Wednesday, October 28, 2009

Review Cuci (mStar)

Awie, Hans Isaac, Afdlin Shauki dan AC Mizal mendukung watak utama dalam teater 'Cuci The Musical' - Foto THE STAR oleh AZHAR MAHFOF

MEMANG jauh bezanya teater Cuci The Musical jika dibandingkan dengan filem. Tahniah diucapkan kepada team produksinya terutama para pelakon yang berjaya ‘menghidupkan’ watak masing-masing terutama sekali Hans Isaac selaku eksekutik produser dari Tall Order Production selain mendukung watak utama di samping Awie, AC Mizal, Afdlin Shauki, Vanida Imran, Harith Iskander, dan Adibah Noor.

Setiap butir percakapan dan dialog yang diluahkan dalam teater muzikal dipentaskan sejak 23 Oktober hingga 8 November di Istana Budaya itu pasti mengundang hilai tawa kepada penonton dan tidak kurang juga mengajar nilai-nilai murni kekeluargaan dan mencapai impian.

Dan tema 'IMalaysia' turut diselitkan tanpa dibuat-buat. Bak kata AC Mizal yang menyebut ‘1Malaysia’ dalam salah satu babak teater itu, boleh disimpulkan tema itu didukung penuh melalui penyertaan pelakon, krew dan penonton yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

Penulis juga tertarik untuk menceritakan tentang latar set, props, permainan warna, muzik dan kreativiti lain yang mencerminkan teater ini mempunyai ‘kelas’ tersendiri.

Walaupun jalan ceritanya ada sedikit yang diubah daripada filem ‘Cuci’, namun graf ceritanya penuh warna-warni, suka dan duka serta turun naiknya sekata.

Pelbagai isu juga dikupas seperti rasuah, orang kaya menindas orang miskin, yang disampaikan amat menepati dunia realiti sekarang.

Teater ini juga tidak lari dari tema percintaan seperti Awie sebagai Jojo bercinta dengan Adibah (Fara) manakala Hans (Khai) bercinta dengan Vanida (CJ).

Tidak kurang yang terkesima sekejap dengan lawak-lawak penuh subteks seperti pisang Jojo, ‘nasib baik aku ada kes kalau tak dah lama aku belasah’ yang diungkapkan oleh Awie, wartawan yang tersilap memberi laporan berita.

Termasuk juga lawak antarabangsa yang dicetuskan dengan merujuk fizikal pelakon seperti botak dan gemuk serta sikap dalam watak yang dilakonkan iaitu lurus bendul, pengecut, gayat, manja, pemalu dan banyak lagi.

Bonus boleh menyanyi

Menjadi satu bonus apabila semua pelakon utama dalam muzikal ini boleh menyanyi dengan baik terutama yang bukan mempunyai latar belakang seorang penyanyi seperti Hans dan Vanida.

Penulis agak tertarik dengan pasangan ini yang mempunyai ‘chemistry’ ketika melakonkan babak bercinta melibatkan mereka berdua.

Walaupun Vanida kadangkala nampak begitu berhati-hati dengan pergerakannya kerana sudah bersuami, namun dia pandai mengatur langkahnya agar tidak sumbang dan kekok dengan Hans.

Pelakon wanita terbaik Festival Filem Malaysia menerusi filem ‘Red Kebaya’ ini juga kadangkala mampu mencetuskan lawaknya tersendiri dengan penyampaian dialog yang bersahaja.

Lontaran vokal dan pergerakan badan Vanida bagaikan irama dan lagu, bagi penulis lakonannya cukup segala-galanya dan menepati citarasa penonton.

Adibah juga tampil dengan karektornya tersendiri yang penuh berwarna-warni. Babak melibatkan Adibah dan Awie juga mencuit hati penonton. Tambahan pula kedua-duanya memang pandai menyanyi. Kiranya mereka berdua mampu menyandang gelaran penyanyi terbaiklah!

Afdlin juga tidak kurangnya, walaupun wataknya sebagai Fairil mampu membuatkan penonton benci dan marah terhadapnya tetapi di akhir cerita semua rasa bergabung menjadi satu malah disemai dengan perasaan kasihan dan sayang.

Watak AC Mizal juga agak agresif dan lebih ke arah negatif namun dalam pada itu, watak C’Tan yang dilakonkan olehnya itu membuatkan penonton tertawa apabila banyak dialog lucu termasuk cara menyebut namanya yang sesekali tersalah sebut ‘Setan’.

Hans pula mencetuskan lawak dengan karektor bendul, berterus-terang tetapi apabila berhadapan dengan CJ dia akan bertukar menjadi pemalu.

Harith juga sesekali membuatkan penonton rasa terhibur dengan lawak bersahajanya memandangkan beliau memang mempunyai ciri-ciri humor dan merupakan seorang ‘stand up comedian’.

Namun kadangkala dialog yang dilontarkan oleh Harith sebagai Wira agak sinis dan pedas.

Tiada kata secantik bahasa, penggunaan dialog yang mudah difahami dan tidak meleret membuatkan teater ini cukup segala-galanya.

Bukan sahaja sedap dipandang melalui mata, sedap didengar melalui telinga malah ia juga mampu menembusi hati penonton untuk mengambil segala pengajaran dan nilai murni yang diterapkan dalam teater ini.

Garapan yang indah, kreatif dan padat dalam 'Cuci The Musical’ adalah milik pengarahnya, Zahim Al Bakri selaku koreografer, penulis lirik, komposer, pemuzik dan para pelakon. Dengan Harith sebagai pembantunya yang setia. Syabas diucapkan. Teater ini langsung tidak menjemukan. Kalau ingin berhibur, ayuh ke Istana Budaya.....'Cuci The Musical' menanti anda!



Tuesday, October 27, 2009

Review Cuci (BHarian)

Hans Isaac kotakan janji

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my


EMPAT tonggak Cuci The Musical iaitu Awie, Hans, Afdlin dan AC.

Cuci The Musical yang dibarisi bintang terkenal tanah air sarat adegan pecah perut


USAH dibandingkan Cuci The Musical (CTM) dengan teater lain kerana persembahan oleh Tall Order Productions ini mampu berdiri atas nama dan kekuatannya sendiri. Tampak ringkas, tetapi teater ini sarat dengan detik yang menghiburkan serta persembahan memberangsangkan barisan bintangnya.

Elemen komedi yang kuat, diselitkan menerusi dialog serta gelagat pelakonnya di pentas, membuatkan penonton tidak kering gusi sepanjang hampir tiga jam persembahan berjalan. Bahkan, CTM hampir disalah erti sesetengah peminat sebagai sebuah pementasan lawak, dek banyak sekali saat melucukan termuat di dalamnya.

Dialog kelakar yang terpacul secara tiba-tiba di mulut pelakon, dikira amat menjadi, sehingga peminat tidak senang duduk di kerusi. Janji yang diucap Penerbit Eksekutifnya, Hans Isaac, ketika ditemui Hip beberapa minggu lalu bahawa peminat akan ketawa besar melihat pelbagai telatah watak dalam teater itu kini ditepati.

Begitupun, pengarah bersama, Datuk Zahim Al-Bakri dan Harith Iskander tidak melupakan genre asal teater ini. Maka, selang beberapa ketika, penonton dihidang dengan nyanyian bintangnya termasuk Afdlin Shauki, AC Mizal, Awie, Vanidah Imran, Adibah Noor, Ramli Hassan, Harith dan Hans sendiri.

Hampir 90 peratus bintang yang mewarnai CTM ialah pelakon yang turut bergelar penyanyi, ataupun sudah berpengalaman luas dalam persembahan muzikal. Lalu, nyanyian secara langsung mereka dilihat berjaya memikat hati, disokong pula irama sedap didengar ciptaan Pacai dan Douglas Lim.

HARITH memikul dua tanggungjawab, sebagai pengarah dan pelakon.

Antara yang menyerlah tentunya Adibah, yang melontarkan vokal terbaik setiap kali membuka mulutnya. Dewan bagai terdiam tatkala penyanyi Terlalu Istimewa ini mengambil giliran menyampaikan lagu seterusnya.

Adibah juga kelihatan sangat serasi berpasangan dengan Awie, seorang lagi penyanyi yang sememangnya terkenal dengan vokal yang tinggi. Pasangan ini nampak comel bersama, sedikit sebanyak menghidupkan lagi cerita yang diketengahkan. Penonton pasti tertawan dengan kisah cinta dua penyanyi dan pelakon ini.

Pada masa yang sama, lakonan pelakon lain harus dipuji. Afdlin, Ramli, Harith dan rakan yang lain cuba mempamerkan persembahan terbaik. Penonton akan terasa melihat aksi Afdlin, mereka ketawa menyaksikan gelagat Awie dan AC, ada yang tersenyum dengan sikap jujur Hans serta tidak kurang yang terpikat dengan penampilan Vanidah.

Namun, AC seakan berjaya meletakkan dirinya setapak di depan dengan persembahan begitu membanggakan. Dengan aksi serta lakonan yang semula jadi, lontaran vokal yang baik serta lawak yang memang mencuit hati, pelakon ini memastikan kelibatnya di pentas tidak dibayangi bintang lain.

BABAK mencemaskan membabitkan Afdlin, Hans dan AC.
CTM bukan hanya menghiburkan peminat dengan lawak pecah perut dan kehebatan nyanyian mahupun keindahan lagunya, ia juga menyuntik elemen baru dalam pementasan teater di negara ini. Paling ketara, semestinya kewujudan babak pertandingan mencuci bangunan, yang menyaksikan pelakonnya perlu menuruni dinding agak tinggi. Ada juga babak romantik yang menyaksikan Hans dan Vanidah menaiki gondola, memberikan penonton satu pandangan berbeza.

Pujian juga patut diberikan kepada pereka tari, Stephen Rahman-Hughes. Daripada watak Hang Tuah dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical, dia kini bertanggungjawab mereka gerak tari untuk Cuci. Namun, gerakannya agak berbeza, yang membantu CTM untuk nampak berlainan daripada teater sebelum ini. Cuma, ketidaksamaan pergerakan yang kadang kala berlaku di kalangan pelakonnya boleh mengganggu konsentrasi.

CTM juga agak meleret, sehingga persembahan yang dimulakan kira-kira jam 8.45 malam hanya tamat selepas jam 12 tengah malam (dicampur rehat selama 15 minit di antara dua babaknya). Jika bahagian pertama mengajak penonton ketawa melihat pelbagai babak lucu, bahagian kedua pula lebih dramatik apabila konflik mula berlaku.

Muzikal ini bukan saja mengajak penonton mengikuti perjalanan suka duka empat beradik ini mencapai impian, malah ketika yang sama mengerti erti persaudaraan, pengorbanan, kekecewaan dan kasih-sayang. Sebuah persembahan yang membanggakan, CTM memastikan penonton pulang dengan sejuta tawa dan kenangan.

Teater muzikal ini dipentaskan di Istana Budaya sehingga 8 November. Tiket menyaksikan persembahan boleh didapati di Istana Budaya dan menerusi Axcess Tickets Sdn Bhd.

Review Cuci (Malay Mail)

THEATER REVIEW: Good, clean fun

Monday, October 26th, 2009 03:08:00

Ensemble

ENSEMBLE: The cast of Cuci delivers a surprisingly enjoyable performance

THE only possible downer to Cuci The Musical is that it threatens to be more of a lengthy stand-up comedy routine by the funny leading cast, who have set their reputations as people who are able to tickle the funny bone.

Expectations weren’t exactly soaring for Hans Isaac’s effort, when the curtains first raised. Considering he is more well-known for film roles, and that Cuci the Musical is based on his directorial debut ‘Cuci’ last year, it would have been shrewd not to go into Istana Budaya with high expectations. However at the end of the night, when the cast came out for their final bow, it was evident that any preconceptions of how the show would turn out, had been totally obliterated. It might have been almost unthinkable that a contemporary musical theatrical presentation based on a popcorn movie, unashamedly laced with pop culture references in its comedic dialogue which refers to everything from a telco’s mascot to Star Wars - could be this enjoyable.

*

Anyone who has caught Cuci The Musical however, including the most hardened of critics, would definitely admit it is one of the most refreshing local efforts to be staged at Istana Budaya.

Hans

HIGH NOTES: Hans and Vanidah proved their singing prowess in Cuci the Musical



Harith Iskandar

SCENE STEALER: Harith Iskandar at what he does best



It is indeed a guilty pleasure.

Tall Order Productions Sdn Bhd’s maiden theatrical effort is a success - with hopefully the box-office takings justifying it at the end of the day, as it definitely has taken the local theatre scene to new heights, if you can excuse the pun. Cuci The Musical, is based on the film. With the leads Afdlin Shauki, Hans, Awie and AC Mizal reprising their roles as Fairil, Khai, Jojo and C’Tan respectively – the musical still revolves around the dreams of their family business in the small outfit called Cuci-Cuci Services (M) Sdn Bhd in being the best to count the Petronas Twin Towers as one of their contracts.

*

A chance meeting later, the quartet are invited to participate in the Window Washing Olympics (WWO) – a competition run by, Citi Jasmin or better known as CJ played by Vanida Imran who takes over from Umie Aida who played the character in the film version. Cuci-Cuci are eventually pitted against team Wira Maju, a company owned by CJ’s boyfriend, Wira (Harith Iskander).

*

Cupid claims some massive overtime with hands full of not only pairing CJ and Khai, but also Jojo with CJ’s personal assistant, Farah – otherwise known to us as Adibah Noor. While the As of the cast in Afdlin, Awie, AC and Adibah are known to be more than able to belt out the tunes and were undoubtedly responsible for many of the high points of the show, it was a pleasure to see Hans and Vanidah pleasantly surprising with their vocal chords and rise to the occasion to complete the star-studded line-up. Hans may not be recording his debut album anytime soon, but he was definitely able to hold his own against the stellar cast, as was Vanidah – who left many longing to hear more of her.

*

While at times, you get a feeling that someone may have forgotten their lines and decided to throw in a few more jokes of their own, the setting more than allows for such liberties to be taken without compromising or jeopardizing the show. Supporting actor Harith Iskandar is in his element as well. The only problem in the whole cast would have been the unnecessary addition of Reefa’s character (and his bad acting) as well as the questionable casting of Ramli Hassan as CJ’s father. He plays a Tan Sri who seemed to overdo everything to appear more of a Liberace impersonator at times. It didn’t fit in with the excellent efforts of other members of the cast.

Great Sets

GREAT SETS: Raja Maliq with yet another ‘epic’ set design

Songs were catchy and sing-a-long courtesy of Pacai, though there were suspiciously some interesting melodies that sounded familiarly recognizable. Without dragging down the whole production, it has to be stated that there were a few downsides to the production. Minor technical glitches aside (including whoever manning the lights appearing to doze off at times), the ensemble cast were a letdown – and occasionally an irritant instead of complementing most scenes they appeared in.
*
Choreography by Stephen Rahman-Hughes was hardly memorable, and for most parts appeared disjointed from the actual feel of the musical that was being presented. Still, there were so many high points to the show, these minor downers did little to kill enjoyment for a musical that definitely deserves more hype for being a brave venture that paid off.
*

Which has to be pointed out, included the interesting sets conjured up by the one and only Raja Maliq. While the media rave about the period pieces that venture into productions of this scale, Cuci The Musical proves that lavish costumes and extravagant sets and epic storylines are hardly needed to prove that Malaysia could actually have a musical theatre effort that would do the country proud.

*

Congratulations are in order to co-executive producers, Hans and Datuk Yasmin Yusuff as well as director Datuk Zahim Al-Bakri for the effort as well. If you haven’t watched Cuci The Musical yet, don’t miss out on the opportunity to watch something that actually
deserves your Ringgits, your attention and your applause.

*

Who would have thought Cuci could be so much fun, despite not having wet t-shirts? CUCI THE MUSICAL is now being staged at Panggung Sari, Istana Budaya until Nov 8 2009. Showtime is 8pm daily, with extra matinee show at 3pm on weekends. Tickets are priced at RM253, RM213, RM193, RM173, RM153, RM113, RM63 and RM43, For ticket reservation or more information, surf to www.axcess.com.my or call 03-7711 5000.



Monday, October 26, 2009

Special Entri Utk hazwan & Pejul..!!





entri ni bukan untuk membalas entri besday atau wishes yang pernah dorang buat untuk aku dlu.. tp memang aku ikhlas nak wt... aku mintak maaf kat wan ngan pejul, sbb aku bukan org terawal wish kat korang.. kesibukan menghalang la.. apepun aku nak ucapkan selamat hari lahir kat korang... wan yang ke 21, pejul yang ke 24.. spejul, ekarang kite dah sebaya.!!! yeahh.. aku doakan segala yang terbaik untuk korang.... moga semua impian korang akan tercapai.. aku tau korang manusia yang dilahirkan dengan kecekalan yang amat tinggi... segala yang korang impikn aku yakin akan korang dpt.. aku akan sentiasa mendoakan itu untuk ko.rang..nanti ade mase kite duet ek.. wan kite duet lagu kembali senyum, pejul lak lagu "kenang daku dalam doamu"



sedikit tentang pejul..!!
  1. suara dia sedap.!!
  2. sgt optimis
  3. senang nak bawak berbual dan (mengumpat)
  4. ade semangat setiakawan yang tinggi
  5. pelajar yang cekal... aku suke tgok semangat dia nak study..


Sedikit tentang wan
  1. boolat
  2. kawan yang terlalu baik.. senang jek rasa nak kene tipu budak ni
  3. aku rasa dia pandai jaga hati kawan.. ye ke ek?
  4. sgt positif dlm hadapi masalah
  5. dan juga senang blur..
ni khas untuk korang... aku rasa sgt best kot...

Saat jiwa terluka
Saat hidupku hampa
Semua telah terjadi
Disini tanpa kalian

Saat tak ku dapatkan
Kedamaian dihati
Semua mimpi buruk pun terjadi

Tak bisa terlukiskan di hatiku
Terhiris sangat perit
Tak ingin ku ingkari kegelapan ini

Aku memang tak bisa bertahan dan tegar
Tanpa kalian dekat denganku
Aku hanya susuk manusia yang lemah
Tanpa kalian disini

Aku hanya berharap
Dan tunggu waktu bicara
Ku ingin kalian dekat denganku

Aku lelah untuk terluka
Saat semua mata memandangku nista
Hilang arah diriku di sini



ikhlas dr kawan korang @ musuh di pentas dtc... "AKU"


Sunday, October 25, 2009

Entri Terlambat..

laporan latihan cuci the musical..

hehehe.. mcm nak gempak jek kan.. laporan konon.. cmm la aku ni stage manager ke production manager ke hape... hahah kene bunuh ngan Pat ngan Syed dulu lerr nampaknya.. ahhaha.. uwaaa.. lama giler rasanya tak masuk ke rumah merah ku ini... begitu je aku tinggalkan tanpa ade peninggalan berharga pun... ye lah.. kalau sapa yang follow entri seblum ni, aku dah ckp aku akn bz ngan latihan muzikal teater aku ni.. cuci the musical.. dan.. memang sangat bz.!!! mcm nak mati ye rasanya.....

latihan demi latihan, lagu demi lagu, tarian demi tarian... skrip demi skrip bertukar.. segala mcm yang berlaku sebenarnya memberi aku terlalu banyak cerita yang aku boleh kongsikan dengan korang semua... tp masa seakan menjadi benteng teguh yang tak dpt aku robohkan dan setiap saat terus menghalang untuk aku pergi ke ruang itu... (ayat tak leh blah.!!)... jadi aku hanya biarkan ia berlalu... hahahaah....

terus, bercerita tentang entri terbaru ni..ini merupakan imbasan la kiranya.. disebabkan latihan punye sesi boleh aku katakan telah tamat sbb show dah pun bermula... jd ni merupakan sedikit laporan berkenaan latihan yang telah kami jalankan... untuk entri ini aku fokuskan kepada latihan yang kami jalankan di studio Linda Jasmin di ampang...

aku sebenarnye terlalu letih nak menceritakan setiap kejadian yang berlaku.. jd leh tak aku just memberi sedikit gambaran menggunakan gambar2 ini.. boleh ek.. tq..!! heheh.. btw gmbar dlm ni berterabur.. aku malas nak susun2 ni... aku letak jek.. hehehehe



kite mulakan dengan satu kejadian yang agak seruis menimpa kak ayu @ ayu suhara.... ada satu malam tu dia wat step ape ntah ngan hairi.. then masa nak landing, terhentak mcm ne ntah dia nye tumit.. agak serius kejadian ni.. dia terus tak leh gerak... retak ke ape ntah mcm tu.... tu la.. dah ckp dah kene makan byk biskut tiger.. baru tulang kuat .!! hehe



ini lah ekpresi kebbosanan secara kandid katanya... yang belah kiri ni... nama dia pheez... yang tengah tu andrew.. yang kanan tu masih lagi si ayu sahara.....



yang berdua ni lak... aku nak btau korang yang dia dua org ni memang permata seni negara la ni... yang baju biru gelap ni, tini yang wakil malaysia ke hollywood untuk world performing arts championship... dan dorang menag grand prix award k.!!! yang baju belang tu lak, haznita hamzah.. kalau korang perasan dia la penari yang menari dlm gelap dlm lagu ku milikmu dalam konsert satu siti tu.. ahahahah (ni bukan puji tapi nak membahan sebenanya..)



ayu sahara di ambang kegembiraan sejurus sebelum tragedi september itu berlaku...



Esther Applunius masih lagi bersedih kerana dapat 1st runner up One In a Million.. ahhaahahaha.. larik..




masih lgi si esther.. yang belah kiri ni, Stefanie... heheheeh...



yang ni lak..name dia tisha Zarina... ya dude.@@@!!!



Party time.. eheheh ni la keje kitorang kalau dpt je free time dr latihan.. masi kat linda jasmin ni.. kire mase2 perit gak la.. sbb kitorang memang belaja segala step mase kat sini.. jd untuk aku yang bukan penari ni, aku memang rasa kepayahan yang mendatang itu.. sbb tu aku dan esther selalu bersama.. kerana kami menghadapi dugaan yang sama.. ahahahah..




apa yang ko tunjuk tu andrew... bukan kat atas tu siling ke?...



sesungguhnya, yang ni bukan kandid ye.. memang saat ini sangat mengerikan.. ayu tak dpt tahan kesakitan kakinya mase lepas jatuh tu.. emmang terus dia menangis.. kami semua dah gabra kot.. hhuhuhuh..




sementara tunggu ambulan sampai.. kite gune dulu ice pac ni untuk redakan bengkak kaki dia tu.. kejap jek kot.. lepas jatuh terus bengkak.. biru lak tu.. takut tgok... takpe2... ni la dugaan menjadi anak seni.. ewaahhh...











sbb gmbar ni sume same jek.. jd aku jdkan satu jekla ek.. ni antara gambar yang menunjukkan saat2 kaki kak ayu lepas jatuh tu... kire bukan satu kecederaan ringan la.. beminggu gak dia tak leh jalan... sian dia... tu la kak.. org tua kate jgn makan limpa ayam.. ahahaha.. ape kene mengena?..


btw... kami berlatih di linda jasmin ni lama gak la.. dr 18hb ogos sampai 5 oktober... sebulan lebih gak kan.. kire dlm tempoh ni, kami semua berkampung gak la.. dah mcm rumah kitorang jek studio tu... sepanjang tempoh tu gak la kami dapat merasa semua kedai makan kat area ampang point tu..haahahah. smpai muak pun ade. sbb sume kedai kiorang dah g.. haha.. dr melayu, old town, yong tau fu, hainan nasi ayam, pelita, sume la... hhuhu....

dan tempoh latiha di sini juga dpt aku katakan lbh fokus la.. sbb di bulan awal latihan kan.. kami kene pastikan semua gerak dan step tu kami dpt.. untuk tempoh bulan seterusnya tinggal nak cantikkan dan susun blocking aje... kat ampang ni, kami lakukan segala basicnya.. menccari gerak.. daptkan gerak.. sume la.. aku paling suke latihan mase ni.. sbb aku memang rasa kami berpeluh sakan setiap hari.. takde masa nak lepak2 ke.. nak baring2 ke.. yang ada hanya lantai untuk aku keluarkan peluh... best....

ok kot.. ckup entri untuk yang ni.. nanti aku sambung untuk sesi latihan kat KLPAC lak...

chiouuu.!!!


Saturday, October 24, 2009

penat!

guy... mungkin ramai yang tahu.. aku now bz ngan teater cuci the musical.. do lately, i rwally dont have time to update my blog.. so sorry guys.. btw... korang kene dtg tgok teater ni.. teater ni dah di perkatakan, sebgai teater paling bahaya pernah di pentaskan di istana budaya, juga antara teater berdurasi paling panjang.... and pelakon sume hebat2... aku yakin, korang akan rasa nak gelak je nanti... dtg la.. show dah start sampai 8november... dtg ek..

Wednesday, October 7, 2009

Nasib Malang Aku






ini cume satu entri pendek.. jam di saat ini menunjukkan jam 4.25 pg.. aku cume tak ckup masa untuk menggagahkan diri meletakkan apa cerita terbaru di sini, walaupun banyak sebenarnya yang aku nak tuliskan. dr latihan.. ke kehidupan aku yang penuh warna dalam masa terdekat ini...

Malang?

apa yang malang.. haha aku tak suke menggambarkan diriku malang.. cume aku katakan dalam tempoh seminggu ni nasib aku bukan berada di tahap terbaik.. bermula dengan kipas di bilik aku terbakar... boleh korang percaya?.. aku sendiri susah nak percaya.. kipas siling aku terbakar disaat aku sedang tidor.. dan api yang marak menyala telah membuatkan plastik di tengah kipas tu cair dan jatuh ke kaki aku.. akibatnya?.. aku kini kecacatan pehaku kerana kesan terbakar pada kulit yang tak ubah seperti mangsa dera ni.. pelik kan.. kipas tu boleh terbakar.. tp aku masih bersyukur sbb kalau jatoh di muka atau di mata... memang aku tak dpt nak bayangkan cmm ne... leh bute.. plastik panas tu kot.. now aku sedang dlm usaha nak sembutkan kesan kebakaran di peha ni.. sakit ok.....

kemudiannya.. selang beberapa hari.. aku terkena demam.. actually demam memang la bukan sesuatu yang luar biasa kan.. tp aku memang rasa aku tak patut demam sbb aku baru je baik demam.. ni satu pagi aku bangun dah rasa demam dah.. then g latihan, sampai studio aku tak dapat bergerak dah.. balik... then lepak umah jek.. msih degil taknak g klinik.. sampai la lebh kurang jam, 10 mlm, baru menjajar g carik klinik area ampang... mengejutkan suhu badanku mencecah 40..!! kalau dibiarkan boleh bg kesan kat otak.. dalam masa sehari aku demam yang sebegitu teruk.. nasib....

then 2 hari lepasnya.. aku nak g latihan... dah separuh jaaln.. baru perasan wallet tak bawak.!!! mcm ne.!!! adui.. kunci umah tak bawak la.. jd gagahklan diri je memandu jauh2 tanpa bawak duit dan ic dan lesen.. jumpe tol, korek satu kereta untuk carik duit.. sekali...... aku kene tahan lak sbb ikut lane bus ngan teksi. punye la tak kecut.. aku ape lgi.. dengn drama aku ckp la aku memang rushing sbb wallet aku tertinggal.. makasih kepada pihak berkuasa itu yang paham situasi aku.. kalau kene saman.. memang aku akan makan kfc sampai pitam.. aahahaha......

ade lagi beberapa minor thing yang jd.. tp 3 perkara besar ni memang wat aku mcm berhati2 aje.. aku harap rentetan kisah malang ku ini akan membuka lembaran yang lbh gempak dan meriah dan baik serta bagus dalam perjalanan kehidupan aku.. amin.....



Friday, October 2, 2009

Me In Berita Harian..




Fairuz Bintangi Cuci The Musical

TQ to cik normah ye.. fairuz pun tak sedar biler photo ni diambil... tq.!!


PS/ photo tu takde kene mengena



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...