Monday, April 13, 2009
semalam, hari ini dan apa esok?
semalam telah kita rasai..
hari ini telah kita isi...
esok masih belum pasti..
dalam mencari senyum dalam jalan yg masih kabur ini
kita susuri langkah dengan duri di kiri kanan...
duri yang tertusuk itu mengajar kita erti sakit..
sakit itu mengajar kita erti menangis..
menangis itu mengajar kita erti mensyukuri..
mensyukuri itu mengajar kita memahami...
memahami itu membawa kita kepada duri itu kembali..
untuk lebih mengenali dan menghayati apakah disebalik duri itu...
sesungguhnya duri itu sangat indah
sebelum kita sampai ke penghujung jalan itu
sebelum aku melangkah ke arah lain yang pasti berbeza dengan kalian
kita merenung kembali ke belakang..
apakah jalan berduri itu yang kita pilih..?
tidak.. bukan itu yang aku pilih..
tp itu adalah yang terbaik untuk kita....
andai kesakitan itu tidak datang
aku takkan tahu bagaimana untuk menghargai dan memahami...
kita ditemukan dalam satu arena..
dengan niat bersama ingin belajar dan berjaya..
desebalik kejayaan yang telah kita kecapi
kita telah susunkan dengan berbagai rasa
sedih, kecewa, marah, sayang, cinta, hormat dan redha...
terus, bergabung menjadi satu rasa yang tak mungkin kita jumpa di mana2..
aku benci rasa ini...
kerana rasa ini membuat hati aku menangis untuk meninggalkan arena ini
kerana rasa ini membuat aku tak lagi punya rasa sejati
kerana rasa ini akan menjauhkan aku dr rasa itu
kerana rasa ini mebuat aku menangis sbagai lelaki
kerana rasa ini membuat aku jauh dr kalian semua....
kerana rasa ini mahukan aku terus bersama kalian..
tapi takkan mudah untuk aku meninggalkan rasa yang telah abadi ni
aku yakin itu..
namun aku terpaksa...
dalam ku susuri perjalanan ini,
semua duri itu telah aku ambil..
akan aku buang di hujung jalan sana itu..
yang aku tinggalkan..
jalan yang selesa untuk kalian..
jejak aku yang telah hidup bersama kalian
aku mohon maaf..
dalam aku mengutip duri2 itu
aku pasti, ada yang tertinggal
lantas mencederakan kalian semua
kalian menangis keran aduri yang aku tinggalkan itu
aku pasti....
aku mohon maaf...
sebagai manusia yang lebih banyak kekurangan dr kelebihan
aku tak mmpu untuk mengutip sepenuhnya duri itu..
aku minta maaf...
esok...
mungkin aku hanya melihat dr sisi yang aneh..
bagaimana aku pernah berada di sisi itu..
bersama kalian..
dan aku takkan mungkin melihat ini tanpa air mata yg mengalir
mengenali kalian mungkin tidak disengajakan..
tp kalian adalah yang mewarnai hidup aku..
aku disni kerna adanya kamu semua...
kerna kamu adalah aku,,,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
;DD
sehat ?
bila nak hang out nih ?
Post a Comment