Tuesday, May 4, 2010

Mengintai corat-coret AIM17- Sitizoners Mengganggu?


berikut adalah corat coret yang aku copy bulat2 dr mymetro... huhuh senum je aku baca pasal banner siti tu.. hahahaahah iyakan jek la... tp terbayag gak.. kalau takde zoners.. sah2.. malam hambar aim tu terus tawar hebeh bak kata org johor.... hehehehehe... senyum aje... jom layan..!!


SS pun turut berada di Dewan Merdeka, menonton Anugerah Industri Muzik Ke-17 (AIM17), malam kelmarin. Banyak pula yang SS dengar dan lihat tatkala berada di celah penonton sepanjang majlis berlangsung dan ketika 'post party'.

  • Kata Mawi sebelum ini, dia tidak tersentuh atau 'ambik pot' apabila kena boo di Arena of Stars tetapi ketika muncul menyampaikan trofi bersama Diana Danielle di AIM17, dia sendiri yang membuka mulut mengakui dia berdebar takut kena boo lagi. Patutnya, Mawi buat selamba sudahlah. Mawi juga nampak berada dalam dunianya sendiri dan tidak serasi dengan Diana.
  • Ramai juga mempersoalkan kenapa Bunkface mendapat Anugerah Kembara. Ada berpendapat Zee Avi lebih layak. Mungkin juga anugerah itu diukur bersandarkan pencapaian artis Malaysia membawa muzik kita ke luar negara berbanding artis itu beraksi dengan menyanyikan lagu karya luar.
  • Ada pihak berpendapat tindakan peminat fanatik SitiZoners membawa sepanduk rentang yang tidak sesuai dengan prestij AIM di Dewan Merdeka. Maklum sajalah, majlis bertemakan Black Tie, tapi sepanduk yang biasa kita lihat dalam stadium atau karnival pula dibawa masuk. Bagaimana agaknya kalau kelab peminat artis lain juga membawa sepanduk masing-masing yang sebegitu pada malam itu? Tentu AIM akan nampak macam funfair bukan? SS tak pernah nampak pun Academy Awards atau Grammy Awards kelihatan seperti itu. Lainlah kalau sepanduk bling-bling atau daripada kain baldu, barulah ia nampak mahal macam juga Siti.
  • Memang susah nak puaskan hati semua orang. Ada yang cakap, mutu persembahan AIM semakin menurun dan 'show' malam itu agak Citrawarna dengan konsep Melayu, Cina dan India. Penonton mahukan sesuatu yang lebih kreatif dan 'ethnic fusion' daripada konsep yang agak lama.
  • Ramai juga artis yang muncul agak lewat seperti Yasmin Hani. SS lihat Yasmin terpaksa ke hulu dan ke hilir mencari tempat duduknya.

  • Penonton di rumah tidak dapat melihat telatah spontan Adibah Noor dan Afdlin Shauki ketika laluan iklan. Antaranya, Adibah mengeluh kelaparan sebab tidak sempat makan dan turut mengusik rambut penari latar Vince macam sarang lebah. Adibah dan Afdlin juga sempat menyebut nama-nama artis yang menghilang dari kerusi mereka kerana terpaksa ke tandas.
SEKIAN..!!

2 comments:

Lazyf said...

Yasmin Hani bukan ker MC utk Red Carpet AIM bru2 nih?So patut ker beliau dikatakan "artis yg muncul agak lewat...".
Bengap tol SS nih...

Fairuz Selamat said...

tu la pasalnye.. aduiiiii.. penin.. dia bukan lewat tp dah terlebh awal snanye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...