal AZ yg kite kenal... SYABAS BANG NUAR.!


LAY OUT

TERBAIK.! aku sgt suke dengan konsep yg khabarnye diilhamkan sepenuhnya oleh AZ sendiri. simple. tp punye penuh pengertian.... hitam putih... ckup melambangkan liku2 sepanjang perjalanan seni nya. siapa sangka.. figura yg  nmpak bersih dan muda di muka depan ini adalah seorang yang sudah berumur 40an?. satu gambaran yang sungguh klasik. aku berikan kdt tertinggi untuk penghasilan lay out untuk album kali ni.. dr cover depan. hingga dalam buku lirik.. simply the best! next album aku nak buat mcm ni la.. ( boleh kan nak berangan?)


ARRANGEMENT

CEMERLANG... ni la biler anuar zain mengambil masa yang lama untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti. menggunakan kebanyakan tenaga kuasa penggubah INDONESIA... mixing lak kat sydney.. memang menghasilkan satu SOUND yg sgt WOW.. memang hasil yg sgt baik. aku rasa gubahan paling cemerlang adalah dalam lagu AJARI AKU... aku suke dengan graf lgu ni yang memang membakar adrenalin aku. bermula dgn sgt sweet dan diteruskan dgn graf menaik dan terus BOOM... gesekan viola dan hentakan piano.. pehh.. aku suke! satu yanga ku akui apabila anuar zain menggunakan khidmat pencipta2 indo ni.. kualiti muzik dr segi pemilihan instrumen dan aura melodi lagu.. memang dibina dengan sangat baik.. dengarkan string pada NADI TERHENTI... drum dan violin dalam AJARI AKU.... raggae sound dalam SIMPATI CINTAMU.... juga pesembahan string yg sangat FULL dalam  TERINDAH.... memang... album ni kedengaran sgt EKSKLUSIF dan MAHAL...

LAGU-LAGU

mcm aku ckp tadi.. aku amik masa yg sgt lama untuk suke kebanyakan lgu dalam album ni.. kita ketepikan ku berjanji kerna cinta.. sb aku dah lama suke lgu tu.. since dia bukan lgu baru.. dlm 7 lgu yg lain.. hanya AJARI AKU yg aku suke masa kali pertama dengar. sb aku sukekan lagu yg faham energy pendengar mcm ni.. biler dgr lgu ni dia tak bg ruang utk aku merasa bosan.. setiap saat yang dihidangkan msti ade satu suntikan baru.. selain itu.. aku plih CINTA HARUS MEMILIKI.. aku rasa ramai yg suke lgu ni kan.?... aku pun suke lgu ni now... hari2 aku nyanyi.. CUMENYE... aku rasa lgu ni graf dia lambat sangat naik.. cube dengar.. dah minit ke 3 baru graf dia besar... jd terlalu meleret di hadapan tu... lepas tu biler dah naik .. dia stop jap.. untuk bg bridge tu... so mood yg baru nak naik .. turun balik..... apepun.. lagu ni memang best.. antara fav aku now selain ajari aku... lima lagi lagu... pada aku semua punya mood yang sama... dan style yg lbh kurang.... kenapa aku ckp aku suke album sebelum ini.. sb dalam album lelaki ini, semua lagu betol2 di gubah dengan kekuatan sendiri.. I'm the lucky one, lelaki ini, ketulusan hati, tinggalkan aku, kau bunga cintaku.. semua punya mood yg SENDIRI.. dan setiap lagu seperti berentap dengan lagu lain.. album ini pulak... momentum dia dr lgu pertama hngga ke track 8... sama... mood ballad aje.. kecuali lagu SIMPATI CINTAMU yg mana merupakan percubaan berani AZ dlm memnyanyikan lagu mcm ni... walaubagaimanapun, aku akui.. semua lagu dalma album ni like-able.... makin alma dengar.. payah aku nak skip... aku akan dgr satu2 lagu smpai abis.. kiranya makin lama makin sedap la di telinga aku...


KESIMPULAN

setelah tampil dengan sgt cemerlang untuk album lelaki ini, penghasilan album kali ini AZ cuba tampil dengan sesuati yang lebh relax dan jauh sedikit dr anuar zain yg kite kenal sebelum ni. penghasilan album yang lebh membuai dan tenang. secara keseluruhan, ia adalah hasil yang baik. mungkin betol, ia ambil masa sdkit nak suke.. tp still.. lgu2 nya bagus....  ramai bertanya kenapa SEDETIK LEBIH tak tersenarai.. aku rasa due to hal2 berkaitan hakcipta... kalau tak mngkin bg sedikit warna sb lagu tu mmng antara ost terbaik.... jd kseleruhuannya.. aku suke album ni.. aku tau AZ ni seorang yg begitu teliti... mcm mane pun hasil yanga kan keluar, aku pasti setiap drpada dia adalah dr kalangan material yng terbaik yg dipilih.. tahniah sekali lg kepada AZ, dan barisan tenaga produksi.

Vokal terbaik  :  Cinta Harus Memiliki
Lagu Terbaik  :  Ajari Aku
Gubahan Terbaik  :  Ajari Aku

Personal Fav :  Ajari Aku, Cinta Harus Memiliki, & Sempurnakan Aku.

3.5 / 5


Lain-Lain Review

3 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

apapun suara dia sgt mantap

FarhaNezam said...

Kenapa Sedetik Lebih tak masuk album?

~Nana BamBam~ said...

Salam , subhanallah..
suka dengan lagu ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...