Thursday, July 22, 2010

Ku Undur Cinta- Fairuz Selamat


ramai yang tanye dlu tentang single aku ni.. well.. lbh dr sorang dikire ramai la tu kan.. ahahahahah..... aku dulu ade letak sample la mcm tu.. tak abis.. pastu ade gak vid yang aku rehearsal.. pun tak abis.. ni dia.. aku letak yang penuh.. ciptaan JOE LATIFF.. dia yang cipta lagu CINTA TAK SEHALUAN... lirik dia oleh norul hisham... korang dengar la ek.. aku rakam lagu ni pada december 2008.. aku release pada awal tahun 2009..

well.. smpat gak kedengaran di radio.. tp tak membanggakan la dia nye perkembangan.. aku anggap sebagai satu percubaan... alhamdulillah.... jd korang dengar2 ek... ku undur cinta..



ku siramkan kasih pada cinta
moga hadirnya kembang bahagia
kiranya lalang yang penuhi
taman impian........

ku semai janji tiba masanya
kita bersama bina istana
namun kau mungkiri
bila setia kau permainkan

andai sekali tak mengapa
biarpun pedih ku terima
kerana kasih yang ku ada
yang terindah dalam jiwa

sayangnya cinta makna berbeza
tidak sekata ku rasakan
kejujuran tidak berharga
begitulah kau gambarkan

jelas kini kau tak mengerti
erti kasih nan sejati
jika begini tiada yang pasti
ku undur diri


2 comments:

Nadia said...

huhuhu..adik sy dah angau asyik dengar lagu ni je..

::FAIZ FARISH:: said...

suke lagu ni... suke 100 kali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...