Tuesday, May 4, 2010

Kes Aminulrasyid Amzah.. KALAULAH



aku dapat ini dr blog daribawahbayu.blogspot..rasanya semua maklum berkenaan seorang remaja berumur 15tahun ditembak polis sehingga mati di shah alam.. aku sendiri kabur hendak meberi pandangan.. kerana penjelasan kedua2 pihak ada benarnye.. namun membaca penulisan ini, sgt bagus.. aku juga merasakan yang sama berkenaan kes allahyarham aminulrasyid ini... hendak menyalahkan polis semata2.. tak boleh.. nak mengatakan budak itu penjenayah.. tiada bukti... jd kita serahkan kepada yang berkenaan.. dan harapnya keputusn terbaik dapat diambil.. walaubagimanapun.. untuk muhasabah diri kita sendiri... segalanya harus kembali ke basic... KALAULAH....

  • Kalaulah ibu bapa remaja ini berhasil mengekang pergerakannya dan membuatkannya faham bahawa keluar rumah selepas jam 12 tengah malam adalah bahaya, kerana inilah waktunya sasaran polis berada dalam buruan ...
  • Kalaulah remaja ini menahan hasratnya untuk tidak keluar rumah lewat malam, tambah-tambah pada usia sepertinya, dia hanyalah seorang kanak-kanak yang tidak faham hukum alam ...
  • Kalaulah remaja ini dihalang memandu kereta kerana masih di bawah umur dan tidak mempunyai lesen. Pemandu tanpa lesen apatah lagi di bawah umur memang lekas hilang pertimbangan dan panik apabila berhadapan kecemasan di jalan raya ...
  • Kalaulah remaja ini tidak lari ketika dikejar polis (walaupun kita tahu dia panik dan dalam ketakutan apatah lagi telah dikejar pula sekumpulan penunggang motosikal sebelum itu) ...
  • Kalaulah polis tidak melepaskan tembakan (walaupun kita tahu mereka sedang menjalankan tugas kerana selalunya setelah beberapa das tembakan dilepaskan dan kereta masih tidak dihentikan maka kereta itu boleh disyaki sedang dipandu oleh penjenayah) ...
  • Kalaulah remaja itu tahu bahawa tindakannya melarikan diri ketika tembakan sudah dilepaskan boleh mengundang bahaya (dan akhirnya dia maut) ...
  • Kalaulah polis tahu bahawa dalam kereta itu hanyalah seorang kanak-kanak berusia 15 tahun (yang akhirnya mereka tembak lalu mati kerana menyangkakannya seorang penjenayah) ...

Kalaulah itu dan kalaulah ini ...


PAUTAN BERKENAAN ISU INI

LENNY ERWAN

Zulkifli Noordin

Mengapa polis tembak Aminulrasyid?

'My friend was dead before the car rammed into the tree'

Did we kill Aminulrasyid?


1 comment:

Lazyf said...

Apakan daya "nasi sudah menjadi bubur". Meratap pilu sekalipun yg pergi tidak akan kembali lagi...Al-Fatihah buat Allayarham Aminulrasyid Amzah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...