Tuesday, April 13, 2010

Review "How To train Your Dragon"



Sinopsis

Mengisahkan seorang remaja lelaki yang lahir dalam satu kemuniti barbarian. pada zaman ini, adalah menjadi satu kemestian untuk setiap individu terutamanya lelaki untuk dibesarkan menjadi seorang kesatria.. iaitu penuh dengan sifat seorang pejuang, fizikal yang gagah, berani, dan mampu menjadi benteng dalam mempertahankan tempat tinggal/ penempatan. remaja lelaki ini, malangnya, dilahirkan dengan fizikal yang halus, kecil.. berbeza dengan lelaki lain dalam kemuniti itu yang rata ratanya besar dan tegap. terdesak untuk membuktikan dirinya juga mampu mempertahankan kampung dan mampu menjadi pejuang, beliau berusaha menangkatp naga yang merupakan ancaman terbesar kampung mereka..

dalam usaha remaja ini menangkap naga naga tadi, tanpa disangka dia telah berjaya menjerat seekor naga yang sangat ditakuti oleh penduduk kampung. beliau mencari dimana jatuhnya naga itu sehingga jauh kedalam hutan. setelah menemui naga itu.. dia yang masih mempunyai perasaan kasihan mengubati naga yang cedera itu.. bertitik tolak dr ini, bermacam rahsia yang dia perolehi termasuk mengapa naga naga asyik menyerang kampung mereka. pengembaraan pemuda ini dalam usahanya menjinakkan naga itu, sangat mencabar. sehingga mendatangkan konflik antara beliau dan ayahnya yang juga ketua kampung. hal ini kerana ayahnya menyangka beliau sanggup berkawan dengan naga yang merupakan musuh terbesar kampung.

saksikan kemudiannya bagaimana beliau membantu menyelamatkan kampung dan juga menyelamatkan naga itu...


Plot

penceritaan yang sangat menarik.... mungkin kerana aku seorang peminat animasi... tetapi cerita ini sememangnya digarap dengan plot yang tidak membosankan.. perjalan cerita pantas... tiada satu babak yang dibiarkan lama... setiap isu digambarkan dengan padat... penonton tidak punya ruang untuk merasa bosan.. setiap konflik yang berlaku disatukan di kemuncak cerita.. dan dileraikan dengan satu peleraian yang menggembirakan.

Tema Dan Persoalan

sangat menarik. persoalan yang sungguh baik. sealunya bila digambarkan dalam animasi... sememangnya satu2 persoalan itu mampu di paparkan dengan baik. sepeti cerita ini.. persoalan seperti penduduk kampung yang menganggap naga itu musuh, tanpa mengetahui mengapa naga itu sering menyerang mereka.. persoalan tentang haiwan juga punya perasaan belas kasihan. dan juga jangan sesekali kita memandang rendah org yang berbeza dari kebisaan.. dan akal sesungguhnya adalah senjata paling tajam jika mampu menggunakannya dengan baik.

Grafik / Gambar

sangat menarik.. jika sebelum ini aku menganggap UP dan avatar anatara 3d terbaik pernah aku tgok.. tapi aku rasa, dalam filem Hoe To Train Ur Dragon in, ada banyak babak yang sebenarnya jauh lebih baik dr avatar sendiri. penggunaan latar tempat yang sememang nya menarik.. di tambah dengan grafik yang sgt cemerlang.. amlah adakalanya naga itu kelihatan sangat dekat dengan penonton dek kerana kesempurnaan grafiknya..

Muzik

boleh dibanggakan... mungkin kerana cerita ini merupakan cerita ala2 komedi.. jadi tiada penggunaan audio yang gempak2.. cukup sekadar yang mampu membantu penonton lebih merasa babak yang sedang dimainkan.. seperti babak bertarung dengan naga.. audio terbang di udara... keganasan naga besar itu... ok sahaja



kesimpulan

satu lagi filem animasi yang akan masuk list aku.. selain Lion King, rattauille... filem ini akan jd malar segar.. aku sarankan korang pergi tgok sebelum habis showing die... memang tak rugi.. try 3d pun ok.. percayalah kataku....


Kenapa Kerja Kite Bosan?



1- sbb kite kerja di somewhere yang sgt lari dr minat kite

2- sbb kite tak pernah nak bg peluang diri kite belajar bnda baru

3- sbb kite tak pernah ada peluang untuk menyuarakan apa yang kita nak


4- sbb bakat dan skill yang kita ada tak pernah dipandang oleh pihak di atas


5- sbb persekitaran yang sangat tak membantu pemikiran kita untuk belajar

6- org sekeliling yang tak membantu dalam proses pembelajaran

7- terlalu banayk perkara yang perlu dipelajario walhal ia tak penting


8- tiada motivasi lansung di tempat kerja yang boleh membuat kita suka

9- masalah pihak atasan yang tak pernah memandang bumi untuk menapak


10- sbb dah sah2 kalau kite jenis pemals dan kuat mengulor aje...



Monday, April 12, 2010

Recently update

AF8

mlm sabtu lepas merupakan kali pertama aku menonton af sejak 2 3 tahun ni.. i mean... tengok secara fokus dan berhemah la.... hahaah.. sadis kan.. hurmm.. tp aku rasa kecewa la... sbb jangkaan aku tentang kehebatan peserta memang jauh... aku taktau samada berpuluh2 ribu yg dtg ujibakat, ini je ke yang ada.. atau kuota astro dlm pemilihan peserta.. sbb ye la.. aku rasa kalau dah berpuluh ribu dtg, takkan akde yang sehebat bob.. atau mungkin boleh menyaingi hafiz dan stacy... agak sedih sbb kilauan bintang dan penghibur memang aku tak nampak sgt... td bace paper.. alif keluar... huhuhu.. aku bru nak ckp yg dia ni bagus..... tup2 dah keluar dah... then, aku tak sabar nak tunggu sape nak jd juara af8 ni... penyambung legasi "kecemerlangan" juara2 akademi fantasia... apepun.. aku rasa perlu ade suntikan idea segera dalam konteks meningkatkan mutu dr segala segi dlm af8 ni... yela dah minggu ke 4 ek.. ke ke 5.. atak tau... jd dah nak separuh musim ni... bek dibaiki mane yang mampu.. so penghasilan juara yang berkualiti nanti mampu dicernakan... insyallah.. aku percaya kepada pengetua dan barisan tenaga pengajar...

Buang Bayi




$%*^*#)%&^$&$^&%*$)^%)*&^.. itu adalah makian aku kepada mereka2 yang tak punya hati dan perasaan ni.. heyy tolong la.. aku tau korang tersepit.. mungkin dalam menjaga maruah diri dan keluarga.. mungkin dalam mencari penyelesaian dari masalah kewangan .. atau ape saja.... TAPI.. tolong jangan diperlakukan bayi itu sebegitu... jgn dibuang jiwa kosong itu sebegitu.. kalau ko taknak pun.. bg la kat mane2 masjid ke... rumah kebajikan ke... tau tak betapa peritnye kulit diterik matahari.. betapa sakitnya badan ditutupi semut api.. kita yang dah besar dewasa ni pun tak tentu tahan.. ape lgi bayi berumur sehari dua tu.. aku taknak nasihat korang supaya berhenti wat keje terkutuk ke tu ape... rasa nya semua org dah tau, berzina tu salah.!!!! tp kalau dah wat gak.. mengandung.. jgn salurkan kesalahan korang pada bayi itu,!!!! bodoh punya manusia... percayalah... takkan selesa dan bahagia kehidupan ko.. kalau ko musnahkan jiwa dan jasad tak berdosa itu sebegitu... .. aku sgt bengang biler bukau paper ari2 ade je... ingat.. kite ni manusia.. bayi itu manusia... kalau korang dah taknak ingat ajaran agama... tolong la selitkan sedikit sifat kemanusiaan.... huhhhhh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...