Friday, March 19, 2010

Nasyid Feseni 2010

Alhamdulillah malam td.. 18hb mac.. acara nasyid untuk festival seni 2010 telah pun berlansung.. ada 9 kolej bertanding.. dan kolej aku, kolej pertama.. yang aku ajar tak de rezeki lansung tahun ini... dimana dalam 5 tempat pemenang itu, kami tak tersenarai pun.. satu kejutan buat kami semua tatkala turun pentas dan kiri kanan org mengatakan kami telah mempersembahkan yang terbagus..

harapan untuk menjuarai acara ini untuk kali ke4 sgt besar memandangkan ramai yang mahu berundur dr menyertai pada tahun hadapan.. tapi rezeki tak memberi peluang kita menutup itu dengan kegembiraan.. ada bebrapa isu yang aku sendiri bangkitkan berhubung keputusan itu.. lansung tidak menafikan kehebatan kolej lain, dan lansung tak berniat untuk melihat keputusan itu berubah.. hanya inginkan sedikit penjelasan untuk memberi ruang membaiki pada masa2 mendatang..

ingin aku katakan, apa yang kita, kolej pertama, lakukan adalah yang terbaik... dan sentimen itu yang memaksa format dtukar, tidak akan mengubah konsep persembahan kita yang menjadi antara pelopor dalam katagori nasyid festival seni ini....yup.. mengapa aku katakan kami menjadi pelopor.. nasyid di um sudah tertulis sebuah pertandingan nasyid tradisional.. namun kami memberanikan diri untuk menyelitkan unsur2 yang lebih dramatik terutama dari segi persuaraan dan struktur persembahan.... dan bertitik tolak dr keberanian ini, 4 tahun lepas, aku tak segan mengatakan, banyak idea2 kami menjadi bahan rujukan untuk kumpulan2 lain. atau pun mungkin ia kebetulan.. mungkin.. dan ini sendiri diakui oleh ramai pihak... jd dengan berubahnya format.. yang dimaklumkan malam semalam, langsung tidak mengubah konsep persembahan kami.. kerana apa.. kami masih lg dalam konsep tradisional.. dan kami masih lg mengutamakan ciri2 apa itu nasyid..

berbalik kepada kejadian semalam.. sudah tentu untuk aku yang sudah masuk tahun kelima mengajar... merasakan ia keputusan yang paling sukar untuk aku terima. yela.. kali pertama memegang tanggungjawab sepenuhnya sbagai pengajar.. aku perlu menjawab persoalan.. "3 tahun juara berturut2.. tahun ni lansung takde placing... apa jd dengan ukhwah astar?"... namun jawapan optimis aku... ini lah rezeki... mungkin allah nak bg sedikit pengajaran untuk kami.. supaya merasakan juga apa yang kolej lain pernah rasa.. jd pemahaman itu aku jdkan sebagai penguat untuk aku terima keputusan itu...

walaubagaimanapun.... aku masih lgi ingin membawa pengutaraan tentang penjelasan sepenuhnya, diteruskan.. aku masih lgi kabur dengan statement kami terlalu koir... ini sudah masuk tahun ke5.. bukan kali pertama.. jd persoalan ini timbul setelah kami menjuarainya 3 kali sebelum ini?.. terus aku tertanya.. apa itu koir apa itu nasyid.. adakah soprano, mezzo contralto itu HANYA untuk koir?.. jawapannya TIDAK.. kerana ia adalah pembahagian asas dalam nyanyian.. dan nasyid masih lg dikatagorikan sebagai satu persembahan nyanyian.. yang membezakan adalah dakwahnya.. meseg nya... kalau juga mahu dibangkitkan isu kemodenan yang kami serapkan... ini memang lawak la... bukti sepanjang persembahan sgt jelas tentang siapa moden siapa tidak... nak dikatakan masalah teknikal yang memberi impak... itu bukan salah kami.. dan nak ikutkan.. kami paling minima kesalahan teknikalnya... nak dikatakan busana menyimpang.. hurmmm.. tunjuk gambar je kami boleh matikan statement itu.. lagu kami tak menepati syarat?... lg la mengarut... jd apa ya....

sebenarnye.. aku masih lg bersifat optimis dengan kekalahan ini.. kerana kekalahan mendapatkan placing lansung tak menafikan yang kami berjaya membuat persembahan semalam denagn baik.. atleast dr pemerhatian aku... jd aku bersyukur.. aku nampak team bonding yang wujud setelah kami brief tentang kekalahan ini.. bagus juga hikmahnya... bermesyuarah tentang yang akan datang.. cume tu la.. kami mahukan sedikit keberanian untuk mendapatkan hak yang sepenuhnya.. sedikit penjelasan sudah cukup menenangkan..

akhirnya... aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada seluruh team ukhwah astar.. syafik, hadi, amin, hazuan, gaban, raihan, yan, shima, mila, afi, tijah, ein, ika, nisa, dan saida.. juga kepada pembantu aku.. eccehh.. alia.... iwe dan ejin.. kepada team kolej yang membantu.... korang memberikan yang terbaik.. hampir 4 bulan berlatih.. kita mungkin perlukan masa untuk menerima ini. namun 4 bulan itu aku rasakan cukup bermakna buat aku.. kita berjaya mencipta jenama "ukhwah astar" dengan bergayanya.. tu paling utama... kita akan terus mempertahankan ukhwah astar.. aku sebagai antara pengasas ukhwah astar... aku takkan biarkan permata ini hilang.. dan aku mengharapkan junior2 ini ade semangat seperti aku... ukhwah yang terjalin indah ini sgt sedih jika dilupakan mcm tu je..

jd.. sekian terima kasih.... dan tahniah kepada semua 5 kolej yang mendapat tempat.. korang memang bagus guys.. teruskan membuka mata org luar bahawa nasyid um memang terbaik.. terima kasih kepada pihak penganjur.. pusat kebudayaan.. krew DTC sendiri... terima kasih semua...

( penat taip...)


7 comments:

Nur Aainaa Khairunnisa said...

takpe...takde rezeki...cuba lagi akan datang...mungkin ader sebab kenapa takdir nya begitu...yang penting jangan putus asa...

wah nak gak komen kat sini kan...^_^

*penat menaip ek...menaip jek....bukan berlari pun....;p

ron said...

huhu..apai..
sebak aku baca artikel ni..
kesimpulannya mcm mana bagus pun team tu,rezeki bukan kte yg tentukan..

rezeki tetap kt tgn Allah..

*penat baca* =p

nisa_chan said...

sy sgt terkilan....terkilan sgt sy....=(

alia_ny said...

the spirit of ukhwah astar will remains forever...love u guys!!!

Anonymous said...

pernah berdepan ngan situasi yg hampir sama...
tinggal tanda tanya...

mel said...

salam sedara fairus,,,,jgnla sedih ...nk coment cikit pasal astar...ur second song so teruk...solo salah key...samprno bermaslah...xtaula npe...aku 14 x dgr..lgu 1 2 memng meletop.lagu 2 aduhai...pening dgr...x sgka 1 leh wat cm2...yg lain sume xde mslah....kalo tgk 12 n 9 buat memang best..sharp...solo meletop....pape pun astar bgunla...lexla bnyk muhasabah n latihan x semestinya lama...tp berkualiti

Anonymous said...

trime dgan redha..baiki untuk mase akan dtang..korang da buat yg terbaik..tapi ade slack pade lagu kedua..off-key sket..ksilapan yg tak dijangka mungkin..apepon,lebih berhati-hati di masa akan datang ye...gud luck!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...