Monday, March 22, 2010

Aku Ghairah..!!!


HAh..!!! stooppp.. pk ape lak tu ek.. haha saje je bg headtag yg memberansangkan tu... (ye ke?).. takpe la... nak citer kat korang.. sejak2 keje ni.. aku asyik terpk nak rembat kereta baru aje.. bangun tido, buang air, makan kfc, gosok baju, shampu rambut.. sume nye tak dapat aku wat dengan fokus sbb, imej2 dalam kepala otak aku menjurus kepada "nak kereta baru"...!!! ghairah aku dibuatnya.. hahaah... padahal bru je keje.. gaji pun tak mcm nak masuk lg.. tp dah dok berangan tak ingat bak kata azwan ali... hahaha.. yela biler lg nak berangan ala2 gaji 20ribu sebulan kan.. hahaha..

berbalik kepada isu2 kereta ni... isu?.. ape2 je la. aku memang akui aku agak update gak ngan kenderaan bertayar 4 ni... tak ekstrim sgt smpai beli setiap minggu majalah kereta ke.. dok hafal sume spec2 dia... mcm dah bole keje kedai kereta dah.. tak3.. aku agak tau.. tp tak tau sgt.. ha mcm tu la... and... aku memang honda die hard fan... hhu.. sape tak minat honda.. g main ngan anak kucing seberang jalan tu.. huh... ok ni kat sini aku ade listdown kan 3 kereta yang aku plan nak beli (gune duit sendiri..!!).. plan aje.. dapat nye tak sure lg....



honda civic 1.8. aku memang minat civic version bru ni... pada aku antara kereta paling sempurna potongan dia. simetri yang ckup bergaya biler meluncur di jalan raya.. ia elegan, nampak mewah.. tp still ade unsur sporty.. type r pun aku minat tp 200k la... civic ni sekitar 120 - 135k... warna.. putih (hybrid) or brown.. spec dia gempak gak.. untuk kereta yg sama level, aku rasa ni leading ar.. target nak dapat.. umur 29


Honda crv... buat pengetahuan sume.. Fairuz Selamat memang minat kereta jenis SUV ni... yeahaaa.. aku suke yang nampak sporty n gah biler kat jalan. CRV memang aku minat.. dr version pertama dulu.. yang ke2 aku tak minat sgt sbb mcm trak.. version ke3 memang GEMPAK.!! aku plan nak beli yg ni.. dia memang besar.. tp design dia memang nampak kompak... huhuh.. la ni dah kuar version ke4.. tp aku tak tgok depan2 lg.. tak leh komen... pemanduan ini sgt hebat.. tekanan kepada kelajuan memang korang takkan rasa.. licin je.. cume mungkin penukaran dr selekoh ke selekoh amik masa dlm 3 saat untuk ke tenaga optimum.. lain2.. terbaik.. ruang dia luas... minyak ok aje.. takde la mcm BMW... nilai dia stabil... warna pilihan aku.. hitam atau dark brown tu.. harga sekitar 140k- 150k... plan nak rembat... umur 30 or 32....


Peugeot 308.. ni lak baru je masuk senarai aku.. aku sebelum ni bukan peminat peugeot.. tp 2 ari lepas.. mase aku kat UM.. area2 kolej 12 dan 5.. ade sorang mamat ni.. muke baik je.. pakai spek.. bawak bendealah ni.. warna maroon/ merah hati... pehh. parking dekat2 kereta aku.. memang terbakar aku tengah2 panas terik tu... aku dah ghairah gak ngan yang ni... ni model 308.. ade dua jenis... Turbo dengan VTI.. turbo harga dalam rm110k... yg VTI dlm rm 98k.. serius dia mcm kereta kompak.. tp memang elegan.. sporty.. and dia punye design agak "sesuatu".. potongan dia agak tak simetri pada aku.. imbangan depan ngan belakang mcm pelik.. tp tu yg "sesuatu" tu.. aku memang nak angkat ni.. huuh.. warna merah hati tu.. plan nak curik... umur 32....


hah tu la dia antara 3 kereta yang aku leh ckp sbg "Dream Car" aku... plan nak beli tu takde la nak angkat 3 sekaligus.. tp CRV memang ku nak ... cume mungkin civic tu akan berentap dengan 308 turbo tu.. sbb aku memang ghairah dengannya setelah cinta pandang pertama itu... heheh.. korang lak mcm ne... nak join... jom....

ps: Hazuan Jabbar.. aku still tak suke peugeot 407 ko tu.. hahaah


Saturday, March 20, 2010

Aku Minta Maaf



Last jumaat.. 19hb mac.. setelah aku kembali kerumah dr kerja yang masih lg dalam kondisi membosankan.. aku bersiap untuk ke universiti malaya untuk mengajar puisi lak... dalam kul 815 malam aku gerak.. hujan sangat lebat.. bermula perjalanan.. aku nampak minyak dah kurang... lalu pergi ke petronas berdekatan untuk isi minyak la... tetibe ade seorang budak perempuan dengan muke penat.. mungkin dalam umurnya 18 kot... datang bawa barang yang hendak dijual atas nama anak yatim...

Dia : bang.. ni bang abang boleh cuba.. produk ni bangus bang.. beli la bang
Aku : takpe la dik... terima kasih
Dia : ni untuk bantuan anak yatim bang
Aku : takpe la dik.. terima kasih ek
Dia : eh ni untuk anak yatim la.. abang takank tolong anak yatim ke
Aku : eh tak dik.. abg biasa gak derma.. cume abg derma dalam cara yang lain ke
Dia : kenapa.. apa yang saya buat ni salah ke?
Aku : eh tak.. adik jgn salah faham.. maksud abg. abg suka derma dengan cara yang lebih nampak.. mcm derma kat masjid.. kat umah anak yatim terus..

aku tak abis ckp lg.. dia terus blah dengan muka bengang... then sebelum aku masuk kereta nak blah.. dia sambung

Dia : hina ke saya buat kerja mcm ni
Aku : takde sape yang hina dalam dunia ni

then aku nak gerak je.. dia menjerit mcm marah kat aku

Dia : tau tak hidup kat dunia ni kite ni khalihaf... SEDAR TAK..

masuk dalam kereta.. 10 minit kemudian.. aku mcm mengalir air mata.. oleh kerana ayat "hina ke saya buat kerja mcm ni"... OMG.. takde lansung aku nak maksudkan mcm tu... aku tak pernah terpk nak ckp sape2 dlm dunia ni hina... lg2 kalau atas nama anak yatim.. apa hak aku.. aku pun belum tentu jd insan yang bagus.. keengganan aku untuk menderma kerana aku dah selalu sangat disogokkan dengan permintaan dermaan mcm tu.. slaah ke kalau aku menolak.. sepertti yang aku nyatakan.. bukan tak mahu menderma.. cume mungkin menderma dengan jalan yg lebih jelas dan tulus.. salah ke.. aku takde maksud lansung nak ckp budak tu hina ke.. even cara dia ckp yang sgt kurang ajar tu.. aku tak de balas pun dengan bahasa yang kurang ajar gak... jd aku nak minta maaf kalau dia rasa aku maksudkan sebegitu.. sesungguhnya memang takde niat lansung.






Friday, March 19, 2010

Nasyid Feseni 2010

Alhamdulillah malam td.. 18hb mac.. acara nasyid untuk festival seni 2010 telah pun berlansung.. ada 9 kolej bertanding.. dan kolej aku, kolej pertama.. yang aku ajar tak de rezeki lansung tahun ini... dimana dalam 5 tempat pemenang itu, kami tak tersenarai pun.. satu kejutan buat kami semua tatkala turun pentas dan kiri kanan org mengatakan kami telah mempersembahkan yang terbagus..

harapan untuk menjuarai acara ini untuk kali ke4 sgt besar memandangkan ramai yang mahu berundur dr menyertai pada tahun hadapan.. tapi rezeki tak memberi peluang kita menutup itu dengan kegembiraan.. ada bebrapa isu yang aku sendiri bangkitkan berhubung keputusan itu.. lansung tidak menafikan kehebatan kolej lain, dan lansung tak berniat untuk melihat keputusan itu berubah.. hanya inginkan sedikit penjelasan untuk memberi ruang membaiki pada masa2 mendatang..

ingin aku katakan, apa yang kita, kolej pertama, lakukan adalah yang terbaik... dan sentimen itu yang memaksa format dtukar, tidak akan mengubah konsep persembahan kita yang menjadi antara pelopor dalam katagori nasyid festival seni ini....yup.. mengapa aku katakan kami menjadi pelopor.. nasyid di um sudah tertulis sebuah pertandingan nasyid tradisional.. namun kami memberanikan diri untuk menyelitkan unsur2 yang lebih dramatik terutama dari segi persuaraan dan struktur persembahan.... dan bertitik tolak dr keberanian ini, 4 tahun lepas, aku tak segan mengatakan, banyak idea2 kami menjadi bahan rujukan untuk kumpulan2 lain. atau pun mungkin ia kebetulan.. mungkin.. dan ini sendiri diakui oleh ramai pihak... jd dengan berubahnya format.. yang dimaklumkan malam semalam, langsung tidak mengubah konsep persembahan kami.. kerana apa.. kami masih lg dalam konsep tradisional.. dan kami masih lg mengutamakan ciri2 apa itu nasyid..

berbalik kepada kejadian semalam.. sudah tentu untuk aku yang sudah masuk tahun kelima mengajar... merasakan ia keputusan yang paling sukar untuk aku terima. yela.. kali pertama memegang tanggungjawab sepenuhnya sbagai pengajar.. aku perlu menjawab persoalan.. "3 tahun juara berturut2.. tahun ni lansung takde placing... apa jd dengan ukhwah astar?"... namun jawapan optimis aku... ini lah rezeki... mungkin allah nak bg sedikit pengajaran untuk kami.. supaya merasakan juga apa yang kolej lain pernah rasa.. jd pemahaman itu aku jdkan sebagai penguat untuk aku terima keputusan itu...

walaubagaimanapun.... aku masih lgi ingin membawa pengutaraan tentang penjelasan sepenuhnya, diteruskan.. aku masih lgi kabur dengan statement kami terlalu koir... ini sudah masuk tahun ke5.. bukan kali pertama.. jd persoalan ini timbul setelah kami menjuarainya 3 kali sebelum ini?.. terus aku tertanya.. apa itu koir apa itu nasyid.. adakah soprano, mezzo contralto itu HANYA untuk koir?.. jawapannya TIDAK.. kerana ia adalah pembahagian asas dalam nyanyian.. dan nasyid masih lg dikatagorikan sebagai satu persembahan nyanyian.. yang membezakan adalah dakwahnya.. meseg nya... kalau juga mahu dibangkitkan isu kemodenan yang kami serapkan... ini memang lawak la... bukti sepanjang persembahan sgt jelas tentang siapa moden siapa tidak... nak dikatakan masalah teknikal yang memberi impak... itu bukan salah kami.. dan nak ikutkan.. kami paling minima kesalahan teknikalnya... nak dikatakan busana menyimpang.. hurmmm.. tunjuk gambar je kami boleh matikan statement itu.. lagu kami tak menepati syarat?... lg la mengarut... jd apa ya....

sebenarnye.. aku masih lg bersifat optimis dengan kekalahan ini.. kerana kekalahan mendapatkan placing lansung tak menafikan yang kami berjaya membuat persembahan semalam denagn baik.. atleast dr pemerhatian aku... jd aku bersyukur.. aku nampak team bonding yang wujud setelah kami brief tentang kekalahan ini.. bagus juga hikmahnya... bermesyuarah tentang yang akan datang.. cume tu la.. kami mahukan sedikit keberanian untuk mendapatkan hak yang sepenuhnya.. sedikit penjelasan sudah cukup menenangkan..

akhirnya... aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada seluruh team ukhwah astar.. syafik, hadi, amin, hazuan, gaban, raihan, yan, shima, mila, afi, tijah, ein, ika, nisa, dan saida.. juga kepada pembantu aku.. eccehh.. alia.... iwe dan ejin.. kepada team kolej yang membantu.... korang memberikan yang terbaik.. hampir 4 bulan berlatih.. kita mungkin perlukan masa untuk menerima ini. namun 4 bulan itu aku rasakan cukup bermakna buat aku.. kita berjaya mencipta jenama "ukhwah astar" dengan bergayanya.. tu paling utama... kita akan terus mempertahankan ukhwah astar.. aku sebagai antara pengasas ukhwah astar... aku takkan biarkan permata ini hilang.. dan aku mengharapkan junior2 ini ade semangat seperti aku... ukhwah yang terjalin indah ini sgt sedih jika dilupakan mcm tu je..

jd.. sekian terima kasih.... dan tahniah kepada semua 5 kolej yang mendapat tempat.. korang memang bagus guys.. teruskan membuka mata org luar bahawa nasyid um memang terbaik.. terima kasih kepada pihak penganjur.. pusat kebudayaan.. krew DTC sendiri... terima kasih semua...

( penat taip...)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...