Saturday, March 20, 2010

Aku Minta Maaf



Last jumaat.. 19hb mac.. setelah aku kembali kerumah dr kerja yang masih lg dalam kondisi membosankan.. aku bersiap untuk ke universiti malaya untuk mengajar puisi lak... dalam kul 815 malam aku gerak.. hujan sangat lebat.. bermula perjalanan.. aku nampak minyak dah kurang... lalu pergi ke petronas berdekatan untuk isi minyak la... tetibe ade seorang budak perempuan dengan muke penat.. mungkin dalam umurnya 18 kot... datang bawa barang yang hendak dijual atas nama anak yatim...

Dia : bang.. ni bang abang boleh cuba.. produk ni bangus bang.. beli la bang
Aku : takpe la dik... terima kasih
Dia : ni untuk bantuan anak yatim bang
Aku : takpe la dik.. terima kasih ek
Dia : eh ni untuk anak yatim la.. abang takank tolong anak yatim ke
Aku : eh tak dik.. abg biasa gak derma.. cume abg derma dalam cara yang lain ke
Dia : kenapa.. apa yang saya buat ni salah ke?
Aku : eh tak.. adik jgn salah faham.. maksud abg. abg suka derma dengan cara yang lebih nampak.. mcm derma kat masjid.. kat umah anak yatim terus..

aku tak abis ckp lg.. dia terus blah dengan muka bengang... then sebelum aku masuk kereta nak blah.. dia sambung

Dia : hina ke saya buat kerja mcm ni
Aku : takde sape yang hina dalam dunia ni

then aku nak gerak je.. dia menjerit mcm marah kat aku

Dia : tau tak hidup kat dunia ni kite ni khalihaf... SEDAR TAK..

masuk dalam kereta.. 10 minit kemudian.. aku mcm mengalir air mata.. oleh kerana ayat "hina ke saya buat kerja mcm ni"... OMG.. takde lansung aku nak maksudkan mcm tu... aku tak pernah terpk nak ckp sape2 dlm dunia ni hina... lg2 kalau atas nama anak yatim.. apa hak aku.. aku pun belum tentu jd insan yang bagus.. keengganan aku untuk menderma kerana aku dah selalu sangat disogokkan dengan permintaan dermaan mcm tu.. slaah ke kalau aku menolak.. sepertti yang aku nyatakan.. bukan tak mahu menderma.. cume mungkin menderma dengan jalan yg lebih jelas dan tulus.. salah ke.. aku takde maksud lansung nak ckp budak tu hina ke.. even cara dia ckp yang sgt kurang ajar tu.. aku tak de balas pun dengan bahasa yang kurang ajar gak... jd aku nak minta maaf kalau dia rasa aku maksudkan sebegitu.. sesungguhnya memang takde niat lansung.






9 comments:

Rizel said...

Hmm...sekarang nie mmg banyak org minta sedekah camtu. Tp semuanya Melayu. Cina atau India jarang sekali aku nampak. Tp yang latest sekali aku nampak adelah peminta sedekah buta. Selalunya dia akan datang dgn sorang yang celik utk bawak diorang dari meja makan ke meja makan. Sekali dua bagi, oklah. Tp kalau setiap hari datang tp orang yg berlainan? Nampak cam sindiket je. Entahlah. Ape2 pon Fairuz, ape yg ko buat tu betul. Dari ko bagi derma dgn hati rase geram, x ikhlas, baik kite derma kat Masjid kan?

Bukan hina kerja budak tu menjual barang. Tp die jual barang atas nama anak yatim. Bila org x beli, dia kata utk anak yatim. Dan cam pakse org beli. Hish, x patut. Betul, manusia nie khalifah di atas muke bumi, dan DIA pon manusia gak. Kalau org x nak beli, patutke dia menjerit? Haish..x paham.

Nur Aainaa Khairunnisa said...

maaf anda diterima...=)

*mungkin adik tu emo skit...mungkin kepenatan....

Diriku.... said...

sabar r ye...! manusia leh tafsir mcm2 dgn kata2 kita...maaf kn lah adik tu sbb emo n tuduh ko hina apa yg dia buat...bdk2...

idasm said...

mcm2 cara org minta sedekah sekarang. kalau yg buta yg ditemani org biasa tu, sehari rasanya ada dlm 20 pasang dtg kat restoran akak.
takpelah fairuz, tuhan tahu apa dimaksudkan fairuz tu.. chill!

Fairuz Selamat said...

rizel
tq bro.. betol tu.. u r totally rite.. actually.. it was like that.. aku bukan hina dia.. dan dia pun patut paham cara menderma mcm ne.. ni siap marah2 aku lg.. aku cume sgt terasa biler dia tanye, hina ke dia wat keje tu.. aku rasa bersalah giler

Fairuz Selamat said...

aaina..
tu la
harap sgt
even org tak nampak ia salah org.
tp rasa sgt bersalah

Fairuz Selamat said...

diriku
tu la dia...
biler nama derma sudah diperdagangkan

Fairuz Selamat said...

kakida..
kan..
tuhan tahu ape yg org maksudkan.. harap budak tu pun sedar ape yg org cube maksudkan

Rashid said...

salam

wah!! cantik dan bergaya sekali kereta itu..

rasa nak beli satule.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...