Tuesday, October 11, 2011

Ahmad Jais Meninggal Dunia


 pagi ini aku dikejutkan dengan dua berita sedih. satunya pemergian suami kepada ex-bos aku. kerana masalah kanser limpa.. yang kedua, pemergian seniman terulung negara, seniman AHMAD JAIS. beliau meninggal dunia di Pusat Perubatan Darul Ehsan Shah Alam pada 9.19 pagi tadi. Mungkin aku bukan antara mereka yang lahir atau hidup pada zamannya. kegemilangan beliau merentasi nuansa muzik nusantara.. siapa yang boleh lupa lagu keramat BAHTERA MERDEKA?... keindahan ciptaan lagu DIAMBANG SORE?.. ataupun lagu SELAMAT HARI RAYA yang masih menjadi antara pilihan utama bila tiba hari raya walau usianya melebihi usia aku sendiri?... itulah seniman dahulu.... menyanyi dan bekarya keara kejujuran cinta terhadap bakat dan keindahan seni itu sendiri. perjalanan mereka orang-orang lama ni bukan semudah orang seni sekarang. pernah aku duduk semeja dengan ORANG ORANG LAMA dunia seni ini, dan teman2... bercerita tentang perjalanan seninya... beliau mengakui, penglibatan dlam dunia hiburan ini bukan dilakukan atas dasar duit semata2.. tetapi kerana cinta dan kejujuran. mereka sanggup berkorban wang ringgit demi memperjuangkan maruah seni itu sendiri...



Dan pada hari ini, perginya seorang seniman, sebutir lagi bintang, seorang lagi lagenda seni tanah air, AHMAD JAIS. aku pasti, pemergiannya akan diiringi doa dan peninggalannya juga akan terus dihayati walau untuk 30 tahun lagi. insyaallah.. moga roh beliau ditempat dikalangan mereka yang paling bertuah di sisiNYA.. insyaallah...

Lagi Berita Tentang Pemergian Ahmad Jais:

1 comment:

DRceria said...

Semoga Rohnya Di Tempat Orang yang Soleh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...